Peranan Pemikiran Mohd Natsir Dalam Konteks Memodenkan Pemikiran Umat
Oleh: Muhammad  Uthman El-Muhammady 


Pak  Natsir,  atau  al marhum Mohammad Natsir (lahir di Alahanpanjang,
Sumatera  Barat,  17  -7-1908  -  meninggal  6  Faebruari 1993) adalah
seorang  negarawan  Muslim, ulama dan intelektuil, pembaharu dan ahlis
siasah  Muslim  Nusantara  yang  disegani.  Hidupnya yang penuh dengan
kegiatan  yang  berfaedah dan membina umat itu, apa lagi di Nusantara,
jelas  dalam  banyak  bidang keagamaan, intelektuil dakwah, budaya dan
siasah.  Pemergiannya  sukar  diganti.  Ia bukan sahaja berjasa kepada
rantau  ini  dengan  kegiatan  sosial dan siasah sampai pernah menjadi
Perdana  Menteri  Indonesia, serta dakwahnya, dengan terasasnya Majlis
Dakwah  Indonesia, bahkan ia juga berjasa dalam bidang Islam peringkat
antarabangsa sampai ia mendapat kurnia Kurnia Raja Faisal.
 
Dalam  nota  ini  insya Allah akan diberikan perhatian kepada beberapa
aspek   pemikirannya  dan  bagaimana  ianya  memainkan  peranan  dalam
meletakkan   pemikiran   umat  dalam  konteks  zaman  moden  antaranya
sebagaimana  yang boleh dilihat dari bukunya  Kapita Selekta  dan juga
 Fiqhu d-Da wah  dalam hubungan dengan persoalan ini.
 
Dalam   bukunya   yang  pertama  (diselenggarakan  oleh  Sati  Alimin,
penerbitan  Sumur,  Bandung,  1961)  jld  1  daftar isinya menunjukkan
jangkauan  ilmunya  yang meliputi kebudayaan-falsafah, pendidikan, dan
agama,  demikian pula buknu itu jld ke 2 nya (terbitan Pustaka Pendis,
Jakarta)     yang     terdiri     daripada     ceramah-ceramah     dan
wawancara-wawancaranya,  dan  tulisan-tulisannya  di  akhbar mencakupi
bidang-bidang politik agama, dan budaya serta falsafah.

Faktor-Faktor Mendasar Dalam Pembentukan Kebudayaan: 

Berbicara  tentang  Islam dan Kebudayaan  ( Kapita Selekta,  jld 1 hlm
3  dst)  beliau  menyatakan  antaranya  beliau  menulis  tentang akal,
pengetahuan dan agama (yang beliau tulis tahun 1936) seperti berikut:

1.Agama  Islam  menghormati akal manusia dan mendudukkan akal itu pada
tempat  yang  terhormat serta menyuruh agar manusia mempergunakan akal
itu untuk menyelidiki keadaan alam.

2.Agama  Islam mewajibkan pemeluknya , baik laki-laki maupun perempuan
menuntut  ilmu. Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad  kata
Nabi Muhammad s.a.w.

3.Agama  Islam  melarang  bertaklid-buta  ,  menerima  sesuatu sebelum
diperiksa  ,  walaupun  datang  darinya  dari  kalangan  sebangsa  dan
seagama,  atau  dari  ibu-bapa dan nenek-moyang sekalipun.  Dan jangan
engkau  turut  apa  yang  engkau  tidak mempunyai pengetahuan atasnya,
kerana  sesungguhnya  pendengaran,  penglihatan  dan hati itu semuanya
akan ditanya tentang itu. (Q.s.Bani Isra il:36).

4.Agama  Islam menyuruh memereksa kebenaran , walaupun datang nya dari
kaum yang berlainan bangsa dan kepercayaan.

5.   Agama   Islam   menggemarkan  dan  mengerahkan  pemeluknya  pergi
meninggalkan kampung halaman berjalan ke negeri lain, memperhu bungkan
silaturrahim  dengan  bangsa  dan golongan lain, saling ber tukar rasa
dan  pemandangan  .Wajib  atas  tiap-tiap  Muslimin yang kuasa , pergi
sekurangnya  sekali  seumur  hidupnya  mengerjakan  haji.Pada saat itu
terdapatlah pertemuan yang karib antara segenap bangsa dan golongan di
atas  dunia  ini.Keadaan  itu menimbulkan perhubungan persaudaraan dan
perhubungan  kebudayaan  (akkultu  rasi)  yang  sangat penting ertinya
untuk  kemajuan  tiap-tiap bangsa. Sekian sebagai kutipan ringkas dari
ajaran  Agama  Islam  ,  yang menjadi sumber kekuatan , yang mendorong
terbitnya  satu  kebudayaan  ,  yang  akan  kita  perbincangkan dengan
ringkas di bawah ini. 

Ini disusuli dengan kenyataan-kenyataan tentang khaifah-khalifah Islam
memberi perlindungan dan galakan kepada ahli-ahli ilmu pengetahuan dan
seni  tanpa  memandang  bangsa dan agama.Disebutkan bagaimana khalifah
Abbasiyyah  yang  kedua  al-Mansur  yang taat beragama yang alim dalam
ilmu fiqh, menggemari ilmu bintang dan perubatan.

Disebutkan  bagaimana  an-Naubakht  ahli  ilmu  bintang  yang  dulunya
beragama  majusi  memeluk Islam dengan penyaksian baginda sendiri, dan
hidup  di  istana  meneruskan kegiatan-kegiatannya dala,m ilmu bintang
itu.Disebutkan bagaimana minat khalifah terhadap falsafah Yunani Purba
sampai  dikirimkan  oleh raja Rumawi waktu itu supaya dikirimkan kitab
fisika dan kitab ilmu mathematik ke Baghdad.Kitab-kitab itu dikaji dan
diterjemahkan  serta  disebarkan  isinya  dalam  tamadun  Islam.Beliau
menyebut  bagaimana Georgy Bakhtisyu  ahli perubatan bangsa Siria yang
mendapat   kurnia   dari   Khalifah   al-mansur  kerana  ilmunya  yang
mendalam.Demikian  pula  halifah-khalifah  kemudiannya  seperti  harun
al-Rasyid   dan   al-Ma mun   mementingkan   agama,  pengetahuan,  dan
falsafah.Disebutkan  bagaimana  kitab-kitab  kenegaraan karangan Plato
dan  kitab  ilmu  hitung  dari  Euclides  dan kitab-kitab ilmu bintang
Ptolemy diterjemahkan dan dikaji.

Kemudian  Pak  Natsir  menyebut  bagaimana  pengarang-pengarang  Islam
berjasa  dalam  bidang-bidang  ilmu  pengetahuan  mereka masing-masing
seperti  al-Kindi  yang  mahir  dalam falsafah , ilmu hisab dan muzik,
al-Farabi  ahli  mantik,  falsafah,  serta politik.Disebut oleh beliau
jasa Ibn Sina dalam falsafah dan perubatan, dan Ibn Rusyd , Ibn Majah,
serta Ibn Miskawaih dalam bidang mereka masing-masing.

Selepas  menyebut  banyak  perkara  tentang  perkembangan  budaya ilmu
pengetahuan  dalam  Islam  Pak  Natsir bertanya di hujungnya:  Bilakah
kembalinya  masa  yang  demikian  wahai  Pemuda  Islam?  kerana beliau
mengharapkan  keagungan  budaya  ilmu  pengetahuan  dan kemajuan agama
bergabung dalam umat ini yang memberi kegemilangan kepadanya.

Falsafah dan Akhlak 

Dalam  karangannya tentang Ibn Miskawaih (hlm 10 dst) (yang ditulisnya
tahun 1937) beliau mengakhiri karangan itu dengan menyebutkan :

 Kalau ada pemuda-pemuda kita yang sedang menelaah kitab-kitab Sigmund
Freud  , psychoanalist yang termasyhur di Weenen (Vienna-Sixteen) itu,
silakanlah  pula menyelidiki umpamanya  Tahdhibul Akhlak (karangan Ibn
Miskawaih-p)  mudah-mudahan akan menambahkan penghargaan dari kalangan
kita  Muslimin  kepada  pujangga  kita  dari  zaman  itu,  yang sampai
sekarang  hanya  dapat  penghargaan  rupanya  dari  pihak  orang lain 
saja. (hlm 11-12).

 Mudah-mudahan  akan  menjadi sedikit ubat untuk penyembuhkan penyakit
 perasaan  kecil   yang  melemahkan  ruhani .yang umum ada di kalangan
kita kaum Muslimin di zaman sekarang .

Ahli Falsafah, Perubatan dan Metafisika: 

Dalam tulisannya tentang  Ibn Sina  (hlm 13 dst) (yang ditulisnya pada
tahun   1937)   selepas  daripada  berbicara  dengan  ringkas  tentang
kedudukan  ibn  Sina sebagai failasuf dan ahli perubatan dalam sejarah
perkembangan  pengetahuan  dunia,  beliau  menyatakan  bahawa falsafah
tidak menggoncangkan keimanan Ibn Sina.Bahkan beliau menulis bagaimana
sikap  Ibn  Sina  bila  ia berhadapan dengan kesulitan-kesulitan dalam
ilmunya, katanyta:

 Malah  sering,  apabila  ia  betemu  dengan suatu masalah yang sulit,
sangat susah difikirkan, ia terus pergi berwudhu  dan pergi ke mesjid,
sembahyang dan berdo a mudah-mudahan Allah memberinya hidayah .Sesudah
itu ia terus menelaah dan berfikir kembali, kerana ia tetap insaf akan
kelemahannya  sebagai  manusia  ,  dan berkeperluan akan pertunjuk dan
hidayah dari Allah subhanahu wa ta ala. 

Selepas menulis sedikit tentang Ibn Sina beliau menulis: Dalam umur 57
tahun  berpulanglah Ibn Sina dalam bulan Ramadan tahun 428 H.bersamaan
dengan  bulan  Julai 1037 M.meninggalkan pusaka yang sedang menantikan
ahli-ahli  waris  yang  lebih  dekat,  yakni: Pemuda-Pemuda islam yang
menaruh himmah, dan bercita-cita tinggi!  (hlm
15). 

Kepakaran Dalam Fiqh, Falsafah, Akhlak, Siasah dan Muzik 

Dalam  menulis  tentang  al-Farabi  (hlm 16 dst) (yang ditulisnya pada
tahun  1937)  yang  berjasa dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi
serta muzik dan akhlak, beliau membuat kenyataan:

 Abu  Nasr  al-Farabi  hidup  dengan  akhlak  yang  tinggi, tidak amat
mementingkan  kesenangan dunia, tapi amat menyintai falsafah, ilmu dan
seni,.Pernah  ia  berkerja  di  istana  Amir  Saifud-Daulah  di  Halab
(Aleppo)   Hidup  bersahaja  di  alam  maddah  (materi) sebagai fakir,
tetapi memegang kendali dalam runahi sebagai raja .

Gabungan Kematangan Rohani, Intelektuil, dan Akhlak Yang Memuncak 

Kemudian  beliau  menulis  pula  berkenaan  dengan Imam Hujjatul-Islam
al-Ghazali  rd.  pada  bulan April 1937.Di dalam tulisannya itu beliau
membicarakan   imam   agung  ini  dengan  jasanya  dalam  pengetahuan,
falsafah,  akhlak  dan  tasawwuf,  dalam  bidang  terakhir  ini beliau
terkenal dengan kitab Ihya nya.

Dalam   berbicara  tentang  ilmu,  pengelaman  pancaindera  dan  akal,
akhirnya  Imam  al-Ghazali  berbicara tentang kelemahan semuanya untuk
mencapai  hakikat  terakhir;  akhirnya manusia memerlukan hidayat dari
Tuhan Sendiri bagaimana tingginya ilmunya sekalipun.

Beliau    berbicara    bagaimana    soal   sebab-musabab   dibicarakan
beratus-ratus   tahun   dahulu  mendahului  David  Hume,  juga  beliau
membicarakan  kritikan  Imam  al-Ghazali terhadap falsafah Barat dalam
 Tahafu al-falasifah nya.

Bahagian akhirnya beliau menulis: 

 Dalam tahun 505 H.(1111 M) Imam al-Ghazali mendapat husnul-khatimah ,
meninggalkan  pusaka  yang  tak dapat dilupakan oleh kaum Muslimin dan
meninggalkan  juga  pangkal perpecahan paham antara mereka yang setuju
dengan  yang  tak  setuju  dengan buah fikirannya ialah suatu hal yang
galib  diterima oleh setiap orang yang berjalan di muka merintis jalan
baru,  yang  mendengarkan  suara keyakinan yang teguh yang berbisik di
dalam hati, dan tidak hendak turut-turut kehilir kemudik seperti pucuk
arus dihembus angin. (hlm 23).

Beliau  menyebut  bagaimana  imam utama ini menyelamatkan akidah Islam
daripada   serangan   pemikiran   falsafah   Yunani  Purba,  antaranya
dalam Tahafut al-Falasifah  yang terkenal itu.

Beliau  menyebut pendapat Dr Zwemmer tentang kedudukan Imam al-Ghazali
sebagai  seorang  daripada  empat  orang yang paling berpengaruh dalam
dalam  islam,  Nabi  Muhammad  saw,Imam  al-Bukhari dalam hadith, Imam
al-Asy ari dalam akidah, dan kemudian akhirnya Imam al-Ghazali.

Jiwa Saintifik Yang Dipupuk oleh Islam 

Tulisan-tulisan  beliau  itu disusuli dengan huraian-huraian berkenaan
dengan  jasa  kebudayaan  Islam  dalam sejarah dunia, seperti misalnya
jasa   Ibn  Haitham  berhubungan  dengan  persoalan  dasar-dasar  yang
memungkinkan  kamera  diciptakan,  jauh  sebelum  kemunculan ahli ilmu
Barat   seperti  Leonardo  da  Vinci  dan  lainnya.Beliau  menyebutkan
bagaimana  kritikan  Ibn Haitham (di Barat dipanggil Alhazen) terhadap
ahli-ahli  pengetahuan  Yunani  misalnya  Euclides dan Ptolemy tentang
penembusan  dan  perjalanan cahaya menimbulkan revolusi dalam ilmu itu
pada  zamannya.Ibn  Haitham  menyuatakan  bahawa yang menyebabkan kita
melihat  objek-objek ialah kerana cahaya dari barang-barang itu sampai
ke  mata  kita,  maka  dilihat objek-objek melalui lensa mata itu, dan
bukanlah   cahaya   itu  dikirim  oleh  mata  kepada  objek-objek  itu
srebagaimana  yang  dikatakan  oleh  Euclides  dan  Ptolemy.Disebutkan
bagaimana  pengaruh  Ibn Haitham dalam bidangnya itu mempengaruhi para
ilmuan Barat seperti Leonardo da Vinci, Johann Kepler, Roger Bacon dan
lainnya.

Beliau  menyebutkan  bagaimana jiwa menyiasat alam ini timbul daripada
didikan  Quran,  antaranya  dalam  ayat yan g bermaksud: Dan janganlah
engkaun  turut  saja  apa  yang  engkau  tidak  mempunyai  pengetahuan
tentangnya,  kerana  sesungguhynya  pendengaran, penglihatan dan hati,
semuanya akan ditanya tentangnya (Q.s.Bani Israel:36).

Beliau  menyebut pendapat ilmuan Islam yang bernama Abu Musa Jabir Ibn
Hayyan yang bermaksud:

 Pendirian-pendirian  yang berdasarkan  kata si anu  ertinya perkataan
yang  tidak  disertakan bukti penyelidikan , tidak berharga dalam ilmu
kimia.Suati  kaedah  dalam ilmu kimia ini dengan tidak ada kecualinya,
ialah  bahawa dalil yang tidak berdasarkan bukti yang nyata , harganya
tidak  lebih  dari  satu  omongan yang boleh-jadi benar dan boleh-jadi
keliru.Hanya  bila  seseorang  membawakan keterangan dengan bukti yang
nyata   ,   penguatkan  pendirian  nya,  barulah  kita  boleh  berkata
:pendirian tuan dapatlah kami terima!  (hlm 27).

Sikap ilmiah dan suka memerhati dan menyelidika ilmuan Muslimin beliau
nyatakan seperti berikut:

 Adapun  tentang  pendirian,  serta  mencari  dan  menentukan  ijtihad
,adalah  telah  jadi  darah  daging  dalam  kalangan Islam. Perhatikan
betapa  teliti,  hemat  serta  cermatnya  kaum  Mus  limin  mengumpul,
memilih,  dan  menyaring  hadith-hadith  yang  bakjal jadi dasar untuk
fatwa  dan  pendirian  dalam  Hukum Agama .Diperiksa isi perkataannya,
diteliti  sanad  dan  musnadnya,  diatur  biografi  yang  sesungguhnya
tentang  peribadi  dan  akhlak  seorang  rawi .Agama manakah, falsafah
mazhab  apakah  dan  kebudayaan  aliran  manakah  yang  telah mendidik
pengikutnya   kepada   ruh   intiqad   yang   sampai  demikian  tinggi
tingkatnya?  (hlm 27).

Beliau  menjawab  katanya: Tak  lain  yang  mendidik kami (Muslimin-p)
sampai  demikian,  adalah  Agama  kami  yakni Agama fitrah, Agama yang
cocok  dan  selaras  dengan  fitrah kejadian manusia!  Kemudian beliau
menyebut  tentang  keadaan  Muslimin  yang  sudah kehilangan ciri-ciri
budaya  ilmiah  sedemikian itu dengan katanya:   Setelah kaum Muslimin
kehilangan  pokok  yang  tak  ternilai  harganya itu, harkat mereka di
langit  kebudayaan  makin  lama makin turunlah.Keberanian yang tadinya
hidup    berkobar-kobar    bertukarlah    dengan    perasaan    kecil,
rasa-kurang-harga   Ruh  segar  dan  gembira menghadapi hidup tadinya,
menjadilah  ruh yang tunduk-ringkuk, penyembah kubur dan tempat-tempat
keramat,  menjadilah  budak  jimat  dan  air-jampi.Tangan yang tadinya
begitu  giat  menyelidik, memeriksa alam supaya memberi manfaat kepada
umat  manusia  lantas  terkulai tak ada himmah, selain dari menghitung
untaian tasbih penebus bidadari di dalam sorga!   (hlm 28).

Yang  beliau  kehendaki ialah, seperti yang dikatakannya : Jalan untuk
membongkar  ruh  taklid  ini  satu-satunya ialah memperlihatkan dengan
tidak   sembunyi-sembunyi   dan   terus-terang   kekeliruan-kekeliruan
khurafat  dan  bid ah  itu.Memperlihatkannya  ini  berkehendak  kepada
munazarah dan mujadalah yang bukan kecil, menuntut tenaga, kecakapan ,
keuletan serta kebijaksanaan yang amat besar..

 Kita  telah  sama-sama  melihat  bagaimana  akibatnya kebudayaan yang
terlepas  dari pimpinan dan jiwa Tauhid yang suci-bersih, serta Akhlak
dan  Inbadat  yang  sehat.Semua ini ada hubungannya antara satu dengan
yang lain, hubungan yang bergantung dan bersangkut-paut 

Akal Dan Agama 

Dalam  tulisannya   Hayy  ibn Yaqzan  yang ditulis pada bulan Disember
1937  (hlm  30-36)  beliau memberi huraian tentang roman falsafah oleh
Ibn  Tufail  yang  diakui  sebagai  kitab  yang paling aneh dalam abad
pertengahan (dengan mengutip kata-kata sarjana terkenal Carra de Vaux:
 sans contest l un livres les plus curieux du moyenage ).

Ianya  berkenaan  dengan  roman  falsafah  yang  menakjubkan berkenaan
dengan  cerita  seorang anak bernama Hayy ibn Yaqzan yang terdampar di
sebuah  pulau  yang  kemudiannya  disusui  oleh  kambing  hutan,  yang
kemudiannya   membesar   dan  menjadi  dewasa  dengan  mempunyai  ilmu
pengetahuan   dan   hikmat  kebijaksanaan  hasil  daripada  penggunaan
pancaindera dan akal yang tajam mengamati alam dan alam sekitar dengan
penuh ketajaman akal dan budi serta hati nurani.

Dengan  akalnya yang tajam dana perasaan yang sentisitif maka Hayy ibn
Yaqzan  membuat  rumusan tentang adanya Tuhan Yang Wajib Ada, tiap-tap
sesuatu  itu ada pembuatnya, tiap-tiap sesuatu benda itu ada bentuknya
yang  ditentukan  oleh  pembuatnya, dan bahawa rupa sesuatu itu sesuai
dengan  tuntutan kesediaan asal yang ada pada zatnya sendiri, demikian
seterusnya.Akhirnya  hiduplah  Hayy  ibn Yaqzan dengan cara yang benar
mengikut  akalnya,  sehingga  pada  umurnya yang ke 35 tahun baharu ia
bertemu dengan Asal, ahli agama yang rasa kecewa dengan menausia tidak
hidup  dengan  sebenarnya  mengikut agamanya.Akhirnya ke dua orang itu
bersahabat baik.Kedua-duanya mendapati bahawa akal yang sejahtera yang
berfikir  sampai  kepada  natijah yang diajarkan oleh agama.hanya akal
sahaja  belum  cukup  untuk mengatur hidup manusia dengan pencipta dan
makhlukNya.ia memerlukan panduan agama dan wahyu.

Kemudian  kedua  orang yang mewakili agama dan akal ini berusaha untuk
menyeru  manusia  kepada  kehidupan  berdasarkan  kepada kebenaran dan
kebaikan.,  tetapi  seruan mereka tidak mendapat penerimaan yang baik,
lalu mereka memencil diri untuk ibadat kepada Allah.

Roman  falsafah  ini  sangat menarik tentang hubungan antara wahyu dan
akal  manusia  dan  peranannya dalam menyelamatkan manusia.Ianya bukan
semata-mata  kisah  yang  menarik  tanpa  falsafah, berlainan daripada
cerita   Robnson  Crusoe   yang  tidak  mempunai apa-apa falsafah yang
mendalam dan menyelamatkan.

Antara nabi Muhammad saw dan Charlemagne 

Tahun  1938 beliau menulis responsnya selepas membaca buku  Mahomet et
Charlemagne    oleh   Henri  Pirenne  yang  membandingkan  kesan-kesan
perjuangan  nabi  Muhammad  dengan  kesan-kesan yang ditinggalkan oleh
Charlemagne.Dinyatakannya bahawa selepas kedatangan bangsa Jermania ke
Rom  bangsa  yang  datang itu berubah dipengaruhi oleh budaya golongan
yang  mereka  kuasai  seolah-oleh  mereka dihisap olehnya.Kata Pirenne
: Orang Jermania jadi Rumawi setelah ia masuk ke negeri Rum sebaliknya
orang Rumawi menjadi ke-Araban setelahnya dia ditaklukkan Islam  .(hlm
38).

Beliau menegaskan: 

 Dengan  masuknya  Agama  Islam  , timbullah satu dunia yang baharu di
sekitar Laut Tengah yang tadinya berpusat ke Kota Roma sebagaim sumber
peradaban  dan  kebudayaan.Sampai  ke masa kita sekarang ini  demikian
Pirenne  meneruskan  keterangannya masih  tetap  ada perpecahan dengan
masuknya  Islam  ke  Eropah  Selatan  ini.Semenjak  itulah Laut Tengah
menjadi  pertemuan  dari  dua  budaya  yang berlainan dan bertentangan
  (hlm 38).

Mengapakah  bangsa  Arab  yang  membawa agama Islam itu tidak demikian
bila  mereka  berhadapan  dengan  bangsa  Rumawi  itu? Jawabnya bangsa
jermania  masuk  dengan pedang dan kekerasan, sedang Orang Islam masuk
dengan senjata jasmani didampingi dengan senjata ruhani.

Kata  Pak  Natsir  lagi: Senjata  ruhani  inilah yang menyebabkan kita
orang  Timur  ,  yang walaupun bagaimana hebatnya ditindas oleh bangsa
Barat,   tapi  tetap  tidak  dapat  dihancur-leburkan  kebudayaan  dan
peradaban  kita oleh orang barat itu sampai sekarang  Ini pesanan yang
paling   bermakna  bagi  umat  Islam  yang  sedang  berhadapan  dengan
gelombang globalisasi sekarang ini.

Mencari Kekuatan Dalam Seni Sastera: 

Bapak  Mohamad  Natsir juga memberi perhatian kepada penulisan sastera
zamannya.Dalam  tahun  1940  di  atas  tajuk  Pemandangan tentang Buku
Roman   (hlm  41  dst  ) selepas beliau menyatakan kekesalannya dengan
cerita-ceritas  roman masa itu yang kurang memuaskannya dari segi seni
dan   mesejnya,  yang  tidak  begitu  mempunyai  makna  apa-apa,  yang
terpengaruh dengan Barat, beliau membuat kenyataan seperti berikut:

 Dan  lapangan  pekerjaan untuk pujangga kita , amat luas sekali. Baik
dalam  kalangan  syair  ataupun  prosa.Buku-buku  bacaan  yang memberi
didikan   amat   sedikit.Pembacaan   kanak-kanak   hampir   nihil.Kita
kekurangan  kitab  nyanyi yang menarik dan teratur.Dibandingkan dengan
anak-anak  Eropah, dalam pem bacaan dan nyanyian , anak-anak kita amat
miskin.   Tidak heran, kerana penulis-penulis untuk bacaan kanak-kanak
di  kalangan  kita  boleh  dikatakan baru sedikit sekali, dibandingkan
dengan   keperluan   yang   amat   besar.Alangkah   baiknya  sekiranya
pujangga-pujangga  kita  meletakkan  Conan  Doyle dan Manfaluti barang
sebentar  dan  mencarim  inspirasi  dalam  gudang  lagu-lagu  lama dan
cerita-cerita  lama  bangsa  kita sendiri , yang sekarang masih banyak
yang  belum  dipedulikan.Banyak yang mungkin disaring , diperbagus dan
dirombak oleh Pujangga Muda Indo nesia!  (hlm 47).

Kata beliau lagi dalam soal perkembangan kebudayaan ini: 

 Memang tidak ada halangan mencari inspirasi keluar negeri. Kebudayaan
itu tidak monopoli satu bangsa, dan tidak mungkin dipagar rapat supaya
jangan  keluar dari satu kaum.Tidak bisa dan tidak perlu (kalau beliau
menulis sekarang sudah tentu beliau faham keadaan dunia tanpa sempadan
dan  memberi respon yang konstruktif-p)Barat boleh mengambil inspirasi
ke  Timur,  Timur boleh mengambil inspirasi ke Barat.Akan tetapi tidak
semua  sumber-sumber  itu  mengeluarkan  air yang jernih, yang memberi
manfaat  kepada kita.Baik buat orang, belum tentu baik buat kita. Jadi
di sini perlu rupanya pujangga kita memakai saringan sedikit , apalagi
sebagai Pujangga Muslim.!" (hlm 47).

Selepas  itu  beliau  menyebut tentang keperluan dibaca Perjalanan Ibn
Battutah,  buku-buku  sejarah  Indonesia,  riwayat  umat islam bermula
dengan   Nabi   saw,   buku-buku  tentang  kesusasteraan  Islam  zaman
keemasannmya, disebutnya  Diwan  oleh Goethe, dan  Divine Comedy  oleh
Dante.Walaupun  beliau  mengaku  beliau  bukan  pujangga, tetapi hasil
tulisannhya  tidak  mengecualikan  beliau dari golongan pujangga dalam
pengertiannya yang tersendiri.

Dalam  hubungan  dengan  seni  sastera dan cita-cita beliau tentangnya
boleh  dilihat  daripada  pidatonya  pada hari Iqbal 21 April, 1953 di
Jakarta (Capita Selecta, jld 2. 98 dst).

Pengamatannya  tentang Iqbal sangat menarik berkenaan dengan keindahan
puisinya   serta  cita-cita  keagamaan,  budaya,  dan  siasahnya  yang
dinyatakannya  sebagai  faktor  yang menyebabkan lahirnya negara islam
Pakistan.Terjemahannya  ke  atas  puisi  Iqbal  yang  didasarkan  atas
terjemahan  Arabnya  dari  Al-Adzami  sangat indah dan menawan seperti
baqhagian-bahagian  dari   Syikwa   dan  jawabi-Syikwa .Misalnya dalam
hubungan  dengan  harapannya kepada para pemuda, beliau menterjemahkan
puisi Iqbal demikian:

 (harapan  kepada  pemuda)Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup
membangunkan  zaman  yang  barumemperbaru  kekuatan  iman  menjalankan
pelita  hidayat  menyebarkan ajaran khatamul-anbiya  menancapkan (i.,e
menanamkan)  di  tengah  medan pokok ajaran Ibrahim Api ini akan hidup
kembali  dan  membakar  jangan  mengeluh  jua , hai orang yang mengadu
Jangan putus asa , melihat lengang kebunmu Cahaya pagi telah terhampar
bersih Dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu   

Khilafatul-Ard akan diserahkan kembali ke tanganmu
Bersedialah dari sekarang
Tegaklah  untuk  menetapkan  engkau  ada
Denganmulah  Nur  Tauhid  akan
disempurnakan  kembali
Engkaulah  minyak  atar  itu  , meskipun masih
tersimpan  dalam  kuntum yang akan mekar
Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu

Hembuslah panas nafasmu di atas kebun ini
Agar harum-harum narwastu meliputi segala
Dan janganlah dipilih hidup ini bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad
   

Dan  kemudian  beliau  memberi  tanggapannya  berkenaan  dengan  Iqbal
sebagai  seorang penyair, pendidik, ahli hukum, ahli kritik seni, ahli
siasah dan failasuf sekali-gus.

Dalam  ntulisannya ini Pak Natsir menunjukkan dirinya sebagai pencinta
Iqbal  yang  sangat faham tentang kesenian persajakan dan citanya yang
dituang dalam poersajakannya itu.

Dalam  tahun-tahun  lima  puluhan  penulis  ini  teringat bagaimana ia
tertarik dengan sajak-sajak Iqbal terjemahan Pak Natsir yang disiarkan
dalam   Majallah  Pengasuh  terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan waktu
itu.Dan minat beliau kekal sampai sekarang terhadap Iqbal yang bermula
dengan membaca puisi terjemahan beliau itu.

Dalam  hubungan  dengan  pendidikan, antara lainnnya, sebagaimana yang
beliau  ceramahkan pada pideatonya di depan mahasiswa P>T>I>I> Medan 2
Disember 1953 (Capita Selecta.2. 115-116) seperti berikut:

 Saudara-saudara! Pernah di Indonesia sistem uzlah dilakukan,
terlepas dari soal jazan (zaman-p).Sistem itu dipakai oleh umat
Islam di bawah pimpinan alim ulama.Mereka mengambil sistem
uzlah untuk mempertahankan diri , mempertahankan kubu-kubu
pertahanan jiwa, berupa pesantren-pesantren , berupa mesjid-mesjid,
di mana  uzlah itu dapat disempurnakan.Ini yang dijalankan oleh
Tuanku Imam Bonjol umpamanya!
Ada orang pada masa itu mengatakan bahawa belajar bahasa
Belanda haram hukumnya, berdasi itu juga tidak boleh, sebab
menyerupai orang-orang kafir.Mereka mengharamkan sekolah-
sekolah H.I.S. yang didirikan oleh penjajah.
sendiri

Di situlah timbul potensi di Indonesia dan berkembanglah satu
dinamik yang besar untuk menjelaskan persoalan-persoalan yang
sampai sekarang masih dirasai lazatnya oleh kita semua, yaitu
pemimpin-pemimpin yang berasal dari pesantren-pesantren.
(kemudian beliau menyebut percubaan pendidikan di Mesir)
 .
Yang ada di Barat itu terutamanya adalah tenknik dan effisiensi .
Akan tetapi hasil atau akibat dari memakai itu, disedari atau tidak
ialah intisari dari apa yang hendak dipertahankan jadi hancur.Ia
menceburkan diri dalam air untuk berenang, tetapi terbawa hanyut
dalam air itu sendiri.

Dengan itu Islam hanya tinggal hayya  ala  s-salah, hayya  alal- 
falah sahaja lagi.Ini akibatnya menceburkan diri maksud meme
gang kemudi , akan tetapi hanyut ke hilir.Kesudahannya yang
hidup di sana itu ialah pikiran yang statis, yang tidakbergerak
sedikit juga.

 Uzlah yang dipakai oleh zaman (asal jaman) memang akhirnya
dapat memperlindungi sesuatu yang ada dalam negeri dari
kerusakan alam fikiran.

Tapi yang demikian adalah ujung dari sikap tidak berani 
menghadapi ruh dan iktikad dari luar lantas menutup pintu erat-
erat.Kesudahannya yang hidup di sana itu juga adalah alam
alam pikirann yang statis yang tidak bergerak.Tidak ada dinamik
nya untuk mencari dan menjelajah, dinamik yang menjadi sifat
putera-putera Islam dahulu.Tidak akan timbul lagi Al-Farabi
dan Ibn Sina ke-2 oleh sikap yang serupa itu.
 ..
dan salah satu aliran pokok pikiran yang ditarik untuk menge
tengahi kedua pendirian ekstrim itu ialah pikiran dari Jamalud
Din Afghani dan Mohammad Abduh yang memberikan satu
pedoman kepada umat Islam seluruh dunia sekarang ini.Di situ
ada pikiran yang berharga , berupa pusparagam yang di
dalamnya kelihatan pokok dan pangkal.Cubalah saudara-
saudara lihat dan saudara-saudara pelajari sendiri.

Kesimpulan:  Muslimin  membina hidup dan tamadun Islam yang berjaya di
zaman moden

Ringkasnya,  sebagaimana yang dilihat di atas, Pak Natsir mahu melihat
umat  Islam  kembali  kepada  jati  dirinya  sebagai  Muslimin  dengan
aqidahnya, hidup kerohanian dan akhlaknya, dengan peraturan Syariatnya
dalam  hidupnya, dengan membina tamadun dan budayanya; kerja-kerja itu
adalah  dengan  mengambil kira kemenafaatan-kemenafaatan hidup sezaman
yang  perlu  digunakan  bagi  menjayakan  Islam itu.Beliau mahu timbul
kembali ciri-ciri agung manusia

Beliau   mahu  Muslimin  hidup  dalam  dunia  moden  dengan  menguasai
pengetahuan-pengetahuan  moden  dan menjayakan Islam dan tamadunnya di
tenaghj-tengfah  cabaran  dunia  sekarang ini tanpa mengamalkan  uzlah
yang disebutannya itu.

Pada  akhir  hayatnya  beliau menumpukan perhatian kepada Dewan Da wah
Islamiah   Indonesia   yang  bergerak  cergas  sampai  sekarang  dalam
menghadapi      penghakisan      Islam      umat      dan      cabaran
Kristianisasi.Pandangan-pandangannya tentang dakwah boleh dilihat pada
bukunya   Fiqhud-Da wah ,  (1984,  Pustakan al-Ameen,Kuala Lumpur).Dan
kalau  beliau  hidup  sekarang  beliau  akan  mengajak kita menguatkan
peribadi   ,  keimanan,  ketaqwaan  dan  ketrampilan  bagi  menghadapi
globalisasi, yang pada masa beliau belum kelihatan dengan jelas.

Wallahu a lam.

August 10, 2002 




--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting
- Dilarang mengirim email attachment! Tawarkan kepada yg berminat & kirim 
melalui jalur pribadi
- Dilarang posting email besar dari >200KB. Jika melanggar akan dimoderasi atau 
dibanned
- Hapus footer & bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Jangan menggunakan reply utk topik/subjek baru
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] 
Daftarkan email anda yg terdaftar pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk dpt melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke