Refleksi : Tidak apa dicermari bakteria atau limbah pabrik, karena air sumur 
dipakai oleh rakyat biasa, bukan keluarga para petinggi negara dan konco-konco 
mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm


Sumber air dicemari bakteria

     

--------------------------------------------------------------------------
     


JAKARTA - Hampir 100 peratus sumber air minum di bandar-bandar besar di 
Indonesia dicemari bakteria E Coli dan Coliform.

Pengarah Penempatan dan Perumahan Badan Perencanaan Pembangunan Nasional 
(Bappenas), Nugroho Tri Utomo berkata, sebanyak 80 peratus daripada pencemaran 
itu berlaku hasil perbuatan manusia sendiri.

"Pencemaran berlaku kerana sikap kita sendiri, oleh itu kita perlu mengambil 
berat tentang sumber air kita, termasuk sistem perparitan," katanya ketika 
menghadiri Persidangan Kebangsaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu di Jakarta.

Persidangan bertemakan 'Peranan Rakyat dalam Pengurusan Sumber Air Bersepadu' 
itu dianjurkan oleh Bappenas dan Danone Aqua sempena menyambut Hari Air Sedunia.

Menurut Nugroho, dianggarkan 3.5 juta orang akan berhadapan masalah kekurangan 
air pada 2025, dengan 2.5 juta daripada jumlah itu pula akan hidup tanpa tahap 
kebersihan yang sepatutnya.

Punca masalah itu ialah sikap manusia sendiri yang suka membazir dan 
mencemarkan sumber air.

"Di Indonesia, keperluan bekalan air bersih semakin meningkat dan kecenderungan 
pengguna air bersih turut bertambah.

"Jumlah peningkatan pengguna ialah antara 17 hingga 30 peratus per kapita untuk 
setahun, sedangkan jumlah air bersih yang ada semakin berkurangan ekoran 
pencemaran dan kerosakan," ujar Nugroho.

Sementara itu, anggota Dewan Air Nasional, Piter Hehanusa berkata, kira-kira 
169 juta rakyat Indonesia belum dibekalkan dengan air bersih.

"Kerajaan memiliki 7.1 juta saluran air bersih yang hanya mampu membekalkan air 
kepada 35.5 juta orang dan hanya dinikmati penduduk bandar.

"Ini bermakna, sejumlah 82 peratus rakyat negara ini terpaksa menggunakan air 
yang tidak mematuhi piawaian kesihatan," katanya.

Ketua Pusat Sumber Daya Air Tanah dan Geologi Persekitaran dari Kementerian 
Tenaga dan Sumber Mineral, Dodid Murdohardono pula berkata, pencemaran air 
menjadi punca utama krisis air bersih di seluruh Indonesia.

Menurutnya, masalah ini diburukkan lagi dengan pengawasan yang lemah dan 
keengganan pelaksanaan undang-undang yang ketat. - AGENSI


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke