Dunsanak dimano pun barado,
Ko salah satu kaba dari tanah semenanjung walaupun agak talaiak (9/2):

Menjelang pemilihan pegawai pentadbir peringkat daerah
Sukabumi, aktres sensasi Indonesia,
Ayu Azhari, mengakui dia bersiap sedia meninggalkan dunia glamor yang
mempopularkannya.

 

"Jika terpilih, memang saya terpaksa mengetepikan dunia
hiburan.



"Seperti cinta, tidak mungkin saya mampu membahagikan masa di antara seni
dan pentadbiran," katanya ketika ditemui di pejabat Parti Demokrasi Indonesia -
Perjuangan (PDI-P), baru-baru ini.



Ayu berada di situ bagi menjalani proses pemeriksaan dan temu duga sebagai
persiapan menjadi calon PDI-P dalam pemilihan timbalan pegawai daerah Sukabumi
pada 27 Mei ini. 



Kata Ayu, 40, dia nekad terjun ke bidang politik dan ia turut disokong rakan
artisnya, Rano Karno.



Rano kini menjawat jawatan timbalan pegawai daerah Tangerang.

Namun, di dunia realiti, Ayu bukan saja terpaksa berdepan dengan calon parti
lawan, malah terpaksa pula menghadapi ungkitan masa silamnya.



Sebelum ini, nama Ayu lebih dikenali kerana peranannya dalam aksi panas filem.

Terkini, beredar pula gambar berahi lakonan Ayu dalam filem Without Mercy
bersama lelaki kulit putih, Frank Zagarino. 



Dalam klip video daripada filem berkenaan, ibu kepada enam anak itu dilihat
melakukan hubungan intim dengan lelaki terbabit dalam jacuzzi.





Walaupun tubuh kedua-dua mereka ditutup buih, penonton masih boleh
dengan jelas melihat buah dada Ayu.



Pemerhati berpendapat, ia adalah sebahagian daripada kempen 'hitam' pihak lawan
bagi menyekat pengaruh Ayu dalam pemilihan nanti.



Turut dibangkitkan, kedudukan agama Ayu.



Menurut risalah disebarkan itu, pengundi diingatkan bahawa calon seperti Ayu
tidak sesuai menjawat jawatan yang cuba direbutnya.



Menyedari cabaran daripada masa silamnya, Ayu bersikap terbuka.



Malah, dalam forum mengenai isu itu di Internet, Ayu mengucapkan terima kasih
kepada peminat yang memberi perhatian kepada masalahnya.



"Saya sedar pernah melakukan kesalahan besar dulu, tetapi tidak bermakna
ia akan memberi kesan kepada pemilihan nanti.



"Saya menawarkan diri bukan kerana wang, sebaliknya sekadar mengikut
kesedaran diri.



"Mudah-mudahan orang ramai tidak cuma melihat masa silam saya, tetapi
memahami kesungguhan untuk berkhidmat demi bangsa," katanya.



Pada 14 Januari ini, Ayu akan kembali ke layar perak apabila filem terbarunya,
Sst...Jadikan Aku Simpanan mula ditayangkan di pawagam.



Turut berlakon bersamanya dalam filem arahan Hanny A Saputra itu adalah Acha
Septriasa, Julia Perez, Zidni Adam, Melody Septania dan Diaz Theo. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AksipanascemarAyu/Article




      Akses email lebih cepat. Yahoo! menyarankan Anda meng-upgrade browser ke 
Internet Explorer 8 baru yang dioptimalkan untuk Yahoo! Dapatkan di sini! 
http://downloads.yahoo.com/id/internetexplorer

-- 
.
Posting yg berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan ditempat 
lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi pada setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama 
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali serta ingin merubah konfigurasi/settingan 
keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe

Kirim email ke