kita ini adalah hewan/cuma manusia ada sikit pangkatnya/tetapi kata 
ulama/manusia jika perangainya membunuh altantuyah/rasuah perosak negara/lagi 
busuk dari seorang anjing kerana anjing juga ciptaan manusia kekadang lagi 
bagus dari manusia kerana anjinglah juga yang memburu pengedar dadah/menagnkap 
pencuri/cuma anjing kita anjing peliharaan pemerintah yang sudah disogok 
dengan makanan senak/jadi kena tafsir secara mendalam maksud anjing itu/saya 
kita harus lebih banyak beriqra dan mengolah makna yang tersirat
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara 
berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi 
Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang 
dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah 
persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman 
Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas 
Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... 




________________________________
From: Sazilah Che Man <[email protected]>
To: [email protected]; [email protected]
Sent: Wednesday, 14 October 2009 6:49:07
Subject: RE: RG09... BERKASIH SAYANG


DENGAN KONSEP BERKASIH SAYANG JUGA HENTIKANLAH MEMANGGIL SAUDARA ISLAM SEBAGAI 
ANJING DAN SEBAGAINYA….
 

________________________________

From:[email protected] [mailto:[email protected]] On 
Behalf Of ISMAILY BUNGSU
Sent: 14 October 2009 02:07
To: 3. watan sabah
Subject: RG09.... BERKASIH SAYANG
 
  
    
 
BERKASIH SAYANG.
 
[email protected]
 
S
uatu petang kala Rasulullah saw tinggal sendirian di rumahnya, maka tiba-tiba 
saja datang seorang pengemis tua yang lemah sangat kelihatannya untuk 
mohon/minta makanan akibat terlalu lapar sangat, tetapi ternyata di rumah nabi 
tidak punya sebarang apapun makanan ketika itu dan dengan demikian maka lalu 
saja disuruhnya  pengamis itu ke rumah putrinya yang bernama Siti Fatimah, 
tetapi sesampai di rumah Siti Fatimah adalah keadaannya sama bahawa di rumah 
Siti Fatimah sendiri tidak punya sebarang makanan.
 
Siti Fatimah merasa tidak sedap hati untuk terus membiarkan saja pengemis itu 
pergi dalam keadaan lapar tanpa sebarang harapan dan kerana itulah 
makanya/kemudiannya ia pun berfikir dan yang sempat diingatkannya hanyalah akan 
alas tidur anaknya yang diperbuat dari kulit kambing dan kemudiannya tanpa 
berfikir lagi lalu diberikannya alas itu kepada pengemis dan ternyata pemberian 
itu ditolak oleh pengemis itu sendiri atas sebab sang pengemis menjelaskan yang 
dia tidak mampu menjualnya.
 
"Sudah sekian lama saya tidak makan, bagaimana nanti saya berjalan untuk 
menawarkan barang ini?" Kata sang pengemis yang kelihatan amat lemah sekali 
sambil bibirnya terketar-ketar akibat kelaparan.
 
"Ya Allah" keluh fatimah.
"Tolonglah aku ya Allah agar aku dapat menolong pengemis ini" bisik Siti 
Fatimah sambil meletakkan kedua telapak tangannya di dada dan berdoa terus. 
Tiba-tiba setelah berdoa maka tanpa disangka-sangka terjadilah peristiwa yang 
agak aneh.
 
Ketika kedua-dua tangan Siti Fatimah itu melekat di dadanya, maka terpeganglah 
ia akan kalung emas yang menghiasi lehernya dan dengan tidak berfikir panjang 
lagi, di lepaskannnya kalung itu dan segera pula diberikannya kepada pengemis 
tua tadi yang  tentu saja sang pengemis yang kelaparan dan lemah  itu amat 
terkejut.
 
"Ini terlalu mahal, saya minta makanan tapi dikasih kalung emas pula" kata 
pengemis sambil  terasakan dirinya amat bersalah kerana meyusahkan Siti Fatimah.
 
"Biarkanlah pak, tidak apa-apa, bapa jual saja untuk mendapatkan makanan"jawab 
Siti Fatimah selamba dan kata-katanya diucapkan dengan perlahan-lahan sekali.
"Mudah-mudahan  dengan kalung ini bapak segera dapat makanan nantinya"
dengan hati yang bergetar/sesudah bicara, maka pergilah pengemis itu dari rumah 
Siti Fatimah, tapi bukannya ke pasar untuk menjual kalung itu, melainkan ke 
rumah Rasulullah saw untuk melaporkan peristiwa berkenaan dan kebetulan di 
rumah Rasulullah sedang ada tamu yang namanya Amr bin Ash.
 
"Ya Rasulullah, saya  minta makanan tetapi saya diberikan oleh ibu Fatimah pula 
kalung emas ini" Kata pengemis itu kepada Rasulullalah saw.
 
"Bukankah kamu harusnya bersyukur" Jawab Rasulullah, tetapi kelihatannya 
pengemis itu tetap diam dan tak dapat berkata apa-apa hingga suasana keliling 
jadi sepi melulu.
 
"Kalau begitu, biarlah saya yang membelinya" kata Amrs bin Ash dengan secara  
tiba-tiba langsung memecahkan kesunyian yang ada.
 
"Ya saya cuma mahu meminta makanan dan pakaian" jawab pengemis gementar dan 
terketar-ketar bibirnya kala mengucapkan kata-kata itu.
 
"Wah ini terlalu murah, tapi baiklah. Sekarang kau ikut aku ke rumah di   mana 
nanti aku beri engkau makan sekenyangmu, setelah itu kau akan kuberi 20 dinar 
dan 200 dirham, ditambah selembar pakaian dari Yaman yang masih  baru." kata 
Amr bin Ash kepada pengemis dan sesudah urusan dengan Rasulullah selesaim maka 
di ajaknya pengemis itu pulang setelah lebih dulu meminta permisi kepada 
Rasulullah saw.
 
Nah, sesampai saja di rumah Amr bin Ash, maka sang pegemispun dijamu dengan 
bermacam makanan yang enak-enak. Setelah makan seperti dijanjikan pengemis itu 
diberikan pula wang dan juga pakaian dari Yaman yang kelihatan belum pernah 
dipakai orang, maka berkatalah amr bin Ash kepada pengemis itu.
 
"Nah, kelihatannya kamu sudah kenyang, lalu tolong saja hantarkan kalung ini 
kepada Rasulullah sebagai hadiah kami kepada beliau" kata Amr bin Ash, padahal 
maksud sebenar hadiah itu ialah untuk Siti Fatimah, pemilik kalung itu kerana 
tidak pantas seorang yang bukan muhrimnya memberikan kepada mukan muhrim, maka 
hadiah itu terlebih dahulu diberikan kepada Rasulullah yang maksudnya kelak 
akan diserahkan kepada Siti Fatimah.
 
Dan ketika pengemis itu mahu berangkat pulang kerana urusan sudahpun selesai, 
tiba-tiba saja Amr bin Ash berkata "Tunggu dulu, disamping itu mulai sekarang 
kau sendiri kuserahkan kepada Rasulullah pula". Nah, tentu saja ucapan itu 
disambut oleh sang pengemis dengan hati yang gembira sangat kerana siapa saja 
yang tidak senang menjadi pembantu Rasulullah.
 
Nah, apa saja yang terjadi ketika kalung itu sampai di tangan Rasulullah? 
Sungguh menakjubkan sekali oleh Rasulullah SAW dimana kalung itu segera 
dikirimkan kepada Siti Fatimah yang mula-mula memilikinya. 
 
"Tolong hantarkan kalung ini kepada fatimah dan mulai sekarang engkau aku 
bebaskan untuk tidak menjadi budak lagi" Jelas Rasulullah kepada pengemis yang 
menjadi bekas budak Amr bin  Ash tadi. Bayangkan betapa gembira hatinya 
pengemis tadi dan setelah itu iapun berkata:
 
"Alangkah agungnya rahmat Allah yang diberi lewet kalung ini, disamping telah 
memberi makanan, wang dan pakaian kepada pengemis, kalung ini juga membebaskan 
diri saya dengan begitu mudah sekali" Demikian doa dan kenyataan sang pengemis 
itu sendiri.
 
Nah, bayangkan saja bahawa alangkah damainya hidup ini kalau di sekeliling kita 
penuh dengan kasih sayang, timbang rasa, tanpa fitnah, tanpa rasa sakit hati 
dan segala macam. Tidak ada rasa dendam, iri hati, benci kecuali kasih sayang 
melulu. Nah, kalau ada sikap sedemikian di kalangan kita tanpa memilih apa 
bangsa dan agamanya, maka tentu saja inilah yang dinamakan Masyarakat Marhamah 
yang didambakan oleh setiap muslim kerana rahmat Allah yang ada di langit  
selalu saja akan berlimpahan.
 
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pangkal kebahagian ummah ialah kasih sayang 
kerana Nabi sendiri pernah bersabda supaya kita menyayangi penduduk di bumi 
manusia, nescaya akan disayangi oleh yang ada di langit, kerana tambah baginda 
bahawa barang siapa yang tidak menyayangi apa saja yang ada di muka bumi ini, 
maka akan pasti tidak disayangi oleh Allah.
 
Hidup tanpa kasih sayang akan diselimuti dengan  kegelisahan yang seringkali 
saja ada di si sisi kita dan ketika itu hidup terasa amat hambar sekali 
disamping amat  menjemukan, meski keindahan dan kebahagiaan itu melimpah ruah 
di dunia ini. Itulah sebabnya manusia harus menebarkan kasih sayang yang tidak 
pernah henti-henti dan menolong sesamanya dari kesusahan kerana sudah cukup 
jelas dan sering disabdakan oleh Nabi bahawa sesiapa saja yang menghilangkan 
kesusahan sesama muslim di dunia ini, maka Allah yang ada di langit akan 
memberikan kebahagiaan di akhirat kelak.
 
Allah memang tidak menyukai apa saja ucapan buruk sifatnya kecuali orang yang 
sedang teraniaya dan firman itu telah wahyukan dan kenyataannya lihat saja 
surah an-nisa ayat 148 untuk dijadikan saksi selama mereka menganiaya dan 
kerana itulah Allah benar-benar memerintahkan kita untuk bersikap berkasih 
sayang dan bersikap berkasih sayang itu harus diamalkan. 
 
Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa hanya dengan cara berkasih sayang 
sesama sajalah kita akan mampu menghancurkan kejahatan dan kekejaman yang 
berlaku di mana-mana. Nah, cuba saja kita fikir-fikirkan bahawa bagaimana 
caranya kita menghancurkan niat jahat  Yahudi pimpinan Sharon yang laknat itu, 
kalau memang antara kita tidak mahu berkasih sayang? Bagaimana kita melahirkan 
Masyarakat Marhamah kalau di kalangan kita masih ada sikap fitnah memfitnah, 
benci membenci dan segala macam? 

 
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 
 
sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah



Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS
 
......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara 
berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi 
Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang 
dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah 
persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman 
Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas 
Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........  
      
  
 

________________________________

Get your preferred Email name! 
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
*********************************************************************** 
Privileged/confidential information may be contained in this message. If you 
are not the named recipient or addressee, you are hereby notified that any use 
review, disclosure or copying of the contents herein is strictly prohibited. In 
such a case, kindly discard all its contents and notify sender accordingly 
regarding such unauthorized disclosure or transmission by email. Opinions, 
conclusions, statements and other information in this message that do not 
relate to the official business of CIMB Group shall be understood as neither 
given or endorsed by it. The contents herein are meant strictly for the use of 
the named recipient or addressee of CIMB Group. No assumption of responsibility 
or liability whatsoever is undertaken by CIMB Group in respect of prohibited 
and unauthorised use by any other person. 
***********************************************************************


      
_________________________________________________________________________________________
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It&#39;s free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke