http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Wanita pekerja hotel mahu saman Strauss-Kahn


NEW YORK 26 Mei - Seorang pekerja hotel yang mendakwa bekas Pengarah Urusan 
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn melakukan serangan 
seksual ke atasnya melantik dua peguam tambahan sebagai pertimbangan mengambil 
tindakan sivil ke atas bekas ketua IMF itu.

Menurut peguam wanita itu, Jeffrey Shapiro, dua peguam itu dilantik atas 
desakan saudara lelaki wanita tersebut dan satu daripada faktornya ialah 
memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan sivil.

Bekas Penolong Peguam Negara AS di New York, Kenneth Thompson dan bekas 
pengarah Pengarah Kesatuan Kebebasan Sivil New York, Norman Siegel menyertai 
mesyuarat dengan wanita dan keluarganya tengah hari semalam.

Strauss-Kahn didakwa atas tuduhan serangan seksual dan cubaan merogol pekerja 
wanita di hotel mewah Sofitel di New York pada 14 Mei lalu. 

Dia meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF ekoran kes itu, telah 
disebut-sebut sebagai pencabar dalam pilihan raya presiden Perancis.

Shapiro berkata, sebarang tindakan sivil terhadap Strauss-Kahn atau pihak lain 
perlu difailkan dalam masa setahun selepas insiden itu berlaku. 

''Jika difailkan semasa kes jenayah terhadap Strauss-Kahn masih dibicarakan, 
tindakan sivil akan ditangguhkan sehingga kes jenayah diselesaikan,'' ujarnya.

Thompson, rakan kongsi di tetuan Thompson Wigdor & Gilly di New York, berjaya 
mendakwa pegawai polis New York atas tuduhan melakukan kekejaman terhadap Abner 
Louima pada 1997. - REUTERS


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke