DI SABAH  sudah sekian lama diguna perkataan ALLAH oleh yang agamanyta kristen, 
tetapi tidak pernah mempengaruhi anak-anak Sabah, malah kesannya ramai orang 
Dusun/Kadazan yang kristen masuk Islam lantaran perkataan itu melekat di hati 
mereka.

Saya minta yang Islam jangan terlalu menitikiberatkan soal pengunaan Allah/yang 
penting bagi umat Islam ialah akidah. Apa gunanya kita tentang marah mereka 
gunkan perkataan itu, sedang hati kita kotor dan selalu berperasaan negatif 
dengan mulut mengumpat, fitnah memburukkan saudara sendiri?

Saya kira umat Islam bukan rosak akidahnya kerana kristen menggunakan perkataan 
Allah, tetapi perangai umat islam itu sendiri yang tidak mengikut sunah dan 
ajaran nabi dan asyik bercakaran sesama sendiri. Kuman seberang laut bisa 
dinampak, sedang gajah di bibir mata tak pula dirasa.

Jangan lihat semata negatrif sesauatu isu, tetapi lihat juga positif kesannya 
macam saya kata ramai orang kristen di Sabah masuk islam dan tak pernah 
terbukti orang islam terpengaruh, malah orang Sabah tidak pernah juga mahu tahu 
audara kami mengggunakan perkataan Allah sebab  tidak sedikitpun berkesan 
kepada anak-anak yang Islam agama.

Karut!
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah 




________________________________
From: Alvin Johnson <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Saturday, 16 January 2010 10:16:32
Subject: Re: RG09... MENGAPA KRISTIAN BERIYA-IYA INGIN NAK GUNA NAMA ALLAH????

  
Salam sejahtera kepada semua ahli group,

Krisis ini nampaknya belum selesai lagi ke pasal penggunaan Allah di kalangan 
orang bukan Islam? Saya pikir telah habis apabila mahkamah tidak lagi 
membenarkannya dalam sebarang penerbitan. Perkara ini telah menyebabkan saya 
sedih. Terlalu sedih. Bukannya sedih sebab kami tidak dibenarkan menggunakan 
Allah dalam kehidupan. Saya terima itu dengan hati terbuka, tetapi saya sedih 
kerana makin hari, makin banyak email mengenai perkara ini dalam groups. 
Jujurnya saya dapat merasakan yang perhubungan dengan kawan-kawan beragama 
Islam semakin tidak seakrab dahulu. Hendak bertegur pun takut dan segan. Takut 
nanti apa yang kami perkatakan atau cakapkan nanti bakal menyinggung perasaan 
mereka sama ada kami sedar atau tidak. 

Kadang kala saya terpaksa berfikir apakah nanti percakapan saya nanti akan 
membawa kepada isu agama? Kami di Sarawak mungkin tidak sama seperti yang lain 
di Semenanjung. Tetapi apabila kerana isu ini gereja kami di Sarawak dilempar 
batu makin menambahkan lagi kesedihan di hati dan melunturkan sedikit hubungan 
kami. Maaf saya cakapkan tapi ini adalah dari luahan dari hati saya sendiri. 
Perkara ini juga sama juga menimpa sebahagian kawan-kawan saya yang seagama 
dengan saya. Mereka juga menyatakan kawan karib mereka sudah jarang untuk 
bersama mereka lagi. Takut akan kejadian seperti apa yang telah berlaku 
berulang lagi sebab kami di Sarawak sudah lama juga menggunakan perkataan Allah 
sebab kebanyakkan alkitab kami adalah dalam bahasa Indonesia dan masih 
terikut-ikut lagi penggunaannya. Sekarang kami dalam proses menyesuaikan diri 
untuk tidak menggunakan perkataan itu. Sarawak saya rasakan telah menerima 
tempias isu ini.

Manakan tidak, seperti yang saya nyatakan tadi, yang menyumbang kepada 
penggunaan Allah adalah sebab alkitab yang kami pakai adalah dari Indonesia dan 
Kristian Indonesia sana menggunakan perkataan Allah. Bahasa pribumi kami (Iban, 
BIdayuh dll) juga menggunakan perkataan Allah juga. Penterjemahaan bahasa di 
negeri kami memang boleh dikatakan banyak diambil dari bahasa pribumi sendiri, 
Indonesia dan juga Brunei. Saya juga rasakan kami telah banyak ketinggalan 
dalam teknologi baru yang dapat dirasai oleh rakan-rakan di Semenanjung. 
Sebagai contoh streamyx, tempat saya kelajuaan tertinggi hanyalah 1mbps sahaja 
dan Celcom hanya setakat 3G sahaja. Keretapi? Itu tiada dalam istilah kami. 
Komuter pun kami hanya dapat rasai apabila berkunjung ke Semenanjung. Harga 
barangan pun jauh lebih mahal di sini.

Jadi apa kaitan dengan soal agama dan modenisasi? Kerana modenisasi yang masih 
lemah di sinilah makan bahasa Indonesia telah digunapakai dalam aktiviti 
keagamaan kami. Sebab itulah perkataan Allah dipakai sebelum alkitab dalam 
Bahasa Malaysia di keluarkan baru-baru ini, tetapi bukannya mudah untuk 
menukarkan perkaran yang telah lama dipraktikkan. Mengambil masa juga. Kami 
terima akan penggunaan Allah untuk Islam sahaja, akan tetapi email-email yang 
saya baca dalam group mengatakan kami cuba untuk mengalih pegangan agama Islam. 
Itu lagilah menyebabkan saya lagi sedih. Bukannya kami tahu penggunaan itu 
tidak dibenarkan. Kalau kami tahu, mungkin alkitab dari Indonesia tidak 
digunakkan di Sarawak. Mungkin rakan-rakan group mengatakan kami daif dan 
ketinggalan, itu saya nak salahkan siapa? Salahkan modenisasi antara 
Semenanjung dan juga Sarawak? Adat dah resam kami banyak dipengaruhi dari 
negara jiran, baik dari segi nama, adat, perkataan dan sebagainya.
 Negeri lain saya tidak tahu tetapi negeri saya sendiri, saya boleh sebut di 
sini. 

Kami bukannya beria-ria nak pakai tetapi sudah lama di guna pakai. Kenapalah 
sekarang ini kami menjadi tersepit soal agama sedangkan dari dulu boleh 
mengubah pengunaan bahasa itu? Hinggakan apabila gereja kami di sini dilempar 
batu dan kemudian dihantar lagi kandungan email dalam groups mengeruhkan lagi 
keadaan. Rasakan seolah-olah kami telah dipinggirkan dari modenisasi kemudian 
apabila kami cuba untuk memajukan diri sendiri dengan meminjam dari negara 
jiran kerana tiada sokongan dari kerajaan baik kerajaan pusat dan juga kerajaan 
negeri tiba-tiba pula mengatakan tidak boleh dipakai apabila sudah sekian lama 
pakai kemudian dituduh lagi cuba mengelirukan agama Islam. Semasa menaip email 
ini pun hati saya masih lagi berat dan sedih. Maaflah jika ada yang terasa akan 
email saya ini, cuma semakin hari saya membaca email dari group lebih-lebih 
lagi apabila email dibalas dengan kata-kata yang agak kasar, memanggil orang 
lain bodoh dan sebagainya dan nada yang
 marah hinggakan ada yang menggunakan huruf besar dalam penulisan mereka. Ada 
yang memberikan pandangan yang bernas, itu saya tidak nafikan tapi seperti yang 
saya katakan tadi, cara untuk mangatasi isu sensitif ini akan menyebabkan 
perasaan orang lain terhuris.

Maaf lagi sekali jikalau tulisan saya ada menyinggung perasaan dan harap Tuan 
Mod faham.

= ALVIN JOHNSON =




2010/1/15 Hadi Arief <salmanfaris04@ yahoo.com>

  
>Salam,
>
>As I see it...
>
>TUJUAN MEREKA HANYA SATU IAITU UNTUK MENGELIRUKAN ANAK-ANAK ISLAM DAN 
>ANAK-ANAK KECIL SELAIN KRISTIAN. LAIN TIDAK.
>
>VATICAN CITY PUN TIDAK GUNA KALIMAH ALLAH...DUNIA PUN TIDAK GUNA KALIMAH 
>ALLAH...DARI RATUSAN TAHUN DAHULU. MEREKA PANGGIL GOD, LORD BAGI TUHAN MEREKA.
>
>APA KATA TUAN-TUAN KALAU GEREJA JADI "BAITULLAH?"
>MESJID PUN "BAITULLAH" KA'ABAH PUN "BAITULLAH" ATAU MESJID ITU GEREJA DAN 
>GEREJA ITU MESJID. SEPERTI TERJADI DIACHEH DIMANA MEREKA SOLAT SAMA-SAMA 
>BERGILIRAN. BAGAIMANA TEMPAT SOLAT TERKENA NAJIS DLL. AKHIRNYA 
>tSUNAMI....HABIS SEMUA AKIBAT ORANG ISLAM MEMPERSENDAKAN TUHANNYA.
>
>KALAU TUAN-TUAN GURU, DAN ULAMA-ULAMA KATA BOLEH...SAYA KATA,
>MEMANG BOLEH KALAU KRISTIAN HARI INI ADALAH KRISTIAN YANG DAHULU [ASAL] BUKAN 
>KRISTIAN YANG KATA ISA ALMASIH ANAK ALLAH YANG DIUTUS UNTUK MENEBUS DOSA 
>MANUSIA....
> 
>ALLAH ERTINYA TUHAN YANG MAHA ESA YANG LAISA-KAMISLIHI- SYAIUN.
> 
>RENUNG-RENUNGLAH SENDIRI...
>
>
>--- On Thu, 14/1/10, Noor Zalina Omar <noorzalinao@ paclease. com.my> wrote:
>
>
>>From: Noor Zalina Omar <noorzalinao@ paclease. com.my>
>>Subject: RG09... MENGAPA KRISTIAN BERIYA-IYA INGIN NAK GUNA NAMA ALLAH????
>>To: 
>>Date: Thursday, 14 January, 2010, 1:53 AM
>>
>>
>>   
>________________________________
Connect instantly with friends on your blog and personal website. 
>Create your latest Pingbox today! 




      
_______________________________________________________________________________
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail. 
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke