KRITIK MACAM HANTU?

 

Ismaily Bungsu

 

Menunggu di ruang kecemasan hospital kota memangnya sesuatu yang mengngerikan dan menjemukan, apa lagi kala melihat yang kakinya patah, luka, pengsan dan macam-macam.

 

Sambil merasa kesakitan yang amat sangat, saya terus saja dimohon bersabar kala diperiksa yang akhirnya doktor berkenaan menelefon Dr. Mazlan selaku doktor pakar dan akhirnya diputuskan yang saya harus dibedah secepatnya atau kalau tidak kononnya bakal menanggung risiko yang mungkin membawa maut.

 

Nah, saya memilih untuk rela dibedah dan tidak lama kemudian dibawa ke kamar pembedahan secara segera dan pemergian saya ke kamar bedah itu merupakan kali kedua yang memang tidak saya suka langsung. Pembedahan dilakukan oleh dua orang doktor, tiga pembantu dan akhirnya saya terdampar di ranjang no: 11 pada lantai 3 sesudah pembedahan usai.

 

Memang kala nginap di hospital, saya merasakan suatu penyeksaan yang amat sangat kerana tak bisa berbuat apa-apa selain baring dan melihat orang sakit di kiri kanan depan belakang ranjang yang semakin menambahkan sakit saya. Tentunya saya dilayan  sebagai orang yang sakit yang memang tak menyenangkan saya dan akhirnya saya mohon izin keluar segera kerana terlalu rindu untuk membaca e mail dari sobat yang setiap waktu menemankan saya. Nah, peristiwa inilah yang mendadak berlaku kepada saya musim lalu. Suatu pengalaman yang cukup mahal. Amat mahal.

 

Kelmarin malam selepas di universiti seperti saya ketemu seorang kawan di kedai kopi king fisher di mana kami selalu ketemu dan berbicara tentang dunia sastera yang kami tekuni sejak bertahun-tahun lamanya. Kami berbicara soal dunia kritikan sastera di Sabah dan tiba-tiba dia menyebut yang namanya S-E-P-A-T yang katanya mengkritik dia lewat e mail yang menyebabkan dia rasa tidak senang dan saya yakin dia marah sangat. Kenyataannya itu menyebabkan saya tersenyum dan dia hanya diam saja kala melihat saya sedemikian yang barangkali dianggapnya saya memperli dia tentunya. Entahlah!

 

Saya tersentak bukan kerana kritikan yang dimaksudkan, tetapi kerana yang mengkritik menamakan dirinya sebagai Sepat. Sepat maksudkan sejenis ikan murahan yang selalu ada di longkang atau boleh juga dikatakan maksudnya menyepat ialah mengoyak/menyiat-nyiat.

 

Memangnya saya tidak pernah ketemu nama penulis yang namanya Sepat selama ini. Tentu saja dia seorang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi pengkritik yang hebat dan tiba-tiba tersesat dalam dunia kritikan yang bersifat mengkritik peribadi orang yang tidak sepatutnya. Inilah masalahnya kapan tanpa ilmu yang jelas. Mahu menduga lautan dalam tapi kailnya hanya sejengkal. Mahu mencapai bulan tapi tak terdaya ke bulan, akhirnya ampai-ampai dan melatah tanpa berfikir. Kasihan dia yang namanya si Sepat itu! 

 

Menurut kawan saya itu kritikan Sepat terlalu berunsur personal yang tentu saja menyentuh Ismaily Bungsu yang dikatanya/kononnya lantang berbicara soal sastera tapi tidak pernah menang. Betul-betul sang Sepat itu jauh sangat tertinggal hingga dia buta sejarah sastera kita.

 

Memang kelihatannya kawan baik saya itu agak marah dan saya terus saja tersenyum mendengar ceritanya sambil menghirup kopi jenis tongkat ali yang amat menyeronokkan saya. Saya kira dia jarang sangat dikritik atau barangkali tidak pernah langsung yang menyebabkan dia tersentak tapi dalam hati saya berkata "rasain lo!"

 

Kritikan semacam itu memang sudah menjadi darah daging saya, malah saya menganggap kritikan semacam itu saya biarkan saja masuk ke telinga kanan dan keluarnya pula di telinga kiri yang menyebabkan saya lali sangat, lagi pula saya berpegang pada kenyataan saya sebelum ini bahawa pengkritik adalah sobat terbaik saya kerana melalui kritikanlah saya dapat mengenali siapa diri saya yang sebenarnya.

 

Walau bagaimanapun hari ini saya berkepinginan sangat menyentuh soal dunia kritik dan pengkritik itu sendiri agar kita tidak usah mempedulikan sangat, apa lagi pengkritik yang  suka menyamar seperti sang Sepat dan bagi saya yang suka menyamar adalah pengkritik yang dayus, pengecut, bukan jantan (pondan) dan maha penakut alis pengecut, apa lagi pengkritik yang mengkritik peribadi penulis dan bukan karya sastera kerana kalau memang dia hebat/apa salahnya mengkritik tanpa berselindung di sebalik nama yang bermacam-macam atau kan lebih baik bersikap "jantan"  dalam dunia sastera? Wadoh, bisa saja merah telinga sang Sepat itu. Maafkan saya!

 

Kala cerpen saya yang berjodol Ngeooong disiar/dibaca/dibahas/dipentaskan, saya dikritik begitu hebat di surat khabar yang berbulan lamanya dan ternyata memang amat menyakitkan, apa tidaknya kala saya dikatakan sebagai muslim yang murtad, harus masuk Islam semula, haji komik, haji kartun oleh yang namanya Roslan dan macam-macam/cerita dululah.

 

Kelihatannya pengkritik yang sedemikian adalah pengkritik yang tidak punya ilmu/atau rendah ilmunya kerana tidak mampu memasuki dunia kritik yang sebenarnya. Nah, kerana itu dicadang agar mempelajari/menekuni teori kritik sastera yang sebenar-benarnya/bukan main hentam keromo atau mengharapkan orang lain menyebutnya sebagai "pengkritik".

 

Pengkritik yang sedemikian adalah semacam hantu alias "tukang kacau" atau "dajjal" dalam dunia sastera dan benarlah kata ramai kawan supaya orang seperti Sepat  harus banyak membaca dan terus membaca kerana kalau sekadar berkata seperti yang diperkatakan atau seperti yang Roslan dan lain-lain katakan (haji komik, haji kartun, pelacur sastera/perogol sastera dan lain-lain), maka pelajar sekolah rendahpun bisa menulis sedemikian kerana kritikannya lebih bersifat peribadi yang didorong kerana atas dasar rasa cemburu atau sakit hati yang menekan-nekan alias menyentak-nyentak bukan kerana mahu meninggikan mutu sastera itu sendiri. Rasakan betapa terkait buntut kamu duhai pengkritik!

 

Memangnya tidak dapat dinafikan yang dunia kritik itu amat bagus sekali dan harus diperkembangkan atau diperpanjangkan kala Amy Golden pernah berkata bahawa kritik sastera merupakan huraian, penafsiran, dan penentuan nilai terhadap karya-karya sastera itu sendiri, sementara George Downing ikut memberikan pandangan yang katanya kritikus-kritikus termasuk "Tikus membaiki labu" ialah sebahagian besar yang tidak mempunyai cukup bakar untuk menandingi orang yang mereka kritik. Terserahlah!

 

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175



sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


.......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........


Firefox 3: Faster, More Secure, Customisable and FREE.

Kirim email ke