Dari Borneo Bulletin http://web3.asia1.com.sg/borneo/ kito baco:

               Isnin, 15 Mei 2000

              Umur 25 , baru boleh datang bekerja di sini

              Oleh Saemah Zulkefli

              BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Indonesia akan
              memperketatkan prosedur penghantar pekerja ke negara
              asing dengan menetapkan hanya mereka berumur lebih 25
              tahun boleh bekerja di luar negara, kata Menteri Tenaga
              Kerja Indonesia Drs H Bomer Pasaribu.

              Selain itu, kelayakan pembantu rumah yang akan dihantar ke
              Brunei juga akan ditambah dengan memasukkan syarat
              mereka sekurang-kurangnya berpendidikan tingkatan tiga
              dan memenuhi segala peraturan kerajaan negara itu.

              Selepas mereka memenuhi syarat-syarat itu, mereka juga
              mesti berdaftar dengan agensi di Indonesia yang disahkan
              lesennya, manakala Kedutaan Republik Indonesia di Brunei
              perlu diberitahu awal sebelum kedatangan pekerja itu ke
              negara ini, katanya pada pertemuan dengan pekerja Indonesia
              dan pengusaha di negara ini.

              Beliau berkata prosedur baru ini diperkenalkan berikutan
              pelbagai masalah yang dihadapi oleh tenaga kerja di bawah
              umur berkenaan apabila dihantar ke luar negara kerana dari
              segi psikologinya, mereka belum matang dan tidak
              mempunyai kualiti kerja yang memuaskan majikan.

              Drs Bomer berkata kerajaan Indonesia juga akan berusaha
              memperbaiki keadaan pengambilan pekerja, syarat kerja,
              meningkatkan kualiti pekerja yang hendak didatangkan dan
              memperbaiki pengurusan pembekal tenaga kerja.

              Setakat ini banyak tenaga kerja yang didatangkan bukan
              melalui pembekal tenaga kerja yang disahkan, bahkan hanya
              melalui agensi haram yang menjanjikan bermacam-macam
              janji manis kepada pekerja dan meminta yuran terlalu tinggi
              sehingga tenaga kerja itu terpaksa bergadai dan berhutang.

              Beliau juga memberi jaminan Kerajaan Indonesia akan
              membanteras kegiatan pemalsuan umur dan biodata oleh
              sebilangan agensi tidak bertanggungjawab.

              Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan tenaga kerja
              Indonesia di negara ini supaya sentiasa bersabar dalam
              semua perkara dan mematuhi peraturan negara tempat
              mereka bekerja.

              Bagaimanapun katanya, hak asasi kemanusiaan bagi pekerja
              negara itu perlu juga dijaga oleh semua pihak yang terlibat,
              terutama majikan.

              Pada masa ini, kira-kira 30,000 pekerja Indonesia berdaftar
              dengan Kedutaan Besar Indonesia di negara ini, manakala
              perangkaan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
              menunjukkan lebih daripada 80,000 pekerja asing bekerja di
              negara ini tahun lalu.

              Daripada jumlah itu, sekitar 40,000 orang dari negara
              ASEAN dengan kebanyakannya bekerja sebagai pembantu
              rumah.

              Drs Bomer dalam rangka lawatan kerja dua hari di negara
              ini, antara lain untuk mengeratkan jalinan kerjasama antara
              kedua-dua negara serta memperluaskan lagi pasaran kerja
              negaranya di sini.

                                                                       BACK



                           Copyright � 1999 Brunei Press Sdn Bhd. All
                           rights reserved.

****************************************************************************
"The real contest now is not so much airplanes, trucks, roadways or ships,
but who has the best  information and who knows how to use it" IBM
*****************************************************************************���


LAPAU RantauNet di http://lapau.rantaunet.web.id
Isi Database ke anggotaan RantauNet:
http://www.egroups.com/database/rantaunet?method�dRecord&tbl=1
����������������WEB-EMAIL GRATIS ... @rantaunet.web.id ---> 
http://mail.rantaunet.web.id
����������������Subscribe - Mendaftar RantauNet Mailing List, kirimkan email
Ke / To: [EMAIL PROTECTED]
Isi email / Messages: subscribe rantau-net email_anda

Unsubscribe - Berhenti menerima RantauNet Mailing List, kirimkan email
Ke / To: [EMAIL PROTECTED]
Isi emai / Messages: unsubscribe rantau-net email_anda
����������������WebPage RantauNet http://www.rantaunet.web.id dan Mailing List 
RantauNet
adalah servis dari EEBNET http://eebnet.com, Airland Groups, USA
����������������

Kirim email ke