Sanak Fitri nah.
Hadis shahih banyak mengisahkan tentang Sejarah Dajjal dan Rasulullah saw 
pernah berkhutbah tentang Dajjal.
Wassalam 
HZS 

SEJARAH AD-DAJJAL

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya 
telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi 
ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w 
naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: 
“Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian 
berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” 
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini 
bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin 
menceritakan kepada kamu bahwa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian 
dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang 
satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang 
telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin 
kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera 
yang luas. Mereka tidak dapat menambatkan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa 
berada di tengah laut selama satu bulan. 

Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di 
pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang 
sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak jenis kelaminnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu 
menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” 
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat 
ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa 
dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Artinya 
mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke 
tengkuknya memakai dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak 
kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: 
“Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: 
“Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut 
menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah 
samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami 
terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya kami 
tidak dapat mengenali jenisnya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami 
tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu 
ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin 
berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan 
tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” 

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab pertanyaan  mereka terus saja 
mengemukakan persoalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di 
Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang 
tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu 
berbuah?” Setelah mereka menjawab bahwa pokok kurma itu berbuah, orang besar 
tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” 
Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: 
“Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” 
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku 
tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah 
berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia 
diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh 
orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan 
dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah 
mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika 
taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu 
bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku 
pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku 
jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. 
Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat 
menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas 
mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, yaitu 
Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada 
kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata 
lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu 
bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu 
tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia 
ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah 
timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah 
timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah 
di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. 
Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi 
yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi 
yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah 
nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak 
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan 
aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi 
setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga 
dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan 
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai 
manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri 
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak 
ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. 
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. 
Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama 
dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang 
dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu 
sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di 
antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan 
kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya 
itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku 
sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, 
apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: 
“Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya 
sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: 
“Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah 
dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan 
kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan 
izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu 
bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang 
beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling 
tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit 
supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya 
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang 
paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik 
dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu 
tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk 
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di 
tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali 
Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana 
dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. 
Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota 
Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan 
seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi 
bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang 
dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, 
Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman 
kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak 
menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu 
tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. 
Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan 
hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka 
mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya 
Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai 
orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan 
orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang 
paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh 
malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal 
(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang 
ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian 
mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari 
ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti 
tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: 
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. 
Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya 
Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, 
maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah 
kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada 
waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman 
Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada 
satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, 
kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, 
apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah 
berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan 
matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya 
sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu 
atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada 
manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka 
semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan 
menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal 
kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. 
Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau 
empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya 
seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia 
menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap 
dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.


Menjelang Kiamat, akan muncul Dajjal (bahasa Arab: الدّجّال al-dajjāl). Artinya 
pembohong besar. Bisa disebut juga sebagai Al Masih Dajjal. Dajjal ini kelak 
akan diperangi oleh Imam Mahdi dan Nabi Isa.

Ciri-cirinya menurut berbagai hadits adalah sebagai berikut. Sesungguhnya 
Dajjal adalah seorang pemuda keturunan Yahudi yang rambutnya sangat keriting, 
matanya buta sebelah dan menonjol seperti Abul ‘Uzza bin Qathan. Dajjal itu 
akan keluar di Khallah, suatu jalanan yang terletak antara Syam dan Irak, 
kemudian dia membuat kerusakan besar. Badannya besar dan berwarna merah. Dajjal 
ini pandai menipu manusia sehingga orang mengira air adalah api dan api adalah 
air. Pertama mengaku sebagai Nabi. Kemudian mengaku sebagai Tuhan. Sebelum 
Dajjal Besar ini muncul, akan ada 30 Dajjal Kecil yang berkeliaran menipu 
manusia.

Isa Al Masih akan menemukannya di Luddin dan membunuhnya.

Wallahu a'lam bisshawab.
HZS


 Fitrianto <[email protected]> menulis:

>Surek jo ayat nan maa nan manyabuik bayi seperti dajal lahir di Israel, pak?
>
>Wassalam
>Fitr
>Sent from my iPad
>
>On Sep 20, 2014, at 3:08 PM, Zulharbi Salim <[email protected]> wrote:
>
>Sanak di Palanta nah.
>Ini baru berita..
>Seorang bayi telah dilahirkan di Israel (Palestina) yang mukanya mirip seperti 
>dajjal, Allah (s.w.t) telah berkata di dalam al-Qur’an bahwa seorang bayi yang 
>kelihatan seperti dajjal akan dilahirkan di Israel dan itu adalah petanda hari 
>perhitungan (kiamat). Telah dinyatakan juga di dalam al-Qur’an bahwa tanda ini 
>adalah sebahagian daripada tanda-tanda sebelum berlakunya hari pembalasan. 
>Oleh karena itu, para muslimin dan muslimat seharusnya sudah mulai berubah dan 
>menunaikan solat. Kamu tidak akan pernah tahu bila hari kiamat itu akan tiba. 
>‪‎Pendudukan‬ Palestina dan hancurnya Israel adalah salah satu dekatnya. 
>Tanda-tanda Kiamat al :
>-Homoseksual merajalela seperti umat Nabi Luth, kawin sejenis..
>-Manusia memburuk-burukkan keturunan (kakek nenek) orang lain.
>-Pakaian yang memamerkan hampir seluruh anggota badan
>-Tiada lagi bintang di langit
>-Manusia hilang
>-Bangunan tinggi
>-Kemunculan Imam Mahdi
>-banyak nya pasar 
>-termegah-megah dgn masjid 
>-kemunculan Dajjal (dajjal bermata satu)
>-Turunnya Nabi Isa (A.S)…
>-Kemunculan Ya'jud dan Ma'juj..
>-Terbitnya matahari dari barat; dimana pintu keampunan akan ditutup
>-Dab’bat al-Ard akan muncul dari tanah dan akan memberi tanda kepada Muslim 
>yang sebenarnya.
>-Kabut selama 40 hari.. yang akan membunuh orang yg benar2 percaya pada Allah 
>agar mereka tidak lagi perlu menyaksikan tanda-tanda lain. -Sebuah kebakaran 
>yang besar (dahsyat)…akan menyebabkan kehancuran (kucar kacir)
>-Kehancuran/kerusakkan Kaabah
>-Hilangnya tulisan di dalam al-Qur’an.
>-Sangkakala ditiup buat kali pertama; semua hewan dan orang kafir akan mati 
>dan semua gunung dan bangunan akan musnah.
>-Sangkakala ditiup buat kali kedua; semua ciptaan Allah akan mati dan akan 
>dihimpunkan di padang Arafat untuk dihisab.
>-Matahari akan menghampiri bumi…
>Sebarkan..Iii
>ZS dari Fb 
>-- 
>.
>* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
>wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
>* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
>===========================================================
>UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
>* DILARANG:
>1. Email besar dari 200KB;
>2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
>3. Email One Liner.
>* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
>mengirimkan biodata!
>* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
>* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
>* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
>subjeknya.
>===========================================================
>Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
>http://groups.google.com/group/RantauNet/
>--- 
>Anda menerima pesan ini karena berlangganan grup "RantauNet" di Google Grup.
>Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
>email ke [email protected].
>Untuk opsi lebih lanjut, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.
><10574908_839854812705737_1608579323_n.mp4>
>-- 
>.
>* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
>wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
>* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
>===========================================================
>UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
>* DILARANG:
>1. Email besar dari 200KB;
>2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Google 
Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Kirim email ke