PUASA DALAM PANDANGAN AGAMA
Oleh : Ghafani Awang Teh
Menurut sejarah, amalan puasa muncul serentak dengan kemunculan
manusia di muka bumi. Semua agama atau atheis sekali pun mengakui
bahawa amalan ber-puasa adalah program positif dan amat penting dalam
kehidupan harian manusia. Walau bagaimanapun berdasarkan perkem-bangan
terkini, puasa Ramadhan yang diamalkan serentak secara besar-besaran
oleh umat Islam sama ada kanak-kanak atau dewasa di seluruh dunia,
me-nunjukkan amalan puasa dalam agama Islam terus aktif meneruskan
kesinambungan amalan puasa yang diamalkan oleh para nabi yang
terdahulu.
Sejarah Puasa
Perintah puasa fardhu Ra-madhan kepada umat Islam di bawah kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w. diwahyukan pada bulan Syaaban tahun 2 Hijrah dan
di-kuatkuasakan dalam bulan Ramadhan berikutnya semasa Nabi Muhammad
berada di Madinah. Walau pun puasa Ramadhan diwajibkan pada tahun 2
Hijrah tetapi umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad telah pun
mengamalkan puasa. Allah berfirman:
Maksudnya:
"Hai orang-orang yang ber-iman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
ber-taqwa". (Al-Baqarah: 183)
Dalam mentafsirkan ayat ini, ahli tafsir Imam Qurtubi me-nyatakan
Al-Syaabi, Qatadah dan lain-lain menerangkan bahawa ayat ini merujuk
puasa-puasa yang difardhukan pada Nabi Musa, Nabi Isa dan umat-umatnya
pada masa itu yang juga mengamalkan puasa dalam bulan Ramadhan,
kemudian para pendita dan pengikut-pengikut nabi-nabi berkenaan
mengubahsuai ajaran-ajaran tersebut. Dengan demikian kita dapati dalam
kitab Taurat dan Injil ada menyebut tentang puasa tetapi tidak
dinyatakan dengan jelas tentang peraturan wajib puasa.
Sebagaimana kita ketahui bahawa Rasul-rasul yang dipilih Allah sebelum
Nabi Muhammad s.a.w mempunyai syariat yang sesuai di sampaikan dan
di-gunakan untuk umat-umatnya sahaja. Nabi Adam sebagai manusia
pertama muncul di dunia juga berpuasa. Penga-la-man Nabi Adam dan Hawa
yang dimurkai Allah kerana mendekati sebatang pokok (dikatakan pokok
khuldi) boleh dijadikan sumber rujukan yang boleh di-kaitkan dengan
puasa. Allah ber--firman:
Maksudnya:
"Janganlah kamu mendekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah: 35)
Dengan tipu daya dan mus-lihat syaitan, Nabi Adam dan Hawa telah
memakan buah pokok larangan berkenaan wa-lau-pun telah ditegah oleh
Allah. Dengan demikian Allah telah menyuruh pasangan berkenaan keluar
dari syurga dan turun ke dunia. Peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang
dimurkai Allah me-makan buah larangan itu di-anggap melanggar perintah
puasa dalam erti menahan diri dari makan buah larangan.
Menurut sumber sejarah, Nabi Musa bersama kaumnya pernah berpuasa
empat puluh hari di samping bermunajat kepada Allah semasa berada di
bukit Tursina sebelum Allah menganugerahkan sepuluh ajar-an kepadanya.
Nabi Isa juga ber-puasa seperti mana yang di-amalkan oleh Nabi Musa.
Dalam Surah Maryam dinyatakan Nabi Zakaria dan Mariam sering
meng-amalkan puasa. Manakala Nabi Daud diriwayatkan berpuasa
ber-selang seli iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka yang
diamal-kan pada sepanjang tahun. De-mikianlah antara amalan puasa
nabi-nabi terdahulu yang dapat dikesan oleh ahli-ahli tafsir dan
sejarah. Walau pun amalan puasa nabi-nabi lain tidak dapat dikesan
tetapi kita percaya ba-hawa amalan puasa adalah se-bahagian cara hidup
mereka dalam mendekati Allah. Menurut sumber sejarah, Nabi Muhammad
s.a.w sendiri sebelum di-lantik menjadi Rasul telah meng-amalkan puasa
tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura yang jatuh
pada hari ke 10 bulan Muharram ber-samasama dengan masyarakat
Quraisy yang lain. Malah masyarakat Yahudi yang tinggal di Yathrib
(Madinah) pada masa itu turut mengamalkan puasa Asyura.
Menurut Encyclopedia of Religion bangsa-bangsa bertamad-dun tinggi dan
kuno sebelum masehi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natches
di Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka ini
berpuasa se-bagai persediaan menyambut perayaan, memuja roh nenek
moyang, membersihkan dosa dan persediaan menjadi pemim-pin-pemimpin
atau ketua agama. Persoalan yang timbul ialah apakah puasa
bangsa-bangsa ini hasil dari perkembangan dakwah nabi-nabi terdahulu?
Kebenaran pertalian itu memang ada kerana sejarah perkembangan biak
manusia dan ajaran Allah ber-mula dari Nabi Adam dan nabi-nabi/rasul
yang lain yang ke-semuanya berasal dari Tanah Arab. Penyebaran agama
ber-laku serentak dengan perpin-dahan dan penghijrahan ma-nusia hasil
daripada evolusi geografi dunia yang berlaku beribu-ribu juta tahun
dahulu yang turut menyebabkan pem-bentukan benua. Evolusi dunia terus
berlaku hingga kini tanpa kita sedari.
Puasa Dalam Agama Yahudi
Sebahagian rasul-rasul yang wajib dipercayai dalam agama Islam terdiri
dari Bani Israel. Umat Islam perlu berhati-hati apabila mengutuk hebat
bangsa Yahudi kerana kepintaran ke-jahatannya, jangan turut
me-ngait-kan rasul-rasul itu. Dalam Encyclopedia of Religion
me-nyatakan penganut Yahudi yang Ortodoks mengamalkan puasa wajib satu
hari pada hari Yom Kippur (Hari pembersihan dosa) seperti mana yang
disuruh oleh Mosaic Law (kemungkinan merujuk kitab Taurat Nabi Musa),
kemudian mereka me-nambah empat hari lagi, masing-masing satu hari
pada bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri mengikut kalendar bulan
Yahudi sebagai hari berkabung di atas bencana yang menimpa bangsa
Yahudi. Mengikut Encyclopedia itu lagi terdapat segolongan penganut
Yahudi mengamalkan puasa mengikut nabi Yahya, mengamalkan 40 hari
puasa nabi Musa, 40 hari puasa Nabi Ilyas dan puasa pada hari Isnin
dan Khamis secara sukarela.
Puasa Dalam Agama Kristian
Selepas kematian Nabi Isa, kitab Injil mengalami perubahan besar.
Dengan demikian kita dapati dalam Bible (New Testament) tidak menyebut
secara nyata tentang wajib puasa kepada penganutnya. Menurut
Encyclopedia of America pada dua abad pertama sejak kemunculan agama
Kristian, puasa dalam agama ini adalah sukarela. Puasa hanya
diwajibkan pada abad ke 4. Secara tradisinya agama Kristian
menghendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari besar Ash
Wednesday hingga hari perayaan Easter, iaitu sebelum perayaan Krismas.
Puasa ini dibuat sebagai simbul menghormati kesengsaraan Nabi Isa yang
mengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa pada
hari Rogetion Days, Ember Day, puasa mingguan pada hari Rabu dan
Jumaat dan puasa sem--pena perlantikan paderi dan hari Baptis.
Walau bagaimanapun menurut Encyclopedia of Britanica, ke-dudukan puasa
tradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalami
perubahan besar. Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom
telah memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau pada
hakikatnya berpantang de-ngan tidak makan daging pada hari perayaan
Ash wednesday dan hari Good Friday. Kelong-gar-an peraturan itu dibuat
se-bagai usaha menggalakkan ma-sya-rakat Kristian berpuasa. Dengan
demikian menurut Encyclopedia of Religion Masya-rakat Kristian
Ortodoks Greek dan Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuat
mengamalkan puasa tradisi, hanya kini mengamalkan puasa atau
berpantang pada hari Ash Wednesday dan Good Friday sahaja. Manakala
sebahagian besar Gereja-gereja di bawah Mazhab Kristian Protestant
hanya menganggap puasa itu adalah hak budibicara in-dividu untuk
mengamalkannya.
Puasa Dalam Agama Lain
Menurut Encyclopedia of Religion, walaupun sebahagian besar penganut
agama Buddha cen-derung berpantang tetapi mereka menganggap puasa
se-penuhnya sepanjang hari bukan-lah suruhan agama Buddha. Mengikut
ajaran Buddha kurangkan makan atau berpantang adalah salah satu dari
13 ajaran-nya untuk mencapai hidup bahagia. Dengan demikian walaupun
mereka berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktu
tengah hari. Di kalangan penganut agama Buddha hanya sami yang taat
berpuasa atau berpantang yang mereka amalkan empat kali dalam sebulan.
Demikian juga puasa dalam agama Hindu, confusius, Tao dan ajaran kuno
lain adalah mengamalkan puasa untuk pemujaan roh nenek mo-yang. Puasa
mereka lebih ber-sifat berpantang dengan tidak makan daging atau
dibenarkan makan sekali sehari.
Kesimpulan
Semua agama mengakui ba-hawa puasa adalah amat penting dan menjadi
satu keperluan universal kepada semua manusia. Islam telah mengambil
langkah bijak dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu agenda
wajib kepada umat Islam yang baligh dan berakal menjalankan puasa
selama satu bulan. Malah Islam menggalakkan umatnya menjalankan
puasa-puasa sunat sebagai kesinambungan menge-kal-kan gaya hidup sihat
seperti yang dikehendaki dalam se-mangat dan matlamat Rama-dhan.
Selama 11 bulan anggota badan kita aktif menjalankan jentera dan
kemudiannya satu bulan pula diwajibkan berehat, maka suruhan agama
Islam itu adalah tepat. Walaupun terdapat percubaan agama-agama bukan
Islam untuk mewajibkan puasa kepada penganutnya tetapi tidak berjaya
kerana agama itu tidak mempunyai rangkaian undang-undang yang lengkap.
Maka hanya sami-sami, pendita dan paderi yang agaknya masih meneruskan
saki baki amalan puasa atau berpantang larang sepertimana yang
dituntut oleh agama berkenaan.
source http://members.tripod.com/siti_2/01/87.html
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui
jalur pribadi.
===============================================================
Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED]
Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---