Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Tarimo Kasih Angku Idris Talu. Karano email ko ka jalua paribadi ambo, rancak 
dikatangahkan ka Lapau untuak Kito nan Basamo.
Salam,
--MakNgah
Sjamsir Sjarif


----- Forwarded Message ----
From: Idris Talu <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Tuesday, March 25, 2008 9:19:50 AM
Subject: SATU LAGI KEJAYAAN ANAK NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Mak Ngah, Yth.

Ambo baru tabaco di Utusan Malaysia mangabakan persis barikuit:


Siti Norma dilantik hakim wanita pertama UAE
25/03/2008 9:16pm
DUBAI 25 Mac – Tan Sri Siti Norma Yaakob, yang mencipta sejarah sebagai hakim 
wanita pertama di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menyifatkan pelantikan beliau 
sebagai suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sewajarnya.
Bekas Hakim Besar Malaya itu bagaimanapun berkata pada mulanya, beliau agak 
gusar apabila memikirkan reaksi UAE terhadap seorang wanita Islam yang dilantik 
sebagai hakim.
“Tapi, apa yang saya sangkakan itu terbukti salah. Selain itu, negara saya juga 
berbangga dengan pengiktirafan yang diberi kepada saya,” kata Siti Norma, 
seorang daripada enam hakim baru di Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai .
Siti Norma memberitahu akhbar XPress bahawa beliau berasa bangga serta berbesar 
hati dengan pelantikan itu dan bersyukur atas keyakinan yang diberikan 
kepadanya.
Siti Norma juga melahirkan keyakinan bahawa pelantikan beliau ke jawatan itu 
akan membantu merapatkan lagi hubungan UAE dan Malaysia .
Siti Norma, 67, bersara sebagai Hakim Besar Malaya tahun lalu, setelah 
berkhidmat selama 43 tahun dalam bidang perundangan. Beliau merupakan wanita 
pertama yang menyandang jawatan itu di Malaysia .
Beliau menasihati peguam wanita di UAE supaya berusaha dengan tekun dan 
bersemangat kental bagi memajukan kerjaya masing-masing, sambil menyatakan 
bahawa Malaysia sendiri mengambil masa lebih dua dekad selepas kemerdekaannya 
sebelum mempunyai seorang hakim wanita.
“Rekod pencapaian anda tidak akan diabaikan untuk selama-lamanya. Ia akan 
diambil kira suatu hari nanti dan apabila ini berlaku, anda akan dapat melihat 
seorang wanita Arab dilantik sebagai hakim di UAE,” kata beliau seperti yang 
dipetik oleh akhbar berkenaan.
Siti Norma mengaku beliau pernah berasa kecewa apabila mendengar kenyataan 
berat sebelah yang dibuat tentang wanita.
“Tapi, lama kelamaan, saya belajar menerima perkara itu dan menganggapnya 
sebagai suatu cabaran,” kata beliau.
Siti Norma juga melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dilantik 
Hakim Mahkamah Tinggi sebelum menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah 
Persekutuan dan Hakim Besar Malaya pada 2005.
Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940, beliau mendapat 
pendidikan dalam jurusan undang-undang di London. — BERNAMA.

Source: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
Komen ambo: 

Biaso lah anak Nagari Sembilan ko adalah anak Minang. Jikok bana. iko marupokan 
suatu dalil, anak Minang memang unggulan.

Wassalam,
Idris Talu (57)


      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet.
- Tuliskan Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting.
- Hapus footer & bagian yg tidak perlu, jika melakukan reply.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yg berminat & kirim melalui jalur 
pribadi.
- Posting email besar dari >200KB akan dibanned, sampai yg bersangkutan minta 
maaf & menyampaikan komitmen mengikuti peraturan yang berlaku.
===============================================================
Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED]

Daftarkan email anda pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Agar dapat melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke