http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm


 Kapal angkasa Messenger rakam gambar planet Utarid


     
      Imej planet Utarid atau Mercury yang dirakam pertama kali oleh kapal 
angkasa Messenger yang sedang mengorbit planet tersebut. - AP

--------------------------------------------------------------------------
     


WASHINGTON 31 Mac - Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan 
(NASA) semalam meneliti beratus-ratus gambar planet Utarid yang dirakam oleh 
kapal angkasa Messenger ketika ia memulakan misi setahun ke orbit dan pemetaan 
sistem solar planet misteri itu.

Selepas mengharungi perjalanan sejauh 7.9 bilion kilometer selama enam tahun 
setengah, kapal angkasa itu akhirnya memasuki orbit planet berkenaan pada 17 
Mac lalu.

Kelmarin, Messenger mula mendedahkan rahsia Utarid yang mempunyai suhu mencecah 
427 darjah Celcius pada waktu siang dan jatuh mendadak ke 100 darjah Celcius di 
bawah paras beku pada waktu malam.

"Awal pagi ini kira-kira pukul 5.20 pagi waktu tempatan, Messenger berjaya 
merakam gambar bersejarah pertama planet Utarid.

"Imej ini merupakan yang pertama dirakam oleh sebuah kapal angkasa di orbit 
planet sistem solar yang paling jauh," lapor NASA.

Imej awal yang dirakam menunjukkan permukaan kawah luar biasa berwarna gelap 
digelar Debussy, sementara beberapa imej lain memaparkan bahagian lain Utarid 
berhampiran kutub selatannya yang sebelum ini tidak pernah disaksikan oleh 
pesawat angkasa lepas, menurut NASA.

Kapal angkasa itu merakam 363 keping imej dalam tempoh enam jam dan 
mendedahkannya semalam semasa satu persidangan pakar untuk membincangkan 
penemuan tersebut.

"Imej pertama dari orbit yang dirakam Messenger ini merupakan maklumat awal 
sebelum lebih banyak maklumat dikumpul selepas ini. Penjelajahan orbit di 
planet yang paling jauh dalam sistem solar, baru bermula," kata NASA. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke