Kemungkinan sahabat yg bernama Sa'labah ada banyak?


http://tulahan.blogspot.com/2011/10/kisah-tsalabah-dan-salabah.html?m=1


Friday, October 14, 2011
Kisah Tsa'labah dan Sa'labah

Kisah Tsa'labah bin Abdurrahman 

Seorang pemuda dari kaum Anshar yang bernama Tsa'labah bin Abdurrahman telah 
masuk Islam. Dia sangat setia melayani Rasulullah SAW. Suatu ketika Rasulullah 
SAW mengutusnya untuk suatu keperluan. 

Dalam perjalanannya dia melalui rumah salah seorang dari Anshar, maka terlihat 
dirinya seorang wanita Anshar yang sedang mandi. 

Dia takut akan turun wahyu kepada Rasulullah SAW berhubung perbuatannya itu. 
Maka dia pun pergi jauh. Dia menuju ke sebuah gunung yang berada di antara 
Mekah dan Madinah dan terus mendakinya.

Selama empat puluh hari Rasulullah SAW kehilangan dia. Lalu Jibril AS turun 
kepada Nabi SAW dan berkata, "Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan 
salam buatmu dan berfirman kepadamu, "Sesungguhnya seorang lelaki dari umatmu 
berada di gunung ini sedang memohon perlindungan kepada-Ku.""

Maka Nabi SAW berkata, "Wahai Umar dan Salman! Pergilah cari Tsa'laba bin 
Aburrahman, lalu bawa kemari." Keduanya pun lalu pergi menyusuri perbukitan 
Madinah. 

Dalam pencariannya itu mereka bertemu dengan salah seorang penggembala Madinah 
yang bernama Dzufafah. Umar bertanya kepadanya, "Apakah engkau tahu seorang 
pemuda di antara perbukitan ini?" 

Penggembala itu menjawab, "Jangan-jangan yang engkau maksud seorang lelaki yang 
lari dari neraka Jahanam?" "Bagaimana engkau tahu bahawa dia lari dari neraka 
Jahanam?" tanya Umar. 

Dzaufafah menjawab, "kerana, apabila malam telah tiba, dia keluar kepada kami 
dari perbukitan ini dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil 
berkata, "Mengapa tidak cabut saja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan 
tidak membiarkan aku menanti keputusan!" 

"Ya, dialah yang kami maksud," tegas Umar. Akhirnya mereka bertiga pergi 
bersama-sama.

Ketika malam menjelang, keluarlah dia dari antara perbukitan itu dengan 
meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, "Wahai, seandainya saja 
Engkau cabut nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku 
menanti-nanti keputusan!" 

Lalu Umar menghampirinya dan mendakapnya. Tsa'labah berkata, "Wahai Umar! 
Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?" "Aku tidak tahu, yang jelas kemarin 
beliau menyebut-nyebut namamu lalu mengutus aku dan Salman untuk mencarimu." 

Tsa'labah berkata, "Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap beliau kecuali 
dia dalam keadaan solat"

Ketika mereka menemui Rasulullah SAW sedang melakukan solat, Umar dan Salman 
segera mengisi shaf. Tatkala Tsa'labah mendengar bacaan Nabi saw, dia 
tersungkur pengsan. 


Setelah Nabi mengucapkan salam, beliau bersabda, "Wahai Umar! Salman! Apakah 
yang telah kau lakukan Tsa'labah?" 

Keduanya menjawab, "Ini dia, wahai Rasulullah saw!" Maka Rasulullah berdiri dan 
menggerak-gerakkan Tsa'labah yang membuatnya tersedar. 

Rasulullah SAW berkata kepadanya, "Mengapa engkau menghilang dariku?" Tsa'labah 
menjawab, "Dosaku, ya Rasulullah!" 

Beliau mengatakan, "Bukankah telah kuajarkan kepadamu suatu ayat yang dapat 
menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan?" "Benar, wahai Rasulullah." 

Rasulullah SAW bersabda, "Katakan•Ya Tuhan kami, berilah kami sebahagian di 
dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka." (QS 
Al-Baqarah:201)

Tsa'labah berkata, "Dosaku, wahai Rasulullah, sangat besar." Beliau 
bersabda,"Akan tetapi kalamullah lebih besar." 

Kemudian Rasulullah memintanya agar pulang ke rumahnya. Di rumah dia jatuh 
sakit selama lapan hari. 

Mendengar Tsa'labah sakit, Salman pun datang menghadap Rasulullah SAW lalu 
berkata, "Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingat Tsa'labah? Dia sekarang 
sedang sakit kuat." 

Maka Rasulullah SAW datang menemuinya dan meletakkan kepala Tsa'labah di atas 
pangkuan beliau. Akan tetapi Tsa'labah mengelakkan kepalanya dari pangkuan 
beliau.

"Mengapa engkau elakkan kepalamu dari pangkuanku?" tanya Rasulullah SAW. 
"Kerana penuh dengan dosa." Jawabnya. 

Beliau bertanya lagi, "Bagaimana yang engkau rasakan?" "Seperti dimasuki semut 
pada tulang, daging, dan kulitku." Jawab Tsa'labah. 

Beliau bertanya, "Apa yang kau inginkan?" "Ampunan Tuhanku," Jawabnya.

Maka turunlah Jibril as. dan berkata, "Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu 
mengucapkan salam untukmu dan berfirman kepadamu, 

"Kalau sahaja hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, 
niscaya Aku akan temui dia dengan ampunan sepenuh itu pula.

" Maka segera Rasulullah SAW memberitahukan hal itu kepadanya. Mendengar berita 
itu, terpekiklah Tsa'labah dan terus ia meninggal dunia.

Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar Tsa'labah segera dimandikan dan 
dikafani. Ketika telah selesai disolatkan, Rasulullah SAW berjalan sambil 
berjengket-jengket. 

Setelah selesai pemakamannya, para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah! Kami 
lihat engkau berjalan sambil berjengket-jengket." 

Beliau bersabda, "Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang nabi yang 
sebenarnya! kerana, banyaknya malaikat yang turut menziarahi Tsa'labah."


Kisah Sa'labah bin Hatib


Pada zaman Rasulullah, ada seorang lelaki bernama Sa’labah bin Hatib. 
Pekerjaannya ialah mengembala kambing. Kehidupannya cukup sederhana dan beliau 
seorang yang taat menunaikan ibadah dan selalu solat berjemaah bersama 
Rasulullah. 

Namun demikian, Rasulullah amat hairan melihat kelakuan Sa’labah. Setiap kali 
selesai solat dia segera bangkit dan pulang ke rumahnya. Padahal jemaah lain 
masih duduk berzikir dan berdoa bersama Rasulullah. 

Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada Sa’labah."Hai Sa’labah, mengapa 
engkau sangat cepat bangkit dari dudukmu apabila selesai menunaikan solat 
bersama kami?". 

Sa’labah menjelaskan kepada Rasulullah, bahawa beliau hanya mempunyai sehelai 
kain sahaja untuk solat. Oleh itu beliau perlu cepat kembali kerumah supaya 
kain yang dipakainya itu pula dipakai pula oleh isterinya untuk solat. 

Walau bagaimanapun, di sebalik ketaatannya itu, Sa’labah ada menyimpan sedikit 
perasaan ingin menjadi kaya. Perasaan ingin kaya ini telah lama dipendam oleh 
Sa’labah didalam hatinya. 

Maka pada suatu hari, Sa’labah berjumpa Rasulullah dan beliau mangharapkan agar 
Rasulullah mendoakan kepada Allah supaya beliau beroleh kekayaan atau rezeki 
yang banyak. 

Mendengar permintaan Sa’labah itu, Rasulullah memandangnya dengan penuh 
kehairanan, lalu baginda bertanya, "untuk apa rezeki yang banyak itu wahai 
Sa’labah? Menurut pendapatku, lebih baik rezeki sederhana yang diberikan Allah 
daripada rezeki yang banyak tetapi menyusahkan kita kelak!", hujah Rasulullah. 
Sa’labah terdiam. 

Dia tidak menjawab pertanyaan Rasulullah itu. Dalam diamnya itu nafsu ingin 
kaya yang sudah lama tertanam dihatinya bukan semakin berkurang, tetapi semakin 
menjadi-jadi. 

Tidak lama selepas itu, Sa’labah menyampaikan permohonannya lagi kepada 
Rasulullah.  

Permintaannya kali ini disertai dengan alasan yang lebih kuat, antara lain 
Sa’labah berkata; "Kalau aku kaya kelak, kaum miskin dan melarat akan kuberi 
bantuan secukupnya, akan ku dirikan hospital, membangunkan rumah-rumah ibadah. 
Pendek kata, segala harta yang dikurniakan akan digunakan sebaik-baiknya demi 
keredhaan Allah," 

Mendengar ucapan Sa’labah yang bersunguh-sunguh itu maka Rasulullah mendoakan 
kepada Allah agar Sa’labah dikurniakan-Nya dengan harta yang banyak.

Allah memakbulkan permintaan hamba dan Rasul-Nya. Rezeki Sa’labah makin 
bertambah. Kambing Sa’labah makin membiak dengan banyaknya. Semenjak kekayaanya 
bertambah, ibadatnya pun semakin berkurangan. 

Solat berjemaah tidak lagi dihadirinya. Ini disebabkan ia terlalu sibuk 
menguruskan kambing-kambingnya yang sudah ribuan banyaknya. 

Dulu sebelum beroleh harta kekayaan Sa’labah pernah berjanji kepada Rasulullah 
bahawa dia ingin menggunakan segala kekayaanya itu untuk berjuang ke jalan 
Allah tetapi dia tidak menepati janji. 

Rasulullah sering juga bertanya akan perihal Sa’labah kepada kawan-kawannya. 
Orang ramai menerangkan kepada Rasulullah bahawa Sa’labah keadaannya semakin 
teruk kerana beliau amat kedekut, bukan sahaja kedekut kepada orang lain bahkan 
kedekut kepada dirinya sendiri. 

Pada suatu hari turunlah ayat mewajibkan zakat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maka 
perintah zakat itu segera disampaikan oleh Rasulullah kepada segenap umat islam 
yang mampu tidak terkecuali Sa’labah. 

Ketika utusan Rasulullah sampai ke rumah Sa’labah, beliau tidak mempercayai 
utusan itu bahkan mencurigai Rasulullah sendiri. 

Padanya itu hanya peraturan Rasullullah kerana cemburu disebabkan kambingnya 
yang banyak yang mesti dizakatkan dan bukannya perintah Allah. 

Sa’labah tidak memperdulikan kata-kata utusan Rasulullah. Dia masih juga tidak 
mahu membayar zakatnya kerana disangkanya perintah menunaikan zakat itu adalah 
ciptaan Rasullullah sendiri. 

Maka utusan Rasullullah itu keluar dari rumah Sa’labah dengan perasaan hampa. 
Sedangkan apabila meminta pada orang kaya yang lain, mereka (orang kaya) 
memberikan zakat ternakan mereka dengan senang hati. 

Begitulah sifat Sa’labah setiap kali utusan Rasulullah datang. Ada-ada sahaja 
helah dan alasan yang dikemukakannya untuk mengelakkan dari membayar zakat. 

Pada masa itu, turunlah Firman Allah dan akhirnya dimaktubkan di dalam surah 
Al-Baqarah, ayat 75-78 yang bermaksud: 

"Diantara mereka, ada yang berjanji kepad Allah. Sekiranya aku diberi rezeki 
yang banyak, aku akan banyak memberi sedekah, aku akan menjadi orang yang 
soleh. Tetapi, setelah mereka memperolehi rezeki yang berlimpah ruah lalu 
mereka menjadi orang yang bakhil dan berpaling dari janjinya. Akhirnya mereka 
ditimpa penyakit munafik pada hari di mana mereka itu kembali kepada Allah 
disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan
kebohongan mereka. Apakah mereka tidak tahu, bahawa Allah itu Maha Mengetahui 
segala rahsia dan apa yang tersirat dalam hati mereka dan bahawa Allah itu 
mengetahui segala perkara ghaib?" 

Salah seorang daripada sahabat Sa’labah yang mengetahui turunnya ayat itu 
segera memberitahunya. Kata sahabat Sa’labah tersebut: "Berhati-hatilah engkau. 
Apakah kambing-kambingmu yang banyak itu akan engkau bawa kemati? Dahulu engkau 
telah berjanji kepada Allah dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad! Sa’labah 
sahabatku, zakat yang diminta oleh utusan Rasulullah itu bukanlah untuk baginda 
dan bukan pula baginda yang mengadakan hukum zakat itu". 

Mendengar penjelasan sahabatnya itu, membuatkan Sa’labah menjadi sedar akan 
kesalahan dan keangkuhannya selama ini. Sa’labah bukan sahaja insaf, malah dia 
merasa takut yang amat sangat. 

Tanpa berfikir panjang lagi. Sa’labah pergi kepada Rasulullah dengan membawa 
berpuluh-puluh ekor kambing untuk dizakatkannya. 

Tetapi Rasulullah hanya menggelengkan kepala sambil mengatakan bahawa baginda 
tidak menerima zakat itu, bahkan pintu zakat sudah tertutup bagi Sa’labah. 

Mendengar jawapan tersebut Sa’labah menangis sekuat-kuat hatinya. Dia 
memukul-mukul kepalanya seperti perbuatan orang gila. 

Dengan perasaan yang amat kecewa, takut dan malu yang amat sangat. Sa’labah 
kembali ke rumahnya dengan membawa kambing-kambingnya itu. 

Dalam hatinya penuh dengan penyesalan. Usaha sa’labah hendak menyerahkan zakat 
ternakannya tetap gagal. Hinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Osman bin 
Affan iaitu selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. 

Beliau tetap dalam keadaan takut, kecewa dan menyesal kerana zakatnya tidak 
diterima lagi sedangkan ancaman Allah sudah turun yang ditujukan kepada 
orang-orang yang enggan membayar zakat. 

Peristiwa keingkaran Sa’labah ini menjadi sebab turunnya salah satu ayat 
Al-Quran untuk mengingatkan manusia dan sebagai pengajaran kepada umat di akhir 
zaman, supaya jangan menjadi orang kaya kedekut seperti Sa’labah. 

Ingatlah, segala kekayaan yang dipinjamkan kepada kita di dunia adalah dari 
ehsan Allah. Jadi apalah salahnya kita menyalurkan pula kepada mereka yang amat 
memerlukannya.




Sangenek,




Wassalam,
anwardjambak 44+, 
mudiak Pyk, kanakan Dt Rajo Malano(Maulana), 

"Maminteh Sabalun Hanyuik....!!!

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Grup 
Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke rantaunet+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.


Kirim email ke