Agar berimbang. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenyataan-penuh-jakim-berhubung-isu-kassim-ahmad-1.252619
---- BERIKUT kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian. Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut: - Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW. - Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab. - Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi. - Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran - Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu - Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith - Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut: i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat. ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan. iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih. iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama. v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam. vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi. ---- Wassalaam, --- Ahmad Ridha On Apr 28, 2014 5:22 PM, "Julnardi G" <[email protected]> wrote: http://www.thestar.com.my/news/nation/2014/03/27/court-kassim-insul-islam/ http://chedet.cc/?p=1317 Kasus Kassim Ahmad - 80 tahun: 1. Saya sedih melihat pegawai Jabatan Agama Islam dibantu oleh polis menangkap Kassim Ahmad, 80 tahun. 2. Kita ingin jadi Negara Islam yang sederhana, tidak keterlaluan. Tetapi acara ini memperlihatkan Malaysia, seolah-olah ingin menjadi Negara Islam yang suka mengguna paksaan bagi menentukan orang Islam hidup dalam ketakutan kerana mungkin ditangkap apabila melanggar fatwa pihak berkuasa. 3. Kassim yang tidak sihat, berumur 80 tahun ditangkap, dibawa ke mahkamah, dituduh menghina Islam, dituduh tidak akur kepada fatwa Pejabat Agama Islam dan dikurung sehingga dijamin. 4. Yang menghina agama Islam di Malaysia ramai. Ada orang Islam yang memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w, menghina Allah s.w.t, membuat fatwa sendiri, bahkan mengembang ajaran sesat. Tetapi mereka tidak ditangkap. Tegur pun tidak. Tetapi Kassim yang sudah tua, yang berjalan bertongkat dituduh anti-hadis dan ditangkap. 5. Yang anti-hadis ini ramai. Mereka tolak hadis dalam amalan mereka, tidak menurut banyak sunnah Rasul. Mereka tidak berjanggut. 6. Tetapi kita tahu dalam Islam ada dosa besar dan ada dosa kecil. Yang sunnat tidak wajib, tidak berdosa jika ditinggal pun. Islam bukan keras, bukan begitu bengis. Islam agama nasihat, agama sederhana yang tidak bertujuan menjadi beban kepada penganutnya. Islam bukan agama paksaan. 7. Tetapi ada pihak yang tidak puas hati kerana Islam lembut, bertimbangrasa, adil. Mereka ingin menjadi Islam agama yang keras, yang bengis pun. 8. Ada di sebuah Negara Islam di mana yang tidak berjanggut disembelih. Ada yang merejam dengan batu, menembak mati wanita yang dituduh berzina. Tetapi tidak pasangan lelaki mereka. Lelaki boleh berzina, perempuan sahaja yang salah. Al-Quran menghukum kedua-dua. Tetapi ramai orang Islam mengecualikan lelaki. 9. Alhamudillah banyak amalan yang ekstrim ini tidak terdapat di Negara tercinta ini. Namun ada yang hendak lihat ini juga dilaksanakan, diamal di sini. 10. Mereka yang dipertanggungjawab terhadap agama Islam di Negara ini ternampak seolah-olah ingin supaya sunnah Nabi dijadikan lebih tinggi, lebih wajib dari firman Tuhan dalam Al-Quran. 11. Kuasa mudah pergi ke kepala dan kuasa tanpa had akan rasuk akal fikiran. Islam adalah agama yang sederhana yang bertimbangrasa, agama nasihat, yang adil. Kalau ia sudah jadi agama yang keras, zalim dan bengis dan mengutama mazhab lebih daripada ajaran Al-Quran, kerana mudah taksub dengan ajaran pemimpin atau guru maka akan berpecah dan bermusuhlah orang Islam sesama Islam. 12. Saya sedih. Saya sedih kerana Kassim Ahmad umur 80 tahun, bertongkat dan sakit ditangkap dan akan dibicara. Kenapa Kassim? Kenapa tidak orang lain? Wallahuaalam. (source: http://www.goodreads.com/author/show/558864.mahathir_mohamad/blog ) salam, Julnardi G 37 tahun, Jakarta -- . * Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ * Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email. =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi: * DILARANG: 1. Email besar dari 200KB; 2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 3. Email One Liner. * Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta mengirimkan biodata! * Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting * Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply * Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti subjeknya. =========================================================== Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/ --- Anda menerima pesan ini karena berlangganan grup "RantauNet" di Google Grup. Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim email ke [email protected]. Untuk opsi lebih lanjut, kunjungi https://groups.google.com/d/optout. -- . * Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ * Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email. =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi: * DILARANG: 1. Email besar dari 200KB; 2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 3. Email One Liner. * Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta mengirimkan biodata! * Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting * Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply * Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti subjeknya. =========================================================== Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/ --- Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Google Grup. Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim email ke [email protected]. Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.
