Berhentilah untuk selalu bermental inlander. Lihatlah diri sendiri sebagai 
sebuah bangsa dan negara yang memiliki superioritas yang menjadi tempat 
bergantung banyak negara. Contoh kecil, bayangkan blackberry, nokia, samsung, 
dll tanpa Indonesia. Tinggal berapa kira2 total penjualan mereka?
Berikut ini ada tulisan lawas yang tentunya sekarang makin relevan mengenai 
pengakuan dari orang lain terhadap makna pentingnya Indonesia sebagai 
penyelamat ekonomi negara2 lain.

Wassalam,



Noval

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=\
Rencana&pg=re_07.htm


ARKIB : 15/08/2009
Rakyat Malaysia wajar berpandangan lebih positif terhadap Indonesia
Oleh BORHAN ABU SAMAH


PADA 8 Ogos lalu merupakan sambutan ulang tahun ASEAN. Menurut Sekretariat 
ASEAN di Jakarta, sebanyak 548 juta orang meraikan ulang tahun ke-42 itu. 
Sambutan itu mengingatkan kembali Deklarasi ASEAN yang dibuat di Bangkok, 
Thailand pada 1967 iaitu 10 tahun selepas Malaysia merdeka.

Selain itu ulang tahun berkenaan seharusnya dijadikan oleh para pemimpin dan 
rakyat di negara anggota ASEAN melihat kembali sejauh mana usaha dilakukan 
untuk memakmurkan rantau ini.

Apa yang menarik berlaku di Yogyakarta iaitu salah sebuah bandar utama di 
Indonesia terletak di Jawa Tengah, pada 8 Ogos lalu terdapat lapan agensi 
pelancongan dari Malaysia dan Indonesia telah menyatakan persetujuan untuk 
mempromosikan pakej pelancongan baru yang diperkenalkan iaitu Pakej Pelancongan 
Warisan UNESCO.

Pakej yang mengambil konsep 1, 2, 3 iaitu satu matlamat, dua buah negara dan 
tiga destinasi akan mempromosi Borobudur di Yogyakarta dan dua lokasi warisan 
UNESCO iaitu Pulau Pinang dan Melaka di Malaysia.

Ini bermakna Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dari China dan Jepun akan 
turut menggalakkan mereka melawat Borobudur, manakala Indonesia yang menjadi 
tumpuan pelancong Eropah turut mempromosi Pulau Pinang dan Melaka.

Idea pakej pelancongan itu dibangkitkan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng 
Yen Yen semasa lawatan pertama kali sebagai Menteri Pelancongan ke Indonesia 
dan bagi merealisasikan hasrat itu, Pengerusi Lembaga Penggalakkan Pelancongan, 
Datuk Dr. Victor Wee dan Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Amiruddin Abu telah 
mengadakan pertemuan dengan agensi pelancongan yang berkenaan.

Semuanya berjalan lancar dan 16 agensi pelancongan terbabit tidak sabar untuk 
bekerjasama menjual pakej pelancongan tersebut yang turut mendapat sokongan 
Penerbangan Malaysia yang memberi tambang istimewa.

Langkah itu membuktikan bahawa Malaysia dan Indonesia dengan kedua-duanya 
anggota ASEAN mampu bekerjasama dalam menghadapi situasi ekonomi tidak menentu 
yang tentunya menjejaskan semua sektor ekonomi terutama pelancongan.

Jadi tidak hairan ramai ahli perniagaan di Malaysia kini mulai membuka mata dan 
menyifatkan negara jiran Indonesia merupakan penyelamat kepada ekonomi rantau 
ASEAN. Ini jelas dilihat kerana ketika negara lain mengalami pertumbuhan 
negatif, Indonesia masih lagi mencatatkan pertumbuhan positif.

Seorang pengusaha restoran rakyat Malaysia di Jakarta menceritakan kepada 
penulis bagaimana perniagaannya di Malaysia terjejas kira-kira 40 peratus 
berikutan krisis ekonomi global, bagaimanapun perniagaannya di Indonesia 
sedikit pun tidak terjejas dan sekali gus menjadi penyelamat kepada 
perniagaannya keseluruhan.

Aktiviti perniagaan di Indonesia tidak terjejas kerana pasarannya tidak terlalu 
bergantung kepada eksport. Sebagai negara terbesar di ASEAN dan ketiga terbesar 
di dunia, Indonesia mempunyai pasaran domestik yang cukup besar dengan memiliki 
280 juta penduduk.

Walaupun sebelum ini status negara ketiga di dunia paling berpotensi dari segi 
pelaburan asing selepas China dan India dianggap sebagai propaganda pihak 
tertentu, tetapi kini ia terbukti dengan jelas sekali.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia berpandangan lebih positif terhadap negara 
jiran Indonesia walaupun kira-kira dua juta rakyat negara itu bekerja sebagai 
buruh binaan, pekerja ladang dan pembantu rumah di Malaysia.

Mungkin panggilan 'Indon' perlu dikikis dari lidah rakyat Malaysia kerana 
panggilan itu cukup tidak digemari oleh rakyat Indonesia kerana dianggap 
sebagai merendahkan darjat mereka.

Lidah rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan panggilan itu perlu dilatih 
semula agar tidak mengecilkan hati rakyat negara serumpun.

Kepada majikan di Malaysia, berhentilah bertindak kejam dan menganiayai pekerja 
negara jiran hanya kerana salah faham dan kurang mengerti budaya serta adat 
resam masing-masing. Kerana tindakan tidak bertamadun segelintir majikan 
sedemikian akan menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi renggang.

Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sendiri ketika baru 
memegang pucuk pimpinan negara menjadikan Indonesia sebagai negara pertama 
dilawatinya sebagai menunjukkan betapa pentingnya negara jiran itu.

Begitu juga Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri ketika menang 
pada Pilihan Raya Presiden baru-baru ini juga berharap supaya Perdana Menteri 
Malaysia adalah orang pertama yang mengucap tahniah kepada beliau dan ternyata 
hasrat Susilo itu tertunai apabila Najib merupakan orang pertama yang menelefon 
dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Susilo mengekalkan pemerintahannya 
untuk penggal kedua.

Jika kita memandang negara jiran berkenaan dengan pandangan yang lebih positif 
maka akan dapat dilihat sebenarnya, banyak yang boleh dipelajari serta dikongsi 
demi kesejahteraan bersama.




------------------------------------

Kunjungi situs http://www.info-saham.com untuk informasi seputar saham.

SEMUA POSTING DI MILIS INI TANGGUNG JAWAB PENGIRIM EMAIL DAN BUKAN ADMIN MILIS. 
SEMUA POSTING DI MILIS INI BUKAN UNTUK MENGAJAK MEMBELI ATAU MENJUAL EFEK. 
SETIAP KEPUTUSAN INVESTASI MENJADI TANGGUNG JAWAB PIHAK PEMILIK INVESTASI ATAU 
PEMILIK MODAL.

[email protected] untuk berhenti dari milis saham
[email protected] untuk bergabung ke milis saham
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/saham/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/saham/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke