Pemimpin BN ke salah satu universiti dan hanya 30 orang datang/lalu BN mengamuk 
dan mengatakan Universiti tidak kasih kerjasama. Mana satu betul/apakah mereka 
mahu pelajar diheret ke politik?

sekadar mendengar/menilai tak apa/bukan bertindak kempen sana sini. Universiti 
sepatut terbuka. Pelajar meski luas pandangan bukan dalam tempurung.
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara 
berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi 
Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang 
dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah 
persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman 
Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas 
Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... 




________________________________
From: yeols <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Tuesday, 13 October 2009 11:05:17
Subject: [PerisikRakyat] [PRO REFORM] Tindakan disiplin terhadap Mahasiswa UM

  
Kenyataan akhbar Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiausaha Politik MB Selangor/ADUN Seri 
Setia)

Saya kecewa dan sedih apabila dimaklumkan bahawa terdapat beberapa orang 
mahasiswa Universiti Malaya yang diambil tindakan disiplin kerana melakukan 
"jenayah" mengundang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk saya bagi mengisi 
undangan mereka di kampus.

Tiga orang pimpinan mahasiswa yang cuba didakwa melakukan jenayah tersebut 
adalah Haafizuddin Abirerah, 24 dan Abu Ubaidah Amir Abd Malek daripada 
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) serta Chang Keng Fai, 21 
daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PMCUM).

Ketiga-tiga mahasiswa ini dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti. 
Mereka telah dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) 
Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Dakwaan ini adalah rentetan daripada keputusan PMIUM menjemput saya bagi 
merasmikan Program Muktamar Tahunan mereka pada Februari lepas, manakala PBCUM 
telah menjemput Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok sebagai pengadil debat 
mereka pada Ogos lepas bersama-sama bekas Ahli Parlimen Kota Melaka MCA Wong 
Nai Chee dan wartawan Koh Kok Wee.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti ini adalah amat 
mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi di ambang peperiksaan universiti. 
Tindakan ini secara jelas bercanggah dengan kebebasan akademik dan juga hak 
untuk berpersatuan. Saya secara telus menyatakan bahawa tidak ada yang saya 
sampaikan dalam ucapan saya yang menggangugugat keselamatan awam dan negara.

Tindakan yang diambil oleh pentadbiran universiti ini adalah mungkin disebabkan 
pandangan mereka yang merasakan bahawa saya dan Teresa tidak layak untuk 
menyertai program universiti tersebut. Namun demikian sentimen ini adalah 
meleset apabila universiti lain bersedia untuk menerima kehadiran saya untuk 
memberi ucapan dengan tangan terbuka termasuklah Universiti California di 
Berkeley, Universiti Stanford, Universiti Essex dan the School of Oriental and 
Asian Studies, London, selain IPT UNISEL dan Universiti Islam Antarabangsa 
Malaysia.

Insiden ini menyentuh saya secara peribadi memandangkan sebelum ini berlaku 
sabotaj dalam program tersebut dan kini PMIUM berhadapan dengan risiko didakwa 
jenayah universiti membabitkan saya. Ini secara jelas bercanggah dengan prinsip 
keadilan.

Saya kemudiaannya terpaksa membuat sidang media dengan harapan umum 
mengetahuinya dan pada masa yang sama saya telah menulis surat secara peribadi 
kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor Universiti Malaya. Selain 
dari jawapan daripada Kementerian bahawa mereka akan menyiasat aduan saya, 
tiada tindakan lanjut. Peristiwa ini membuktikan keadaan pendidikan Malaysia 
masih tidak banyak berubah di sebalik keyakinan yang digambarkan oleh Kerajaan 
Persekutuan.

Adalah menjadi sesuatu yang merugikan bagi sebuah universiti seperti UM yang 
diterima kembali sebagai salah sebuah 200 universiti terbaik dunia dalam 
senarai pendidikan tinggi Times berkelakuan seperti ini.

Tidak kira apakah perasaan peribadi pihak berkuasa terhadap saya dan 
rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat dan perjuangan kami, tidak wajar mereka 
menjejaskan masa depan tiga mahasiswa berpotensi ini.

Saya dengan ini menggesa dan menyeru pihak pentadbiran universiti untuk 
menggugurkan segala tuduhan terhadap ketiga-tiga mahasiswa ini. Saya juga ingin 
merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin untuk campur tangan dalam 
hal ini atas nama keadilan dan kebenaran.


--
Posted By yeols to PRO REFORM at 10/14/2009 01:57:00 PM



      
__________________________________________________________________________________________
Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software.
Download Yahoo! Toolbar now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Kirim email ke