Subject: Fw: Wanita Melayu Akhir Zaman - menangis Nabi SAW




Salam



Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya 
bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau 
sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis 
wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke 
langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka 
bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai 
Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.
 Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari 
punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke 
kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan 
air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.
 Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah 
ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala 
jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang 
menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.
 Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya 
mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya 
membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta 
jenis siksaan.

Maka
 berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata 
kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan 
wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya 
dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya 
dengan kata-kata.

3.
 Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti 
hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan 
mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya 
dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak 
orang lain tanpa izin suaminya.

5.
 Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia 
keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & 
nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka
 bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban 
orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan 
gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) 
dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat 
perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat 
perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & 
tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala 
jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia 
tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.
 Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti
 kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta 
berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta 
suka marah- marah pada suaminya.
http://lamanilmu2u.blogspot.com/2008/05/wanita-yang-dimurkai-allah_19.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

----- Forwarded Message -----
From: Jasni06 <[email protected]>
Sumber: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
 
** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi 
wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. 
Ambil iktibar.
 
Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda
 
Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan
 
Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah
 
Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung
 
Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang !
 
Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung
 
Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!
 
Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??
 
DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!
 
Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat 

(gambar hiasan)
 
KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA
 

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai 
tudung tapi tak sembahyang.."
 
Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup 
aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa 
besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang 
tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita 
Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu 
macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt 
pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan 
wanita Islam ?
 
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan 
dalam Islam tiada paksaan ?"
 
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang 
bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak 
rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut 
hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar 
belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
 
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak 
pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai 
baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu 
kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. 
So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi 
(macam bonggol unta) tu...
 
 
 
 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
Respon anda    
Pakai Jubah Tetapi Nampak Garis Seluar Dalam ? Fesyen Muslimah Kah Itu ? 
Keluar ke tempat awam. Pandang sana, pandang sini, begitu mudah sekali 
lelaki-lelaki Islam mendapat dosa kering melalui mata mereka. Sumber dosa 
kering itu bukan sahaja datang dari wanita –wanita kafir, tetapi disebabkan 
oleh wanita-wanita Islam sendiri yang tidak memelihara aurat dengan sempurna. 
Takut rasanya untuk keluar rumah. Banyak sekali sumber-sumber dosa mata. 
Istighfar !
 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
Respon anda    
MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik 
Saya ingin mengajukan anda satu persoalan.

Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita 
Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia 
menutup aurat mereka dengan sempurna ?

Bayangkan ini:
Semua tahu solat itu tiang agama. Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak 
layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal 
solat. Adakah kewajiban solat lima waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang 
untuk memberi alasan dan tempoh masa ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati 
dan ditegur agar dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan 
kebenaran itu. Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh 
masa dari
 masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap 
solatnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf dan 
terus mendisiplinkan dirinya 'on the spot' untuk mematuhi semua solat lima 
waktu tanpa melengah-lengahkan masa ?

Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan dinasihat ?


Aplikasi teori di atas:
Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam 
membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan 
mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, 
sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga 
tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat 
mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan 
wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan 
tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah 
baligh...?

Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah 
dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya 
sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar 
meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat 
menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita 
pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya 
mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan 
masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?

Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan 
dinasihat ?

Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? 
Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas 
untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi 
pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.
 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
Respon anda    
Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala ? 
Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.

Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
Reaksi penulis:"Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu 
daripada lelaki-lelaki..."

Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan 
anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload 
gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai 
orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan 
dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan 
cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung 
terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini 
rasa bangga diri dengan
 kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar 
dengan aksi posing yang lebih memikat.



Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri 
sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan 
semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan 
manja mereka
 di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, 
miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar 
blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian 
melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka 
berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka 
untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata 
keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi 
dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan 
rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', 
tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri 
anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi 
lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang 
comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.


* maaf, perkataan sedikit kesat
..........................................................

Stupidity #1

Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia 
bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi 
ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai 
tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online 
dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan 
tak bertudung, mana yang lebih cantik.

Stupidity #2

Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk 
tubuh yang cantik.
 Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk 
ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan 
lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu 
menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih 
berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen 
Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload 
gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang 
dapat tengok.


Stupidity #3

Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang 
melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi 
masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan 
upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. 
Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka
 yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !

Stupidity #4

Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling 
hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa 
yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai 
jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi 
clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan 
begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5

Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan 
peluk-peluk. Itu memang diakui.Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri 
berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula 
sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. 
Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada 
juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam 
Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin 
selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula 
tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !

Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam 
bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. 
Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita 
tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap 
wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar 
memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya 
dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang 
suami suatu hari nanti.

Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri
 sendiri.

Renung-renungkan. Selamat beramal. 
 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
Respon anda    
Trend Bermegah-Megah Dengan Kecantikan Di Kalangan Muslimah 
Tudung baru ditempah disarungkan ke kepala. Badan dipakaikan dengan set baju 
kurung corak istimewa yang dibeli dari butik Muslimah tersohor. Muka disolek 
dengan 'make-up” yang tebal dan warna gincu yang menggoda. Beberapa 'pose' yang 
comel dan menawan diberikan kepada si pengambil photo. Akhirnya, sebuah imej 
Muslimah yang ayu dan anggun siap sedia diabadikan dalam bentuk gambar. Tidak 
puas untuk sekadar tatapan sendiri, gambar yang cantik berbusana itu 
dimuat-naik ke laman sosial dan blog sendiri agar dapat dilihat oleh 
rakan-rakan dan pelawat-pelawat. Pujian dan komen yang indah dari pelawat 
lantas membuatkan diri bangga di atas kecantikan yang dimilikinya.



(Gambar Hiasan)
Semakin ghairah golongan Muslimah mempertontonkan kecantikan mereka, maka 
semakin hilanglah hikmah dan pesona kebaikan di sebalik tujuan sebenar menutup 
aurat ( Hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh Islam.
Situasi bermegah-megah dengan kecantikan ini ditambah lagi dengan kemunculan 
kerjaya dan hobi yang berasaskan elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah 
yang dijalankan secara full-time ataupart-time, seperti model busana muslimah, 
jurumekap dan jurugambar ( photographer). Permintaan dari pasangan raja sehari 
untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak 
kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis 
resepsi dan perkahwinan diadakan. Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan 
peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi 
untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar 
tercipta darinya. 
Perlu wanita-wanita Islam sedari bahawa Hijab itu adalah lambang kemuliaan. Ia 
bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari 
maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya 
di tengah-tengah masyarakat. Inilah yang membezakan darjat kemuliaan antara 
muslimat mukminat dan wanita-wanita JAHILiah kerana wanita JAHILiah, tatkala 
mereka keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih cantik dari 
wanita yang lain. Mengejar pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama 
dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka. 
Hijabitu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH 
SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari 
dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan 
keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. 
Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan 
orang-orang yang berurusan bersama mereka.
Tujuan memakai busana Muslimah (tudung, baju kurung, jubah) sudah lari dari 
tujuan asalnya. Tidak percaya ? Lihat sendiri di tempat kerja, majlis keraian 
dan kenduri kahwin.
Hari ini, kita dapat menyaksikan pelambakan fesyen baru tudung dan pakaian 
Muslimah serta kewujudan butik-butik Muslimah moden tumbuh pesat bagaikan 
cendawan. Adakah fenomena ini benar-benar berasaskan matlamat memelihara aurat 
dan melahirkan seorang Muslimah yang memiliki sifat malu, rendah diri dan penuh 
kesederhanaan ? ATAUPUN fenomena fesyen Muslimah sekarang ini lebih bersifat 
trend untuk kelihatan mempersona dan bergaya di hadapan masyarakat yang lebih 
berpaksikan amalan ingin menunjuk-nunjuk kecantikan ?
..................................
Idea dan penulisan dipetik dari:
http://diehatefan.wordpress.com
 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
Respon anda    
Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part 2) 


Nasihat:
Baju lengan panjang banyak dijual di pasaran. Harga pun mampu dibeli. Ingatlah 
bahawa, lengan wanita itu aurat. So, ia wajib ditutup dengan baju lengan 
panjang yang 'lapang' BUKANNYA dibalut dengan 'legging tangan' yang ketat. 
T-shirt lengan pendek pakai di rumah sahaja...




Nasihat: 
Wahai wanita Islam di luar sana, tidak kira betapa cantik dan jelitanya kamu, 
jangan kamu sesekali bersolek melampau dan berfesyen melebihi kesederhanaan 
seorang Islam. Pakaian Muslimah BUKAN untuk dipertanding dan 
dipuja-pujakan...sebaliknya untuk mencari kemuliaan dan kesederhanaan..





Kesilapan besar:

Memakai tudung untuk menutup rambut itu satu
 pahala. Masalahnya pada masa yang sama mereka memakai seluar jeans yang SENDAT 
menampakkan alur bentuk dari betis ke punggung ke sana ke mari, menggoda nafsu 
lelaki.

Fesyen Islamik dan fesyen SEKSI MENGIURKAN haram digabungkan.


Nasihat:
Kalau kemaruk nak pakai jeans jugak, belilah jeans design lelaki. Jeans lelaki 
selalunya lebih lapang...takkan tiada langsung seluar yang loose di pasaran...? 
 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
Respon anda    
Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1) 


Kesilapan besar:

Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen 
Muslimah ?
Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung 
sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam.
Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...?

Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. 
Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat 
ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.


Nasihat:
Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
Tak payah menggatal nak pakai
 skirt...!
..................................................................................................



Kesilapan besar:

Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak. Pergi jalan-jalan dengan family, 
pakai tudung sudah BAGUS...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk cover 
bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat pulak...!! Ibarat betis yang 
telanjang...

Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai 
makcik-makcik di luar sana ooiiii...!! Itu tutup aurat main-main namanya..

......................................................................................



Kesilapan besar:

Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam 
BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat yang menampakkan 
bentuk badan. Lebih tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama 
seluar jeans ketat.

Nasihat:
Kesopanan pakaian dan maruah diri NO 1.....
Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2...
......................................................................................................




Kesilapan besar:

Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam 
ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak 
tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tidak 
cover punggung sepenuhnya. Kesannya, bagi sang lelaki peluang tengok bentuk 
punggung mereka dengan percuma..

Nasihat:
Pakailah baju atau blouse yang labuhhhhhhhh...!!

................................................................................................................




Kesilapan besar:
Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. 
Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. 
Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang 
dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...

Takkan tak tahu, seluar anda sendiri sudah basah lencun..? Takkan tak sedar 
seluar dalam anda sudah ternampak...? Kenapa anda tidak pergi tukarrrrr seluar 
mandi yang lebih tebal...?
Ini bukan suatu yang membanggakan......Istighfar ! Istighfar !
..........................................................................................................




Kesilapan besar:
Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam. Hijrah 
haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, 
daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup aurat', barulah 
betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian longgar kepada 
imej baru berbaju sendat dan memakai LEGGING ketat..???

Istighfar......

.......................................................................................................................




Kesilapan besar:
Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat iaitu 
tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak jelaslah 
bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka berseluar.

Nasihat: 
Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah 
labuh menutup ke paras bawah punggung.

...........................................................................................................................



Kesilapan besar:
Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan terlupa 
melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah bentuk 
punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir wanita 
gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan nampak 
punggung demi menarik perhatian lelaki. BENGONG.

Nasihat:
Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali selepas 
duduk atau membongkok di mana sahaja. 
 
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
Respon anda    
Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !) 
1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri darikaum wanita yang mana mereka 
itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka 
berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan 
tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan 
sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu 
tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 
2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang 
pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli 
belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam 
yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??
 
Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................
 
Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk 
tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa 
alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:
 
1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati 
kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan 
tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang 
memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi 
hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan 
zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem 
untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai 
lagi...tunggu dulu..
 
 
Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan golongan wanita sebegini ?
 
......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. 
Renung-renungkan soalan-soalan ini.

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan 
wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu 
lelaki ?

Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang 
nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan 
mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau 
jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita 
adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka 
mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih 
menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib 
dilindungi
..............................................................................................................................


TUDUNG TETAPI KAIN BELAH



Golongan sebegini, kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis 
mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa 
gunanya bertudung tetapi seksi ?

Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup 
keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT


Golongan sebegini gemar memakai T-shirt yang sangat sendat hingga mengikut 
bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas 
dari luar. Apa gunanya bertudung jika begitu ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar 
supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh 
lelaki bukan muhrim.



TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG



Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang 
seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak tembus dari 
luar. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai 
sebegini. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada 
fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.



TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT



Golongan sebegini gemar menempah dan memakai baju kurung atau kebaya 
sealak-alak badan, betul-betul 'just nice' mengikut saiz bentuk badan mereka. 
Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, 
peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. 
Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. 
Apa gunanya bertudung ?

Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang 
lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT



Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas 
paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat 
punggung mereka. Apa gunanya bertudung jika berpakaian merangsang nafsu pada 
masa yang sama ?

Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah 
paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat 
jelas oleh lelaki.



TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING




Kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. 
Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai 
LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas 
bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju 
singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis 
sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?

Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan 
longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.




TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT, 
SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA 
HORMATDANSEORANGWANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH? MANA SATU 
PILIHAN ANDA ?
Setelah Membaca Blog Ini, Insyaallah Saya Akan Menegur Dan Memastikan Ahli 
Keluarga, Isteri Dan Anak Perempuan Saya Tidak Akan Memakai Jeans Sendat, Baju 
Singkat, T-Shirt Sendat dan Leggings Di Khalayak Ramai Demi Maruah Mereka
 
Bantu Kempen Ini !
<a href="http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
src="https://lh5.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AUcP-6PI/AAAAAAAAALc/jk2tvRRO_6Q/seksi%20itu%20seksa.png";
 alt="Kempen Legging" /></a>
........................... 
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
src="https://lh4.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AYqjQsfI/AAAAAAAAALk/3FnxWIOuUSY/fesyen%20muslimah%20seksi.png";
 alt="Kempen Legging" /></a>
........................... 
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
src="https://lh3.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AWiIbu2I/AAAAAAAAALg/kIl7KnIbviY/siswi%20bebas%20leggings.png";
 alt="Kempen Legging" /></a>
....................... 
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
src="https://lh4.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta2_9UJZD7I/AAAAAAAAALY/MCnnHRfFEGI/budaya%20memakai%20leggings.png";
 alt="Kempen Legging" /></a>
............................. 
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
src="https://lh6.googleusercontent.com/-8q00Hh1SD6Y/TbBUgF6lf2I/AAAAAAAAAzo/5y9gyLy_u3c/s288/tudung%2Bpakai%2Blegging%2Bketat.png";
 alt="Kempen Legging" /></a>
...................................... 
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
src="https://lh3.googleusercontent.com/-Kg8rZVsW49M/TbMND7G8zNI/AAAAAAAAALw/8zkyM_kk0kk/s288/tudung%2Bshawl%2Bonline.png";
 alt="Kempen Legging" /></a>
...................................... 
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
src="https://lh4.googleusercontent.com/-MQRs-g1jda0/TbMRDZAbCgI/AAAAAAAAAL0/qx1BqZ8FnOU/s288/shawl%2Bcardigan%2Bblogspot.png";
 alt="Kempen Legging" /></a>
 
 
 
Jom Berdakwah
 
Kami Antara Penyokong Mesej Yang Disampaikan Blog Ini
 
  
  
 
Psikologi
Niat utama penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam kita, 
tetapi mungkin bagi segelintir pihak ia kelihatan 'keras' dan 
'terus-terang'.Namun, motifnya satu iaitu untuk MENDESAK wanita-wanita Islam 
menjauhkan diri dari fesyen-fesyen mencemarkan.

Sumber grafik di blog ini adalah hasil carian di ruang-ruang internet.

Gambar-gambar di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mengumpat mana-mana 
individu. Sebaliknya, penulis memikirkan perlu untuk meletakkan bukti-bukti 
yang bersifat realiti supaya pembaca-pembaca jelas dan faham akan mesej yang 
cuba diperjuangkan blog ini dan untuk membuktikan bahawa penyakit aurat ini 
adalah benar-benar berlaku di dalam masyarakat Islam. Dari segi kebekersanan 
penyampaian mesej pula kita tidak dapat menolak bahawa gambar-gambar adalah 
lebih mudah difahami dan diingati berbanding kata-kata. Ambil pengajaran.
 
 
Mohd Nadzir Bin Abdul Rahman
Ict Service Desk Analyst, GICT, Proton Sdn Bhd
(03-8026 9222È013-273 7667703-8026 9633*[email protected]
(بَلِّغُوْا عَنِّي وَِلَوْ آيَة) - رواه البخاري

Maksudnya : “Sampaikanlah (apa-apa yang telah kamu perolehi) daripadaku 
walaupun hanya sepotong ayat”.
(H.R.Bukhari)
 


-- 

Saga Club Malaysia [SCM] = www.SagaClubMalaysia.com
Makanan kesihatan & peluang business  = http://MyNoni.webs.com/
Blog = http://SagaGallery.blogspot.com
------------------------------------------------
AcAi Azfar Inc.
©2011 All Right Reserved
SagaClubMalaysia.com
-------------------------------------------------
-- 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
-- 

When you bring a single light of peace, 
it will brighten up wherever you go.
 
http://jasni06.blogspot.com/

 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke