Terima kasih posting yang berguna ini. Ianya lebeh banyak membuka mata kita 
semua.

Dalam historiography kedatangan Islam di Kepulauan Melayu/Malay Archepelago 
yang selalu kita fahamkan ialah kehadiran Islam di nusantara bermula dari 
penyebaran da'wah para mubaligh dan pedagang pedagang Arab dan India. 
Kedatangan mereka meraka ini  ke alam Melayu melalui jalan perdagangan dari 
jalur Utara, dari negara China (selatan), Bandar Canton, terus ke daerah 
kerajaan Champa dan mara ke selatan ke Semenanjung serta ke tampat lain, juga 
dari  jalur perdagangan dari Selatan, yaitu dari India dan juga lansung dari 
Jazirah. 

Penulisan sejarah tentang kedatangan Islam dan kehadiran kelompok, masyarakat 
dan kediaman penganut agama Islam di Alam Melayu ini, umumnya, bertunjang 
dengan tarikh yang sekurang kurangnya seratus tahun selepas wafatnya baginda 
Rasul ul Llah selepas, saw. Saperti yang kita semua tahu yaitu Sahabah Sa'ad 
Ibnu Waqqas dan rombongannya telah sampai ke Ibukota kerajaan China dan 
mengadap sultannya selepas lima puluh tahun wafatnya Nabi Muhammad. 

Mengikut tafsiran Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Atas kehadiran para muballigh 
Arab di Alam Melayu bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah, mengikut beliau 
kehadiran mereka meraka ini adalah mengambarkan usaha usaha yang bersungguh 
untul mengebarkan Islam. Peta dan jalur/route perdagangan ke India dan Alam 
Melayu sudah diketahui dengan baik di kalangan pedagang pedagang dan masyarakat 
tempatan di Jazirah Arab. Ilmu pengetahuan tentang masyarakat di Nusantara, 
jalur perkapalan dan perdagangan di wilayah ini sudah menjadi suatu rahasia 
umum di waktu itu. Perdagangan segitiga ini, Jazirah dan India, Semenanjung 
Tanah Melayu dan China ini lebeh menguntungkan dari perdagangan melalui Silk 
Route merentas benua dari Turkey hingga ke China. 

Ilmu pengetahuan tentang budaya dan masyarakat Alam Melayu ini di pergunakan 
sepenuh penuhnya oleh para muballigh terutamanya di Jazirah. Mereka ini sudah 
bersiap sedia dengan pembekalan ilmu pengetahuan tentang budaya dan masyarakat 
ini. Sebelum menjejak di pesisiran di wilayah ini mereka sudah lebeh mengetahui 
selok belok budaya dan masyarakat tempatan. Ramai diantara mereka bersikap 
"merantau cino" dan bermaustatin dan beranak pinak. 

Pendekatan/teori penulisan sejarah kedatangan Islam di wilayah ini semasa dan 
dalam masa lima puluh atau seratus tahun sesudah wafatnya Rasul ul Llah  mesti 
terus di gali pasti. Dasar ilmiyyahnya mesti di bina. Saperti biasa, teori 
berfungsi sebagai menjelaskan lagi sehingga membina keyakinan dan kepastian 
ilmiyyah/academic certainty. Teori ini mestilah kearah ini. 

Sekiranya terbukti pendekatan ini sudah pasti berlaku perombakan semula 
penulisan/historiography kedatangan, kehadiran dan pengukuhan Islam di 
Nusantara. Mungkin, termasuk teori kedatangan, penyebaran dan kehadiran Islam 
di wilayah Minang.  Semenjak kehadiran dan hidupnya cara hidup Islam/ Islamic 
Way of Life di wilayah Minang mertabat dan karamah al-insaniyyah nya terus 
meningkat. Pendekatan karamah al-insaniyyah dalam membicarakan kesemua aspek 
keMinangan akan dapat mengganti pendekatan hak asasi manusia. Konsep pendekat 
karamah al-insaniyyah dapat berlaku adil dalam mengupas keMinangan dan tamaddun 
adat Minang.    

Waallah hu 'alam.

Arnoldison <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Islam Masuk ke Nusantara Ketika Rasulullah SAW Masih Hidup (Bag.2, Tamat). 
Wednesday, May 23 2007
MELURUSKAN SEJARAH hufaizh 5:01 am 


   
              
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Berhenti (unsubscribe), kirim email ke: [EMAIL PROTECTED]

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id&cd=US&service=groups2.
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke