Demonstrasi tidak cerminkan sikap majoriti penduduk Indonesia - Najib
MAKASSAR 10 Sept - Demonstrasi dan kecaman oleh sekelompok kecil rakyat Indonesia terhadap rakyat dan kerajaan Malaysia berhubung isu dan masalah yang melibatkan kedua-dua negara tidak mencerminkan sikap sebenar majoriti penduduk dan pemerintah republik itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh bertindak balas berikutan kecaman yang dibuat oleh beberapa pertubuhan dan para penunjuk perasaan negara jiran itu walaupun ia boleh memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia. "Meskipun hubungan Malaysia dan Indonesia baik, kita perlu tangani masalah-masalah yang berbangkit dan mengambil serius sekiranya ia boleh mempengaruhi sikap dan tindakan yang boleh memberikan persepsi buruk terhadap negara kita," kata Najib. Najib yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, Malaysia akan terus membina hubungan baik dengan Indonesia melalui berbagai-bagai saluran dan kaedah termasuk mewujudkan lebih banyak rangkaian kerjasama serta menguruskan dengan baik segala perbezaan yang berlaku antara kedua-dua negara. "Pembukaan Pejabat Konsul Kehormat Malaysia yang baru di Makassar hari ini adalah salah satu usaha yang diambil membetulkan persepsi buruk rakyat Indonesia terhadap Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia selepas majlis makan tengah hari sempena penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi Politik kepada Najib Tun Razak oleh Universiti Hasanuddin di sini hari ini. Antara persepsi rakyat Indonesia terhadap Malaysia ialah kerajaan tidak mengambil tindakan yang cepat terhadap rakyat Malaysia yang didakwa mendera dan menganiaya pekerja Indonesia sebaliknya kerajaan Malaysia dituduh cuba melindungi mereka yang didakwa itu. "Dalam hal ini kita perlu membetulkan tanggapan buruk kerana disebabkan masa yang lama diambil untuk membuat pengadilan terhadap sesuatu kes," katanya. Beliau juga menjelaskan Malaysia tidak boleh menyekat media dan stesen televisyen daripada menyiarkan berita yang meniupkan sentimen anti-Malaysia kerana pemerintah Indonesia juga sukar untuk mengawal media dan stesen televisyen daripada menerbitkan atau menyiarkan sesuatu perkara. - Utusan-11 sept 2007 _________________________________________________________________ Personalize your Live.com homepage with the news, weather, and photos you care about. http://www.live.com/getstarted.aspx?icid=T001MSN30A0701 --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ =============================================================== Website: http://www.rantaunet.org =============================================================== UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: - Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. - Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. - Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui jalur pribadi. =============================================================== Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di: https://www.google.com/accounts/NewAccount =============================================================== -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---
