tadi kira-kira jam 7 malam/saya sengaja masuk ke kawasan kampus ums melihat kalau-kalau masih ada pelajar di sana, tetapi sunyinya bukan main. betul-betul sunyi dan menurut tasia, ada juga syvelster pelajar tahun 2 di asrama a dan b kerana tidak pulang.
saya mengsms puteri saya dan mengatakan mahu ajak syelvester makan malam dan dia segera merespod katanya "kasian dia, abah ajaklah dia makan....", lalu segera saya mengsms dia dan memang dia ada di sana.
ketika saya sampai dia sudah siap menunggu di perhentian bas tempat penginapannya. adoh/lagi sunyi sepi semacam berhantu pula keadaannya/tidak seperti selalu pelajar berkeliaran di sana sini.
kami makan di alam mesra/selepas makan saya hantar syvelster kerana tasia(pensyarah dia juga) suruh tidur di rumahnya dan esok kami akan ke kampung/membakut beraya sama.
Barangkali selepas beraya esok/kami terus pulang ke kota kinabalu atau barangkali petangnya sebab tasia dan suaminya dr. andika mahu ke melaka/lalu syvelster akan menjaga rumah tasia.
insyallah saya akan selalu menemankan syelvester. entah kenapa dia tidak pulang ke serian sarawak. Dia budak baik dan pelajar yang cukup saya puji/kerja rajin/aktingnya dalam teater sama seperti lizawati yang juga dari sarawak.
sebelum pulang liza merajuk barangkali saya tegur. kasian dia/tetapi tadi awal-awal pula dia mengsms ucap selamat raya.penuh hp saya menerima ucap selamat raya dari pelajar-pelajar. biasalah.
dalam kepala saya sekarang/ialah selepas raya para pelajar2 akan dibebankan dengan kerja-kerja yang banyak. Universiti mewakili negeri Sabah dan mewakili universiti untuk ke festival teater universiti dan festival kebangsaan disamping ada persembahan di sana sini, disamping persiapan tamu gadang awal oktober. kasian?
begitulah keadaannya di universiti/saya harap para pelajar dapat melupakan sebentar kesebukan di universiti dan menumpuh sepenuhnya perhatian kepada famili kala beraya yang dijadual esok.
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected][email protected][email protected]019-8400005/016-8222262
014-5555175
sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah
Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS
..........Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UKM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........