Asalamualaikum wb...

menjawab soalan pak madahar..

Penemuan baru: babi turut membawa virus wabak Japanese Encephalitis (JE) atau virus Nipah (sempena nama tempat virus ditemui - Kg. Nipah, N.Sembilan). Virus di pindahkan dari khinzir kepada manusia melalui nyamuk Culex.

 khinzir memainkan peranan terpenting dalam menggandakan lagi bilangan virus ini kerana virus tersebut banyak didapati dalam darah mereka. Pada masa yang sama, suhu badan khinzir yang tinggi dan permukaan tubuhnya yang tidak berambut menjadi tarikan beribu-ribu nyamuk pada setiap malam. jangkitan ini tidak akan berlaku dari manusia kepada manusia.

Nyamuk culex ini merupakan vektor terpenting di Asia di mana mereka menggunakan takungan air di tanah seperti sawah padi untuk larvanya. nyamuk aedes turut dikaitkan dengan penularan virus JE. di kebanyakan negara Asia, risiko penularan JE banyak bergantung kepada pendedahan faktor persekitaran termasuklah kawasan luar bandar, sawah padi yang berair, ternakan khinzir dan hujan lebat.

Keadaan ini, amat sesuai untuk virus JE, kerana selain tempat pembiakan vektor yang luas, perumah pengganda (khinzir) juga agak tinggi.

Mengimbas sejarah JE, ia merupakan penyakit dan agen penyebab yang pertamanya ditemui di Jepun pada 1935. Di Malaysia, wabak Japanese Encephalitis yang pertama dilaporkan berlaku di kalangan askar tahanan British pada 1951.

Secara umumnya, hampir 50,000 kes JE berlaku di Asia di mana 10,000 daripada akan mengakibatkan kematian.

TANDA-TANDA KLINIKAL
Hanya satu dalam 500 (1:500) kes jangkitan akan menyebabkan seseorang menghidap penyakit JE.

Antara tanda-tanda awal seseorang yang mendapat jangkitan JE ialah :
* Demam
* Sakit kepala
* Letih
* Loya
* Muntah yang berlaku berhari-hari

Walaupun terdapat segelintir lain mendapat jangkitan JE ini, mereka tidak menunjukkan tanda-tanda (asimtomatik).

Manakala tanda-tanda jangkitan saraf dapat dikenal pasti dengan:
* Rasa mengantuk
* Kegelisahan
* Keadaan hampir pengsan
* Meracau

Sesetengah kanak-kanak yang mendapat jangkitan ini, menunjukkan pertuturan yang tidak jelas atau bisu.

Sementara itu 60 peratus mereka yang mendapat jangkitan ini mengalami sawan di mana tempoh penyembuhannya adalah lambat.

Bagaimanapun, JE boleh membawa maut dalam 10 hingga 35 kes yang biasanya berlaku pada minggu pertama jangkitan.

KOMPLIKASI
a. Kanak-kanak yang berumur kurang 10 tahun lebih rentan untuk mendapat komplikasi saraf yang serius seperti:
* Lumpuh
* Kebutaan
* Sawan

Satu pertiga atau setengah pesakit yang hidup selepas mendapat jangkitan akut akan mendapat komplikasi setahun kemudian.

b. Wanita hamil

Pada wanita hamil, mereka yang dijangkiti JE semasa awal kehamilan boleh menyebabkan kematian janin atau keguguran.

Sebaliknya, jangkitan JE pada peringkat akhir kehamilan tidak menyebabkan apa-apa kesan pada bayi di mana bayi yang dilahirkan adalah normal.

Belum ada vaksin untuk penyakit ini .. tetapi vaksin untuk virus Hendra..

tahun 2000, di Malaysia telah mengakibatkan 67 kematian manusia (kesemuanya penternak bangsa tiongkok dan pekerja di ladang penternakan babi). Akibatnya semua kawasan penternakan kosong- penduduknya melarikan diri. Jutaan babi bernilai lebih 1.5 bilion RM di tembak/ dimusnahkan.

Sya masih tidak faham mengapa binatang yang membawa banyak penyakit ini masih di ternak oleh manusia.

Wallahua'lam bi sawab.

 

>From: "Madahar" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: RE: [RantauNet] Rahsia babi diharamkan
>Date: Tue, 13 Aug 2002 11:13:54 +0700
>
>kami pernah dengan issue kalau di Malaysia itu sekarang peternakan babi
>dihapuskan karena ada berjangkit penyakit yang belum ada obatnya karena juga
>belum dikenal jenis penyakitnya.
>mohon saudara kita yang ada di Malaysia untuk memberikan sedikit konfirmasi
>agar kita juga jelas berita ini.
>Kalau hanya sekedar issue mohon kepada anggota Rantau Net tidak
>memforwardkan berita ini ke milis atau rekan yang lain.
>
>wassalam
>
>-----Original Message-----
>From: Boes Roestam [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: Tuesday, August 13, 2002 11:00 AM
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: RE: [RantauNet] Rahsia babi diharamkan
>
>
>
>
>
>RantauNet http://www.rantaunet.com
>Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3
>===============================================
>Tanpa mengembalikan KETERANGAN PENDAFTAR ketika subscribe,
>anda tidak dapat posting ke Palanta RantauNet ini.
>
>Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di: http://www.rantaunet.com/subscribe.php3
>===============================================


MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: Click Here
RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Tanpa mengembalikan KETERANGAN PENDAFTAR ketika subscribe, anda tidak dapat posting ke Palanta RantauNet ini. Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di: http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ===============================================

Kirim email ke