BAHASA    

Mahkamah Rayuan putuskan “Allah” hanya milik Islam

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gereja-katolik-dihalang-guna-kalimah-allah-dalam-penerbitan-herald
 

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
OCTOBER 14, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 14, 2013 01:01 PM


Gereja Katolik dihalang Mahkamah Rayuan dari menggunakan kalimah Allah 
dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada tuhan 
bagi agama Kristian.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang 
mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan 
mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara 
yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya 
melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan 
rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) 
dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan 
Penerbitan 1984," katanya.


 
Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan 
oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The 
Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak 
perlembagaan gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan 
sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim 
Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk 
Mohd Zawawi Salleh.

Pihak gereja boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya 
keputusan itu bercanggah dengan kepentingan umum.

Pada 10 September, panel mendengar hujah peguam kerajaan, Suzana Atan yang 
menyatakan keadaan akan menjadi tegang sekiranya kalimah Arab Allah dibenar 
untuk penerbitan mingguan Katolik Herald dalam bahasa Melayu.

Suzana memberi contoh selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan, terdapat 
beberapa insiden serangan ke atas beberapa rumah ibadat.

Katanya, kalimah Allah mengundang pelbagai kekeliruan kepada penganut agama 
Islam dan Kristian kerana kedua-dua agama mempunyai tafsiran berbeza 
mengenai kalimah itu.

Menurutnya lagi, menteri mempunyai kuasa mutlak di bawah Akta Penerbitan 
dan Mesin Cetak 1984 bagi meletakkan syarat ke atas permit penerbitan 
tersebut.

Suzana berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana keputusannya mewujudkan 
persengketaan dan kekacauan dalam masyarakat.

Manakala, peguam Porres Royan yang mewakili gereja berkata hakim Mahkamah 
Tinggi Lau Bee Lan tidak salah dalam penghakimannya kerana larangan 
berkenaan adalah satu bentuk pencerobohan kepada kebebasan agama dan 
kebebasan bersuara. 

Katanya, keselamatan negara dan hujah Putrajaya adalah satu kenyataan lemah.

Royan menjelaskan pada 1982 terdapat arahan pengecualian di mana kalimah 
itu boleh digunakan oleh Al-Kitab yang diimport dari Indonesia dan 
menggunakan dialek Sabah dan Sarawak.

Herald telah menggunakan kalimah Allah semenjak 1994.

Royan berkata kerajaan telah membenarkan Al-Kitab dalam bahasa Indonesia 
dan bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah yang diimport dan dicetak 
dalam negara. 

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri 
(KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk 
kepada tuhan. 

Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan 
kerana melanggar hak dalam Perlembagaan. 

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan 
pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.

Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk 
menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh 
mengamalkannya secara aman dan harmoni.

Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa 
kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam 
penerbitannya. - 14 Oktober, 2013.

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Grup 
Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke rantaunet+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.

Kirim email ke