Sanak sapalanta nan dimuliakan,


Iko saketek jwbn satantang hadis dhaif utk pambandiang curito,



http://fitrahislami.wordpress.com/2013/01/13/hujjatul-islam-imam-al-ghazali-rahimamullah-di-kritik-hebat-oleh-golonga-anti-tasauf/


Fitrah Islami Online
Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami
Hujjatul Islam Imam al Ghazali di kritik hebat oleh golongan anti Tasawuf


Pengkritik dan golongan  anti-tasawuf seringkali menuduh bahawa kitab-kitab 
karangan para ulama’ tasawuf sarat dengan hadith-hadith dhaif. Tuduhan paling 
berat pernah dihalakan kepada sosok tubuh tokoh tasawuf  dan ulama Islam agung  
yang diberi gelaran “Hujjatul Islam” iaitu Imam al-Ghazali radiyallahu anhu 
sendiri. Mereka menuduh di dalam karyamagnum opus  empat jilid  Ihya’ Ulumiddin 
karangan Imam al-Ghazali itu penuh dengan hadith-hadith dhaif. Sebenarnya, 
perbahasan berhubung dengan kedudukan hadith-hadith dhaif tidak perlulah kita 
bicarakan di sini kerana perbahasannya yang panjang cuma cukuplah kita nukilkan 
bahawa  para ulama hadith seperti al-Hakim di dalam al-Madkhal li `ilm 
al-hadith,  Imam al- Bayhaqi dalam Dala’il al-nubuwwah, Imam Nawawi dalam 
al-Tibyan fi `ulum al-qur’an. Bahkan Imam al-Sakhawi  dalam al-Qawl al-badi` fi 
al-salat `ala al-habib al- shafi` menyebut bahawa ianya disepakati para ulama 
yang membenarkan penggunaan hadith dhaif  selama mana ianya bertujuan untuk 
menunjukkan kelebihan-kelebihan sesuatu amalan (fadha’ilul amal) dan 
menggalakkan orang ramai beramal dengannya dan menjauhi dari melakukan maksiat 
(al-targhib wa tarhib). Status hadith dhaif tidak sama dengan hadith palsu yang 
sama sekali tidak boleh beramal dengannya bahkan meriwayatkannya juga haram dan 
berdosa. Namun kelompok pelampau ini telah menyamatarafkan hadith dhaif dan 
hadith palsu sebagai satu kategori sama dan mendakwa kononnya kedua-duanya 
tidak boleh digunakan sama sekali. Ini telah  menimbulkan kekeliruan dan 
keresahan  di kalangan masyarakat dan mula memandang hina terhadap hadith 
dhaif. Tindakan biadap sebegini tidak pernah diamalkan oleh para ulama silam 
yang muktabar dan justeru it kita  jangan keliru dengan propaganda para 
asatizah ini yang kononnya ingin membawa islah dan tajdid dalam masyarakat agar 
beramal hanya dengan hadith Sahih sahaja.

Imam al-Ghazali jahil ilmu hadith?

Antara tuduhan keterlaluan yang dilemparkan terhadap Hujjatul Islam Imam 
al-Ghazali ialah kononnya beliau jahil ilmu hadith dan kerana itulah banyak 
hadith-hadith dhaif dalam Ihya’ Ulumiddin. Ada juga yang mendakwa kononnya di 
akhir hayat beliau, Imam al-Ghazali meninggalkan tasawuf dan menjadi ahli 
hadith kerana beliau ditemui meninggal dunia dengan kitab Sahih Bukhari di 
tempat tidurnya. Harus diingati bahawa tiada manusia lain di atas mukabumi ini 
yang digelar “Hujjatul Islam” melainkan Imam al-Ghazali. Gelaran itu diberikan 
oleh masyarakat pada zamannya kerana kehebatan ilmu yang beliau miliki yang 
tiada tolok tandingnya. Imam Salahuddin al-Safadi (w.764) yang mengarang kitab 
al-Wafi, sebuah kitab biografi para ulama silam atau digelar ‘tabaqat’ yang 
mengandungi 14,000 para ulama menyebut bahawa bahawa “Imam al-Ghazali adalah 
seorang ulama mazhab Shafi’e yang tiada tandingnya di zaman beliau”.  Ulama 
kontemporari seperti Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa Imam 
al-Ghazali adalah mujaddid kurun ke-5 hijri sepertimana Imam al-Shafie di 
zamannya dan Umar bin Abdul Aziz di zamannya.

Yang lantang mengkritik Imam al-Ghazali sebenarnya hanya beberapa orang tokoh 
ulama seperti ulama anti-sufi  seperti Ibn al- Jawzi  melalui kitabnya  I`lam 
al-ahya’ bi aghlat al-Ihya’  dan Talbis Iblis, dan diikuti oleh Ibn Taymiyyah 
dan pelajarnya al-Dhahabi. Manakala majoriti ulama di zaman Imam al-Ghazali dan 
selepasnya semuanya mengkagumi kehebatan beliau. Hari ini kelompok ‘islah dan 
tajdid moden’ yang mengkritik Imam al-Ghazali mengutip kembali 
kritikan-kritikan ketiga-tiga orang tokoh ulama ini dan menghamburkannya kepada 
masyarakat sehingga masyarakat hilang hormat pada Imam al-Ghazali.

Sebagai manusia biasa, Imam al-Ghazali sudah tentu  ada kelemahannya namun 
sumbangan besar Imam al-Ghazali dalam ilmu akhlak atau tasawuf melalui karya 
Ihya Ulumiddinnya itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sekalipun sehingga 
dikatakan “andaikata seluruh kitab-kitab di atas mukabumi ini musnah, dan 
tinggal Ihya sahaja, maka ianya sudah memadai untuk membimbing manusia”. Imam 
Fakhruddin al-Razi mengatakan bahawa “seolah-olah Allah SWT mengumpulkan 
seluruh ilmu di bawah satu bumbung dan menunjukkannya kepada Imam al-Ghazali”.

Ya, memang diakui bahawa hadith-hadith dalam Ihya ada yang bersifat Hadith 
Dhaif sepertimana senarai yang diberikan oleh Imam Tajuddin al-Subki dalam 
Tabaqat al-Shafi’iyyah nya, namun sebagai sebuah kitab akhlak  yang bertujuan 
untuk ‘menggalakan beramal dan menjauhkan maksiat’ (targhib wa tarhib), ianya 
dikira tidak menyalahi disiplin ilmu hadith seperti yang  kita sebut sebelum 
ini. Kerana itulah tokoh-tokoh hadith seperti  Imam al-Hafiz Al-`Iraqi (w. 806) 
 dan Imam al-Hafiz al-Zabidi (w. 1205) ketika menyemak satu persatu 
hadith-hadith dalam Ihya mengatakan bahawa Ihya’ secara keseluruhannya sebuah 
kitab tasawuf yang cukup hebat walaupun di sana ada hadith-hadith dhaif. Bahkan 
mereka ini, seperti Zainuddin al-Iraqi, Ibn Hajar, al-Zabidi dan ramai lagi 
turut mengarang Syarah berjilid-jilid kepada kitab Ihya yang hanya empat jilid. 
 Imam al-Safadi turut mengatakan bahawa kritikan terhadap Ihya hanya kerana di 
sana ada hadith-hadith dhaif tidak boleh diterima kerana kriteria ketat untuk 
hadith hanyalah dalam hal-hal Aqidah dan Fekah sepertimana disepakati majoriti 
ulama. Adapun dalam hal-hal tasawuf, akhlak atau etika, maka kelonggaran diberi 
di sana.

Tuduhan bahawa Imam al-Ghazali tidak belajar ilmu hadith  juga adalah tuduhan 
biadap yang pernah kita dengar berlegar di dalam masyarakat kita hari ini.  
Ianya tidak benar samasekali, walaupun kepakaran Imam al-Ghazali lebih menonjol 
dalam bidang Tasawuf, namun kita tidak boleh nafikan bahawa beliau juga pernah 
mendalami ilmu hadith.  Ibn ‘Asakir  turut menyebut bahawa Imam al-Ghazali 
pernah belajar Sahih Bukhari dari Imam Abu Sahl Muhammad ibn Ahmad al-Hafsi. 
Manakala guru-guru hadithnya yang lain ialah seperti Imam Nasir ibn ‘Ali ibn 
Ahmad al-Hakimi al-Tusi, pakar hadith Imam Abu al-Fityan ‘Umar ibn Abi al-Hasan 
al-Ru’asi al-Dahistani dan  ramai lagi. Wallahu’alam.




II









Sangenek,






Wassalam,
anwardjambak 44+, 
mudiak Pyk, kanakan Dt Rajo Malano(Maulana), 

"Maminteh Sabalun Hanyuik....!!!

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Grup 
Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke rantaunet+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.


Kirim email ke