MARAH? SILAKAN
 
Saya ini memang sejak dulu beginilah. Tidak berubah. Tetap begini. Orang baik, nyawa saya kasih. Orang jahat/taulah macam macam mengajarnya untuk jadi baik.
 
Memang kita ini kalau sudah berada di atas/bisa lupa diri dan lupa asal sul. kala berjalan gaganya bukan main/dada mendepan arah jalan, tetapi terkena sesuatu baru dadanya ke belakang dan masa itu barulah dia tahu langit tinggi rendah.
 
Nah, beginilah saya. kalau dulu begitu/sekarang begitulah juga. Kalau bercakap samalah seperti dia. Anak saya kata macam macam mulut jauyah/entah jauyah mana.
 
Memang saya ini beginilah/menegrut tak ada tapis. terus ke titik sebenarnya. Orang marah/silakan kerana saya sendiri suka sangat dimarah, ettapi marahpun ada alasan.asal benar dan jelas/saya tak kesah kerana saya juga bukan malaikat.
 
Bila ada sesuatu isu dalam persatuan/biasanya orang tidak bercakap/kalau adapun yang bercakap/sudah pasti bercakap di belakang atau kalau menulispun bermacam nama diguna. begitulah manusia yang namanya pengecut/yang hanya berani main samar-samaran.
 
orang seperti saya ini sudah puas malah lali menerima apapun penghinaan/sama ada di belakang atau berdepan, tetapi jarang sangat pula yang suka berdepan kerana saya selalu saja mengatakan/kalau mahu mengkritik sesiapapun kena siap dengan peluru/tanpa peluru bagaimana mahu mengkritik?
 
Saya yang begini ini memang beginilah. sejak dulu hinjgga sekarang ini. tidak berubah/cuma setelah 3 tahun tidak menyentuh internet/entahlah bagaimana perubahan itu yang bisa dinampak, tetapi yang jelas sama saja, cuma sekarang ini agak berani sedikit(sedikit saja/tidak banyak)
seperti keberanian dato Sri Anwar yang selalu menerima fitnah dan segala macam yang dibikin-bikin oleh musuhnya.Setan!
 
Memang mulai sekarang banyak sangat yang mahu saya tulis/nantilah pelan-pelan. satu-satu. memang banyak sangat. Nak mengharapkan Hasyuda, memang susahlah. Nak mengharapkan Nadin Saidin/susah juga. Nak mengharapkah Mabul. Adui dia itu jiwang-jiwang sikit dan suka sangat berkhayal/lihat sajalah puisinya.
 
Adoh teringat mabul/pertama kali saya ajak dia naik pentas. Menggeletar otot katanya dan demikian juga Mastari yang entah macam tunggul mati di atas pentas DBB/tetapi sekarang mereka itu sudah hebat mahu melawan guru. Bagus juga/saya suka sangat anak murid lagi top/itu tujuan kita agar anak murid jadi terbilang dan cemerlang/asal jangan temberang macam pemimpin negara yang suka berbohong dan mangsa rakyat Sabah jua miskin 23%. adoh, apa mahu dibilang sebab rakyat sendiri yang mahu dan suka menerima 5% dan tidak mahu 20% seperti dijanjikan oleh PKR.
 
Nah, ke mana sudah saya ini? macam lari sudah dari pokok perbincangan. Tak apa sekadar catatan Into sahaja. Nanti biar kita menulis main-sikit-sikit sahaja. Sakitnya sikit sahaja.
 
Salam dan selamat raya
 
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........


Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! to put your mind at peace. It's free.
Get IE8 here!

Kirim email ke