forum
Melayu jangan jadi pengikut sahaja
Saudara Pengarang, MELAYU mudah lupa dan `perjuanganmu belum selesai' itulah kata-kata keramat yang telah berjaya menaikkan martabat bangsa Melayu supaya dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain, terutama dari segi ekonomi, pentabdiran dan kepimpinan. Kita sebagai orang Melayu jangan hanya menjadi pengikut sahaja, bakat dan semangat kepimpinan yang ada pada kita haruslah dimartabatkan supaya, bangsa lain boleh membuka mata mereka bahawa bangsa Melayu juga boleh berjaya seperti yang mereka lihat pada masa sekarang ini. Cuba kita lihat semangat dan bakat kepimpinan yang ada pada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau merupakan seorang pemimpin yang boleh kita jadikan contoh, yang mana beliau berjaya menaikkan nama Malaysia sebagai role model kepada negara-negara lain terutama kepada negara-negara Islam. Di sini kita boleh lihat bahawa Malaysia bukan sahaja maju dari segi struktur dan ekonominya, malah maju daripada segala segi baik pentabdiran mahupun pembangunan. Bangsa Melayu perlu sedar bahawa mereka perlu bersatu bagi memartabatkan semula bangsa mereka supaya dapat dijadikan contoh kepada bangsa-bangsa lain. `Bersatu kita teguh', `bercerai kita roboh', kata-kata ini menjadikan kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Cuba kita lihat dan renung kembali apakah makna di sebalik perkataan `Melayu' itu? Ada setengah pihak berkata bangsa Melayu tidak henti-henti dihujani dengan sikap-sikap negatif seperti Melayu malas, Melayu tidak boleh maju, Melayu miskin dan bermacam-macam lagi kata-kata yang tidak sedap didengar oleh kita sendiri. Bagaimanakah perasaan kita sekiranya Melayu sentiasa di tindas oleh bangsa lain? Tepuk dada tanyalah selera. Sebagai seorang yang berilmu kita perlu bersikap rasional dan boleh menerima segala kritikan yang dilemparkan kepada bangsa kita. Anggaplah segala kritikan yang diberikan itu sebagai satu azam dan semangat untuk memajukan bangsa Melayu. Kita boleh lihat antara kemajuan yang dicapai oleh bangsa-bangsa lain, sebagai contoh, Jepun merupakan sebuah negara maju, di mana penduduknya sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Kemajuan mencipta peralatan canggih seperti robot yang boleh disuruh untuk melakukan pekerjaan manusia boleh dijadikan sebagai suatu semangat untuk terus maju dalam bidang mereka cipta. Bangsa Cina umpamanya mereka boleh maju dalam dunia perniagaan jika bangsa lain boleh melakukannya, mengapa kita tidak. Pendita Za'aba dalam karyanya yang bertajuk `Jejak-jejak Pantai' yang ditulis pada tahun 1977, menceritakan bahawa Melayu miskin berdasarkan kepada empat perkara iaitu miskin ilmu, miskin harta, miskin perangai dan miskin cita-cita. Dalam menghuraikan keempat-empat perkara ini, memang benar apa yang dinyatakan oleh beliau. Apabila disebut sahaja bangsa Melayu mereka tidak lari daripada sifat-sifat irihati, dendam hasad dengki, malah perkara seperti ini sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, apabila seorang Melayu itu berjaya dalam bidang perniagaan, bangsa mereka sendiri seboleh mungkin akan menghancurkan perniagaan itu, tidak kira dengan apa cara sekalipun. Seperti kata pepatah `mereka tidak senang apabila melihat orang lain senang'. Cuba kita baca di dada-dada akhbar, berapa ramai bangsa lain yang bergelar jutawan kalau hendak dibandingkan dengan bangsa Melayu, berapa ramai Melayu yang ketinggalan dalam dunia perniagaan dan berapa ramai Melayu yang hidupnya miskin dan merempat? Persoalan-persoalan ini akan terjawab dalam diri, hati dan naluri kita sebagai bangsa Melayu. - HAR, Pontian, Johor.Chat with friends online, try MSN Messenger: Click Here
RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Tanpa mengembalikan KETERANGAN PENDAFTAR ketika subscribe, anda tidak dapat posting ke Palanta RantauNet ini. Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di: http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ===============================================

