Kita tidak boleh PANAS bila membicarakan perkara ini. Ini perkara AGAMA bukan POLITIK, maka di mana-manapun saya sering perkatakan harus dibicara secara matang. Tidak uah sebut IC dan segala macam/Negara kita ini meski dalam perlembagaan Islam  raminya tetapi kita kena hormat agama lain.
 
Sejarahnya kita ini sudah asalnya dari budaya HINDU dan juga sedikit barat/ Itu dah jelas bukan Arab, Arab cuma masuk penghujung abad 15 dan kita lihat sejaeah itu dulu, tetapi kita jangan lupa kita ada dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dirumuskan dalam tahun 1971 di UM yang memmperkatakan 3 dasar iaitu harus berasaskan yang adan di kepulauan nusantara, yang sesuai dan wajar dan ketiga Islam asasnya.
 
Jadi soal Abad, Sabtu tidalah salah sebab ia sesuai dan wajar dan tidak menjadikan kita murtad dan segala macam. Jadi, YB2 perlu maklum dan tahu perkara ini sebelum berbicara secara rambang yang semacam mahu mengajar orang lain seolah tidak tahu.
 
Malaysia bukan penduduknya satu agama/ada macam-macam agama/kita kita hormat agama lain seperti termaktub dalam perlembagaan dan kita tidak bisa berkata semboro tanpa memikir perasaan orang lain/itu sebab sejak awal perbicaraan saya tidak senang dengan DEMO/ini bukan politik meski dipolitikkan/saya khuatir ini menjadi ISU yang lebih berat dari perkara 13 Mei sebab orang islam sanggup mati kerana agama, apa lagi kala memperjuangkan agama dikata mati Syaid.
 
Jadi, biar dulu yang pakar agama berbicara, biar dulu pemimpin berbincang dan kembali kepada peguam dan mahkamah nantinya/kita ada parlimen dan parlimen wakil semua bangsa/rakyat jelata/itu cara terbaik dan bukan adakan DEMO untuk menaikkan semngat panas dan membakar negara sendiri dengan sentimen perkauman/agama itu saya tidak setuju secara total dan akhirnya negara bangsa akan hancur.
 
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah



From: othman inayatullah <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Wednesday, 6 January 2010 11:09:24
Subject: Re: [PerisikRakyat] [BANGUN DENGAN KEKUATAN] Penjelasan YB Taib Azamudden Mengenai Isu penggunaan...

 

Assalamualamualaiku m wbt.
Terima kasih kerana ini menambah ilmu saya tentang ilmu-ilmu Allah swt yang tidak terkira banyaknya. Saya dalam kelompok yang agak terkebelakang dalam ilmu-ilmu Islam yang suci namun saya juga sering tertanya adakah kita ini iaitu orang Islam di Malaysia atau yang dikatakan oleh UMNO orang melayu benar-benar menghayati Islam itu sendiri. Kita orang Melayu termasuk golongan PAS atau UMNO melenting bila orang Nasrani hendak menggunakan perkataan Allah dalam majalah mereka tetapi adakah kita melenting bila kehidupan kita dari mula lahir sampai kita mati berbudayakan Nasrani. Hujah saya ini berpandukan kepada fakta berikut:

1. Cuba kita perhatikan surat beranak atau kad pengenalan kita (MyKad) adalah atau tidak tercatat tarikh dan tahun Islam? Apa yang tercatat adalah tarikh dan tahun masihi. Bahkan dalam al-Quran yang menjadi kalam umat Islam tidak mencatat walaupun sebaris ayat berkaitan takwim masihi tetapi takwim Islam.

2. Yang kedua, Jumaat adalah hari perayaan orang Islam pada setiap minggu dan Ahad adalah hari perayaan orang Nasrani. Tidakah kita merasa ganjil apabila cuti hujung minggu kita ditetapkan hari Ahad. Tidak itu menunjukkan kita merayakan perayaan orang Nasrani cuma kita tidak ke tempat ibadat mereka.

Itu adalah asas yang sering saya tertanya-tanya adakah kita ini Islam sepenuhnya atau Islam berbudayakan Nasrani dan Hindu. Mohon para cerdik pandai Islam samada dari PAS mahupun UMNO menjawabnya. Renung-renungkan ya.


From: aloha2 <zulsho...@yahoo. com>
To: perisikrakyat@ yahoogroups. com
Sent: Monday, 4 January 2010 1:16:52
Subject: [PerisikRakyat] [BANGUN DENGAN KEKUATAN] Penjelasan YB Taib Azamudden Mengenai Isu penggunaan.. .

 

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian.. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan danpenghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.

Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkandi Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kitaperbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain.

Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita..

Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa.

Orang Hindu,orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa.

Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh.

Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satuconfuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana.

Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am.

Sumber

--
Dicatat Oleh aloha2 ke BANGUN DENGAN KEKUATAN di 1/04/2010 01:11:00 PM



New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!


Connect instantly with friends on your blog and personal website.
Create your latest Pingbox today!

Kirim email ke