Dato Seri Anwar.
 
Bila waktu semacam ini/terdengar lagu raya di radio dan di mana-mana saya tidak mampu menahan rasa sedih yang bukan kepalang. Jauh dalam benak hati saya terlalu rindu dengan kawan-kawan yang  jauh dan yang sudah tiada. entahlah, saat-saat usia begini terasakan kebaikan yang kita lakukan buat kawan-kawan masih belum cukup untuk niat memperbaiki keadaan dan menyelamatkan yang tertindas belum sampai ke tahap yang kita mahu. Perjalanan ini rupanya amat jauh dan sukar terasakan.
 
Sewaktu saya menjadi pengarah kebudayaan/tidak ada kampung/daerah/sungai/ulu di sabah yang tidak saya lawati/semuanya sudah saya jelajahi dan sewaktu kempen pilihanraya saya bersama Haji Awang Tengah, Tuan Haji Ansari, Peguam Chau Chin Tang, Kekanda Tamrin dan ramai lagi hampir berceramah di mana-mana dan sebelum atau ketika itulah kami melihat betapa sabah ini amat mundur sekali, tetapi pemimpinannya kaya raya punya istana yang amat indah sekali.
 
Memang benar kemiskinan di Sabah ini sekitar 23% hampir sama dengan kemiskinan di afrika selatan atau acheh/padahal Sabah ini merupakan negeri yang kaya sekali dengan sumber perut bumi yang bukan sedikit.
 
Kemiskinan di Paitan/Pitas misalnya cukup menyedihkan, anak-anak dusun kadazan yang tidak punya sepatu untuk ke sekolah/pakaian mereka koyak dan barangkali ibu bapa mereka tidak mampu untuk membiayai hidup mereka/makanya setiap pilihanraya datanglah orang BN berbondong-bondong menghantar wang untuk maksud memujuk mengundi bn/mereka ini jenis orang mengenang budi dan dengan budi yang sedikit dan secara kebetulan mereka itu miskin/maka dalam keadaan terpaksa menerima hakikat dan mengundi bn/inilah antara menyebabkan PKR tidak mampu di sini.
 
Saya amat sedih sekali, tetapi kesedihan saya yang amat sangat ini/lalu kepada siapa saya lontarkan dan kerana kesediahan inilah saya berusaha untuk mendiamkan diri dan akibatnya menyebabkan sakit hati kian bertambah, tetapi alhamdulilah tuhan rupanya semula membuka minda saya untuk terus berjuang di laluan yang lain tetapi motifnya sama saja untuk menyedarkan bangsa kita.
 
barangkali dato belum punya kesempatan untuk melihat rakyat di pedalaman/di sook misalnya yang hidupnya hanya gembira dengan garam dan sigup yang menjadi umpan dihantar ke hutan untuk mendapatkan undi/itu kenyataannya.
 
dan yang paling menghairankan tidak ada seorangpun yang lulus darjah enam di sekolah pulau mantanani yang tidak punya kemudahan asas dan entah sampai kapan mereka harus terpinggir dengan hidup semacam orang utan yang hidup jauh dari pembangunan meski kata orang kita sudah merdeka 52 tahun. kemerdekaan apa ini?/mata rakyat di sabah selama ini ditutupi sarang laba-laba dan mereka tidak dapat melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan bn terhadap mereka.
 
kerajaan persekutuan memang perampok/jahat dan setan terang-terang korup dan rakyat begitu mudah diperbodohkan dan tentu saja inilah juga cara pemerintah mendidik rakyat agar mereka buta internet dan peka apa yang berlaku lewat tv yang rata-rata pembohongan yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia yang sudah hampir usia mati ini. Kasian rupanya masih ada rakyat yang tidak kesampaian merasa air paip, cahaya letrik dan jalan masih bertanah merah seperti jalan kerbau yang lewat.
 
berada di universiti/saya melihat bagaimana mahasisawa yang begitu susah hidup mereka. mereka ada keinginan untuk belajar, tetapi kesempitan biaya hidup di kampus kian berat/tak tertanggung kalau ada orang tua yang mereka punya  dua atau tiga orang masuk universiti, maka jawabannya tidak kesampaian. biasiswa bukan senang dapat kecuali rapat dengan sang menteri, tetapi anih bin ajaib/anak anak orang kaya alias kerabat menteri bisa mendapat biasiswa ke luar negeri dan orang miskin barangkali hanya setakat tingkat lima dan tidak mampu untuk ke universiti.
 
Disebuah sekolah menengah di Kudat misalnya/ada anak-anak pintar dari kalangan rungus, tetapi tidak mampu belajar sehingga ke tingkatan lima kerana ayah ibu tidak punya pekerjaan apa2 selain menanam jagung dan akhirnya terpaksa berhenti dan diam di kampung dalam hutan. kasian.
 
belum lagi kita bicara soal ibu bapa yang punya anak ramai dan berkerja keras di ladang untuk masa depan anak-anak mereka, tetapi biayai harian dengan harga beras, gula, garam dan segala macam yang naik mendadak menyebabkan mereka semakin tersepit. malam sang orang tua tidak dapat memikir tentang bagaimana menambahkan pendapatan untuk mengeluti hidup yang sempit ini. tetapi pemimpin yang dikatakan membawa sinar terus merampok dan mendendangkan lagu semacam hadirnya malaikat di sisi.
 
yang kaya terus kaya. yang mewah terus mewah. yang miskin terus menderita tapi terus berusaha dan berusaha siang dan malam dan akhirnya mati dalam keadaan tidak sempat menikmati air paip dan letrik.
 
lalu kepada siapa disalahkan hal ini? pemimpin BN memang tidak akan mengakui hal ini/dan inilah tugas kita bersama. kita harus bergerak dengan lebih pantas dan agresif tanpa menunggu keadaan sebenar sampai.
 
PKR di sabah ini harus digerakkan dengan lebih berkesan tanpa memilih bulu. sama-sama bergerak dengan perancangan yang rapi dan tersusun indah kerana saya yakin orang sabah bukan seperti orang di semananjung. politik sabah berbeda kerana sejarah telah memperlihatkan kita. Orang sabah/kalau sudah dia berubah, maka sekelip mata pemerintah akan tumbang. lihat saja kerajaan USNO dan BERjaya yang begitu gah, tetapi hancur dengan sekelip mata.
 
Saya amat sedih dengan keadaan ini dan kelihatannya jalan untuk ke syurga masih jauh kalau tidak bertindak secara bijak sana dan tentu saja tenaga dr.jefry, hj ansari dan awang tengah bisa dikumpul serentak bersama anak-anak buah untuk menyerang setiap daerah dan semula seperti dulu dengan isu-isu yang pelbagai. dato seri tentunya lebih maklum akan keadaan ini kerana kekalahan yang lewat cukup memberi kesan untuk yang ada malas bergerak.
 
sekian selamat hari raya
 
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........


Enjoy more chat on blogs and websites
Experience it with the Online Pingbox Creation Wizard!

Kirim email ke