Dan tahun 2011 ini masih ada orang dungu yang menganggap serius omong kosong 
dan kibulan sedeng begini..

--- In [email protected], Hizamri Johari <hizamri@...> wrote:
>
> 
> 
> Subject: Fw: Wanita Melayu Akhir Zaman - menangis Nabi SAW
> 
> 
> 
> 
> Salam
> 
> 
> 
> Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya 
> bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau 
> sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis 
> wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke 
> langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka 
> bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai 
> Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:
> 
> 
> 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.
> 
> 2.
>  Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari 
> punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke 
> kerongkongnya.
> 
> 3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan 
> air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
> 
> 4.
>  Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah 
> ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala 
> jengking.
> 
> 5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang 
> menyala-nyala dengan hebatnya.
> 
> 6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
> 
> 7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
> 
> 8.
>  Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya 
> mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya 
> membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
> 
> 9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta 
> jenis siksaan.
> 
> Maka
>  berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata 
> kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan 
> wanita-wanita itu."
> 
> Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
> 
> 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya 
> dijilbab) dikalangan lelaki.
> 
> 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya 
> dengan kata-kata.
> 
> 3.
>  Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti 
> hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan 
> mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya 
> dibelakang lehernya.
> 
> 4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak 
> orang lain tanpa izin suaminya.
> 
> 5.
>  Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia 
> keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & 
> nifas.
> 
> 6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka
>  bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban 
> orang.
> 
> 7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan 
> gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) 
> dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat 
> perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat 
> perhisannya.
> 
> 8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & 
> tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala 
> jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia 
> tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
> 
> 9.
>  Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti
>  kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta 
> berdusta.
> 
> 10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta 
> suka marah- marah pada suaminya.
> http://lamanilmu2u.blogspot.com/2008/05/wanita-yang-dimurkai-allah_19.html
> 
> WAllahua3lam
> Wassalam
> Hizamri
> 
> ----- Forwarded Message -----
> From: Jasni06 <jasni06@...>
> Sumber: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
>  
> ** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi 
> bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan 
> sebagainya. Ambil iktibar.
>  
> Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda
>  
> Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan
>  
> Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah
>  
> Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung
>  
> Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang !
>  
> Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung
>  
> Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!
>  
> Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??
>  
> DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!
>  
> Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat 
> 
> (gambar hiasan)
>  
> KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
> APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA
>  
> 
> 1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang 
> pakai tudung tapi tak sembahyang.."
>  
> Jawapan: 
> Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup 
> aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa 
> besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
> 2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang 
> tak pakai tudung, tapi hati baik..."
> 
> Jawapan:
> Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita 
> Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu 
> macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai 
> skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang 
> membezakan wanita Islam ?
>  
> 3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, 
> kan dalam Islam tiada paksaan ?"
>  
> Jawapan:
> Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang 
> bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak 
> rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut 
> hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah 
> putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum 
> sepatutnya..
> 4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
>  
> Jawapan:
> Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak 
> pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai 
> baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu 
> kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
> 5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
> 
> Jawapan:
> Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau 
> syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul 
> tinggi (macam bonggol unta) tu...
>  
>  
>  
>  
> Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
> Respon anda    
> Pakai Jubah Tetapi Nampak Garis Seluar Dalam ? Fesyen Muslimah Kah Itu ? 
> Keluar ke tempat awam. Pandang sana, pandang sini, begitu mudah sekali 
> lelaki-lelaki Islam mendapat dosa kering melalui mata mereka. Sumber dosa 
> kering itu bukan sahaja datang dari wanita â€"wanita kafir, tetapi disebabkan 
> oleh wanita-wanita Islam sendiri yang tidak memelihara aurat dengan sempurna. 
> Takut rasanya untuk keluar rumah. Banyak sekali sumber-sumber dosa mata. 
> Istighfar !
>  
> Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
> Respon anda    
> MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik 
> Saya ingin mengajukan anda satu persoalan.
> 
> Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita 
> Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia 
> menutup aurat mereka dengan sempurna ?
> 
> Bayangkan ini:
> Semua tahu solat itu tiang agama. Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak 
> layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal 
> solat. Adakah kewajiban solat lima waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang 
> untuk memberi alasan dan tempoh masa ? Jika seseorang itu sudah baligh...?
> 
> Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati 
> dan ditegur agar dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan 
> kebenaran itu. Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh 
> masa dari
>  masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap 
> solatnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf 
> dan terus mendisiplinkan dirinya 'on the spot' untuk mematuhi semua solat 
> lima waktu tanpa melengah-lengahkan masa ?
> 
> Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan 
> dinasihat ?
> 
> 
> Aplikasi teori di atas:
> Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita 
> Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan 
> pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa 
> fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. 
> Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, 
> begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara 
> aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk 
> memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika 
> seseorang itu sudah baligh...?
> 
> Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah 
> dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya 
> sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan 
> wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia 
> dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si 
> wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan 
> dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa 
> melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?
> 
> Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan 
> dinasihat ?
> 
> Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
> Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan 
> ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum 
> puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan 
> koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.
>  
> Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
> Respon anda    
> Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala ? 
> Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.
> 
> Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
> Reaksi penulis:"Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu 
> daripada lelaki-lelaki..."
> 
> Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan 
> anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran 
> meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh 
> dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang 
> memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang 
> dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka 
> sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. 
> Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan
>  kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak 
> gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.
> 
> 
> 
> Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri 
> sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan 
> semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan 
> manja mereka
>  di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, 
> miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar 
> blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian 
> melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila 
> mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC 
> mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.
> 
> Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata 
> keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, 
> seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai 
> bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu 
> *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya 
> harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata 
> ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, 
> wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.
> 
> Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.
> 
> 
> * maaf, perkataan sedikit kesat
> ..........................................................
> 
> Stupidity #1
> 
> Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia 
> bertudung
> Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia 
> pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak 
> pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album 
> online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia 
> bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.
> 
> Stupidity #2
> 
> Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan 
> susuk tubuh yang cantik.
>  Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk 
> ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia 
> perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi 
> GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar 
> lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans 
> sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja 
> dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi 
> supaya ramai orang dapat tengok.
> 
> 
> Stupidity #3
> 
> Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang 
> melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi 
> masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan 
> upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. 
> Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka
>  yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !
> 
> Stupidity #4
> 
> Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling 
> hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa 
> yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai 
> jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. 
> Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam 
> keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang 
> tengok.
> 
> 
> Stupidity #5
> 
> Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan 
> peluk-peluk. Itu memang diakui.Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri 
> berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula 
> sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. 
> Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada 
> juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam 
> Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin 
> selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula 
> tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !
> 
> Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam 
> bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. 
> Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita 
> tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap 
> wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar 
> memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya 
> dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu 
> sang suami suatu hari nanti.
> 
> Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri
>  sendiri.
> 
> Renung-renungkan. Selamat beramal. 
>  
> Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
> Respon anda    
> Trend Bermegah-Megah Dengan Kecantikan Di Kalangan Muslimah 
> Tudung baru ditempah disarungkan ke kepala. Badan dipakaikan dengan set baju 
> kurung corak istimewa yang dibeli dari butik Muslimah tersohor. Muka disolek 
> dengan 'make-up” yang tebal dan warna gincu yang menggoda. Beberapa 'pose' 
> yang comel dan menawan diberikan kepada si pengambil photo. Akhirnya, sebuah 
> imej Muslimah yang ayu dan anggun siap sedia diabadikan dalam bentuk gambar. 
> Tidak puas untuk sekadar tatapan sendiri, gambar yang cantik berbusana itu 
> dimuat-naik ke laman sosial dan blog sendiri agar dapat dilihat oleh 
> rakan-rakan dan pelawat-pelawat. Pujian dan komen yang indah dari pelawat 
> lantas membuatkan diri bangga di atas kecantikan yang dimilikinya.
> 
> 
> 
> (Gambar Hiasan)
> Semakin ghairah golongan Muslimah mempertontonkan kecantikan mereka, maka 
> semakin hilanglah hikmah dan pesona kebaikan di sebalik tujuan sebenar 
> menutup aurat ( Hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh 
> Islam.
> Situasi bermegah-megah dengan kecantikan ini ditambah lagi dengan kemunculan 
> kerjaya dan hobi yang berasaskan elemen kecantikan, dandanan dan paparan 
> wajah yang dijalankan secara full-time ataupart-time, seperti model busana 
> muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer). Permintaan dari pasangan 
> raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi 
> juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak 
> majlis resepsi dan perkahwinan diadakan. Tidak mengapa andai ia sekadar untuk 
> simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila 
> ianya dikongsi untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada 
> keburukan tanpa sedar tercipta darinya. 
> Perlu wanita-wanita Islam sedari bahawa Hijab itu adalah lambang kemuliaan. 
> Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari 
> maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya 
> di tengah-tengah masyarakat. Inilah yang membezakan darjat kemuliaan antara 
> muslimat mukminat dan wanita-wanita JAHILiah kerana wanita JAHILiah, tatkala 
> mereka keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih cantik dari 
> wanita yang lain. Mengejar pujian dan sanjungan adalah matlamat utama 
> terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan 
> mereka. 
> Hijabitu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh 
> ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi 
> pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan 
> keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. 
> Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya 
> dan orang-orang yang berurusan bersama mereka.
> Tujuan memakai busana Muslimah (tudung, baju kurung, jubah) sudah lari dari 
> tujuan asalnya. Tidak percaya ? Lihat sendiri di tempat kerja, majlis keraian 
> dan kenduri kahwin.
> Hari ini, kita dapat menyaksikan pelambakan fesyen baru tudung dan pakaian 
> Muslimah serta kewujudan butik-butik Muslimah moden tumbuh pesat bagaikan 
> cendawan. Adakah fenomena ini benar-benar berasaskan matlamat memelihara 
> aurat dan melahirkan seorang Muslimah yang memiliki sifat malu, rendah diri 
> dan penuh kesederhanaan ? ATAUPUN fenomena fesyen Muslimah sekarang ini lebih 
> bersifat trend untuk kelihatan mempersona dan bergaya di hadapan masyarakat 
> yang lebih berpaksikan amalan ingin menunjuk-nunjuk kecantikan ?
> ..................................
> Idea dan penulisan dipetik dari:
> http://diehatefan.wordpress.com
>  
> Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
> Respon anda    
> Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part 2) 
> 
> 
> Nasihat:
> Baju lengan panjang banyak dijual di pasaran. Harga pun mampu dibeli. 
> Ingatlah bahawa, lengan wanita itu aurat. So, ia wajib ditutup dengan baju 
> lengan panjang yang 'lapang' BUKANNYA dibalut dengan 'legging tangan' yang 
> ketat. T-shirt lengan pendek pakai di rumah sahaja...
> 
> 
> 
> 
> Nasihat: 
> Wahai wanita Islam di luar sana, tidak kira betapa cantik dan jelitanya kamu, 
> jangan kamu sesekali bersolek melampau dan berfesyen melebihi kesederhanaan 
> seorang Islam. Pakaian Muslimah BUKAN untuk dipertanding dan 
> dipuja-pujakan...sebaliknya untuk mencari kemuliaan dan kesederhanaan..
> 
> 
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> 
> Memakai tudung untuk menutup rambut itu satu
>  pahala. Masalahnya pada masa yang sama mereka memakai seluar jeans yang 
> SENDAT menampakkan alur bentuk dari betis ke punggung ke sana ke mari, 
> menggoda nafsu lelaki.
> 
> Fesyen Islamik dan fesyen SEKSI MENGIURKAN haram digabungkan.
> 
> 
> Nasihat:
> Kalau kemaruk nak pakai jeans jugak, belilah jeans design lelaki. Jeans 
> lelaki selalunya lebih lapang...takkan tiada langsung seluar yang loose di 
> pasaran...? 
>  
> Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
> Respon anda    
> Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1) 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> 
> Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen 
> Muslimah ?
> Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! 
> Tudung sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam.
> Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...?
> 
> Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. 
> Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat 
> ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.
> 
> 
> Nasihat:
> Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
> Tak payah menggatal nak pakai
>  skirt...!
> ..................................................................................................
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> 
> Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak. Pergi jalan-jalan dengan family, 
> pakai tudung sudah BAGUS...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk cover 
> bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat pulak...!! Ibarat betis yang 
> telanjang...
> 
> Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai 
> makcik-makcik di luar sana ooiiii...!! Itu tutup aurat main-main namanya..
> 
> ......................................................................................
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> 
> Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam 
> BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat yang menampakkan 
> bentuk badan. Lebih tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama 
> seluar jeans ketat.
> 
> Nasihat:
> Kesopanan pakaian dan maruah diri NO 1.....
> Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2...
> ......................................................................................................
> 
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> 
> Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam 
> ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak 
> tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tidak 
> cover punggung sepenuhnya. Kesannya, bagi sang lelaki peluang tengok bentuk 
> punggung mereka dengan percuma..
> 
> Nasihat:
> Pakailah baju atau blouse yang labuhhhhhhhh...!!
> 
> ................................................................................................................
> 
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. 
> Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. 
> Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang 
> dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...
> 
> Takkan tak tahu, seluar anda sendiri sudah basah lencun..? Takkan tak sedar 
> seluar dalam anda sudah ternampak...? Kenapa anda tidak pergi tukarrrrr 
> seluar mandi yang lebih tebal...?
> Ini bukan suatu yang membanggakan......Istighfar ! Istighfar !
> ..........................................................................................................
> 
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam. 
> Hijrah haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. 
> Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup 
> aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian 
> longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai LEGGING ketat..???
> 
> Istighfar......
> 
> .......................................................................................................................
> 
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat 
> iaitu tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak 
> jelaslah bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka 
> berseluar.
> 
> Nasihat: 
> Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah 
> labuh menutup ke paras bawah punggung.
> 
> ...........................................................................................................................
> 
> 
> 
> Kesilapan besar:
> Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan 
> terlupa melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah 
> bentuk punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir 
> wanita gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan 
> nampak punggung demi menarik perhatian lelaki. BENGONG.
> 
> Nasihat:
> Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali 
> selepas duduk atau membongkok di mana sahaja. 
>  
> Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz 
> Respon anda    
> Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !) 
> 1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
> Sabda Rasulullah s.a.w. : 
> 
> "akan datang ummatku di akhir zaman terdiri darikaum wanita yang mana mereka 
> itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka 
> berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan 
> tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. 
> dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh 
> ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 
> 2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang 
> pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli 
> belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam 
> yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??
>  
> Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.
> 
> ..................................................................................................................
>  
> Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu 
> untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai 
> beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka 
> diterima akal:
>  
> 1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
> 2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati 
> kami baik...
> 3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan 
> tengok..!!
> 4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang 
> memandang kami. Seksi itu subjektif..
> 5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
> 6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu 
> jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
> 7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
> 8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
> 9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan 
> zaman..
> 10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem 
> untuk menyesuaikan dengan scene..
> 11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai 
> lagi...tunggu dulu..
>  
>  
> Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan golongan wanita sebegini ?
>  
> ......................................................................................................................
> 
> Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. 
> Renung-renungkan soalan-soalan ini.
> 
> 1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
> 2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
> 3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
> 4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh 
> badan wanita melalui konsep AURAT ?
> 5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
> 6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
> 7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu 
> lelaki ?
> 
> Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu 
> merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta 
> kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka 
> memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri 
> wanita adalah seks.
> 
> Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka 
> mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih 
> menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib 
> dilindungi
> ..............................................................................................................................
> 
> 
> TUDUNG TETAPI KAIN BELAH
> 
> 
> 
> Golongan sebegini, kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis 
> mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa 
> gunanya bertudung tetapi seksi ?
> 
> Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup 
> keseluruhan kaki mereka.
> 
> 
> 
> TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT
> 
> 
> Golongan sebegini gemar memakai T-shirt yang sangat sendat hingga mengikut 
> bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak 
> jelas dari luar. Apa gunanya bertudung jika begitu ?
> 
> Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar 
> supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh 
> lelaki bukan muhrim.
> 
> 
> 
> TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG
> 
> 
> 
> Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang 
> seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak tembus dari 
> luar. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai 
> sebegini. Apa gunanya bertudung ?
> 
> Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat 
> daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.
> 
> 
> 
> TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT
> 
> 
> 
> Golongan sebegini gemar menempah dan memakai baju kurung atau kebaya 
> sealak-alak badan, betul-betul 'just nice' mengikut saiz bentuk badan mereka. 
> Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, 
> peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. 
> Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya 
> kita. Apa gunanya bertudung ?
> 
> Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang 
> lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.
> 
> 
> 
> TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT
> 
> 
> 
> Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas 
> paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat 
> punggung mereka. Apa gunanya bertudung jika berpakaian merangsang nafsu pada 
> masa yang sama ?
> 
> Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah 
> paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat 
> jelas oleh lelaki.
> 
> 
> 
> TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING
> 
> 
> 
> 
> Kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. 
> Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka 
> pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan 
> nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. 
> Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik 
> legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa 
> gunanya bertudung ?
> 
> Nasihat:Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang 
> dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila 
> di luar.
> 
> 
> 
> 
> TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT, 
> SINGKAT DAN KETAT.
> 
> APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA 
> HORMATDANSEORANGWANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH? MANA SATU 
> PILIHAN ANDA ?
> Setelah Membaca Blog Ini, Insyaallah Saya Akan Menegur Dan Memastikan Ahli 
> Keluarga, Isteri Dan Anak Perempuan Saya Tidak Akan Memakai Jeans Sendat, 
> Baju Singkat, T-Shirt Sendat dan Leggings Di Khalayak Ramai Demi Maruah Mereka
>  
> Bantu Kempen Ini !
> <a href="http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
> src="https://lh5.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AUcP-6PI/AAAAAAAAALc/jk2tvRRO_6Q/seksi%20itu%20seksa.png";
>  alt="Kempen Legging" /></a>
> ........................... 
> <a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
> src="https://lh4.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AYqjQsfI/AAAAAAAAALk/3FnxWIOuUSY/fesyen%20muslimah%20seksi.png";
>  alt="Kempen Legging" /></a>
> ........................... 
> <a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
> src="https://lh3.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AWiIbu2I/AAAAAAAAALg/kIl7KnIbviY/siswi%20bebas%20leggings.png";
>  alt="Kempen Legging" /></a>
> ....................... 
> <a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
> src="https://lh4.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta2_9UJZD7I/AAAAAAAAALY/MCnnHRfFEGI/budaya%20memakai%20leggings.png";
>  alt="Kempen Legging" /></a>
> ............................. 
> <a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
> src="https://lh6.googleusercontent.com/-8q00Hh1SD6Y/TbBUgF6lf2I/AAAAAAAAAzo/5y9gyLy_u3c/s288/tudung%2Bpakai%2Blegging%2Bketat.png";
>  alt="Kempen Legging" /></a>
> ...................................... 
> <a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
> src="https://lh3.googleusercontent.com/-Kg8rZVsW49M/TbMND7G8zNI/AAAAAAAAALw/8zkyM_kk0kk/s288/tudung%2Bshawl%2Bonline.png";
>  alt="Kempen Legging" /></a>
> ...................................... 
> <a href="http://leggingseksi.blogspot.com/"; target="_blank"><img 
> src="https://lh4.googleusercontent.com/-MQRs-g1jda0/TbMRDZAbCgI/AAAAAAAAAL0/qx1BqZ8FnOU/s288/shawl%2Bcardigan%2Bblogspot.png";
>  alt="Kempen Legging" /></a>
>  
>  
>  
> Jom Berdakwah
>  
> Kami Antara Penyokong Mesej Yang Disampaikan Blog Ini
>  
>   
>   
>  
> Psikologi
> Niat utama penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam 
> kita, tetapi mungkin bagi segelintir pihak ia kelihatan 'keras' dan 
> 'terus-terang'.Namun, motifnya satu iaitu untuk MENDESAK wanita-wanita Islam 
> menjauhkan diri dari fesyen-fesyen mencemarkan.
> 
> Sumber grafik di blog ini adalah hasil carian di ruang-ruang internet.
> 
> Gambar-gambar di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mengumpat mana-mana 
> individu. Sebaliknya, penulis memikirkan perlu untuk meletakkan bukti-bukti 
> yang bersifat realiti supaya pembaca-pembaca jelas dan faham akan mesej yang 
> cuba diperjuangkan blog ini dan untuk membuktikan bahawa penyakit aurat ini 
> adalah benar-benar berlaku di dalam masyarakat Islam. Dari segi kebekersanan 
> penyampaian mesej pula kita tidak dapat menolak bahawa gambar-gambar adalah 
> lebih mudah difahami dan diingati berbanding kata-kata. Ambil pengajaran.
>  
>  
> Mohd Nadzir Bin Abdul Rahman
> Ict Service Desk Analyst, GICT, Proton Sdn Bhd
> (03-8026 9222È013-273 7667703-8026 9633*nadzirar@...
> (بَلِÙ`غُوÙ'ا عَنِÙ`ي وَِلَوÙ' آيَة) - رواه 
> البخاري
> 
> Maksudnya : “Sampaikanlah (apa-apa yang telah kamu perolehi) daripadaku 
> walaupun hanya sepotong ayat”.
> (H.R.Bukhari)
>  
> 
> 
> -- 
> 
> Saga Club Malaysia [SCM] = www.SagaClubMalaysia.com
> Makanan kesihatan & peluang business  = http://MyNoni.webs.com/
> Blog = http://SagaGallery.blogspot.com
> ------------------------------------------------
> AcAi Azfar Inc.
> ©2011 All Right Reserved
> SagaClubMalaysia.com
> -------------------------------------------------
> -- 
> ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
> -- 
> 
> When you bring a single light of peace, 
> it will brighten up wherever you go.
>  
> http://jasni06.blogspot.com/
> 
>  
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>




------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke