emangnya mau dapat cuan tanpa proses, tanpa kerja keras....? kalau cuma minta 
pendapat terus, gak akan dapat cuan terus.... karena bisa jadi yg ngasih 
pendapat itu buaya.... ha..ha..ha...

--- On Sun, 7/8/11, stock gainer <[email protected]> wrote:

From: stock gainer <[email protected]>
Subject: Re: [saham] Indonesia Sang Penyelamat
To: [email protected]
Received: Sunday, 7 August, 2011, 11:43 AM







 



  


    
      
      
      di bursa yg paling penting sih bukan siapa yg jadi trendsetter yg

analisanya paling top atau siapa yg jadi follower...yg paling penting

siapa yg cuannya paling maksimal dan paling sedikit

cutloss/nyangkut...iya nggak :)



On 8/7/11, Faris <[email protected]> wrote:

> ciri2 Followers diantaranya:

> selalu minta pendapat, gak pernah ngasih sanggahan, gak berani debat,

> bisanya ngikut arus, gampang panik... ha..ha..ha

>

> banyak juga yg jadi followers di forum ini....

>

>

> --- On Sat, 6/8/11, caknoval <[email protected]> wrote:

>

> From: caknoval <[email protected]>

> Subject: [saham] Indonesia Sang Penyelamat

> To: [email protected]

> Received: Saturday, 6 August, 2011, 10:11 PM

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>       Berhentilah untuk selalu bermental inlander. Lihatlah diri sendiri

> sebagai sebuah bangsa dan negara yang memiliki superioritas yang menjadi

> tempat bergantung banyak negara. Contoh kecil, bayangkan blackberry, nokia,

> samsung, dll tanpa Indonesia. Tinggal berapa kira2 total penjualan mereka?

>

> Berikut ini ada tulisan lawas yang tentunya sekarang makin relevan mengenai

> pengakuan dari orang lain terhadap makna pentingnya Indonesia sebagai

> penyelamat ekonomi negara2 lain.

>

>

>

> Wassalam,

>

>

>

> Noval

>

>

>

> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=\

>

> Rencana&pg=re_07.htm

>

>

>

> ARKIB : 15/08/2009

>

> Rakyat Malaysia wajar berpandangan lebih positif terhadap Indonesia

>

> Oleh BORHAN ABU SAMAH

>

>

>

> PADA 8 Ogos lalu merupakan sambutan ulang tahun ASEAN. Menurut Sekretariat

> ASEAN di Jakarta, sebanyak 548 juta orang meraikan ulang tahun ke-42 itu.

> Sambutan itu mengingatkan kembali Deklarasi ASEAN yang dibuat di Bangkok,

> Thailand pada 1967 iaitu 10 tahun selepas Malaysia merdeka.

>

>

>

> Selain itu ulang tahun berkenaan seharusnya dijadikan oleh para pemimpin dan

> rakyat di negara anggota ASEAN melihat kembali sejauh mana usaha dilakukan

> untuk memakmurkan rantau ini.

>

>

>

> Apa yang menarik berlaku di Yogyakarta iaitu salah sebuah bandar utama di

> Indonesia terletak di Jawa Tengah, pada 8 Ogos lalu terdapat lapan agensi

> pelancongan dari Malaysia dan Indonesia telah menyatakan persetujuan untuk

> mempromosikan pakej pelancongan baru yang diperkenalkan iaitu Pakej

> Pelancongan Warisan UNESCO.

>

>

>

> Pakej yang mengambil konsep 1, 2, 3 iaitu satu matlamat, dua buah negara dan

> tiga destinasi akan mempromosi Borobudur di Yogyakarta dan dua lokasi

> warisan UNESCO iaitu Pulau Pinang dan Melaka di Malaysia.

>

>

>

> Ini bermakna Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dari China dan Jepun

> akan turut menggalakkan mereka melawat Borobudur, manakala Indonesia yang

> menjadi tumpuan pelancong Eropah turut mempromosi Pulau Pinang dan Melaka.

>

>

>

> Idea pakej pelancongan itu dibangkitkan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Dr.

> Ng Yen Yen semasa lawatan pertama kali sebagai Menteri Pelancongan ke

> Indonesia dan bagi merealisasikan hasrat itu, Pengerusi Lembaga Penggalakkan

> Pelancongan, Datuk Dr. Victor Wee dan Timbalan Ketua Pengarah, Datuk

> Amiruddin Abu telah mengadakan pertemuan dengan agensi pelancongan yang

> berkenaan.

>

>

>

> Semuanya berjalan lancar dan 16 agensi pelancongan terbabit tidak sabar

> untuk bekerjasama menjual pakej pelancongan tersebut yang turut mendapat

> sokongan Penerbangan Malaysia yang memberi tambang istimewa.

>

>

>

> Langkah itu membuktikan bahawa Malaysia dan Indonesia dengan kedua-duanya

> anggota ASEAN mampu bekerjasama dalam menghadapi situasi ekonomi tidak

> menentu yang tentunya menjejaskan semua sektor ekonomi terutama pelancongan.

>

>

>

> Jadi tidak hairan ramai ahli perniagaan di Malaysia kini mulai membuka mata

> dan menyifatkan negara jiran Indonesia merupakan penyelamat kepada ekonomi

> rantau ASEAN. Ini jelas dilihat kerana ketika negara lain mengalami

> pertumbuhan negatif, Indonesia masih lagi mencatatkan pertumbuhan positif.

>

>

>

> Seorang pengusaha restoran rakyat Malaysia di Jakarta menceritakan kepada

> penulis bagaimana perniagaannya di Malaysia terjejas kira-kira 40 peratus

> berikutan krisis ekonomi global, bagaimanapun perniagaannya di Indonesia

> sedikit pun tidak terjejas dan sekali gus menjadi penyelamat kepada

> perniagaannya keseluruhan.

>

>

>

> Aktiviti perniagaan di Indonesia tidak terjejas kerana pasarannya tidak

> terlalu bergantung kepada eksport. Sebagai negara terbesar di ASEAN dan

> ketiga terbesar di dunia, Indonesia mempunyai pasaran domestik yang cukup

> besar dengan memiliki 280 juta penduduk.

>

>

>

> Walaupun sebelum ini status negara ketiga di dunia paling berpotensi dari

> segi pelaburan asing selepas China dan India dianggap sebagai propaganda

> pihak tertentu, tetapi kini ia terbukti dengan jelas sekali.

>

>

>

> Sudah sampai masanya rakyat Malaysia berpandangan lebih positif terhadap

> negara jiran Indonesia walaupun kira-kira dua juta rakyat negara itu bekerja

> sebagai buruh binaan, pekerja ladang dan pembantu rumah di Malaysia.

>

>

>

> Mungkin panggilan 'Indon' perlu dikikis dari lidah rakyat Malaysia kerana

> panggilan itu cukup tidak digemari oleh rakyat Indonesia kerana dianggap

> sebagai merendahkan darjat mereka.

>

>

>

> Lidah rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan panggilan itu perlu dilatih

> semula agar tidak mengecilkan hati rakyat negara serumpun.

>

>

>

> Kepada majikan di Malaysia, berhentilah bertindak kejam dan menganiayai

> pekerja negara jiran hanya kerana salah faham dan kurang mengerti budaya

> serta adat resam masing-masing. Kerana tindakan tidak bertamadun segelintir

> majikan sedemikian akan menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi

> renggang.

>

>

>

> Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sendiri ketika baru

> memegang pucuk pimpinan negara menjadikan Indonesia sebagai negara pertama

> dilawatinya sebagai menunjukkan betapa pentingnya negara jiran itu.

>

>

>

> Begitu juga Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri ketika

> menang pada Pilihan Raya Presiden baru-baru ini juga berharap supaya Perdana

> Menteri Malaysia adalah orang pertama yang mengucap tahniah kepada beliau

> dan ternyata hasrat Susilo itu tertunai apabila Najib merupakan orang

> pertama yang menelefon dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Susilo

> mengekalkan pemerintahannya untuk penggal kedua.

>

>

>

> Jika kita memandang negara jiran berkenaan dengan pandangan yang lebih

> positif maka akan dapat dilihat sebenarnya, banyak yang boleh dipelajari

> serta dikongsi demi kesejahteraan bersama.

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>



    
     

    
    


 



  



Kirim email ke