macam mana sabah mahu maju kalau pemimpinnya asyik mencari kekayaan demi 
kepentingan diri sendiri? yang kuala lumpurpun barangkali hantar peruntukan 
berbilion, tetapi berbilionnya masuk ke kantung sendiri kerana korupsi, Macam 
mana mahu maju?

yang dipersoalkan bukan 16 september itu, tetapi soal pembahagian peruntukan 
dan kalau ada secara seksama/siapa yang untung akibat pembahagiaan itu? rakyat 
atau pemimpin?
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected] 


Saudara dialu2kan menjadi ahli/menyumbang karya di
[email protected] 




________________________________
Daripada: yeols <[email protected]>
Kepada: [email protected]
Dihantar: Rabu, 16 September, 2009 4:29:14
Subjek: [PerisikRakyat] [PRO REFORM] Sambutan Hari Malaysia Meriah

  
Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah Negara 
persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Ia membabitkan 
penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura satu ketika dahulu. Justeru Tan Sri Abd 
Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menganjurkan sambutan Hari 
Malaysia sempena mengingati sejarah penubuhan Malaysia.

"Tapi apa yang penting kita adalah rakyat Malaysia.Oleh sebab itu kita mesti 
mengetahui bagaimana penubuhan dan sejarahnya oleh itu kita harus mengetahui 
bagaimana kita harus meneruskan pembangunan ini,kita mengetahui bahawa Selangor 
negeri maju atas usaha pembangunan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan 
Negara Malaysia," beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Malaysia, 
di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, pagi tadi.

Sambutan Hari Malaysia ini adalah pertama kalinya dibuat dan dianjurkan oleh 
Pejabat Menteri Besar Selangor. Menurut Khalid lagi,beliau sudah membuktikan 
bahawa bukan saja negeri Selangor maju dalam pelbagai faktor malah rakyatnya 
hidup mewah dan makmur dibawah pentadbiranya kini. Khalid turut menjadikan 
negeri Selangor sebagai contoh kepada negeri-negeri lain dalam mencapai 
keseimbangan dan kejayaan pembangunanya.

"Bagaimana di Selangor menterjemahkan “Malaysia Berjaya , Rakyat Mewah” adalah 
melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor.MES memberi jalan kepada kita 
bahawa apabila negeri Selangor maju dan secara automatik rakyatnya mewah .Dan 
rakan-rakan kita daripada Sabah dan Sarawak ingin bersama-sama dengan kita 
supaya kejayaan itu dapat diteruskan ke seluruh Malaysia," ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis pagi ini adalah Tuan Speaker Negeri Selangor, Teng 
Chang Kim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud, Bekas 
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Jefry 
Kitingan, Pemimpin Masyarakat Sarawak, Tuan Baru Bian dan Ahli-ahli Exco 
Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru sempena meraikan Hari Malaysia ini, diharap seluruh rakyat Malaysia 
bergerak kearah sebuah Negara Malaysia yang di pimpin oleh barisan pemimpin 
yang telus, jujur dan adil demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia 
keseluruhanya.

(TVS)



--
Posted By yeols to PRO REFORM at 9/16/2009 04:25:00 PM



      
_______________________________________________________________________________
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist.Download it now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Kirim email ke