Help Palestine [hidayahnet] Cadangan Kemudahan Kewangan Melalui Kad Utk Ummat ISLAM

2007-07-13 Terurut Topik Shahmuzir Nordzahir
Assalamu alaikum...

Saya masih melihat banyak kaunter2 promosi kad kredit konvensional dikerumuni 
oleh masyarakat ISLAM, sedangkan kita sudah mempunyai pelbagai pilihan yang 
menepati prinsip dan kaedah syariah ISLAM.

Penglibatan ummat ISLAM dalam sistem kewangan konvensional hanya akan 
mendedahkan diri dengan RIBA'.  Dan RIBA' adalah DOSA BESAR yang mendapat 
ancaman perang daripada ALLAH & RasulNya.  (Rujuk surah al-Baqarah 278-279)

Mahukah kita berperang dengan ALLAH & Rasulullah ?!!  

Di sini saya ingin mencadangkan sekiranya tuan/puan memerlukan kemudahan 
kewangan melalui kad, maka tuan/puan boleh memiliki:

1)  BANK ISLAM CARD (Bank Islam Malaysia Berhad) - sila klik
2)  Charge Card-i (al-Rajhi Bank) - sila klik

Mudah2an diberikan tuan/puan hidayah & taufiq daripada ALLAH Azza wa Jal, dalam 
memilih produk kewangan yang bertepatan dengan syariah ISLAM.  

Walaupun memiliki kemudahan kewangan melalui kad sangat baik & mudah, namun 
tanpa perancangan kewangan yang betul, dikhuatiri anda terjerat dengan beban 
kewangan akibat berbelanja melebihi dari kemampuan anda.  Jadi, email ini bukan 
menggalakkan anda memiliki kad kemudahan kewangan, tetapi bertujuan menyediakan 
alternatif bagi ummat ISLAM, supaya terhindar darinya DOSA BESAR RIBA'.

Mudah2an bermanfaat, insyaALLAH.  Sebarkan...
waAllahu ta'ala a'lam.
 
=
::Sertailah Takaful Demi Kesejahteraan Anda & Insan Tersayang::
 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS
::  019 - 382 6408  
::  [EMAIL PROTECTED]
::  www.takafulonline.net
=

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Lempuk Durian Khas Bengkalis - Riau, belanja lewat internet.

2007-07-13 Terurut Topik riausari7
Anggota Milist Yth :

Lempuk Durian Sumatera, Makanan khas dari kawasan daerah Sumatera dan 
sekitarnya, mungkin sulit ditemui di Pulau Jawa dan tempat-tempat lain.
Terbuat dari Buah Durian Sumatera asli, dengan citarasa khas Daerah Bengkalis, 
Riau.

Belanja online di Riausari.com, pemesanan via internet, pembayaran via transfer 
bank (BCA, Mandiri), pengiriman barang sampai ke alamat anda via jasa kurir 
(TIKI).

Kunjungi : http://www.riausari.com
Mudah, cepat dan praktis.



Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Fadhilat jadi Isteri!

2007-07-13 Terurut Topik insan manusia
Assalaamu`alaikum
   
  Harap saudara TeMan boleh berikan rujukan terhadap tulisan beliau ini
   
  Terima kasih

[EMAIL PROTECTED] wrote:
  Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada
tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Looking for beautiful Muslim Baby Names? Get this Software: 
http://www.21stcenturymuslim.com/myname

__
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles. Visit the 
Yahoo! Auto Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/ 


 

   
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] HaditsWeb 3.0

2007-07-13 Terurut Topik Sofyan Efendi
HaditsWeb 3.0

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sebelumnya saya mohon izin kepada owner dan moderator untuk
mengirimkan informasi ini, semoga diperkenankan.

Yth. sahabat-sahabat semua,
Bagi rekan-rekan yang memerlukan kumpulan hadits, kini telah hadir
HaditsWeb 3.0 yang di dalamnya terdapat:

- Al-Qur'an dan Terjemahannya
- Pendahuluan, yakni pembahasan awal mengenai ilmu hadits
- Ringkasan Shahih Bukhari
- Kumpulan Hadits dari Shahih Muslim
- Ringkasan Syarah Arba'in An-Nawawi
- Kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam
- 1100 Hadits Terpilih
- Sejarah Singkat Beberapa Ahli Hadits
- Artikel-Artikel Tentang Hadits
- Dan informasi-informasi menarik lainnya

Untuk screenshot tampilan, bisa dilihat pada link sebagai berikut:
http://opi.110mb.com/haditsweb/screenshot_haditsweb3.gif

Bagi rekan-rekan yang memerlukannya, bisa download pada SALAH SATU
link sebagai berikut:

   1. http://www.sendspace.com/file/588jtb
   2. http://www.savefile.com/files/880974
   3. http://www.axifile.com/?5830425
   4. http://rapidshare.com/files/42418416/HaditsWeb3_Setup.zip

Nama File: HaditsWeb3_Setup.Zip
Size: 4,7 MB

Jika terdapat kegagalan dalam mendownload file tersebut, silahkan
download dilain waktu, karena lalu lintas web server di atas mungkin
sedang penuh. Untuk informasi lebih lanjut, silahkan kunjungi:
http://opi.110mb.com/

Alhamdulillah, terima kasih.

Wassalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sofyan Efendi.
Email: [EMAIL PROTECTED]
http://opi.110mb.com/ 



Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

2007-07-13 Terurut Topik insan manusia
Assalaamu`alaikum
   
  Kesahihan kisah ini telah dicabar disini
   
  
http://tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4384&sid=dc7be9f7e75721e817e920a5b6903958
   
  Tuan-tuan boleh mengesahkannya
   
  Terima kasih.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah 
Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. 
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di 
Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS 
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan 
penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program 
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar 
RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah 
rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai 
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar 
keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan 
susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian 
remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat 
RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya 
ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam 
yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding 
dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah 
asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama 
kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan 
oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka 
dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa 
soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya 
katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama 
cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa 
persoalan, antaranya;- -

Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, 
Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. 

-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan 
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya. 

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan 
dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. 
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara 
tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 
3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan- kawan 
bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan 
bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu 
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu 
pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji 
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz 
tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam 
membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan 
seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam 
dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. 
Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang 
berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz 
tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanisawak mengigau "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya 
.".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak 
lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat 
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik 
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke 
arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya 
segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. 
Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi 
sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh usta

Help Palestine [hidayahnet] Re:Ibnu Taimiah Bertaubat Dari Akidah Salah

2007-07-13 Terurut Topik fazh
  PENDAPAT IMAM SYAFI'I TENTANG TAUHID  
Oleh
  Dr. Muhammad Abdurrahman Al-Khumais
  [1]. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari ar-Rabi’ bin Sulaiman, katanya, Imam 
Syafi’i mengatakan : “Barangsiapa yang bersumpah dengan menyebut salah satu 
asma’ Allah, kemudian melanggar sumpahnya, maka ia wajib membayar kaffarat. Dan 
barangsiapa yng bersumpah dengan menyebut nama selain Allah, misalnya, “Demi 
Ka’bah”, “Demi ayahku” dan sebagainya, kemudian melanggar sumpah itu, maka ia 
tidak wajib membayar kaffarat.”
   
  Begitu pula apabila ia bersumpah dengan mengatakan “demi umurku”, ia tidak 
wajib membayar kaffarat. Namun, bersumpah dengan meyebut selain Allah adalah 
haram, dan dilarang berdasarkan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, 
“Sesungguhnya Allah melarang kamu untuk bersumpah dengan menyebut nenek moyang 
kamu. Siapa yang hendak bersumpah, maka bersumpahlah dengan menyebut asma Allah 
atau lebih baik diam saja”[1]
   
  Imam Syafi’i beralasan bahwa asma’-asma’ Allah itu bukan makhluk, karenanya 
siapa yang bersumpah dengan menyebut asma’ Allah, kemudian ia melanggar 
sumpahnya, maka ia wajib membayar kaffarat.”[2]
   
  [2]. Imam Ibn al-Qayyim menuturkan dalam kitabnya Ijtima’ al-Juyusy, sebuah 
riwayat dari Imam Syafi’i, bahwa beliau berkata: “Berbicara tentang Sunnah yang 
menjadi pegangan saya, shahib-shahib (murid-murid) saya, begitu pula para ahli 
hadits yang saya lihat dan saya ambil ilmu mereka, seperti Sufyan, Malik, dan 
lain-lain, adalah iqrar seraya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allakh, 
dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, serta bersaksi bahwa Allah adalah di 
atas ‘Arsy di langit, dan dekat dengan makhluk-Nya, terserah kehendak Allah, 
dan Allah itu turun ke langit terdekat kapan saja Allah berkehendak.” 
   
  [3]. Imam adz-Dzahabi meriwayatkan dari al-Muzani, katanya: “Apabila ada 
orang yang mengeluarkan unek-unek yang berkaitan dengan masalah tauhid yang ada 
dalam hati saya, maka itu adalah Imam Syafi’i.”
   
  Saya pernah dengar di masjid Cairo dengan beliau, ketika saya mendebat di 
depan beliau, dalam hati saya terdapat unek-unek yang berkaitan dengan masalah 
tauhid. Kata hatiku, saya tahu bahwa seseorang tidak akan mengetahui ilmu yang 
ada pada diri Anda, maka apa yang sebenarnya yang ada pada diri Anda?
   
  Tiba-tiba beliau marah, lalu bertanya: “Tahukah kamu, di mana kamu sekarang?” 
Saya menjawab, “Ya”. Beliau berkata, “Ini adalah tempat di mana Allah 
menenggelamkan Fir’aun. Apakah kamu tahu bahwa Nabi Muhammad Shallallahu 
‘alaihi wa sallam pernah menyuruh bertanya masalah yang ada dalam hatimu?”. 
“Tidak”, jawab saya. “Apakah para sahabat pernah membicarakan masalah itu?”, 
Tanya beliau lagi. “Tidak pernah”, jawab saya. “Berapakah jumlah bintang di 
langit?”, Tanya beliau lagi. “Tidak tahu”, jawab saya. “Apakah kamu tahu jenis 
bintang-bintang itu, bila terbitnya, bila terbenamnya, dari bahan apa bintang 
itu diciptakan?”, Tanya beliau. “Tidak tahu”, jawab saya. “Itu masalah makhluk 
yang kamu lihat dengan mata kepalamu, ternyata kamu tidak tahu. Mana mungkin 
kamu mahu membicarakan tentang ilmu Pencipta makhluk itu”, kata beliau 
mengakhiri.
   
  Kemudian beliau bertanya kepada saya tentang masalah wudhu’, ternyata jawaban 
saya salah. Beliau lalu mengembangkanmasalah itu menjadi empat masalah, 
ternyata jawaban saya juga tidak ada yang benar. Akhirnya beliau berkata: 
“masalah yang kamu perlukan tiap hari lima kali saja tidak kamu pelajari. 
Tetapi kamu justeru berupaya untuk mengetahui ilmu Allah ketika hal itu 
berbisik dalam hatimu. Kembali saja kepada firman Allah:
   
  “Ertinya : Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang 
Haq) selain Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam 
penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang,bahtera yang 
berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah 
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah 
mati (gersang) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan dan pengisaran 
angina dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya 
(terdapat) tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.” 
[Al-Baqarah : 163-164]
   
  “Karenanya”, lanjut Imam Syafi’i, “Jadikanlah makhluk itu sebagai bukti atas 
kekuasaan Allah, dan janganlah kamu memaksa-maksa diri untuk mengetahui hal-hal 
yang tidak dapat dicapai oleh akalmu.”[3]
   
  [4]. Imam Ibn Abdil Bar meriwayatkan dari Yunus bin Abdul A’la, katanya: 
“Apabila kamu mendengar ada orang berkata bahwa nama itu berlainan dngan apa 
yang diberi nama, sesuatu itu, maka saksikanlah bahwa orang itu adalah kafir 
zindiq.”
   
  [5]. Dalam kitabnya ar-Risalah, Imam Syafi’i berkata: “Segala puji bagi Allah 
yang memiliki sifat-sifat sebagaimana Dia mensifati diri-Nya, dan di atas yang 
disifati oleh makhluk-Nya.”
   
  [6]. Imam adz-Dzahabi dalam kitabnya Siyar A’lam an-

Help Palestine [hidayahnet] Info : 70% Tukar Warganegara adalah Melayu

2007-07-13 Terurut Topik umar faruqi
 70% Tukar Warganegara adalah Melayu! 

 
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
 
  
 Muka Hadapan 

 ‘Tidak boleh lagi mohon kerakyatan Malaysia’ 

  
 PUTRAJAYA 10 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rakyat Malaysia 
yang telah menyerahkan kerakyatan negara ini tidak akan dibenarkan memohon 
mendapatkan semula kerakyatan tersebut. 

  
Menurut Perdana Menteri, setiap keputusan untuk menyerahkan kerakyatan negara 
ini akan diteliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

  
 ‘‘Tentulah ada sebab yang membolehkan pihak kementerian berkenaan memberikan 
kebenaran. 

  
‘‘Tetapi satu perkara yang saya nak beritahu ialah bagi rakyat Malaysia yang 
telah pun menyerahkan kerakyatan, mereka tak boleh tiba-tiba nak jadi rakyat 
Malaysia semula,” katanya. 

  
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis 
perhimpunan bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di sini hari ini. 

  
Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan 
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Polis 
Negara, Tan Sri Musa Hassan. 

  
 Menetap 
  
 Abdullah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan 
Chai Ho dalam sebuah akhbar hari ini yang menyatakan 70 peratus daripada rakyat 
negara ini yang menyerahkan kerakyatan untuk menetap di luar negara adalah 
orang Melayu. 

  
Statistik dari 1996 hingga April tahun ini menunjukkan daripada 106,000 rakyat 
Malaysia yang menyerahkan kerakyatan, 79,199 adalah Melayu, 25,107 (Cina), 
1,347 (India) dan 350 kaum-kaum lain. 

  
 Menurut Abdullah, semua rakyat Malaysia yang ingin menyerahkan kerakyatan 
mereka boleh memohon kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

  
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pertambahan anggota polis di 
negara ini, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan meluluskan pembinaan dua buah 
lagi pusat latihan polis di Langkawi, Kedah dan di Bentong, Pahang. 

  
Beliau berkata, dengan wujudnya pusat latihan itu, polis boleh mengambil lebih 
ramai anggota dalam usaha membasmi gejala jenayah dengan lebih berkesan.

umar faruqi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Menulis di blog kerana hobi atau 
tanggungjawab?
Posted on Wednesday, July 11 @ 02:25:13 MYT by greenboc 
  
 Oleh abu_handzolah"
   
   
  Pendahuluan.

Artikel pendek ini saya akan cuba mengupas untuk tatapan saya sendiri dan para 
pembaca berhubung dengan penulisan. Dunia hari ini semakin mencabar kewibawaan 
para penulis Islam untuk tampil kehadapan menghadap dengan tegas musuh-musuh 
Islam melalui mata pena.
   
  
Sebab itu, pepatah ada menyebut 'mata pena lebih tajam dari mata pedang'. 
Apakah makna pepatah itu? Pembaca sebetulnya sudah memahami makna pepatah yang 
masyhur ini.


Saya cuma ingin mengaitkan mata pena ini dengan hobi. InsyaALLAH, pada 
peranggan yang berikutnya saya akan mengupas dengan lebih lanjut tentang tajuk 
ini.
  

Dunia BLOG bukanlah satu dunia baru. Di era yang penuh dengan kecanggihan dan 
kemodenan ini, manusia  berlumba-lumba memberi dan mencari sesuatu perkara 
dengan hanya memetik jari melalui internet. Internet menjadi sumber utama 
kepada sesiapa yang mencari maklumat yang tepat dari sumber yang pelbagai.
  

Minat dan hobi untuk turut serta dalam melibatkan diri dalam membina blog ini 
telah menjadi trend bahkan menjadi suatu keperluan . Melalui minat dan hobi 
inilah juga menyebabkan ramai yang menjadikan blog sebagai rujukan yang 
dipercayai, tidak daripada surat khabar ataupun media-media kerajaan yang sedia 
ada.
  


Penulisan Dalam Islam.

Allah SWT telah menurunkan ayat pertama menggesa umat manusia untuk membaca. 
Dengan pembacaan melahirkan pengetahuan yang mendalam terhadap pelbagai ilmu 
ALLAH. Firman ALLAH SWT dalam surah al 'Alaq yang bermaksud :
  

"1-Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian 
makhluk) 2-Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. 3-Bacalah dan 
Tuhanmu Yang Maha Pemurah. "
  

Medium pembacaan terlampau banyak didalam dunia internet. Tekan saja keyboard 
anda, berjuta-juta maklumat keluar dengan pelbagai sumber. Antara sumber yang 
menjadi kegemaran pembaca adalah blog-blog yang dibina dengan percuma diatas 
pelbagai tapak laman web.

  
Kita memaklumi bahawa, dengan medium internet ini kita dapat menyebarkan dakwah 
Islamiah dengan seluas-luasnya. Sebagaimana kita sepatutnya mengetahui bahawa 
musuh-musuh Islam sebenarnya mereka lebih terkehadapan dalam menyesatkan 
manusia.
  

Dalam suasana iklim negara  kita yang di kongkong dengan pelbagai akta, 
menyebabkan dakwah melalui penulisan buku kadang-kadang amat limit dan 
terbatas. Keterbatasan ini sebenarnya akan melembabkan usaha dakwah. Namun, 
kita masih diberi pilihan untuk meneruskan dakwah penulisan melalui internet.

  
Islam adalah agama yang amat menjaga adab dan tatasusila penganutnya supaya 
menjadikan akhlak yang mulia sebagai pedoman di

Help Palestine [hidayahnet] SYARAHAN BULANAN MASJID TENTERA DIRAJA

2007-07-13 Terurut Topik Saadiah Awek
MASJID TENTERA DIRAJA

   MENGUNDANG ANDA KE

 MAJLIS SYARAHAN BULANAN

  DENGAN TAJUK

  "07/07/07 NOMBOR BAIK PUNYA" 

  OLEH YANG BERBAHAGIA

USTAZ MAZDIUKY MOHD ISHAK
  IMAM EKSEKUTIF MASJID AL-AMIN

HARI SABTU 14 JULAI 2007 
  SELEPAS SHALAT ISYAK

 SEKALIAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIPERSILAKAN HADIR

  * Kerjasama anda amat kami perlukan untuk forward kan email ini pada
  sekalian kenalan anda agar ianya dapat dimanfaatkan bersama. 


2. Atas permintaan ramai, Servis menghantar ayam goreng Arnolds amal ke
rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua akan diteruskan hingga 20 julai
2007 ini.
 Minimum 5 kupon, dan setiap kupon berharga $ 10 sahaja. 

  Setakat ini alhamdulillah, 150 kupon telah dibeli melalui servis ini.
  Terima kasih diucapkan kepada semua penderma.



Sila hubungi Ustaz Harunarrashid Zainudin bagi pertanyaan lanjut. 



Lembaga Pentadbir Masjid Tentera DiRaja
81 Clementi Road, S'pore 129797
Tel: 6776 5612 Fax: 67783897
Email: [EMAIL PROTECTED]


>From :
OFFICER,
FIN/REVENUE & ASSETS (6043)




   

Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.
http://farechase.yahoo.com/  MASJID TENTERA DIRAJA   MENGUNDANG ANDA KE MAJLIS SYARAHAN BULANAN  DENGAN TAJUK  "07/07/07 NOMBOR BAIK PUNYA"
  OLEH YANG BERBAHAGIAUSTAZ MAZDIUKY MOHD ISHAK  IMAM EKSEKUTIF MASJID AL-AMINHARI SABTU 14 JULAI 2007
  SELEPAS SHALAT ISYAK SEKALIAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIPERSILAKAN HADIR  * Kerjasama anda amat kami perlukan untuk forward kan email ini pada  sekalian kenalan anda agar ianya dapat dimanfaatkan bersama.
2. Atas permintaan ramai, Servis menghantar ayam goreng Arnolds amal kerumah anak-anak yatim dan orang-orang tua akan diteruskan hingga 20 julai2007 ini. Minimum 5 kupon, dan setiap kupon berharga $ 10 sahaja.
  Setakat ini alhamdulillah, 150 kupon telah dibeli melalui servis ini.  Terima kasih diucapkan kepada semua penderma.Sila hubungi Ustaz Harunarrashid Zainudin bagi pertanyaan lanjut.
Lembaga Pentadbir Masjid Tentera DiRaja81 Clementi Road, S'pore 129797Tel: 6776 5612 Fax: 67783897Email: [EMAIL PROTECTED]
From :OFFICER,FIN/REVENUE & ASSETS (6043)


Re: Help Palestine [hidayahnet] Suadara Seagama : Suara umat Islam di Britain

2007-07-13 Terurut Topik Kholid Ali
Aswt,
   
   Apa yang menimpa umat Islam hari ini samada di negara yang dimiliki oleh 
orang Islam sendiri mau pun yang  penganut Islam hanya minoriti sangat 
menyedihkan. Tindakan segelintir pejuang yang mungkin marah kepada kerajaan 
Britain berkaitan isu Salman Rushdi kemungkinan punca-nya. JIka benar itu 
puncanya memang kita tak dapat terima dengn tindakan kerajaan Britain itu. Saya 
juga pernah menyertai demonstrasi secara aman di negera itu sekitar tahun 
?89/90 membantah penghinaan Salman Rushdi keatas Nabi kita Muhammad SAW. 
Kadang-kadang pernah terserempak dengan puak yang anti Islam menunjukkan sikap 
marah mereka kepada orang Islam tetapi tidaklah ketahap diancam.
   
 Orang kafir memang tidak lagi gerun dengan Islam. Ini terpaksa kita akui 
kerana umat Islam hari ini lemah dalam serba serbi (kerana "tinggalkan" Islam). 
Bahkan pergantungan kepada negara bukan Islam hampir mutlak. Dalam konteks 
negara kita maka apa yang dilakukan oleh "pemimpin Islam" yang berkuasa hari 
ini untuk menggambarkan bahawa Islam itu tidak ganas maka lahirlah Islam 
Hadhari. Menuding jari segala yang ganas itu berpunca dari orang Islam memang 
selamanya agenda kuffar terutama Yahudi. Pemimpin negara Islam hanya pejam mata 
dengan keganasan Yahudi dan Amerika. Jika mereka kutuk pun hanya dari mulut 
mereka saja kerana nak jaga hati rakyat beragama Islam di negara-negara yang 
menjadi mangsa. Bahkan jika ada sedikit-sedikit serangan militan Islam keatas 
Amerika/ sekutunya mereka akan turut kutuk tapi apabila berjuta (bukan sekadar 
ratusan) orang Islam dibunuh mereka tak akan berani melabel Amerika/sekutunya 
sebagai pengganas. Yang berani melabel Amerika dan
 kuncu-kuncunya sebagai pengganas hanya kumpulan-kumpulan yang tidak pro kepada 
kerajaan yang memerintah. Jika ada dari puak yang pro kerajaan mereka akan 
sertai kumpulan-kumpulan yang bebas agar identiti kerajaan yang mereka sokong 
tidak terjejas !!.
   
  Apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang Islam terutama pemimipin negara 
Islam ialah menghentikan keganasan Amerika dan Britain atau lebih tepat lagi 
Presiden Bush dan PM Britain (Tony Blair dah bersara tapi yakin dasar anti 
Islam di peringkat global akan terus dikekalkan oleh PM yang  baru). Sebenarnya 
dasar mahu mengekalkan kekuasaan pemimpin-pemimpin  "negara Islam" inilah yang 
menjadi punca lemahnya Islam. Mereka bergantung kepada peranan Presiden Amerika 
untuk terus berkuasa walau pun pada zahirnya negara itu mengamalkan demokrasi. 
Kita harus faham demokrasi itu sistem yang diberi gambaran sebagai kebebasan 
dalam memilih pemerintah sesebuah negara tetapi sebenarnya demokrasi bagi 
Amerika ialah jika pemimpin yang terpilih itu adalah orang yang boleh menjadi 
boneka mereka!! Itulah yang berlaku keatas Palestin, HAMAS walau pun menang 
pilihanraya tetapi kerana tidak disokong Amerika maka pelbagai tekanan 
dikenakan dan akhirnya HAMAS tersingkir demi menjamin kewujudan
 negara haram Israel dan keganasan Yahudi. Itulah juga yang dilakukan keatas 
Algeria lebih sedekad yang lalu, parti Islam menang tapi akhirnya dijatuhkan 
oleh Amerika. Semuanya ini tidak mungkin berlaku dengan mudah jika tiada boneka 
dari dalam negara itu sendiri. Apakah Malaysia akan hadapi situasi yang sama?? 
Tunggu sajalah!! Berapa lama lagikah pemimpin negara Islam yang bersikap boneka 
ini akan terus wujud?? Selagi mereka hanya nampak kepentingan dunia bukan 
keimanan kepada Allah swt maka selagi itulah umat Islam yang akan lebih banyak 
menjadi mangsa keganansan. Dalam Islam seseorang yang membunuh harus 
dibunuh balas walaupun sesama Islam inikan pula dibunuh oleh kafir.  
Wallahu'alam.
   
  ibnuAli
  kota jembal  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Suara umat Islam di Britain
Posted on Saturday, July 07 @ 20:18:49 MYT by greenboc 
Sebagian umat Islam di Britain khuatir mereka mungkin dicop sebagai teroris, 
walaupun orang-orang yang ditangkap dalam rangkaian teror bom kereta di Britain 
minggu lalu bukanlah warga Inggris. Berikut pendapat beberapa umat Islam yang 
dikumpulkan BBC setelah usaha penegboman yang gagal di London dan Glasgow 
minggu lalu. 

Abeda Telaida, 24 tahun, guru di Essex.
"Sebagai perempuan yang berkerudung saya merasa tidak aman. Jika saya berjalan 
di luar, orang-orang melihat dengan pandangan seolah saya telah melakukan 
kejahatan, padahal saya amat tidak setuju dengan yang dilakukan teroris itu." 

" Tidak pernah ada pembenaran untuk membunuh umat manusia yang tidak berdosa, 
tapi saya dan suami saya menderita cercaan lisan dari orang-orang yang tidak 
perduli, yang ingin mengecop semua orang Islam dengan sebagai serupa."

"Saya mengenakan busana Muslim bukan untuk menakut-nakuti orang. Busana ini 
untuk menutupi jadi bukan lambang agresi atau terorisme."

Osama Saed, Assosiasi Muslim Inggris, Skotlandia
"Saat ini yang terjadi adalah insiden berskala kecil dari para minoritas, namun 
saya fikir ada pengakuan bahwa umat Islam sama bingungnya dengan orang 

Help Palestine [hidayahnet] Warkah : Surat kepada PM: Pertahankan rakyat kita

2007-07-13 Terurut Topik umar faruqi
  Surat kepada PM: Pertahankan rakyat kita  
   Ibnu Amir al-pendangi  
 Wed | Jul 11, 07 | 10:25:41 AM Salam tuan, 
 Didoakan tuan berada dalam keadaan sihat sejahtera. 
 Ahad lalu, ketika puisi ini tersiar, beberapa orang mudir dan murid Sekolah 
Pemikiran Haslam (SPH) telah pun melakukan kritikan ke atasnya. Antaranya, 
penduduk setinggan tidaklah seperti yang digambarkan sekarang. Menurut mereka, 
hidup mereka jauh lebih baik berbanding dahulu. 


-->  
"La ni rumah setinggan pun dah pasang Astro hang tau dak?"kata El-Pyanz, 
seorang grafik artis di sebuah akhbar mingguan politik di ibu kota.

 
Banyak lagi kritikan demi kritikan yang saya terima. Malah, kebanyakan murid 
dan mudir di situ memutarkan nasihat agar sang penyair bergaul lebih rapat 
mendalam pula perhatiannya kepada setiap orang di daerah itu.

 
Jika seperti mana yang disebutkan itu, maka saya tidaklah menolaknya. 
Bagaimanapun puisi itu menjurus kepada penduduk yang benar-benar tiada 
perlindungan dan bukannya para penduduk yang tampaknya miskin daripada segi 
luarannya, tapi kaya dan hartawan dari segi dalamannya. 
 





























Ertinya begini, jika dalam sesebuah kampung itu ada seratus orang penduduk di 
mana 80 orang daripadanya ialah orang kaya setinggan, maka puisi di atas 
bukanlah dirujuk terhadap 80 orang yang kaya tadi. Sebaliknya, ia mewakili 20 
orang miskin di daerah tersebut. Sekian, perbahasan awal.

 
Sekarang, saya ingin memutarkan pandangan baru mengenai setinggan, iaitu 
penduduk setinggan dalam makna yang sebenarnya - flora dan fauna (haiwan-haiwan 
dan tumbuh-tumbuhan) yang menjadi penduduk dan penghuni pertama di Tanah Melayu 
atau Malaya Merdeka ini.

 
Menurut kitab sejarah Sulalatus Salatin, diriwayatkan bahawa ketika Parameswara 
mendapat nama Melaka itu, baginda telah melihat keperwiraan pelanduk yang 
menendang anjingnya. Pelanduk adalah sejenis haiwan.

 
 Parameswara akhirnya bertanya mamanda, "Pokok apakah tempat kita bersandar 
ini?" Lalu, dijawablah mereka sebagai pokok Melaka. Ingatlah, bahawa Melaka 
adalah nama sejenis pokok.

 
 Jadi, baik pokok Melaka dan haiwan Pelanduk ini, kedua-duanya menyumbang jasa 
dalam memberikan nama Melaka sehinggalah ke hari ini. Maknanya, sebelum tibanya 
Parameswara dan orang-orang tempatan (mungkin orang Asli) di Tanah Melayu dan 
Malaya Merdeka, segala tumbuhan dan haiwan ini adalah penduduk tetap negara ini.

 
Bezanya, haiwan dan tumbuhan hidup bersosial dan mereka tidak mendirikan 
'ketuanan haiwan' dan 'ketuanan tumbuhan'. Hal ini tentunya berbeza dengan 
insan yang hidup bermasyarakat. Lalu, dengan sebab itulah mereka mewujudkan 
tuan dan pemerintahan. Yang diperintah pula digelar sebagai rakyat.

 
Kenapa pihak tumbuhan tidak mewujudkan 'ketuanan tumbuhan' dan haiwan pula 
tidak wujudkan ketuanannya yang tersendiri. Ini kerana, haiwan dan tumbuhan ini 
beriltizam dan sifat atau fitrah mereka diciptakan Allah s.w.t untuk berkhidmat 
kepada manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

 
 Pendek kata, haiwan dan tumbuhan hidup bersosial dan bermasyarakat, harmoni 
dengan alam untuk mengiktiraf ketuanan manusia. Haiwan dan tumbuhan tidak 
menjalankan proses demokrasi dan pilihan raya untuk menaikkan pimpinan sesama 
mereka. Tiada haiwan atau tumbuhan yang pernah dilantik mewakili kehidupan 
mereka sendiri.

 
Ingatkah tuan cerita Tarzan? Atau, kisah Mowgli. Akhirnya, Sekolah Pemikiran 
Hollywood sendiri telah menoleh kepada fitrah, iaitu menjadikan manusia sebagai 
pemimpin kepada haiwan-haiwan ini. Pun begitu ada juga watak kartun Simba 
(seekor anak singa) yang ditakdirkan sebagai raja hutan. Tetapi, itu semua 
hikayat karut dan tahyul pasca-moderen! Atau, ia hanya sekadar cerita penyedap 
mata, pemanis telinga.

 
Flora dan fauna hadir sebelum wujudnya manusia. Mereka mempunyai hak ke atas 
kepimpinan manusia. Malah, Nabi Adam a.s ketika belum wujud, malaikat pernah 
berkata kepada Tuhan bahawa manusia akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan 
darah. (al-Baqarah: 30)

 
Malaikat khuatir kita tidak dapat menjaga, menguruskan dan memelihara alam 
sekitar. Kita juga akan berperang, saling berbunuhan. Andaian ini ternyata 
benar. Tapi, kita masih belum terlambat jika kita ada kesedaran.

 
Jadi, dalam hal ini, kita cuba membayangkan segala haiwan dan tumbuh-tumbuhan 
bagaikan penduduk setinggan tadi yang asalnya dibiarkan hidup dan tumbuh melata 
di muka bumi. Manusia kemudiannya merampas semuanya tanpa belas kasihan. Kita 
rompak segalanya, nyawa haiwan ini didagangkan bagaikan mainan lagaknya.

 
Jujurkah kita hidup sebagai manusia? Islam Hadhari juga amat mementingkan alam 
sekitar. Saya harap ia dapat kita buktikan melalui tindakan dan bukannya 
kata-kata.

 
Saya tertarik membincangkan hal ini setelah saya menonton Buletin TV3 baru-baru 
ini yang menyiarkan laporan mengenai kawasan peranginan yang tuan habiskan 
masanya di zaman kanak-kanak dahu

Help Palestine [hidayahnet] Tips : Tips untuk elak kejadian rogol

2007-07-13 Terurut Topik umar faruqi
  Tips untuk elak kejadian rogol dan menjaga maruah diri
 Dr Lo' Lo'  Mohd Ghazali  
 Thu | Jul 12, 07 | 01:13:22 PM


Malang bagi masyarakat kita, sejak akhir-akhir ini, 
nampaknya kejadian   penganiayaan terhadap golongan kanak-kanak dan wanita 
semakin berleluasa   dalam negara.  


-->
 Penguatkuasa dalam negara seolah-olahnya tidak serius dalam menjalankan   
tanggungjawab membanteras gejala rogol, pencabulan dan sebagainya.

  
 Sehubungan dengan itu, untuk membantu diri anda, keluarga dan masyarakat,   
maka disenaraikan beberapa tips panduan yang berguna untuk diamalkan   seperti 
berikut:

  
 Terhadap Kanak-kanak   
 Anak-anak kecil mesti sentiasa di bawah   pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau 
penjaga yang dipercayai.

  
 Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh,   
oleh itu sentiasa ada rasa 'cemburu' dan berhati-hati.

  
 Galakkan anak-anak untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang   
peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara-perkara   
yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku ke atasnya.

  
 Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu   
ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak di rumah atau 
Tadika/Sekolah.

  
 Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh   
oleh sesiapa pun kecuali oleh ibu bapa atau pengasuh semasa mandi atau masa   
buang air.

  
 Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak-anak cuba dicerobohi.

  
 Jangan pandang remeh tanda-tanda ini takut nanti kita menyesal.

  
 Seboleh-bolehnya jangan benarkan anak-anak tidur di rumah orang lain   kecuali 
sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang   amanah dan 
berhemah.

  
 Latih anak-anak untuk menjerit minta tolong atau sebut "API-API" jika ada   
gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya.

  
 Kajian mendapati jeritan 'API" lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari   
jeritan minta tolong.

  
 Pastikan kita berdoa dan ajar anak-anak berdoa mohon keselamatan serta   
perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: "Bismillahi   
tawakkaltu 'alAllah".

  
 Ingatkan anak untuk tidak menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air   
dari orang yang tidak dikenali.

 
 Larang anak keluar dari kawasan rumah, ke padang permainan, ke rumah jiran   
atau ke kedai tanpa pengawasan.

 
 Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak-anak, jadi ibu-ibu   perlu 
maklumkan pada anak-anak juga tentang perkara tersebut.

 
 Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu   
keselamatan anak-anak.



  
 Cara-cara mencegah kejadian rogol atau serangan seksual terhadap remaja 
 1. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau 
jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari 
dan jerit minta tolong.

 
 2. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau 
basikal.

 
 3. Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk 
mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dan 
sebagainya.

 
 4. Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, 
jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan 
mereka.

 
 5. Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dsb juga bila 
balik rumah.

  
 6. Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki sama ada tua atau 
muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidur di rumahnya kecuali dengan 
pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi.

 
 7. Jika kamu dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, 
jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati.

 
 8. Balik kerumah segera sama ada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan 
singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak 
bermain-main.

 
 9. Cuba pastikan bila berjalan atau keluar rumah hendaklah bersama keluarga 
atau teman-teman dalam kumpulan. Elakkan keluar rumah waktu malam kecuali 
dengan keluarga terdekat.

 
 10. Elakkan dari bergaul bebas dengan lelaki yang tidak dikenali dan yang 
bukan mahram, kerana lelaki tersebut mungkin gunakan peluang itu untuk merogol 
kamu.

 
 11. Cuba elakkan dari berjalan di lorong, taman atau kawasan yang sunyi. Jauhi 
bangunan yang tersudut.

 
 12. Jangan pergi berubat dengan bomoh dan jangan sekali-kali tinggal seorang 
diri berubat dengannya. Doktor lelaki juga hanya boleh memeriksa kamu dengan 
kehadiran pembantu wanita/jururawat.

 
 13. Jangan berpakaian seksi. Sekalipun kamu tidak menjadi mangsa pada masa 
tersebut,tetapi mungkin orang lain yang lebih lemah akan jadi mangsa rogol 
lelaki yang ada penyakit hati.

 
 14. Pastikan pintu bilik berkunci dengan baik semasa kamu mandi, menyalin 
pakaian ataupun berehat atas katil.

  
 15. Jangan bermain da

Help Palestine [hidayahnet] Murtad : Definisi dan Huraiannya

2007-07-13 Terurut Topik umar faruqi
MURTAD Mengikut Pandangan Ulamak Islam
 Posted on Thursday, July 12 @ 10:59:42 MYT by greenboc 
  Oleh Dr Zakaria @ Mahmod bin Daud, KIAS


Pendahuluan
Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat 
Islam di mana-mana sahaja, ia ada disiar dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah 
dan disebut dalam ceramah-ceramah bahkan ada kes-kes tertentu diangkat ke 
mahkamah. 


Selain itu pengikut-pengikut kumpulan ajaran sesat ada di seluruh Malaysia dan 
mereka menghayati ajaran itu samada terang-terangan atau secara senyap-senyap 
seperti pengikut ajaran Ayah Pin, Anti Hadis dan lain-lain. 


Selain itu, mungkin ramai dari umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa 
sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad hanya terjadi apabila 
seseorang itu menukar agama, masuk agama Kristian, agama Hindu dan sebagainya.


Manakala yang mengamalkan ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan 
Anak Harimau dan lain-lain tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap 
sensitif, yang dianggap sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan 
agama-agama lain. Kertas ini penulis akan mengulas mengenai murtad secara lebih 
luas mengikut pandangan ulama' Islam.




Definisi Murtad.
Murtad dari segi bahasa bermaksud "Kembali". Manakala dari segi istilah ia 
bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama 
atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada 
dengan melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, 
kepercayaan dan keyakinan hati.

 
Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; 
Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur 
biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan 
Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh 
setelah disuruh bertaubat beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu 
bertaubat. 



Allah berfirman, ertinya : 
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama 
Islam) lalu dia mati, sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosaklah 
amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli 
neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).
(surah al-Baqarah : 217) 
Rasulullah bersabda, ertinya : 
Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya. 
(Hadis riwayat al-Bukhari)




Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad.
Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga 
perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan 
atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati 
atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab-sebab tersebut.




a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata. 
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan 
dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran 
Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa 
ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi 
lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari 
wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji 
dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah 
lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran 
bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah 
Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah 
Sunnah Rasulullah S.A.W. 



Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, 
walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". 
Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku 
kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya". Atau dia berkata,"Aku tidak 
tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata,"Aku tidak tahu 
apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek 
ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi 
murtad.


Begitu juga seseorang yang zalim,apabila dia mendengar orang yang dizaliminya 
berkata,"Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan 
takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas 
dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah 
S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku", maka kata-kata orang zalim 
sedemikian itu boleh menjadi murtad.


Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan 
RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati 
oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia 
menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau 
mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap 
sedemikian boleh menjadi 

Re: Help Palestine [hidayahnet] Siti Fatimah : Anwar s okong. PAS pula macam mana

2007-07-13 Terurut Topik abu samah
   Janganlah terkajut hai saudaraku Umaritulah manusia akhir zaman
   yang akan membuat sesuatu yang akan memberi faedah pada dirinya.
   Dia akan bangkang apa yang UMNO buat kerna semuanya salah hanya
   dia yang betul.Ketika dalam UMNO cakap lain keluar Umno cakap
   dah jadi lain..
   Tuu...punn orang tak nampak lagi . Kita terutama Melayu memang suka
   sangat ceramah yang politik yang ada kes mencerca dan membuka 
   pekung orang lain walaupun tak dapat dibuktikan lagi kebenarannya...
   Kalau benar ada bukti kes kes dahulu dan masa kini terus keluarkan
   supaya rakyat tahu macamana pemimpin mereka...ini bermakna 
   dia pun bersubahat dengan pemimpin sekarang kerna menyorokkan bukti
   bukti penyelewengan...kononnya...Betul ke ada...?.
   Ingatlah " Memfitnah itu adalah lebih besar dosanya dari membunuh "
   Bebudak sekolah menengah rendah dah tahu hukumnya tapi kita
   yang dah panjang akal nii...tahu tapi buat buat tak tau.

   Fikir fikirkanlah
   
  - Original Message - 
  From: umar faruqi 
  To: eGroup For Muslims Around The World 
  Sent: Tuesday, July 10, 2007 3:09 PM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] Siti Fatimah : Anwar sokong. PAS pula 
macam mana


  Isu Siti Fatimah tukar agama : Anwar sokong. PAS pula macam mana

  July 10, 2007 : 12.11 PM
  ---> 
  Pertikaian mengenai satu lagi isu sensitif melibatkan permohonan menukar 
agama oleh Siti Fatimah Abdul Karim yang mahu namanya dalam kad pengenalan 
ditukar kepada Revathis Masoosai mengundang pelbagai reaksi masyarakat. 

  Ada yang mempertahankan hak Siti Fatimah untuk berbuat demikian dan tidak 
kurang juga suara yang mahu akidah wanita itu dipulih dan diselamatkan. 

  Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tanpa merujuk kepada 
kes-kes yang khusus mahu pihak berkuasa agama Islam mendekati golongan yang 
hendak keluar Islam bagi memberikan nasihat dan memberikan bimbingan kepada 
mereka. 

  Harapan Abdullah itu sebenarnya telah dilaksanakan sejak enam bulan lalu 
dalam kes Siti Fatimah. 

  Pada 23 Jun 2006 Siti Fatimah telah mengemukakan permohonan di Mahkamah 
Tinggi Syariah Melaka untuk keluar dari Islam dan menukar namanya dari nama 
Islam ke nama Hindunya atas alasan beliau tidak lagi menganut Islam dan telah 
berkahwin dengan V. Suresh menurut agama Hindu dan kini mempunyai seorang anak 
Diviya Dharhini hasil dari perkahwinan itu. 

  Mahkamah walau bagaimanapun telah mengeluarkan perintah menahan Siti Fatimah 
untuk 100 hari mulai 8 Januari tahun ini (dan kemudiannya dilanjutkan ke 80 
hari lagi) di Pusat Pemurnian Akidah, Baitul Aman di Batang Kali, Selangor dan 
perintah tersebut disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang diberi 
kuasa ke atas responden memandangkan pusat tersebut berada di Selangor. 

  Pihak berkuasa agama telah melaksanakan tanggungjawab mereka sesuai dengan 
undang-undang Syariah yang ada di negara ini. Walaupun telah dibebaskan 
daripada pusat tersebut, Mahkamah Syariah memerintahkan agar Siti Fatimah 
tinggal dengan keluarganya yang beragama Islam dan tidak boleh tinggal bersama 
suaminya V. Suresh. 

  Malah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan pihaknya tidak akan 
berputus asa untuk berusaha memujuk Siti Fatimah Abdul Karim supaya kembali 
mengamalkan ajaran Islam kerana dia masih beragama Islam. 

  Ini adalah latarbelakang kes tersebut.

  Namun apa yang menarik perhatian ialah reaksi pihak-pihak tertentu khususnya 
pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 
mahu semua pihak menghormati keputusan Siti fatimah yang mahu menganut agama 
Hindu. 

  Berbeza dengan PAS, akhbar rasminya HarakahDaily menyiarkan berita yang mahu 
UMNO dan PAS duduk semeja bagi membincangkan masalah tersebut bagi 
menyelamatkan akidah umat Islam. 

  Anwar atau selama ini cukup senang dipanggil Pak Sheikh, memberikan kenyataan 
itu dengan menegaskan, hak untuk kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan 
dan ia perlu dihormati.

  Namun, apakah Pak Sheikh kita ni lupa bahawa dalam konteks penganut Islam, 
mereka tertakluk kepada undang-undang syariah. 

  Inilah bezanya orang yang membuat kenyataan dan reaksi bagi tujuan 
mendapatkan sokongan dengan kenyataan pihak yang matang dan mematuhi kehendak 
rule of law. 

  Abdullah dalam komennya mahu pihak berkuasa agama mendekati mereka yang 
terbabit dan membimbing mereka. Ini adalah tuntutan syariah. Abdullah boleh 
mengambil tindakan popular dengan memberikan kenyataan seperti yang dibuat oleh 
Pak Sheikh. 

  Namun Abdullah tidak memilih untuk berbuat demikian kerana negara ini 
mempunyai undang-undang syariah yang perlu dipatuhi dan diikuti. Apa maknanya 
negara mempunyai undang-undang syariah tetapi dicabuli dan dibelakangkan hanya 
semata-mata untuk meraih sokongan dan puji-pujian. 

  Dalam konteks ini, hasrat seorang penulis di dalam HarakahDaily 
memperlihatkan PAS setuju dengan pandangan yang diberikan untuk PAS dan UMNO 
duduk semeja membincangakan isu berkenaan. 

  Ken

Help Palestine [hidayahnet] Re: Pembantu Rumah Indonesia

2007-07-13 Terurut Topik aidhilin sdnbhd

helping hand <[EMAIL PROTECTED]> wrote: PEMBANTU RUMAH INDONESIA
   
  Kami ada membekalkan Pembantu Rumah yang sah dari Indonesia dengan harga 
istimewa (3X ansuran) berserta dengan surat perjanjian & jaminan.
   
  Kelulusan segera & pembantu rumah boleh tiba kurang dari 1 bulan.
   
  Kepada yang berminat sila hubungi nombor dibawah untuk temujanji melihat 
biodata;
   
  SHIMARA MANPOWER RESOURCES
  016-6808076 (Mazlin) 
  [EMAIL PROTECTED]
  [EMAIL PROTECTED]
   


SHIMARA MANPOWER RESOURCES   Send instant messages to your online friends 
http://uk.messenger.yahoo.com 




 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Info PMIUM: Menyelusuri Kemerdekaan Sejati Negara Malaysia.

2007-07-13 Terurut Topik Dzulkhairi M.Noor
  Oleh:
  Mohd Dzul Khairi Bin Mohd Noor,
  Yang Dipertua,
  Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM), Kuala Lumpur.
  www.pmium.org
   
   
  Para pembaca yang dirahmati Allah Taala,
   
  Profesor DiRaja, Ungku Aziz masih mempertikaikan makna kemerdekaan yang belum 
dapat dicerap sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Malah, inilah yang menjadi 
keluhan seluruh kepimpinan negara, termasuklah rakyat yang memiliki daya minda 
berkualiti. Penilaian tentang kemerdekaan sebenarnya sangat kabur lantaran 
bahana imperialisme dan penjajahan dalam bentuk soft imperialism masih berlaku.
   
  31 Ogos 1957 dianggap tarikh keramat, kerana ia merupakan titik tolak 
pembentukan Malaysia baru. Sehingga sekarang, masih terbit satu persoalan yang 
belum terjawab. Jika Malaysia order baru terbentuk selepas tarikh tersebut, 
maka siapakah yang memberi order? Satu kajian menghalusi Dunia Order Baru 1990, 
atau New World Order adalah di bawah komplot dan perancangan sulit Amerika 
Syarikat. Maka, bagaimana pula dengan Malaysia selepas 31 Ogos?
   
  Dr Chandra Muzaffar sendiri menjelaskan musuh melancarkan dua bentuk 
serangan: Soft power dan hard power. Soft power merupakan serangan dalam bentuk 
dimensi baru dengan cara mengongkong budaya, agama, dan pemikiran. Ia 
dijelaskan lagi dalam pertemuan missionaris sedunia; tugas menjadikan umat 
Islam keliru dengan identiti dan mengikut jejak langkah agama mereka lebih 
penting daripada mengkristiankan mereka. Malah, seorang bijak pandai missionari 
mencadangkan kepada Pope agar umat Islam lemas dengan ‘Islam’ itu sendiri 
sehingga mereka tidak memahami Islam dalam bentuk yang sebenar.
   
  Usaha-usaha pembaratan ini telah disebut oleh Gibb: Usaha-usaha pembaratan 
ini membolehkan Islam turun dari atas singgahsananya sehingga menyebabkan 
sistem-sistem pengadilan, kemasyarakatan, pengekonomian, dan pendidikan tidak 
dipakai lagi. Malah dikatakan British, Sepanyol, Belanda, Perancis, Portugal, 
dan Itali telah melakukan modus operandi yang sama untuk menghalang kemerdekaan 
dapat dicapai dalam bentuk yang sebenar dengan menghalang para ulama’.
   
  Penjajahan oleh kuasa-kuasa Barat bermula abad ke-15 dan 16 Masihi. Pedagang 
Eropah yang berorientasikan God, Gold, dan Glory (3G) mula mendendangkan 
imperialisme mereka. God membawa maksud penyebaran agama Kristian, Gold pula 
menghimpun kekayaan dari pelbagai ceruk dan Glory adalah kehebatan sesebuah 
kuasa melalui empayar jajahannya yang luas.
   
  Abad 18 dan 19 menjadi saksi pertembungan antara negara-negara penjajah 
meliputi British, Belanda, Perancis, Jerman, Portugal, Itali, dan sebagainya. 
Apatah lagi revolusi perindustrian yang berlaku pada abad ke-19 melihatkan 
Britain telah mengalami kemerosotan sumber bijih timah di Cornwall manakala 
getah merupakan bahan terpenting dalam industri automobil yang sedang 
berkembang. 
   
  British dengan gagasan Pax-Britannica bercita-cita besar untuk menerjah 
setiap inci ruang bumi. Malah, dengan idea ini, bekas tokoh pelajar Persatuan 
Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM), yang kini bertugas sebagai Timb. 
Dekan Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohammad 
Redzuan Othman menjelaskan bahawa British tersohor dengan ungkapan ini: The sun 
is never set in the British empire (matahari tidak pernah terbenam di Empayar 
British).
   
  Malah, Barat yang kononnya cuba memberikan tamadun dan melakukan pencerahan 
di dunia sebelah Timur daripada sebarang kemunduran dan kekolotan telah 
melakukan propaganda yang licik. Mereka tidak henti-henti mendendangkan tugas 
berat mereka itu kononnya dengan istilah The white man burden (beban oang 
putih).  
   
  Di Malaysia, rakyat telah bangkit untuk menentang penjajahan. Tok Janggut di 
Kelantan, Mat Kilau dan Tok Gajah serta Dato’ Bahaman di Pahang, Mat Saleh di 
Sabah, Rentap di Sarawak, Abdul Rahman Limbong dan gurunya Tokku Paloh di 
Terengganu, dan sebagainya bangkit menyatukan rakyat menentang penjajahan. 
Penentangan berdarah ini telah memberikan satu tamparan yang hebat kepada pihak 
penjajah yang tidak menyangka kekuatan yang dimiliki oleh rakyat di bawah 
jajahan mereka. Apatah lagi satu kajian menunjukkan sebenarnya penentangan itu 
merupakan satu jihad yang mendapat perintah daripada Khilafah Islamiyah yang 
ketika itu bertapak di Turkey.
   
  Mengikut Dr. A. Hamid Majid al-Quwaisi dalam mendefinisikan gerakan:
   
  “Aliran sosial yang merakyat; bertolak dari kesedaran khusus terhadap Islam 
sebagai suatu wawasan dakwah yang bergerak untuk merealisasi ajarannya dalam 
bentuk negara dan sistem politik khususnya- sekurang-kurangnya dalam peringkat 
awal- melalui beberapa tatacara dan wahana yang sah dari perspektif Islam” 
   
  Fathi Yakan menambah bahawa gerakan itu mestilah memiliki wawasan Islam 
global, komprehensif, ilmiah, dan bersifat intelektual. Gerakan juga mesti 
memiliki keupayaan keimanan dan pengetahuan yang tinggi, daya untuk berkembang 
dan berdaya maju, memiliki kualiti pro

Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Hukum : PERLUKAH AKAD NIKAH KALI KEDUA?

2007-07-13 Terurut Topik insan manusia
Assalaamu`alaikum
  Perkara ini telah dibincangkan panjang-lebar diforum ini
   
  
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2233&postdays=0&postorder=asc&highlight=nikah+kahwin&start=0&sid=4b4d8cb3bf5393b90e120a1bf7fddce4
   
  Terima kasih
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  PERLUKAH AKAD NIKAH KALI KEDUA?

SOALAN; 

Ustaz saya ada kemusykilan,perlukah perempuan yang hamil anak luar nikah 
dinikahkan sekali lagi,ini kerana lelaki yang menghamilkan dia telah 
bertanggungjawab dan menikahinya,tetapi ada yang mengatakan perlu di akad nikah 
sekali lagi setelah melahirkan anak.Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan;

Wallahu A’lam tentang pandangan tersebut. Sekadar yang saya tahu, dalam masalah 
mengahwini wanita hamil kerana berzina ada dua pandangan ulamak;

a) Pandangan pertama; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi 
sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam 
Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam 
Malik dan mazhab Imam Ahmad. Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan 
persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga 
bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. 

Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya 
mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan 
ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya 
iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini 
kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi 
syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.

b) Pandangan kedua iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; 
wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang 
berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya 
hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu 
Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya 
itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah 
ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila 
masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia 
sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut 
mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia 
melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang 
berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu 
tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan pertama tadi.

Kesimpulannya, menurut pandangan kedua wanita yang hamil harus dikahwini sama 
ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain. Jadi, mengikut 
pandangan ini akad perkahwinan antara mereka berdua adalah sah.
Wallahu A’lam.



 


-
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/

Re: Help Palestine [hidayahnet] Komentar : Penjajahan Jepun & Kemerdekaan - Satu Penilaian (bah. akhir)

2007-07-13 Terurut Topik isa . sulaiman
Dato onn tidak mahu kemerdekaan  seperti apa yang berlaku 
sekarang.hancuss. melayu terus kehilangan segalanya kerana
pemimpin  hanya menjaga kuasa dan perut sendiri.

Kemerdekaan yang di laung oleh Keturunan Thai itu  hanya akan kekal 
50tahun jeitulah kata-kata org lama




umar faruqi 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
10/07/2007 02:02 PM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Komentar : Penjajahan Jepun & Kemerdekaan - 
Satu Penilaian (bah. akhir)






Penjajahan Jepun & Kemerdekaan - Satu Penilaian (bah. akhir)
Posted on Tuesday, July 10 @ 08:08:46 MYT by SongkokPutih 
Oleh alexanderwathern

"Setelah lebih 400 tahun dinafikan kedaulatan oleh para penjajah Barat, 
tiba-tiba terbit satu sinar baru yang mungkin dapat menyuluh jalan ke arah 
mendapatkan kedaulatan kembali. Sinar harapan itu ialah tentera Jepun. 
Zaman itu orang-orang kampung malah orang-orang pekan kebanyakannya tidak 
tahu-menahu senario politik dunia. 

Media tidak semudah dan secanggih hari ini. Yang memahami situasi dunia di 
negara ini hanyalah beberapa kerat saja. Antaranya ialah Ibrahim Yaakob 
(tak ada gelaran Tan Sri ke?) Dalam kemajuan media hari ini pun masih 
banyak umat Islam tanah air tidak ambil tahu permasalahan dunia Islam, 
apatah lagi pada zaman Perang Dunia ke-2 itu. 

Banyak yang terkejut apabila mendapati para pejuang Moro di selatan 
Filipina berpakaian seragam tentera. Selama ini disangkanya pakai pakaian 
para petani seperti di Vietnam. Banyak yang tidak tahu di mana wilayah 
Caucasus dan terpinga-pinga apabila diberitahu banyak umat Islam di sana 
sedang menderita dibelasah kaum kafir musyrik. 

Banyak yang tidak tahu wujudnya sebuah negara Islam bernama Turkistan 
Timur (Xin Jiang) di timur negara China tetapi dirampas daripada umat 
Islam, sementara umat Islam di tempat-tempat lain buat tidak tahu sahaja. 
Yang mereka tahu dan ambil sikit peduli hanyalah Palestin, Afghanistan, 
Iraq dan selatan Thai. 

Itu pun sebab selalu masuk media. (* Sila kunjungi laman info nasib umat 
Islam sedunia di http://satuumat.greatnuke.com/ ) Jadi beberapa orang yang 
ada ilmu seperti Ibrahim Yaakob dan kawan-kawannya membikin rencana baru 
ke arah kemerdekaan. 

Mereka menyatakan sokongan kepada tentera Jepun untuk menghalau Inggeris 
daripada Tanah Melayu. Percaturan mereka ada asasnya, bukan main hentam 
atas dasar semangat sahaja. Antaranya: 

1. Barat menjajah lebih 400 tahun, tidak ada tanda-tanda Tanah Melayu 
bakal merdeka. Jepun? Belum pernah menjajah Tanah Melayu dan menjanjikan 
pengusiran penjajah dari Barat. Orang terdesak seperti kita akan pilih 
yang mana? 

2. Barat sudah terbukti memusuhi Islam sejak era Perang Salib. Jepun? 
Belum pernah menzalimi penganut agama Islam. Bahkan kepulauan Ryukyu 
pernah mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Melaka. 

3. Jepun punyai rekod cemerlang sebagai kuasa Asia yang pertama menewaskan 
kuasa Barat iaitu Rusia. 

Dikatakan 2 juta tentera Rusia digerakkan ke Manchuria untuk bertempur 
dengan Jepun tetapi jumlah sebesar itu tersungkur di kaki tentera Jepun. 
Karikatur sebelum perang bermula menggambarkan Rusia sebagai seekor 
beruang kutub yang besar sedang berhadapan dengan seorang samurai 
berpedang yang katik. Rupa-rupanya sang beruang kutub menjadi lapahan si 
samurai. 

4. British adalah kuasa penjajah yang paling kuat membuli Tanah Melayu. 
Sungguhpun Portugis meruntuhkan kesultanan Melaka, tetapi jajahannya yang 
sebenar hanyalah Melaka. 

Cuma Portugis giat melancarkan serangan ke negeri-negeri lain. Belanda 
pula banyak berkurung dalam kota. Inggeris? Seluruh Tanah Melayu di bawah 
ketiaknya. Orang-orang Melayu yang ada kesedaran memandang British 
penjajah paling jahat. 

5. Perang antara Jepun dengan British tidak mustahil akan berakhir dengan 
?yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu?. Ketika inilah Tanah Melayu 
akan membebaskan diri. 

Sebab itulah para pemikir ini sanggup bekerjasama dengan ejen-ejen perisik 
Jepun yang datang lebih awal ke Tanah Melayu yang kebanyakannya menjadi 
peniaga. 

Propaganda Jepun disebarkan secara sulit-sulit kepada para penduduk. 
Ketika tentera Jepun mula mendarat dan menyerang, penduduk yang 
terpengaruh melahirkan rasa suka. Pernah menonton filem Leftenan Adnan? 
Pihak British membentuk pasukan askar Melayu. 

Ketika tentera Jepun menyerang, pasukan ini turut sama bertempur 
mempertahankan. Mempertahankan apa? Mempertahankan kemerdekaan Tanah 
Melayu? Tentu tidak kerana kita sedang dijajah British! Apa yang 
dipertahankan? 

Sebab itu kita tidak hairan dengan watak Faizal Hussein yang asyik 
mempertikaikan perjuangan mereka dalam filem itu. Antara katanya, ?Kita 
tak patut terlibat dengan perang ni!? Watak ini sebenarnya menggambarkan 
pendirian banyak juga orang Melayu pada masa itu. Ini kerana mereka faham, 
pasukan itu sebenarnya sedang mempertahankan penjajahan British! 

Jepun menang dan memerintah Tanah Melayu. Orang-orang bangsa Ti

Help Palestine [hidayahnet] BOLEH JADI MUFTI TAPI JANGAN KELUAR FATWA GILA

2007-07-13 Terurut Topik husna zali
BOLEH JADI MUFTI, TETAPI JANGAN KELUAR FATWA GILA

Menurut kitab “Usul Al-Ifta’’”, karangan As-Syaikh Al-Qadhi Al-Mufti Muhammad 
Taqiy Al-Usmani, mufti didefinisikan sebagai;

“Menjawab berkenaan masalah agama”

Dalam mensyarahkan definisi ini, Menurut Al-Ustaz Al-Mufti Kamaluddin Ahmad 
Ar-Rasyidi, disebut mufti menjawab masalah agama, tidak masalah syariyyah 
kerana, mufti itu tidak semata-mata menjawab perkara yang berkaitan dengan 
syariah sahaja, bahkan mufti juga akan menjawab perkara yang berkaitan dengan 
aqidah[1].

Definisi ini bersesuaian dengan ulasan oleh As-Syaikh Mahmood Syaltot di 
muqaddimah kitabnya “Al-Fatawa”[2].

Sesuatu kenyataan atau pandangan yang dikeluarkan oleh mufti tidak dibawah 
kategari ilzam, iaitu tidak mewajibkan kepada mustafti (penerima fatwa) 
menerima pakai fatwa tersebut.[3] ini sekiranya, fatwa tersebut dalam perkara 
yang dikhilafi oleh ulama. walaubagaimanapun, sesuatu kenyataan hukum yang 
dinyatakan oleh mufti bersifat ijmak ulama, maka wajib kepada mustafti menerima 
pakai fatwa tersebut.

JAWATAN MUFTI ADALAH WILAYAH TANFIZ

Pandangan dari seorang mufti dibawah kategori wilayah tanfiz, iaitu golongan 
yang memegang portfolio yang hanyalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala 
arahan khalifah dan kerajaan sahaja. Ia tidak memiliki sebarang kuasa 
pentadbiran yang boleh mentadbir berdasarkan budi bicara sendiri, bahkan 
wilayah ini hanya berperanan sebagai perantaraan di antara khalifah dan rakyat 
yang mewartakan perintah kerajaan kepada rakyat dan menyampaikan pula kehendak 
rakyat kepada kerajaan[4].

Ini membezakan dengan kuasa pihak kerajaan yang memerintah, yang mana kuasanya 
dibawah ketagori wilayah tafwidh, iaitu golongan yang memegang portfolio ini 
adalah orang yang diberikan kuasa mentadbir urusan-urusan negara mengikut 
pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada 
ijtihadnya[5].

Dari ini, difahami bahawa, sesuatu pandangan mufti sekadar pandangan 
semata-mata yang tidak dibenarkan untuk dilaksanakannya melainkan persetujuan 
dari pihak kerajaan.

Justeru, sekiranya seseorang mufti mengeluarkan fatwa yang mengharamkan jom 
heboh, haram arak dalam majlis keramaian, haram bersentuhan lelaki perempuan 
ajnabi dan sebagainya, ianya adalah sekadar fatwa yang tertakluk kepada 
penerimaan pihak kerajaan yang memerintah.

PERJUANGAN POLITIK UNTUK MEMERINTAH

Pemerintahan Islam adalah pemerintahan yang berasaskan kepada sandaran utama, 
iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, disamping mendapat keizinan beristidlal dengan 
ijmak ulama dan Qias.

Politik mengikut terjemahan Arabnya disebut sebagai siasah yang memberi maksud 
‘memerintah, mentadbir dan memimpin’[6].

Memerintah bumi ini merupakan tangungjawab yang telah di amanahkan kepada 
manusia. Pemerintahan tersebut hendaklah berasaskan kepada kandungan Al-Quran 
dan As-Sunnah Rasulillah SAW. Ini dapat dilihat kepada kandungan piagam madinah 
yang merupakan perlembagaan Islam pertama yang telah di tubuhkan oleh 
Rasulullah SAW sendiri. kandungannya adalah seperti berikut;

ãåãÇ ÇÎÊáÝÊã Ýíå ãä ÔíÁ ÝÅä ãÑÏå Çáì Çááå ÚÒ æÌá æÅáì ãÍãÏ

Maksudnya;
“sekiranya berlaku sesuatu perselisihan, maka tempat rujukannya adalah Allah 
dan Muhammad SAW[7].

Memerintah berdasarkan agama Islam merupakan tanggungjawab yang telah 
diwajibkan oleh Allah SWT. Ianya diasaskan kepada firman Allah;

æóÅöÐú ÞóÇáó ÑóÈøõßó áöáúãóáóÇÆößóÉö Åöäøöí ÌóÇÚöáñ Ýöí ÇáúÃóÑúÖö ÎóáöíÝóÉð

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku 
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"”

(Surah Al-Baqarah : 30)

Ketiadaan pemerintahan Islam memerlukan kepada usaha kearah pembinaan 
pemerintahan tersebut. jika tidak, muslim tersebut berada dalam keadaan yang 
melakukan dosa kepada Allah SWT.

Firman Allah;

æóíóÞõæáõæäó ÂóãóäøóÇ ÈöÇááøóåö æóÈöÇáÑøóÓõæáö æóÃóØóÚúäóÇ Ëõãøó íóÊóæóáøóì 
ÝóÑöíÞñ ãöäúåõãú ãöäú ÈóÚúÏö Ðóáößó æóãóÇ ÃõæáóÆößó ÈöÇáúãõÄúãöäöíäó

Maksudnya;
“dan (di antara orang-orang Yang tidak dikehendakiNya ke jalan Yang lurus 
ialah) mereka Yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya 
serta Kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan 
perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) 
tidaklah mereka itu menjadi orang-orang Yang sebenarnya beriman.

(surah An-Nur : 47)

Firman Allah ini menjelaskan betapa penafian Iman dari Allah SWT terhadap 
golongan yang tidak mahu berusaha kepada ketaatan Allah yang antaranya 
pemerintahan islam. Penafian ini terhadap mereka, walaupun mereka itu mendakwa 
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Begitujuga, didalam ayat yang lain, Allah SWT telah menyatakan tentang 
kewujudan manusia yang sesat, walaupun mereka mendakwa beriman kepada Allah dan 
Rasul-Nya, tetapi hakikat sebenar mereka tidak beriman disebabkan mereka 
mengambil taghut sebagai pemerintah mereka.

Firman Allah;

Ãóáóãú ÊóÑó Åöáóì ÇáøóÐöíäó íóÒúÚõãõæäó Ãóäøóåõãú ÂóãóäõæÇ ÈöãóÇ ÃõäúÒöáó 
Åöáóíúßó æóãóÇ ÃõäúÒöáó ãöäú ÞóÈúáößó íõ

Re: Help Palestine [hidayahnet] ESQ Training 9 ( 13-15 July, 2007)

2007-07-13 Terurut Topik rosalina baharuddin
Alhamdulillah...saya telah pun menyertai esq seminar pd 8-10june yg lalu.  
Memang pd mulanya saya ingat seperti seminar motivasi yg pernah saya sertai 
seblm ini.  Tapi hakikatnya seminar esq mmg lebih mendalam..menusuk ke jiwa 
para peserta2 yg menghadirinya.  

Payah saya nak terangkan disini.. dia mengajar kita menyelami jiwa kita, siapa 
kita, untuk apa kita hidup di dunia ini, ape yg telah kita lakukan selama hidup 
kita ini & bermacam2 lagi...  Mungkin kedengaran semacam biasa saja.. Tapi 
percaya la..memang bagus.  The best upon among the rest yg pernah saya sertai 
kursus motivasi diri, kepimpinan dll.

Insyalaa TIADA REGRET bila anda dapat sertai 3 hari seminar esq ini.
Angkatan ke 9 akan di adakan di HOTEL ISTANA pada 13-15 July ini.  
Senang2kanlah hadiri seminar ini.

Wassalam.


- Original Message 
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Friday, May 25, 2007 12:15:21 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ESQ Training 8 ( 8 -10 June, 2007)

saya mendapat berita bahawa esq seminar nie sangat membuka minda, kepada yg dah 
pernah mengikuti, sudi2 la memberikan pendapat. saya berminat tp skrg nie blm 
mampu lagi. insyallah 2-3 bln lagi kot. kene kumpul duit dulu


 
regards,
HAK...



- Original Message 
From: "Fatkurradzi [EMAIL PROTECTED] com" 
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Tuesday, May 22, 2007 6:16:51 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] ESQ Training 8 ( 8 -10 June, 2007)


Aslm wbt

I've registered myself for this 8 - 10 June, 2003 Session, TQ.

-- Forwarded message --
From: Fatkurradzi Jamil 
Date: 23-May-2007 09:14
Subject: Fwd: ESQ Training 8 ( 8 -10 June, 2007)

Aslm wbt

ESQ Training, using the powerful EXPERIENTAL LEARNING TECHNIQUE, strongly
recommended for everybody. Sesapa yg dah attend tu, mungkin boleh share
experience, TQ.

-- Forwarded message --
From: Azizah <[EMAIL PROTECTED] my>
Date: 22-May-2007 14:01
Subject: ESQ Training 8
To: islamicfinance2u@ gmail.com

Assalamualaikum wr wb

Attached herewith our Flyers & Registration form for your kind attention.

Thank you.

Zah

ESQ Leadership Center Sdn Bhd

-- 
Visit my Islamic Financial Planning Blog
http://islamicfinan ce2u.blogspot. com

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Acc (UK), Dip in Acc (UiTM), CUTE, CEILLI, PCEIA
Islamic Financial Planning Consultant
 * * * * * * 
* **



Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com 


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] Coretan : Cerita tentang ayah...

2007-07-13 Terurut Topik umar faruqi
  Cerita tentang ayah...
  Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini 
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi 
dan berjasa sebelum menyesal.

  
  
  
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan 
mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini 
seolah tiada ertiselama nie setiap suka duka pasti telefon dan 
maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus 
dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada 
di perak menemani mak yang terus menangis.

  
  
  
Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...ditelinga 
kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya .. ini adalah kali 
pertama aku melihat kematian masih terbayang... abah memandang jauh 
kehadapan dan mata nya ke atas sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh 
cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur 
sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan 
dengan selamat.

  
  
  
Sejam sebelum kematian .

  
  
  
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila 
time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu 
abah dah sihat... dah selera makan.

  
  
  
Pastu...

  
  
  
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil 
kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. 
Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju 
putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana 
bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

  
  
  
Apabila Izrail datang mengambil nyawakita tak boleh mencepat atau mengajak 
walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam 
tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau 
seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

  
  
  
Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.

  
  
Pertama kali naik van jenazah,

  
  
pertama kali buat sijil kematian,

  
  
pertama kali tak tidur 2 hari,

  
  
pertama kali asyik menangis,

  
  
pertama kali menimbus kubur,



  
  
pertama kali menjirus air mawar,

  
  
semuanya pertama kali 

  
  
Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.

  
  
  
  
  
Aku memandikan abah..memasangk an kain ihram sebagai kain kapan. Ketika 
ditutup muka abah, aku mencium dahipipi kanan pipi kiri.dan 
banguntetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki 
dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil 
aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

  
  
  
Ya Allah..tuhan segala alam...

  
  
  
aku dan abang mengangkat jenazahnya... dan mengebumikannya.hati ini sayu 
mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

  
  
  
Mak hanya memandang dengan air mata sayupenglihatannya kosong.. setelah 
36 tahun hidup bersama abah..kini tinggal seorang.

  
  
  
Selaku seorang anak.aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang 
pendiam. . sabar.. dan alim Jemaah masjid...bendahari masjid.dan 
pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

  
  
  
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus 
terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih 
saya.Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang 
seringkali tidur di peha.

  
  
  
Kelmarin,

  
  
  
aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam 
dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang 
anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

  
  
  
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6. abah 
catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi 
aku telefon dari KL.abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

  
  
  
Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll... Abah catat 
Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL..menangis kami 
semua bila baca dairi tue

  
  
  
Abah sayang anaknya. tak pernah tunjuk...

  
  
  
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga 
dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan 
anak-anaknya sahaja.

  
  
  
  
  
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal 
anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

  
  
  
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir... 
aku...bukan anak yang baik.

  
  
  
Abah memang suka tul

Help Palestine [hidayahnet] 17 Benefits of Tribulation Notes

2007-07-13 Terurut Topik Su and Mikael
Dardan's personal notes after listening to the CD "Seventeen
Benefits of Tribulations
  - by Shaykh Hamza Yusuf"


  The speech is based on a booklet written by Sultan ul Ulema or
Sultan of the Scholars Izzedin Abdul Aziz Abdus Salaam As Sulaymi (d
660) from Egypt. This scholar mastered two madhabs! [Editor:
Arabic/English amalgam - plural for madhab, a school of thought in
Islam.] Only one in history to do so. He wrote this book on calamities,
tribulations and disasters and their benefits. One of the aspects of the
Prophet (peace and blessings be upon him) - the extraordinary aspects of
his life is that he never allowed tribulations to disquiet him. In other
words, he never allowed any difficulties that he faced to perturb him -
to put him in a state of turbulence.

Someone who has forbearance is "halim". The Prophet (peace and
blessings be upon him) had more "halim" or forbearance than
anyone else. "Hilm" is the word for "intellect". One of
the things they accuse the Prophet (peace and blessings be upon him) is
that "he causes us to lose our intellects or to make us look like
fools". The man of intellect is someone who has hilm and the one
[without] is safaha. Intellect stabilizes - that is why the halim is
someone who does not get disquieted.

What is interesting about [disquietude] - the word for "dream"
is "halam". Someone who doesn't get perturbed is halim and a
dreamer is halam. Connection = hard to dream when agitated. Dreams need
a state of [quietude].

"Halema" is the word for "nipple". Mother gives the
child halema. The child goes into a state of complete [quietude]. Milk
and knowledge are from the same source. Sayyidina Umar (radi Allah anhu)
saw a dream in which milk was coming from [the] Prophet's (peace and
blessings be upon him) fingers and Umar (radi Allah anhu) drinking it
and the Prophet (peace and blessings be upon him) said "al Ilm al
Ilm!" It is knowledge (the dream's interpretation).
Read more here: 17 Benefits of Tribulation Notes






Help Palestine [hidayahnet] Menjejaki Nik Aziz : Tulus dan Ikhlasnya Tok Guruku

2007-07-13 Terurut Topik umar faruqi
Menjejaki Nik Aziz : Tulus dan Ikhlasnya Tok Guruku
 Posted on Thursday, July 12 @ 01:20:25 MYT by greenboc 
  Oleh MSO



KEBETULAN ketika pulang ke Kelantan minggu lepas, (Isnin) Tok Guru Nik Abdul 
Aziz Nik Mat berada di wad Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, 
(HUSM). Beliau ditahan di wad kerana keletihan. Mulanya selepas urusan di 
Mahkamah Tinggi Kota Bharu selesai terniat untuk menziarahi MB itu kerana agak 
lama tidak berjumpa atau mengikuti programnya.


Bagaimana pun niat itu sirna apabila kebetulan semasa minum kopi di perkarangan 
kompleks Mahkamah Kota Bharu, terjumpa dengan pemandu dan pengawal peribadinya. 
Apa yang sempat dilakukan saya hanya mengirimkan salam kepada Tok Guru menerusi 
kedua ‘pegawal peribadinya’itu.



Bebanan kerja
Alhamdulilah tidak lama Tok Guru ditahan dan beliau dibenarkan keluar dari wad. 
Kehadirannya di wad itu hanya rutin biasa dan doktor mahukan beliau berihat 
saja. Bebanan kerjanya menyebabkan MB itu mudah kelelahan dan tidak sihat.







Tengah hari semalam (9 Julai 2007) seorang kawan menelefon dan memberi tahu 
yang Tok Guru akan ke Kampung Beta Hilir untuk melihat proses memasukkan 
sejenis bahan ‘chemical’ ke dalam pokok depu di kampung berkenaan. Projek 
memasukkan chemical ke dalam pohon depu itu merupakan satu lagi idea yang 
dirintis oleh Kerajaan Kelantan memanfaatkan pohon berkenana untuk dijadikan 
minyak wangi ataupun stanggi bagi menambahkan hasil pendapatan rakyat yang 
memiliki pokok berkenaan.


 


Tanpa banyak bicara dan membatalkan satu temujanji dengan seorang kawan, saya 
bergegas ke kampung Beta Hlir. Sebenarnya bukan sangat hendak melihat pohon 
depu dan proses yang dilakukan itu, tetapi kerana semata-mata ingin berjumpa 
dengan Tok Guru bagi bertanya khabar dan melepaskan kekangenan.



Rasa rindu sudah berladum dalam diri apa lagi setelah mengetahui beliau baru 
saja dimasukkan ke wad dua tiga hari lalu. Memang agak sudah lama tidak 
berjumpa dan berbicara dengannya.


Ketika sampai di perkarangan masjid As Saadah, Beta Hilir, Tok Guru baru sahaja 
selesai solat zohor berjemaah dan sedang memberi tazkirah – amalan beliau sejak 
berdekad lalu. Kira-kira 40 orang sedang mengikutinya dengan asyik dan tertib. 
Ketika saya menjenguknya ke ruang mihrab tidak nampak batang tubuhnya dan yang 
kedengaran hanya suaranya sahaja. Saya jadi tertanya-tanya.







Mulanya saya fikir kaset atau CDnya dipasang, tetapi selepas meninjau ke dalam 
baru nampak beliau sedang memberi tazkirah sambil duduk tersimpul dengan kedua 
belah tanganya di topang ke belakang. Beliau kelihatan begitu tidak bermaya. 
Menurut pegawianya sebaik saja lepas dari menemui doktor di HUSM pada tengah 
hari, beliau terus ke kampung Dewan Beta Hilir semata-mata kerana ingin melihat 
proses memasukkan chemical ke dalam pohon depu.







Sanggup hadir
 Mendengar penjelasan pegawainya itu saya jadi terdesah. Betapa Tok Guru 
walaupun dia penat dan keuzuran namun sanggup juga hadir semata-mata hendak 
menyaksikan proses memasukan chemical ke dalam batang pokok berkenaan.


Padahal kalau hendak dikira, peristiwa itu tidak begitu penting apa lagi beliau 
dalam keadaan kurang sihat. Namun tidak siapa berani menghalangnya dan itulah 
sifat Mursyidul Am Pas itu beliau sanggup mengagahkan diri demi tugas dan 
melaksanakan tanggungjawabnya.


Apa yang dilakukan petang semalam bukan saja untuk menyaksikan peristiwa 
berkenaan, tetapi turut juga menjenguk seorang penyokong partinya di kampung 
berkenaan yang terlantar sakit bertahun-tahun kerana serangan angin ahmar.


Apa yang dapat disaksikan petang tadi mengenai MB itu sungguh menginsafkan dan 
sekaligus menunjuk betapa komitednya beliau kepada tugas dan tanggungjawabnya.


Biarpun dia kelelahan dan keuzuran namun amanahnya kepada Allah diteruskan 
juga. Menyampikan takzirah meskipun dalam keadaan yang sungguh letih 
menjelaskan bahawa beliau begitu jujur dengan nekadnya bahawa dakwah atau kerja 
menyeru manusia ke jalan kebaikan tetap diteruskan meskipun di pangking 
perihatan.





Sementara kegigihannya mengagahi diri bagi melihat kerja-kerja memasukan 
chemical ke dalam batang depu itu serta mengagahi diri menziarahi orang sakit 
pula menunjukkan betapa tanggungjawabnya yang dipikulnya sebagai ketua kerajaan 
tetap dipundaknya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.




 Tetap berkhidmat
Melihat kepada apa yang dilakukan petang semalam dapat disimpulkan bahawa 
beliau akan tetap berkhidmat kepada rakyat dan negeri selagi kedua belah 
kakinya berdaya melangkah dan mulutnya masih mampu berkata-kata untuk memberi 
ceramah atau pun tazkirah mengajak manusia kepada Allah.


Separuh petang itu bersama Tok Guru terasa seperti sekejap dan tidak puas. 
Barangkali begitu resminya kalau berada bersama seorang mulia dan hatinya yang 
tidak pernah terputus dari menyebut dan mengingati Allah - zikirullah. Bagi 
saya berada bersama Tok Guru persis berada di bawah sepohon rendang, dingin, 
nyaman dan sejuk serta menghiburkan.







Help Palestine [hidayahnet] Khutbah Jumaat Negeri Selangor - 13 JULAI 2007 - Bahaya Riba'

2007-07-13 Terurut Topik azharjaafar
AMALAN RIBA' DALAM PERNIAGAAN DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN
   
  Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari yang penuh berkat ini,marilah kita bermahasabah diri meningkatkan 
ketakwaan kepada allah s.w.t.Kita tunaikan segala perintahya dan menjauhi 
segala larangannya.Jadilah orang yang bertakwa dimana sahaja kita berada, 
segala gerak-geri dan tindakan kita, mencerminkan diri kita sebagai orang yang 
bertakwa kepada allah s.w.t.


  Sidang jumaat yang berbahagia,

Perniagaan adalah satu pekerjaan yang mulia disisi allah s.w.t. Bahkan terdapat 
dikalangan para nabi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan. Umpamanya nabi 
idris terlibat dengan jahitan. Nabi daud pula dengan pertukangan besi.Nabi 
muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan perdagangan dinegeri Syam.Oleh 
itu berniaga adalah satu sunat para nabi. Rasulullah s.a.w telah membawa khabar 
gembira kepada para peniaga yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mana 
mereka berurus niaga.Sabda rasulullah s.a.w:

"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,sodikin, orang-orang yang 
mati syahid pada hari kiamat kelak".

(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)

Sidang jumaat yang berbahagia, 

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. 
Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan 
bidang-bidang yang lain.Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya 
supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat rasulullah terdapat sahabat 
yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti usman bin affan,abdul 
rahman bin auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan 
hebat. Abdul rahman bin auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. 
Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau 
menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali 
yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu 
Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam 
satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada 
rezeki".

(Riwayat Ahmad)

sungguh pun islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan, 
namun mereka adalah terikat dengan syariat islam. Peniaga islam perlu memahami 
hukum-hakam dalam perniagaan, supaya mereka tidak melanggar batas-batas hukum 
yang telah ditetapkan oleh allah s.w.t. Mereka tidak boleh menipu, tidak boleh 
memberi rasuah, tidak boleh terlibat dengan amalan riba' dan amalan-amalan lain 
yang bertentangan dengan syariat islam.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Agama islam amat tegas dalam amalan riba'. Islam menganggap riba' sebagai 
amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Islam menolak 
segala bentuk amalan riba'. Rasulullah dengan tegasnya mengeji amalan 
berunsurkan riba'. Saidina Jabar r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai riba':

Rasulullah s.a.w melaknat pemakanan riba', wakilnya, penulisannya,dua orang 
saksinya. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kesemua mereka itu sama sahaja".

(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dengan kerasnya mencela orang yang terlibat dengan amalan 
riba'.Mereka adalah golongan yang menekan dan menindas para peminjam. Justeru, 
allah s.w.t telah memberi peringatan kepada orang yang beriman supaya menjauhi 
amalan riba' dan seterusnya mengistiharkan perang kepada pemakan riba'. Firman 
allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada allah dan 
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba' (yang masih ada pada orang 
yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. oleh itu, kalau 
kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu) ketahuilah 
kamu,akan adanya peperangan dari allah dan rasulunya (akibatnya kamu tidak 
menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) 
ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim 
kepada sesiapa, Dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".

(Al-Baqarah ayat 278-279)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Sesetengah orang menyangka bahawa harta yang haram itu adalah hasil daripada 
kerja mencuri atau merompak sahaja. Mereka lupa bahawa harta yang dihasilkan 
daripada riba' juga adalah haram. Lebih dahsyat lagi, apabila orang yang 
bergelumang dengan amalan riba' menganggap jual beli dan riba' adalah sama 
sahaja.Begitu juga antara peminjam konvensional (yakni pinjaman secara riba') 
dengan peminjam perbankkan islam, mereka mengaggap adalah sama sahaja, 
sedangkan allah s.w.t hanya menghalalkan perniagaan, tetapi tidak menghalalkan 
riba'. Firman allah s.w.t:

"Mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti 
riba'". Pada hal allah telah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan 
riba'.

(Al-Baqarah ayat 275)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Orang yang terlibat dengan riba' akan dicabut keberkatan dalam hidupnya. Firma

Help Palestine [hidayahnet] Cadang siar nama, JPA berterima kasih pada PAS

2007-07-13 Terurut Topik khatulistiwa

*Roy Rasul*
Fri | Jul 13, 07 | 07:51:57 AM

*KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) –* Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merakamkan
ucapan tahniah dan memberi sokongan di atas cadangan Ketua Pemuda PAS,
Salahuddin Ayub yang menyokong cadangan JPA supaya menyiarkan nama pegawai
perkhidmatan awam yang dikenakan hukuman atau tindakan displin dalam akhbar
tempatan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan
telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

[image: Image]Ucapan tersebut difaks kepada Salahuddin pada 19 Jun lalu oleh
Timbalan Pengarah Kanan, Cawangan Dasar dan Pembangunan Perkhidmatan,
Bahagian Perkhidmatan, Datin Rodiah Meor Sulaiman.

Menurut Rodiah, yang menjawab surat Salahuddin, bertarikh 12 Jun 2007,
berkata, JPA mengucapkan terima kasih kepada Salahuddin.

"Jabatan ini percaya langkah ini sebagai usaha untuk meningkatkan lagi
integriti di kalangan perkhidmatan awam dan sebagai langkah pencegahan
(deterrent) yang berkesan.

"Semoga dengan usaha tersebut kakitangan awam lebih berdisiplin dan
mempunyai kualiti peribadi yang lebih cemerlang," kata Rodiah.

Sementara itu Salahuddin dalam suratnya yang dihantar kepada Ketua Pengarah
JPA, Tan Sri Ismail Adam pada 12 Jun lalu berkata Dewan Pemuda PAS Pusat,
menyokong penuh tindakan JPA untuk menyiarkan nama pegawai dan kakitangan
kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan kerana penyalahgunaan kuasa di
dalam akhbar tempatan.

"Tindakan JPA bertepatan dengan nilai-nilai murni Islam atau mengajak kepada
perkara yang maaruf dan mencegah yang mungkar," katanya.

Tambahnya, Pemuda PAS juga berharap usaha tersebut tidak melibatkan campur
tangan politik yang boleh merosakkan usaha baik itu. - mks.