http://www.thestar.com.my/news/nation/2014/03/27/court-kassim-insul-islam/

http://chedet.cc/?p=1317


Kasus Kassim Ahmad - 80 tahun:

1. Saya sedih melihat pegawai Jabatan Agama Islam dibantu oleh polis
menangkap Kassim Ahmad, 80 tahun.

2. Kita ingin jadi Negara Islam yang sederhana, tidak keterlaluan. Tetapi
acara ini memperlihatkan Malaysia, seolah-olah ingin menjadi Negara Islam
yang suka mengguna paksaan bagi menentukan orang Islam hidup dalam
ketakutan kerana mungkin ditangkap apabila melanggar fatwa pihak berkuasa.

3. Kassim yang tidak sihat, berumur 80 tahun ditangkap, dibawa ke mahkamah,
dituduh menghina Islam, dituduh tidak akur kepada fatwa Pejabat Agama Islam
dan dikurung sehingga dijamin.

4. Yang menghina agama Islam di Malaysia ramai. Ada orang Islam yang
memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w, menghina Allah s.w.t, membuat fatwa
sendiri, bahkan mengembang ajaran sesat. Tetapi mereka tidak ditangkap.
Tegur pun tidak. Tetapi Kassim yang sudah tua, yang berjalan bertongkat
dituduh anti-hadis dan ditangkap.

5. Yang anti-hadis ini ramai. Mereka tolak hadis dalam amalan mereka, tidak
menurut banyak sunnah Rasul. Mereka tidak berjanggut.

6. Tetapi kita tahu dalam Islam ada dosa besar dan ada dosa kecil. Yang
sunnat tidak wajib, tidak berdosa jika ditinggal pun. Islam bukan keras,
bukan begitu bengis. Islam agama nasihat, agama sederhana yang tidak
bertujuan menjadi beban kepada penganutnya. Islam bukan agama paksaan.

7. Tetapi ada pihak yang tidak puas hati kerana Islam lembut,
bertimbangrasa, adil. Mereka ingin menjadi Islam agama yang keras, yang
bengis pun.

8. Ada di sebuah Negara Islam di mana yang tidak berjanggut disembelih. Ada
yang merejam dengan batu, menembak mati wanita yang dituduh berzina. Tetapi
tidak pasangan lelaki mereka. Lelaki boleh berzina, perempuan sahaja yang
salah. Al-Quran menghukum kedua-dua. Tetapi ramai orang Islam mengecualikan
lelaki.

9. Alhamudillah banyak amalan yang ekstrim ini tidak terdapat di Negara
tercinta ini. Namun ada yang hendak lihat ini juga dilaksanakan, diamal di
sini.

10. Mereka yang dipertanggungjawab terhadap agama Islam di Negara ini
ternampak seolah-olah ingin supaya sunnah Nabi dijadikan lebih tinggi,
lebih wajib dari firman Tuhan dalam Al-Quran.

11. Kuasa mudah pergi ke kepala dan kuasa tanpa had akan rasuk akal
fikiran. Islam adalah agama yang sederhana yang bertimbangrasa, agama
nasihat, yang adil. Kalau ia sudah jadi agama yang keras, zalim dan bengis
dan mengutama mazhab lebih daripada ajaran Al-Quran, kerana mudah taksub
dengan ajaran pemimpin atau guru maka akan berpecah dan bermusuhlah orang
Islam sesama Islam.

12. Saya sedih. Saya sedih kerana Kassim Ahmad umur 80 tahun, bertongkat
dan sakit ditangkap dan akan dibicara. Kenapa Kassim? Kenapa tidak orang
lain? Wallahuaalam. (source:
http://www.goodreads.com/author/show/558864.mahathir_mohamad/blog )


salam,

Julnardi G

37 tahun, Jakarta

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Google 
Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Kirim email ke