Assalamualaikum Wr, Wb.

Mak Abrar di OZ, apokah bener tentang berita posting dibawah ko????
Kalau memang, salut ambo samo urang2 awak nan mandukuang
urang barat nan lebih tau sunatullah dan islami.

* salut = tingga kabaunyo je nye.

----- Original Message -----
From: "janda baik" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, October 30, 2002 12:30 AM
Subject: 40 KES SERANGAN ANTI-ISLAM DILAPOR DI AUST

> SYDNEY - Lebih 40 serangan berbaur perkauman ke atas orang Islam
dilaporkan
> di Australia sejak serangan bom di Bali, Indonesia, pada 12 Oktober yang
> meragut lebih 190 nyawa, menurut polis semalam.
>
> Ketua Polis New South Wales, Pesuruhjaya Ken Moroney, berkata orang Islam
> diludah dan diugut, dengan wanita Islam menjadi sasaran utama sedang
masjid
> dan madrasah dirosakkan.
>
> Advertisement
>
> Menurutnya, jilbab seorang gadis Muslim berusia 14 tahun dikoyakkan semasa
> dia menaiki kereta api di Sydney minggu lalu.
>
> 'Tindakan golongan ini langsung tidak mencerminkan diri mereka sebagai
warga
> Australia,' kata Encik Moroney kepada wartawan.
>
> 'Ia bahkan menunjukkan kejahilan golongan itu.'
>
> Beliau khuatir jumlah serangan ke atas orang Islam mungkin lebih tinggi
> kerana ramai mangsa wanita keberatan membuat laporan kerana bimbang akan
> tindak balas.
>
> 'Wanita Muslim harus tampil membuat laporan kepada polis,' kata Encik
> Moroney.
>
> 'Ini akan membantu kami mendapatkan gambaran lebih jelas.'
>
> Beberapa kejadian di bandar-bandar lain termasuk serangan ke atas sebuah
> masjid di Melbourne dan sebuah kuil Buddha di Brisbane.
>
> Selasa lalu, jendela dan dinding Madrasah Raja Abdul Aziz di barat Sydney
> dirosakkan.
>
> Sebuah masjid dan rumah seorang pemimpin Islam juga dirosakkan.
>
> Menurut Encik Moroney, penghinaan berbaur perkauman tertakluk di bawah
Akta
> Antidiskriminasi yang boleh membawa hukuman penjara hingga enam bulan. -
AP,
> AFP, Reuters.


RantauNet http://www.rantaunet.com
Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3
===============================================
Tanpa mengembalikan KETERANGAN PENDAFTAR ketika subscribe,
anda tidak dapat posting ke Palanta RantauNet ini.

Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di: 
http://www.rantaunet.com/subscribe.php3
===============================================

Kirim email ke