kita sebut soal wang petronas makan rakyat sabah yang sebahagiannya buta hanya 
diam saja. mereka terus juga memangkah bn yang akhirnbya menyebabkan mereka 
papa kedana. mereka tak tahu minyak itu asalahnya dari bumi bertuah mereka yang 
sekarangnya telaganya cukup besar di asia tenggara. entahlah bagaimana lagi 
harus saya jelaskan keadaan ini. kapan bicara yang benar/mereka kata saya ini 
raih undi/soal mahu undi saya atau tak/itu bukan maksudnya, tetapi  demi masa 
depan bangsa kita yang terutaman ya di sabah.
 
kalau dulu para belia kita ke kuala lumpur/ada yang bertanya "kamu dari mana" 
segara dijawab"dari sabah" dan ketika itu akan didengar jawaban atau bisikian 
"wah, orang sabah kaya kerana balaknya" dan sekarang kalau orang kuala lumpur 
bertanya maka pastilah jawabannya sama dari sabah, tetapi orang kuala lumpur 
akan berbisik " kerja kilang mana". lihatlah gambarannya kerana ramai 
belia-belia sabah berkerja di kilang-kilang singapura, johor dan selangor.
 
pemimpin sabah/apa mereka buat. cuma mengiran untung rugi dan projek mana lagi 
yang mahu didapatkan untuk kasih manakn anak dan bini atau simpanan.


 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected] 


Saudara dialu2kan menjadi ahli/menyumbang karya di
[email protected] 




________________________________
Daripada: yeols <[email protected]>
Kepada: [email protected]
Dihantar: Rabu, 16 September, 2009 4:24:14
Subjek: [PerisikRakyat] [PRO REFORM] 1 Malaysia F1: Bila masa rakyat 
didahulukan?

  
Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam mengumumkan bahawa 
Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan 
Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba 
kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia. Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 
pertamanya pada musim 2010.

Pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga 
minyak petrol, RM0.05 untuk RON95 dan RM0.25 untuk RON97.

Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang dalam reaksinya 
menyuarakan kegagalan rakyat untuk melihat apakah keperluan untuk membentuk 
sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit 
dalam suasana ekonomi sekarang. Menurut Nizam, Najib dalam sidang medianya 
enggan memberitahu jumlah sebenar pelaburan kerajaan dalam projek ini, cuma 
memaklumkan ia dibuat melalui Proton.

Bagi Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, jawapan Najib itu 
adalah sikap tipikal kerajaan pimpinan Umno dan BN yang tidak telus dan tidak 
bertanggungjawab. Tegas Nizam, apa yang beliau nampak melalui tindakan 
penyertaan kerajaan dalam projek F1 ini hanyalah pembaziran dan tidak memberi 
manfaat kepada rakyat, bila masa rakyat didahulukan?

Nizam tertanya-tanya siapakah pemberi nasihat kepada Najib yang mencadangkan 
pembabitan kerajaan dalam projek ini, sedangkan sepengetahuan beliau, Litar 
Antarabangsa Sepang itu sendiri sehingga ke hari ini menanggung kerugian 
mencecah jutaan ringgit sejak ia dibina.

Nizam bagaimanapun mengaku yang kerajaan punya hak untuk melaburkan wang yang 
diamanahkan kepada mereka, tetapi ia mestilah dilakukan secara berhati-hati, 
kerana wang itu adalah wang rakyat. Tambahan pula keadaan ekonomi sekarang agak 
tidak menentu, lihatlah keruntuhan Lehman Brothers, ujar Nizam.

Nizam juga sempat memberi contoh tindakan terbaru Japan Airlines seperti 
dilaporkan BBC sedang memotong kos operasi mereka dengan memberhentikan 6,800 
orang pekerjanya bagi berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lemah.

Tentang kewajaran penglibatan kerajaan dalam usahasama projek F1 ini, Nizam 
mempersoalkan kenapa negara yang lebih maju industri automatifnya di sebelah 
rantau ini seperti Korea Selatan tidak pula beria-ria dan ghairah untuk sama 
terlibat dalam lumba kereta. Padahal dari segi keupayaan kejuruteraan dan 
teknologi, mereka jauh meninggalkan Malaysia.

Pantas Nizam merumuskan, tidak lain tidak bukan, inilah sifir ekonomi Najib, 
jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya, kerana wang yang 
dibelanjakan itu bukan milik Najib tetapi datang dari khazanah negara, dalam 
kes F1 ini, dari kocek Proton, Protonlah yang menjadi mangsa. Akhirnya 
1Malaysia terpaksa berjimat, 1Malaysia menanggung beban kos kehidupan yang 
tinggi semata-mata kerana ego pemimpin negara yang senantiasa memikirkan nafsu 
megalomaniak mereka.

Oleh: Zukri Aksah


(TheMalaysianInside r)


--
Posted By yeols to PRO REFORM at 9/16/2009 04:18:00 PM



      
__________________________________________________________________________________________
Surf faster. Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your 
favorite pages everytime you open your browser. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke