Apokah tulisan Jawi iko adolah tulisan arab melayu sarupo nan dipelajari 
dek anak-anak sikolah di Riau ? AFAIK di Riau tulisan arab melayu adolah 
muatan lokal (setidaknyo di kab. Bengkalis).

Ciek lai, kabanyo sadang diusahakan untuak persyaratan masuak SLTP ado 
ijazah MDA/TPA nyo. Memang, nampaknyo tanpa banyak publikasi tetap "Tak 
Hilang Melayu di Bumi". Samo jo kito rang (melayu) minang, etnis 
(melayu) riau juo identik jo Islam

Wassalam,
--
Afda Rizki

**************

Arnoldison wrote:
> Tulisan Jawi: Khazanah Pendidikan al Quran Di Tanah Melayu
> Posted on Tuesday, July 24 @ 21:34:59 MYT by greenboc  
>
> "Tulisan  Arab  yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya
> dinamakan   sebagai   tulisan   Jawi.   Tulisan   inilah  yang  pernah
> membangunkan  tamadun  Melayu  dan  pernah mencorak ketuanan Melayu di
> zaman  pra-kemerdekaan.  Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat
> besar  dalam sejarah bangsa dan negara, di mana dahulunya ia merupakan
> lapangan  interaksi  intelek  Melayu  dengan  masyarakat  awam. Namun,
> akhir-akhir  ini  ia  mula  dimamah  zaman  yang semakin global kerana
> muncul  segelintir  dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak
> meyakinkan  bangsanya  untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak
> mereka terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan
> generasi  Melayu  'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu
> dan  sekerat  keBaratan. Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadi
> penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya
> tahan umat menjadi tiris.
>
> Berdasarkan   berita   yang   bertarikh  5  Julai  2007,  Harakahdaily
> melaporkan  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan
> bahawa  tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan
> kepada  pelajar  sekolah  menengah.  Sudah  pasti  pengisytiharan  ini
> merupakan  kecaman  terhadap  khazanah warisan Islam kepada masa depan
> pelajar-pelajar   Melayu   Islam.  Sikap  tidak  memberikan  penekanan
> terhadap  tulisan  Jawi hinggakan seolah-olah tulisan ini tidak pernah
> berjasa   di  dalam  negara  kita,  merupakan  perbuatan  yang  sangat
> memalukan  bangsa  sendiri. Sepatutnya KPM memberikan persepsi positif
> terhadap  keupayaan  Jawi  sebagai  seni  luhur  masyarakat Melayu dan
> bukannya meremehkan peranan tulisan Jawi.
>
> Jika  pemerkasaan  terhadap  tulisan  Jawi  tidak  lakukan, barangkali
> tulisan  Jawi  menerima  nasib  yang  sama  sebagaimana mata pelajaran
> Tajwid  yang  menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat
> sekolah  rendah,  kemudian  diabaikan  ketika  di  peringkat menengah.
> Akhirnya  ilmu  Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan,
> sedangkan  mengamalkan  ilmu  Tajwid ketika membaca al Quran merupakan
> tuntutan  Islam  bertaraf  fardhu  ain  buat seluruh umat Islam. Lebih
> malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia
> akan  tenggelam  di  arus  kemodenan  dan  terus  kehilangan khalayak.
> Akhirnya  tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
> nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan
> sejarah  sebagaimana  pada  catatan  rahsia batu Rosetta di Mesir yang
> akhirnya  diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion.
> Jika  masyarakat  Melayu  kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi
> saat  ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2 membaca tulisan Jawi
> pada masa akan datang?
>
>   


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
Website: http://www.rantaunet.org 
=============================================================== 
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: 
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. 
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. 
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
=============================================================== 
Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] 

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe 
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount 
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke