SPR perlu berubah sebelum rakyat hilang sabar                            
                         
                        
                                       KAM      
         Sun | Feb 11, 07 | 11:53:41 PM                            KUALA 
TERENGGANU, 12 Feb (Hrkh) – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim 
Tuan Man mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar segera memperbaiki 
kelemahannya.

 
 Katanya, SPR perlu melakukan sesuatu perubahan yang lebih adil, telus dan 
menyeluruh sebelum rakyat hilang kesabaran.

 
“SPR mesti buat perubahan sebelum rakyat hilang ‘mood’ kesabaran untuk baiki 
kelemahan sistem yang diamalkan selama ini,” tegasnya ketika berucap pada suatu 
majlis di Kampung Pulau Kambing, Khamis lalu.

 
Katanya, PAS serta Barisan Alternatif (BA) masih lagi sedia mendukung sistem 
demokrasi yang diamalkan tetapi bukan demokrasi ‘tempang’.

 
“Kita akan boikot hingga SPR buat perubahan dan diperbaiki kelemahan sistem 
yang diamalkan oleh SPR selama ini,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri 
Pahang.

 
Justeru itu, katanya PAS masih lagi membuat kerja-kerja daftar pemilih kerana 
parti itu mendokong sistem demokrasi di negara ini.

 
Menurutnya lagi, jawatan pada hari ini bukan lagi menjadi suatu amanah tetapi 
‘rebutan’ di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 
“Hari ini jawatan bukan lagi suatu amanah tapi jadi rebutan untuk mereka 
mencari kekayaan sebab itu, mereka sanggup langgar peraturan dan undang-undang 
hanya kerana mahu merebut jawatan-jawatan tertentu,” ujarnya.

 
Selain itu, katanya pemerintahan negeri ini perlu dikembalikan semula kepada 
PAS melalui sistem pilihan raya yang adil, telus pada masa akan datang. - mks. 


                
---------------------------------
 The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from 
your Internet provider.

Kirim email ke