Kelantan wujud tabung bantu rakyat Palestin PDF Cetak
Wed | May 10, 06 | 04:57:07 PM
Oleh Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 10 Mei (Hrkh) – Selepas bantuan kewangan dihentikan kepada Pihak Berkuasa Palestin, Kelantan kini muncul sebagai negeri pertama di negara ini yang turut bersedia berkongsi penderitaan dengan rakyat Palestin.

Kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dijangka akan mengumpulkan kira-kira RM1 juta untuk membantu rakyat di Palestin, ekoran sekatan kewangan asing yang berlaku di negara itu sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah tabung khas dan berharap rakyat turut menyumbangkan derma sekurang-kurangnya RM1 seorang.
"Sekiranya anggota masyarakat menyambut baik rayuan kempen ini, hasrat kerajaan negeri untuk mengutip RM1 juta akan menjadi kenyataan," katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Bantuan kewangan kepada Palestin dihentikan Kesatuan Eropah selepas Hamas memenangi pilihan raya negara terbabit kerana dibimbangi diambil tindakan oleh Amerika Syarikat. Ekoran itu, Hamas gagal mendapat dana asing.

Hamas memenangi pilihan raya Palestin dengan menewaskan Kumpulan Fatah. Dengan kemenangan itu Hamas berjaya menguasai Pihak Berkuasa Palestin. Dasar baru yang diamalkan Hamas menyebabkan krisis kewangan berlaku di Palestin.

Sebelum ini, Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia menganjurkan perarakan bagi mencari sokongan untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan Palestin. Setiap rakyat diminta menyumbang USD1.

Takiyuddin berkata, badan-badan bukan kerajaan, anak-anak syarikat kerajaan negeri, guru-guru, pelajar dan mana-mana pihak dialu-alukan untuk menderma.

Pelancaran tabung itu akan diadakan pada malam 14 Mei ini bakal disempurnakan Menteri Besar bertempat di Padang Perdana. Sempena program tersebut akan diadakan ceramah oleh Ketua Whip Parlimen Palestin, Dr Khaleel Ismael Al-Hayyah yang akan menceritakan penderitaan yang dialami umat Islam di sana.

Selain itu ceramah turut disampaikan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden, Dato’ Husam Musa. Program itu akan dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
"Tabung itu dilancar bagi mengurangkan penderitaan umat Islam di Palestin. Kerajaan negeri juga akan menubuhkan akaun khusus di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan masing-masing."

“Kita juga akan membuat kutipan dari sekolah ke sekolah di mana Menteri Besar akan mengeluarkan surat rayuan berkenaan kepada pihak Yayasan Islam Kelantan sebelum pungutan derma dilakukan,” ujar Takiyuddin.



Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari


Yahoo! For Good - Sponsor a London Marathon runner and read our runner's blogs.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Reformasi-Malaysia:  Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia :  A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]




SPONSORED LINKS
E government Us government grants Conservative politics
Freedom of _expression_ Organizational politics Us government grants for woman


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke