Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Jangan Ponteng Puasa

2009-07-10 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah 
bersabda, "Sesiapa yang berbuka sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau 
sakit, dia tidak akan dapat mengqadhanya walaupun berpuasa seumur hidup, 
walaupun dia dapat melakukannya."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain. Menurut As-Sayuthi, bertaraf 
hassan. Menurut Al-Albani, bertaraf daif)


Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tiga Golongan Yang Tidak Ditolak Doanya

2009-07-10 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang 
tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, 
seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. 
Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan 
Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu 
walaupun selepas beberapa ketika"

(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. 
Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)


Help Palestine [hidayahnet] Apa Itu Gamat ?

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Apa Itu Gamat ? 
Apa Itu Gamat ?

 
  
  
  
  
 
APA ITU GAMAT? 
Gamat
atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang
belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan
nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya
telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih
300 tahun dahulu. Tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun
laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah
daripada genus sticophus atau lebih dikenali sebagai gamat. Nama
lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok,
trepang atau hoi-sum. Hampir.42 spesis timun laut telah dikenalpasti di
perairan Malavsia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata
dunia. 


Umumnya haiwan ini
berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai
bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara
seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara
menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan
ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu
mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil.
Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai
kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya
diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah
holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka,
rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian
timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti
Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan .
penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains
Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini
begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan
bioaktif didalam gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg
terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof.
Dr. Ridzwan Hashim.

Analisa
ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati yang ianya tinggi dengan
kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5%
dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino
esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum,
kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak
seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega
dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen
penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian
pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko
penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga
membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan
proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam gamat turut berkesan sebagai.
antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la
juga penting uniuk menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan
anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat
juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan
anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian
terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau
Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai agen
anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara
kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap
sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak
kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan
potensi gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap
penyakit AIDS.

Secara
tradisional pula, gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan
kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari
masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak,
melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas
bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma
dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah
buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan
mengawal kencing manis. Menyedari hakikat gamat memiliki khasiat
keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami
di GESB memformulasikan produk-produk gamat di bawah pengawasan pakar
bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!  


Re: Help Palestine [hidayahnet] TAK HARAM SALAM PEREMPUAN

2009-07-10 Terurut Topik rozaimy baharuddin
saudara azizul,
masih ada suka buat fatwa sendiri, please do check with Al-QUran or Hadis.lagi
satu, *sila baca email thread ini dari mula*.
sebab dah ada kawan kita beritahu memang tak ada dlm AL-QUran pasal salam tu
(unless u boleh tunjukkan surah mengenai salam ni),
sebab itu ada perbezaan pendapat ulamak.

dan ada kawan kita tulis, memang nabi sendiri tidak salam perempuan yg bukan
muhrim, dan macam-macam lagi le depa tulis, tak ada yg salah pun.

cuma tolong jgn buat fatwa sendiri, ulamak atau mufti kalau buat fatwa
depa duduk berbincang sesama mereka baru keluar fatwa.

lagi satu, kita mana boleh mengata mufti atau ulamak tidak melaksanakan
kerja mereka.
nak tahu depa kerja ke tak, kena le pi jumpa mufti dan ikut depa... baru
kita tahu depa
kerja ke tidak. Bersangka baik m.

sebenarnya mudah nak mengatakan sesuatu hukum, tetapi payah nak
laksanakannya.

Contoh: aurat perempuan semua badan kecuali muka dan area tapak tangan
(mungkin
terdapat perbezaan setiap mahzab), so dlm mahzab shafie, kaki perempuan tu
adalah
aurat. maka kena tutup le. Jangan tengok jauh sangat. sampai kutuk menteri
atau ustaz
ustaz. cuba tengok ibu, kakak, adik-adik dan isteri kita. DAH TUTUP KE?

contoh aku le, ada 2 anak perempuan dan seorg Isteri, kadang-kadang isteri
pakai
stokin, kadang-kadang aku tengok tak pakai, aku tegur suruh pakai,
kadang-kadang aku tak kisah bini aku tak pakai stokin... itu menunjukkan
iman
aku ni lemah. Itu baru bab tutup aurat kat kaki aje pun aku payah nak
laksanakan,
padahal masih dlm kawasan kekuasan aku.

begitu juga ulamak/mufti, mungkin mereka sudah melakukan sedaya upaya
mereka,
sebab mereka tidak ada kuasa sepenuhnya, sedang kita berkuasa penuh dgn
isteri
kita pun tak mampu menyuruh isteri tutup aurat sepenuhnya.. so
fikir-fikirla

kena ingat pesana wonder pet.

APA YG PENTING - kerjasama




2009/6/22 

>
>
>
> tunggulah kehancuran pada  kemuncaknya jika kemuliaan ini ditarik
> balik...
> 51%  bumiputra   ,dari 51%  berapa bumiputra di semenanjung??? dari peratus
> bumiputra di semenanjung berapa yang islam?
> dari peratus islam berapa memahami islam dan mengamalkan? dari peratus
> islam yg mengamal dan memahami islam berapa
> yang menegakan kalimah tauhid dan rasul?...akhirnya sedikit benar..buih
> buih dilautan(jika kita dari atas melihat laut yg luas adakah boleh
> nampak buih-buih?...tidak ternampak oleh mata ku..) fikirkanlah
>
> Wahai  melayu mukmin,
> kita semakin jauh dari  seruan Allah dan sedarlah
> dari terus merasai seolah Allah memberi kurnia
> kita di telah di cuci otak  oleh agen agen anti agama
>  atas nama kemanusian,kemerdekaan,kemajuan serta kemodenan
> kita telah di lupakan akan kekuasaan Allah
> hanya di bibir penyedap kata bila berbicara akan  kebenaran Allah
> kita telah tidak berpegang di tali Allah
>hanya perkataan islam dan islam di riuhkan tanpa adanya rohnya
>bagaikan robot yang diprogram tanpa rasa,perasaan dan jiwa pada
> penciptanya
>
>
> Wahai Melayu Mukmin,
> Selama ini kau bersantun
> Selama ini kau hanya akur
> Selama ini kau berdiam diri
> Selama ini kau hanya turuti
> Selama ini kau hanya merintih di hati
>
> Wahai Melayu Mukmin,
> Usah kita terpedaya
> Usah kita tunduk akur
> Usah kita jadi bacul
> Usah kita menuruti
> Usah kita kehilangan lagi..
>
> Wahai Melayu Mukmin,
> Kita rela tanah dimiliki  anasir  lain
> Kita rela air ini mengalir ke negara lain
> Kita rela api itu berjelaga
> Kita rela udara ini di cemari
> Kita rela ekonomi  di lagukan agen antiagama
> Kita rela makanan kita tidak suci lagi
> Kita rela budaya kita dipandang sepi
> Kita rela jati diri hulubalang diterajui mamak dari selatan Benua keling
>
>
>  Wahai melayu mukmin,
> Bangkitlah  untuk  bermuafakat akan kebenaran
> Bangkitlah dari hijab hati dari terus kelam
> Bangkitlah dari kerangka ciptaan golongan antiagama
> Bangkitlah dari membiarkan yang berhak dari terus terpinggir
> Bangkitlah diri yang terperi,terdiri..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>  *"Abdul Wahab, Mohd Azizul"*
> Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
>
> 22/06/2009 05:40 AM
>  Please respond to
> hidayahnet@yahoogroups.com
>
>   To
> "Ikhwanul Muslimun"   cc
>   Subject
> RE: Help Palestine [hidayahnet] TAK HARAM SALAM PEREMPUAN
>
>
>
>
>
>
> Saya nk bagi pendapat sket lorr... Sya ni org biasa sahaja. Tp saya ada
> dengar ceramah pasal aurat.. Kalu kita balik pada asas iaitu al-Quran..
> Adakah Allah benarkan kita menyentuh perempuan yang bukan muhrim, adakah
> ia berdosa?.. Mungkin dlm mazhab 4 itu, dibolehkan salam..
> Mempermudahkan amalan seharian.. Tetapi kalau dilihat peribadi
> rasulullah adakah dia pernah bersalam dgn org yg bukan muhrimnya.. Bila
> kita bersalam dgn bukan muhrim, bukankah itu aurat jugak.. Kulit
> bersentuhan antara lelaki dn perempuan.. Tgoklah kat malaysia ni setiap
> negeri mufti sorg 1.. Tapi habuk pon xleh harap.. Gejala sosial smakin
> parah..hiburan menjadi2. adakah anda nampak apa yg berlaku.. Mufti
> terlalu pengecut nak tegur pemimpin dan rakyat k

Help Palestine [hidayahnet] Komunis Rusia haramkan judi tapi 1Malaysia ?

2009-07-10 Terurut Topik Suara N9
Rusia haramkan kasino, judi
Komunis Rusia haramkan judi tapi 1Malaysia Islam Hadhari ?

Utusan Malaysia 2 Julai 2009

MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia 
mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan 
undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri 
perjudian di negara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan 
undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada 
tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.

"Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula 
ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin 
slot di selatan Moscow.

Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan 
masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang 
Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan.

Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli 
perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi 
mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990-an.

Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota 
Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada 
agensi berita Ria-Vonosti.

Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada 
sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow.

Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah 
di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai 
di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara 
Korea dan Jepun.

Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan 
baru di sana untuk memindahkan operasi mereka.

Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang 
mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi 
kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah 
undang-undang itu kuatkuasa. – AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm&arc=hive






Re: Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah Remaja: Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa

2009-07-10 Terurut Topik Kholid Ali
   Baru-baru ni saya turut serta dalam satu aktiviti kembara remaja 
bermotosikal anjuran sebuah masjid sebagai ajk penganjur. Matlamat adalah untuk 
mendekatkan para remaja dengan institusi masjid. Kembara hanyalah sebagai satu 
tarikan untuk menyesuaikan dengan minat remaja yang suka kepada aktiviti yang 
mencabar. Distinasi nya ialah kesebuah jeram terletak tidak jauh dari Pasir 
Puteh di mana kemudahan yang disediakan agak mencukupi untuk menampong lebih 
kurang 150 orang pengunjung.
 
   Program selama 2 hari itu diisi dengan beberapa majlis ilmu/ tazkirah / 
bengkel dan di akhir program mereka diberi peluang melakukan satu aktiviti 
lasak iaitu jungle tracking .
Isu ketaatan kepada ibubapa adalah antara yang telah ditekankan. Kisah pemuda 
yang mengharapkan perbuatannya memikul ibunya semasa tawaf dan mengharapkan nya 
cukup bagi membalas jasa ibubapa turut disebut. Perbincangan semasa bengkel 
juga menunjukkan para remaja sangat berharap agar masjid memainkan peranan 
lebih aktif bagi menarik para remaja. Sikap mengutuk sahaja tidak akan 
menyelesaikan masalah.
 
    Saya rasa masjid juga wajar dilengkapkan dengn kemudahan bersukan. Mungkin 
kawasan di sebelah belakang setiap masjid dibina sebuah dewan (syaratnya 
? tidak boleh bersambungan dengan bangunan masjid) untuk kegunaan bersukan 
kerana melakukan riadhah dengn niat untuk menjadi seorang Muslim yang kuat dan 
sihat juga satu tuntutan dalam Islam. Dewan itu mungkin boleh digunakan sebagai 
ruang solat ketika solat hari raya kerana ruang dalam masjid biasanya tidak 
dapat menampong bilangan jemaah yang ramai. Ia boleh juga digunakan sebagai 
ruang makan di mana ketika bulan Ramadhan biasanya selepas solat tarawih ada 
masjid yang menyediakan jamuan ringan. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal


--- On Thu, 6/25/09, zail...@yahoo.com  wrote:


From: zail...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah Remaja: Iman tidak sempurna jika 
guris hati ibu bapa
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Thursday, June 25, 2009, 8:33 AM










SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula 
daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan 
yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri 
yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu 
membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang 
dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana 
sampah yang tiada nilainya.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang 
berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap 
anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah 
kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan 
memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang 
yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian 
darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai 
orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan 
sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu 
bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan 
kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak 
dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan 
anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan 
cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku 
atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran 
tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara 
yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama 
ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: 
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- 
Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu 
bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan o

Help Palestine [hidayahnet] INDAHNYA SOLAT SUBUH

2009-07-10 Terurut Topik Zailina Mahmud

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah
kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat),
yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu
tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur
Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau
as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah
jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan
berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya
tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam
syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta
menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit
dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu
saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga
hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh
gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan
tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak
keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang
bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam
hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh
(iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan
Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di
antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang
yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah
waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama
dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan
mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada
mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu
mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati
Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui
batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan
dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam
at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat
solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan
seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang
kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan
solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya
dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin
Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa
yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah
malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah
melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di
hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan
digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada
Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan
masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu
adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar
dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW,
ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan
melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak
terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu
menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat
sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka
Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan
solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah
cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang
membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya,
sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis
riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan
memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur
apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan
solat Subuh. 
 http://zailina88.blogspot.com



  

Help Palestine [hidayahnet] Kehebatan Katak Diceritakan Dalam Al Quran

2009-07-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Marilah kita bertaubat dan kembali kepada ajaran Al Quran , patuh segala 
perintah Allah dan RasulNya. Nak tunggu bala apa lagi ? Selesema babi dah ada , 
Denggi dah ada , AIDS dah ada , Chikungunya dah ada. Jangan tunggu Allah 
tempelak kita menjadi kaum yang sombong , takbur dan derhaka.

 (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, 
dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, 
maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. 
(Surau Al A’raaf  ayat 133)

Minggu lepas sebelum Maghrib di Surau tertengok siaran National Geographic di 
TV. Menceritakan bagaimana katak ( makhluk Allah yang disebut dalam Al Quran ) 
boleh hidup tanpa makan dan minum selama 2 tahun dan mungkin lebih lagi dalam 
keadaan berhibernasi.

Nabi Muhammad saw mendapat wahyu ini lebih 1430 tahun yang lalu. Baru sekarang 
saintis menemuinya.

Saksikan sendiri kehebatan katak ini pada video berikut 
http://www.youtube.com/watch?v=tuWo_kWMihs

Water-holding frogs-Take a big drink and hold it”

Living on the dry mud flats, grasslands, temporary swamps, claypans, and 
billabongs of Australia, this frog can hold enough water to hibernate until the 
next big rains come . Now that may not sound impressive, but the rains in dry 
seasons may not come for a year or more! It holds a large water supply in its’ 
bladder then seals itself inside a water tight cocoon or bag made from skin 
that has been shed.
http://naturescrusaders.wordpress.com/2009/05/31/water-holding-frogs-take-a-big-drink-and-hold-it/


Studying Hibernating Frogs
I wonder how long a frog in hibernation can actually last? Hundreds… thousands 
of years? Who knows. It’d be a genetic treasure to find some very ancient 
preserved frogs.

Obesity Clues From Research On How Burrowing Frogs Survive Years Without Food

A team of scientists at the University of Queensland have discovered that the 
metabolism of their cells changes radically during the dormancy period allowing 
the frogs to maximise the use of their limited energy resources without ever 
running on empty.

Burrowing frogs, on the other hand, are believed to remain deeply asleep during 
the entire period of dormancy. Furthermore, being cold-blooded, they don’t have 
the need to maintain a basal level of heat production, minimizing their energy 
needs.

http://thomasfortenberry.net/?p=6597

Rozmal bin Malakan
Seremban
http://waghih.blogspot.com






Help Palestine [hidayahnet] Some Links on Parenting - from WPI Magazine

2009-07-10 Terurut Topik Peace Justice
Some Links on Parenting

http://www.soundvision.com/info/parenting/
A good number of articles on various areas, e.g., Infants to 3 years old, 
Preschool age, Pre teens, Teen culture in America today, related to teenage, 
Sex education, Various activities in summer, outdoor activities, Prom things, 
Choosing a career, TV and you, etc.

http://www.islamic-world.net/parenting/parenting_page/main_index.htm
A nice pointed article on “Effective Islamic Parenting” is presented in 
http://www.islamic-world.net/papers/parent.htm
Apart from this, it covers various articles on Islamic parenting perspectives, 
Islam and children, parent-child relationship, parenting techniques and tips 
and parental education. This site also presents weekly tips on parenting by an 
expert.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1109096072494&pagename=IslamOnline-English-Parent_Counsel/Page/ParentCounselingE
This covers more than 450 titles on various issues related to parenting from 
Parenting Counselors of IOL. It covers almost every important dimensions of 
issues related to parenting and one can search and check for more to get 
replies from experts.

http://www.islamawareness.net/Parenting/
This page is a collection of various links on important articles, tips, etc. on 
parenting.

http://islam4parents.com/
This website is solely on parenting issues. Various articles, free printable 
worksheets for children, printable duah, children’s TV section (though it is 
mentioned to be careful, some e-books, recipes, and online free games for kids 
are covered in this website.

http://www.islamicparenting.org/forum/
In this forum, one can be a member and then discuss on different areas. This 
forum has 1462 members (as of June 2009).

from http://www.witness-pioneer.org/VMagazine/v9i2/v9i2.htm#10


 
For any personal reply, please reply me bejust.pe...@yahoo.com

Thanks a lot for your time.
BeJustPeace
 
N.B.: I never mail any advertisement or spam - so if you get somethine like 
this from this account, please forgive me as sometimes, people may spam using 
my ID. Wish you all the best. RESPECT.


  

Help Palestine [hidayahnet] Upon The Passing of Michael Jackson

2009-07-10 Terurut Topik dunya wal akhirah
http://www.newislamicdirections.com/nid/articles/upon_the_passing_of_michael_jackson/

Upon The Passing of Michael Jackson
  By Imam Zaid on 25 June 2009

  Category: Civility
  Like
the light of a meteor streaking across the crisp, cold, clear sky of a
winter’s night, Michael Jackson streaked across the sky defining this
country’s cultural horizons. None of us coming of age in urban America
will forget Michael’s debut onto the public stage with his brothers as
part of the phenomenally successful Jackson 5. Hit after hit,
“I Want You Back,” “ABC,” “The Love You Save,” “I’ll Be There,”
rocketed up the Billboard Charts to number one. I can still reel them
all off from memory some forty years later. For better or worse, they
are indelibly etched into my mind, and have played a part in defining
my soul.

Although I was a couple of years older than Michael, I joined the
ranks of unsuccessful Michael Jackson wannabes. At the time it seemed
worth the effort as all of the girls had gone head over heels for
Michael, and just a fraction of his dynamic appeal could reap huge
dividends in terms of one’s popularity. The ‘hood was in love with
Michael and he apparently had the talent to fulfill the lofty and ever
increasing expectations placed upon his slim young shoulders.


However, as the sixties rolled, or limped,  into the seventies and the Jackson 5
began to cool off, eventually leaving the Motown label that had
launched their incredible success, many of my friends, as well as
myself, were attracted to different musical genres, more mature fare.
Topping my personal list was WAR, Stevie Wonder, Santana, and Mandrill.
I also began to listen to a lot of jazz, and accumulated quite a large
album collection. Whenever, I received my weekly wages from whatever
job I was engaged in at the time, and I had many in my youth –security
guard, lathe operator, UPS warehouseman—I would head straight to the
record store and add to my collection.

What I couldn’t afford to buy, I would get from the radio, my preferred
listening hours were three and four o’clock in the morning, when the
brother manning the controls at an FM station coming out of Trinity
College in Hartford, Connecticut would put out some serious jazz. I
would stay awake listening until just before dawn, sleep a couple of
hours and drag myself off to work.

As the years went by I lost that passion for music. Perhaps my waning
interest was aided by my little nephews who turned part of my album
collection into a stack of customized frisbees when I went off to the
Air Force in 1976. It was definitely aided by Islam. After my
conversion in 1977, there was no one around to tell me that music was
Haram (forbidden). However, as I grew in the religion, the enchanting
melodies of the Qur’an became far more appealing than the increasingly
commercialized musical fare. For example, George Benson’s offerings
starting sounding more like Muzak than the rifts of a jazz purist who
rivaled Wes Montgomery.




I would eventually give away what was left of my record collection. At
the time I had left the Air Force and was studying in Washington DC at
American University. However, I lived a few blocks from Howard
University. I drove over to one of the used music vendors on the edge
of the campus and made his day as I unloaded a box of cassette tapes
and albums. 

During those years I had lost touch with what Michael Jackson was
doing. I knew he had “blown up” as the young folks say today and that
as a solo performer he was reaching heights of fame and popularity that
not even Elvis had obtained. I would also read in the tabloids that
caught my eyes as I waited to check out at the grocery store of the
increasingly strange exploits Michael was involved in, the plastic
surgeries, something about the bones of the Elephant Man, rumors of him
sleeping in a transparent, refrigerated crypt, the allegations of
pedophilia, the fantasy ranch in California, and on and on.

It was obvious that Michael was troubled. For sure the physical and
psychological abuse visited upon him by a sick father was a large part
of the problems that were plaguing Michael as he moved further into his
adult years. Surely, the childhood that was denied him as he was thrust
into the sinful rigors of show business at the tender age of eight,
opening for strip tease acts on the “Chitlin’ Circuit,” in smoke-filled
rooms wreaking of alcohol, was part of his troubles. Surely, the
confusion of being caught between a devout mother struggling to raise
her children as Jehovah’s Witnesses and a fanatically strict, violent
and obsessive father was part of part his problem.

But I was only able to catch glimpses and snippets of Michael’s
seemingly disintegrating life from a distance, hearing a bit here from
a well-meaning niece, or catching a bit there on television, before I
would take Jerry Mander’s advice and relegate my television to the
garbage he

Help Palestine [hidayahnet] (unknown)

2009-07-10 Terurut Topik feriofan dohcb16a
assalamualaikum wbt kpd semua,
 
sekadar membantu seorang rakan, saya diminta utk mencarikan 
guru/ustaz/syeikh/muallim (yang sahih!) yang berada di sekitar kota san 
francisco, amerika. ibu saudara rakan saya ini sedang menjalankan program 
mengimarahkan masjid2 yg berada di sekitar kota tersebut jadi beliau meminta 
jasa baik sekiranya ada kenal dgn mana2 orang seperti di atas yg  boleh 
mengajar agama Islam dgn baik dlm bahasa inggeris.
kalau sahabat2 semua ada hubungan bolehlah emelkan nama serta cara utk 
menghubungi mereka di emel saya vtecmira...@yahoo.com.my. semoga Allah membalas 
usaha kalian.
 
wassalam.


  Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Help Palestine [hidayahnet] Surprisingly, Lack of Government Support for Islamic Finance in the...

2009-07-10 Terurut Topik Mohamed Fudzail
*HERE*


Help Palestine [hidayahnet] India Penang lebih bertuah dari Melayu N.Sembilan

2009-07-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Untung betul jadi orang India di Malaysia ni. Malang sungguh jadi orang Melayu 
di Malaysia ini. Lebih malang lagi Melayu di Negeri Sembilan, lagi lagi malang 
Melayu di Rembau.

Melayu di Rembau juga akan kehilangan tanah tempat tinggal mereka. Bukan tanah 
haram, bukan tanah  kerajaan , tapi tanah adat yang diwarisi sejak 
berates-ratus tahun.

Namun nasib Melayu Rembau tidak mendapat liputan media seperti nasib India di 
Kg Buah Pala , Pulau Pinang.

Lebih malang lagi Surau yang akan dirobohkan di Rembau kerana memberi laluan 
kepada pembangunan juga tidak diberi perhatian media. Bukan media asing , bukan 
CNN , bukan Al Jazeera , tapi Utusan, Berita, TV3, TV1 dan sewaktu dengannya 
seolah-olah meminggirkan nasib Melayu N.Sembilan.

Kita ni di Malaysia ke , di India atau di Israel ?

Ikuti nasib malang Melayu Rembau yang akan diambil tanah mereka di pautan 
berikut :
http://waghih.blogspot.com/2009/06/kisah-sedih-wanita-muallaf-di-rembau.html 
http://zulkeflyomar.blogspot.com/2009/06/pengambilan-tanah-orang-rembau.html 
http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/06/pemilik-tanah-adat-enggan-pindah.html
 
http://chegubard.blogspot.com/2009/07/antara-buah-pala-dan-tanah-adat-rembau_02.html
 
http://chegubard.blogspot.com/2009/07/selamatkan-tanah-adat-langsung-tidak.html 
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Tawaran belajar di Universiti Antarabangsa Madinah Shah Alam

2009-07-10 Terurut Topik Suara N9
Al Madinah International University di Malaysia menawarkan pelbagai program 
peringkat Diploma , Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Maklumat lanjut di www.mediu.edu.my

atau hubungi :

Al Madinah International University (MEDIU)
Tkt 11, Plaza Masalam,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03 55113939
Fax : 03 55113940
Customer Service Advisors are available from 9.00 am to 12.30 pm and 2.00 to 
4.00 pm, Monday through Friday

Please send all enquiries regarding your current admissions application to 
admiss...@mediu.edu.my

Cawangan lain :
Kelantan No. 9, Bangunan MPKB,
Berek 12, Jalan Hospital,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09 – 7985 722
Fax : 09 – 7488 722

FACTS & FIGURES
- The university opened the first office in Malaysia in 2006 at section 18, 
Shah Alam.
- The university received the first batch of students in Feb. 2008 with number 
of students reached to 250 from Indonesia.
- Within less than one year, the university received 1208 students for all 
academic disciplines.
- The number of applicants is expected to be double of the current number after 
the announcement of new disciplines in bachelor degree and postgraduate studies 
which offered for registration since Nov. 2008 and Feb. 2009.
- In addition to the university plan to open new learning and service centres 
in different parts of the world.






Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Satu Doa Dimakbulkan Setiap Hari

2009-07-10 Terurut Topik Abu Heakal

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, 
"Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hamba-hamba yang di bebaskan pada Ramadhan 
dan bagi setiap orang Islam dan satu doa yang dimaqbulkan pada setiap siang dan 
malam (Ramadhan)"

(Riwayat Al-Bazzar di dalam Targhib Wal Tarhib)


Help Palestine [hidayahnet] Syukur

2009-07-10 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Erti Syukur secara mudah ialah rasa berterima kasih atau mengenang
budi/jasa.

Ingat & lihat apa yang kita sudah dapat atau terima dari Allah. Dapat
hidup, dapat melihat, dapat dengar, dapat rezeki dan terlalu banyak
lagi.

Cara bersyukur atau berterima kasih atau mengenang budi/jasa kepada
Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa (orang yang
menjunjung perintah
Allah). Dan lazimkan memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak
itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu
bersyukur?". Surah Yaasin: 73.

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara kamu yang bersyukur." Surah
As-Sajadah: 9

Ketika Nabi Muhammad ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda
begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak
kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah aku ingin menjadi
hamba yang bersyukur ?".

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/06/2009 01:00:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Kronologi Isu Rumah Sembelih Babi di Kedah

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Kronologi Isu Rumah Sembelih Babi di Kedah
Posted on Friday, July 03 @ 10:41:06 MYT by kedahlanie
oleh M.Sanusi


Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak
gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi
kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan
penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan
undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas
kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan
kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya...

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG


21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih 
khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan 
seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan 
pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta 
Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan 
rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir 
di Majlis.

11.7.94
- Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat
ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah 
tempat sembelih.

5.1.95
- Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia
beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah
Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis
Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada
apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah 
pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95
- Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya
Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak 
terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95
- Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah
sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di
Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima
maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan
aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96
- Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan
persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah
sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97
- Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan
Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan
rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada
14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti
kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir
berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada
Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar
belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah
pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima
surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah
bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh
Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan
terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti
satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai 
Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya 
iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99
- Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99
- Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa
tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak
dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik
tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya
daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan 
bau yang busuk.

27.4.99  - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99
- Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah
dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah
sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan
Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Pastikan Lapar Kita Adalah Berbaloi

2009-07-10 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. berkata, "Berapa 
ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya 
kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat 
apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam"

(Riwayat Ibnu Majah, An-Nasai, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain. Menurut 
As-Suyuthi, bertaraf sahih)


Help Palestine [hidayahnet] Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 33

2009-07-10 Terurut Topik Dr. Adel Elsaie
Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 33

http://www.usislam.org/IslamicYouth/islamic_youth.htm

Please remember that Monday is our Islamic Youth Awakening day.

1. Glorious Quran on Good Manners:

Be moderate in thy pace [31/19]
2. Words of Wisdom from Prophet Mohammad (PBUH):

"Whoever is kind, Allah will be kind to him; therefore be kind to man on the
earth. He Who is in heaven will show mercy on you."(Abu Daud: Tirmidhi)
*3. *Muhammad (PBUH), The Best Man Ever Lived:

The Prophet of 
Mercy,
By Dr. Muhammad Hamidullah

4. Videos Of Prophet Muhammad:

Hamza Yusuf - Description of Prophet Muhammad SAW (Part
1/4)

5. Great Muslims who Changed History, Most of the companions of the Prophet
(PBUH)  were Youth:

Ali Ibn Abi Taleb (10 years old), Talhah ibn Ubaydullah (14 years old),
Said ibn Zayd ( 15 years Old), Sad ibn Abi Waqqas  (17 years old), Umar Ibn
Al Khattab (26 years old) Abdur-Rahman ibn Awf (30 years), Othman Ibn Affan
(34 years old), Abu Bakr (37 years old)
Asmaa bint Abu Bakr
Dhat
an-Nitaqayn (the One with the Two Waistbands)

6. Yes, Say it LOUD: YES ISLAM IS THE ANSWER:

MADHHABS Schools of Thought Development and
Evolution

7. Islamic Inspirational Songs

Native Deen For The Prophets 

Yes you can be strong Muslim, please sign the petition :  Muslim Youth Code
of Honor

Required a million signature each year Until that last Muslim Youth sign in.

Please circulate this posting to your brothers and sisters, Jazakum Allah
Khairan.

Please note that this posting is for adults too.

Dr. Adel Elsaie

http://www.usislam.org/


Help Palestine [hidayahnet] Imam Solat. Panduan Memilih Calon Suami

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Imam Solat. Panduan Memilih Calon Suami
Posted on Friday, July 03 @ 03:30:00 PDT by TokPenghulu 
 Oleh: ekue

"Secara
fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup. Oleh yang
demikian, Allah mensyariatkan kepada umat Islam perkahwinan sebagai
satu-satu cara yang halal untuk perhubungan diantara lelaki dan wanita
selari dengan kehendak fitrah kejadian manusia. 

Sebelum
berkahwin, biasanya kebanyakan lelaki sudah membayangkan bagaimana ciri
ciri wanita yang bakal menjadi isteri yang akan menghiasi hidupnya
samada pada sudut kefahaman agama, akhlak ,kecantikan, harta dan
keturunan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari : "seseorang perempuan dikahwini kerana
empat perkara, harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. 

Pilihlah
yang beragama, kamu memerlukannya". Manakala dalam satu hadis yang lain
pula Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seorang wanita yang solehah
adalah sebaik-baik perhiasan dengan sabda baginda melalui riwayat Imam
Muslim : "Dunia adalah keseronokan dan sebaik baik keseronokan dunia
ialah perempuan yang solehah".

Nabi s.a.w menyarankan kepada
lelaki agar memilih perempuan yang beragama dan berakhlak. Satu
persoalan yang hendak ditimbulkan di sini adalah bagaimana dengan para
wanita? Adakah mereka perlu memilih siapakah yang bakal menjadi suami
mereka? Jawapannya, ya. Sama sahaja. Mereka perlu memilih seorang
lelaki sebagaimana yang telah digariskan oelh Islam iaitu seorang yang
bertakwa, memiliki akhlak yang mulia dan berasal daripada keturunan
yang baik-baik sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud : "Apabila orang yang
kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu
kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku
fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini". Diingatkan
kepada para wanita tidak tergoda dan terpedaya dengan kebaikan serta
pujuk rayu yang hanya dilakonkan oleh segelintir lelaki dan tidak mudah
'cair' dengan ayat-ayat manis lelaki yang hanya berlakon baik dihadapan
anda. Anda perlu siasat dan mengenal pasti siapa dan bagaimana
akhlaknya kerana orang yang bakal anda pilih adalah seorang yang bakal
menjadi suami anda dan akan memimpin sebuah rumahtangga yang boleh
diibarat sebuah 'negara kecil'. Suami adalah ibarat Perdana Menteri
dalam sesebuah keluarga. Jika Perdana Menterinya rosak, maka buruklah
seluruh negara tersebut. Oleh yang demikian, pilihlah seorang 'Perdana
Menteri' yang benar-benar memahami agama dan yang baik akhlaknya.

Kepada
para wanita, satu panduan yang boleh dikongsi untuk anda semua iaitu
dalam memilih lelaki yang bakal lelaki yang menjadi pemimpin dalam
sebuah 'negara kecil' anda iaitu dengan memilih lelaki yang mampu
menjadi imam solat. Rasanya perlu untuk menjelaskan lebih lanjut
mengenai lelaki yang mampu menjadi imam solat iaitu seorang lelaki yang
mampu mengimamkan solat bacaan kuat(subuh, maghrib dan isyak) kerana
pada solat yang bacaan jahr(kuat) ini pelbagai perkara yang dapat
dinilai terhadap diri seseorang lelaki. Pertama, pada sudut kepimpinan
dalam keluarga. Lelaki yang mampu mengimamkan solat dapat dilihat
bahawa ia akan mampu membimbing keluarganya nanti dalam pelbagai aspek
terutama dalam aspek ibadah. Sekiranya lelaki tersebut tidak mampu
untuk menjadi imam, cuba fikir fikirkan terlebih dahulu kerana dalam
aspek ibadah yang dilakukan setiap hari pun tidak mampu untuk menjadi
pemimpin apatah lagi dalam aspek yang lain-lain, mungkin tidak mampu
untuk memimpin keluarganya dengan sebaik mungkin. Sekiranya ada lelaki
yang ingin meminang anda, terlebih dahulu bertanya kepada mereka adakah
mampu menjadi imam solat dan selepas itu barulah menilai mengenai
perkara-perkara yang lain.

Kedua, adalah pada sudut ilmu dan
kefahaman agama kerana seorang lelaki yang ingin mengimamkan
solat(diingatkan solat yang dimaksudkan adalah solat Subuh,Maghrib atau
Isyak) hukum-hukum asas fiqh seperti perlu mengetahui rukun-rukun
solat, syarat-syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat dan
kesempurnaan dalam pembacaan al Quran terutamanya surah al Fatihah.
Kebanyakan lelaki 'takut' untuk mengimamkan solat yang
Jahr(subuh,maghrib dan Isyak) kerana takut untuk membaca ayat ayat al
Quran secara kuat disebabkan bimbang bacaan tidak betul. Melalui imam
solat juga boleh dinilai tahap ilmu asas fiqh dan ilmu pembacaan al
Quran. Ramai dikalangan lelaki yang 'penakut' ini lebih sanggup untuk
menjadi imam bagi solat Zohor dan Asar tetapi pada solat subuh, maghrib
dan Isyak mereka mencari jalan untuk mengelak.

Perkara ketiga
adalah pada sudut akhlak atau pekerti seseorang lelaki. Kebanyakan
mereka yang mampu menjadi imam adalah mereka memiliki akhlak, budi
pekerti serta mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat. Tidak
dinafikan juga bahawa ada yang bukan sekadar mampu menjadi imam solat
biasa malah turut dijemput menjadi imam di masjid-masjid tetapi
berakhlak dengan akhlak yang tidak sewajarnya

Re: Help Palestine [hidayahnet] Penggunaan Lafaz MasyaAllah Yang Betul

2009-07-10 Terurut Topik Ahmad Sharipuddin
Salam semua,

Maaf, saya nak perbetulkan kesilapan pemahaman tentang perkataan "Masyaa Allah' 
ini.

Ma syaa Allah itu beerti :
Ma = Apa
syaa = Yg dikehendaki
Allah = Allah

Maka maksud sebenar Masyaa Allah adalah " Apa2 yg di kehendaki Allah

Seperti juga InsyaaAllah beerti:
In = Sesungguhnya
Syaa = Yg dikehendaki
Allah = Allah

Jadi maksud InsyaaAllah ialah Sesungguhnya yg dikehendaki Allah

Tiada salahnya kita mengucapkan MasyaaAllah apabila TERlihat sesuatu perkara yg 
buruk tetapi adalah lebih bai kita sertakan dgn ucapan Astaghfirrullah, 
Laahaula wala Quwatailla billahil 'aliyul'adziim.

Original Message-
> 

CORRECT,  CORRECT, CORRECT, Alhamdulillah ,,,  

tolong  sebar-sebarkan.

   

 Sebarkan kepada  kawan/sahabat.. Kadang2 kita  

terpengaruh dengan,  terutama citer p. ramlee yang

banyak menggunakan  'masyaallah' situasi yang silap.  

Bayangkan jika  anda forwardkan kepada lain, pahala

akan terus  berganda macam juga buat  

selling-networking, in  this case, pahala yang

berganda bukan duit..  

   Didapati ramai di kalangan kita menggunakan  lafaz  

'MasyaAllah' ketika dgn situasi yang tidak  disukai

atau tidak elok, contoh terlihat gambar2  censored

atau bila anak2 kita buat perangai  nakal.

 Sebenarnya istilah 'MasyaAllah'  bermaksud ALLAH THE  

ALMIGHTY atau ALLAH YANG  MAHA AGUNG.  

 Mengikut buku 'What Do  Say' by Kathyn Abdullah, kita

menggunakan  istilah 'MasyaaAllah' bila kita melihat  

'something nice' seperti melihat bayi/kanak-2 yg  

comel, ketika menjamah makanan yang sedap,  terbau

wangi-wangian dan sebagainya.  

   

   Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn

situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak  

digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah  

'Astagfirrullahhalazim' (Aku memohon ampun  kepadamu  

Ya Allah) ataupun 'Innalillah' (Kepada  Allah kita

kembali).  

 Tolong sebarkan  kepada kawan-kawan. Yang baik dari  

Allah yang  buruk dari saya..!

   

Wallahulam!!!   
   






  This email was Anti Virus checked by Astaro Security Gateway. 
http://www.astaro.com



Help Palestine [hidayahnet] Teknik menulis pantun dan bahasa berirama

2009-07-10 Terurut Topik studioperintis
Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua 
majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh 
masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di mana-mana sahaja. Bahasanya 
yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. 
Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang 
amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa 
berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan 
tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan 
jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta 
pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu 
sterotaip dan hambar.


Mencipta Pantun

Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada 
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam 
penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat 
kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum 
mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang 
berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang 
terhasil tidak kedengaran sumbang.

1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat 
kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama 
suku kata akhir ialah -kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga 
ialah -kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah -ri (b) 
maka suku kata akhir keempat juga semestinya -ri (b).

3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja.

4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata.

Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. 
Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud 
pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik 
menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan 
apa-apa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik.

Contoh pantun:

Memasang pukat terkena lokan,
Lokan dibawa ke Tanjung Puri; } Pembayang
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Anugerah Guru Bestari. } Maksud


Mencipta Bahasa Berirama

Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya 
yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan 
atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik.

Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir 
bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu . Yang penting 
dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan 
acara.

Contoh:

Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,
Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.

Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda 
juga boleh menggunakan frasa-frasa menarik seperti meluah rasa mengungkap 
bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara 
dan sebagainya.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka 
Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati 
di www.books.perintis.com.my.


Help Palestine [hidayahnet] Pelancaran roket Indonesia memalukan Malaysia

2009-07-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kita datang dari satu rumpun bangsa , terutama macam kita dari Negeri Sembilan 
ini. Peristiwa konfrontasi adalah satu sejarah hitam dan semoga menjadi 
pengajaran pada kita semua. Kita amat berbangga dengan kebolehan Indonesia 
menghasilkan roket ke angkasa. Pada tahun 2014 Indonesia dijangka akan 
melancarkan satelit sendiri dan roket sendiri.

Pada tanggal 2 Juli 2009 Indonesia telah berjaya melancarkan roket RX420 ke 
angkasa yang boleh mencapai 100 km dan 1,000 km jika mendatar.

Apa yang menariknya roket RX420 ini dibuat dalam tempoh 3 bulan dan menggunakan 
bahan bakar tempatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam penghasilan roket 
sekiranya berlaku embargo.

Sayang kita tidak hantar wakil kita menyaksikan pelancaran roket ini. Kita 
hanya boleh menumpangkan angkasawan kita dalam Soyuz. Kita hanya sekadar dapat 
menghantar pelajar menyaksikan pelancaran satelit. Kita hanya sekadar 
ditawarkan membeli kapsul Soyuz.

Apakah Malaysia malu dengan kejayaan rumpun bangsa kita di Indonesia sehingga 
berita kejayaan rumpun bangsa kita ini hanya mendapat berita kecil sahaja di 
dada akhbar.

Atau cerita politik terlalu amat penting di Malaysia ini. 

Saksikan video pelancaran roket pada pautan berikut 
http://www.youtube.com/watch?v=e2PDJWFh_XI 

Juga berita berkaitan pada laman web Kelab Angkasa Malaysia Cawangan Negeri 
Sembilan AMAL NS di http://amal-ns.blogspot.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] mencari umah sewa sekitar menara telekom

2009-07-10 Terurut Topik JUNHAIRI BIN ABD JALIL
Salamm..
ada sorang hamba Allah menghubungi saya pagi tadi, minta dicarikan umah sewa 
atau sebaiknya bilik sewa area sekitar menara telekom. kata beliau, baru-baru 
ni beliau diposting kat menara tu. sesape yang ada info atau dapat menghulurkan 
bantuan, sila hubungi cik niza di 017-6816705


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 


Help Palestine [hidayahnet] Ijtimak Malaysia 2009

2009-07-10 Terurut Topik aca_bbp
seqodar menyampaikan

http://gotabligh.com/ 
Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia 2009
Assalamualaikum… Alhamdulillah, tahun ini (2009)
Malaysia telah dipilih oleh Allah SWT menjadi tuan rumah kepada
perhimpunan umat islam seluruh dunia…

"Ijtimak Umat Islam Se-Malaysia" akan diadakan pada
9hb-12hb Julai 2009, (khamis hingga Ahad)  bertempat di
Berhampiran Masjid Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan…  Kepada
semua Muslimin lelaki, anda dijemput hadir ke Ijtimak tersebut…
Kehadiran anda sangat bernilai disisi agama… malah dengan kehadiran
kita akan mendatangkan Rahmat dan Hidayah Allah ke seluruh Dunia…
semoga Negara kita Malaysia lebih aman dan makmur…[ nota : kalau tak
boleh datang keseluruhannya, datanglah pada hari Sabtu hingga ke pagi
Ahad.]
[ Antara barang keperluan yang perlu disediakan oleh setiap orang yang
hadir ke Ijtimak tersebut antara lainnya adalah; keperluan pakaian solat
(untuk 3 hari), baju T, seluar, alas tidur, peralatan mandi, selimut,
serta barang-barang keperluan yang bersesuaian… perlu dibawa bersama
al-quran dan tasbih (habiskan masa kita dengan ibadah)…]

KLIA

Tapak Ijtimak Malaysia 2009

(berhampiran Masjid Kuarters KLIA)




Help Palestine [hidayahnet] Sinar Cahaya Ayat Kursi [2 Attachments]

2009-07-10 Terurut Topik Mohd Musrizal Mohd Musridan
salam semua sahabat,
hanya tinggal sebulan setengah lagi kita akan menyambut puasa al-mubarak..
sudahkah
sahabat semua mengantikan puasa yang masih berbaki pada tahun yang
lepas.marilah kita melakukannya dan bersama-sama mendapatkan manfaat
dalam bulan yang mulia ini.Hari ini telah masuk 10 Rejab..Bulan rejab
adalah Bulan Allah..marilah kita bersama sama memperbanyakkan amal
ibadah,Syaaban adalah Bulan Nabi Muhammad manakalan bulan umat Muhammad
Rasulullah adalah Ramadhan..

Mohd Musrizal Bin Mohammad Musridan
Unit Trust Agen Public Mutual 
(cash or EPF investment do it now)

 http://dreamsuccess.yolasite.com/pendaftaran-percuma.php
http://mohdmusrizal.blogspot.com
http://warisanmengkudu.blogspot.com




  

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Seolah-olah Seperti Baru Dilahirkan

2009-07-10 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abdurrahman r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika 
berbicara tentang bulan Ramadhan, lalu sabdanya, "Inilah bulan yang Allah 
wajibkan atas kalian berpuasa dan aku memerintahkan kepada kamu semua untuk 
bangun (solat terawih sebagai amalan sunat). Oleh kerana itu, sesiapa yang 
berpuasa dan bangun (mengerjakan solat terawih) kerana iman dan mengharapkan 
redha Allah, maka keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti hari ketika ia 
dilahirkan oleh ibunya."

(Riwayat Ibnu Majah di dalam Bab Qiyaamu Ramadhan. Al-Albani mendaifkan hadith 
ini)


Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Membaca 200 Ayat Di Tengah Malam

2009-07-10 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang 
solat di malam hari dengan membaca seratus ayat, maka ia tidak akan dicatat 
dalam golongan orang-orang lalai, dan sesiapa yang solat di malam hari dengan 
membaca dua ratus ayat, maka sesungguhnya ia akan dicatat dalam golongan 
orang-orang yang taat dan ikhlas."

(Riwayat Hakim. Bertaraf sahih menurut syarat Imam Muslim, disepakati oleh 
Az-Dzahabi)


Help Palestine [hidayahnet] Motivasi : Bersangka baiklah kepada Tuhan...

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Bersangka baiklah kepada Tuhan... 
Azamin Amin 
Tue | Jun 30, 09 |  1:08:41 pm MYT

  
"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," 


Iklan   
 
   

Saya tidak akan lupa kata-kata itu. Ianya terucap
kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya
menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy
College di ibu kota. 


Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul'
dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama
saya mendaftar. 


Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak 
memahami apa yang diajar. Bukan sehari tetapi  berjangkit sehingga lebih 
sebulan! 


Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa
rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat
'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta
kelas. 


Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar  yang selalu 
dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari 
telunjuknya tepat ke muka saya. 
"At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada 
saya, terkelipot-kelipot malu. 


Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan
di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan
menggapai bintang. Betul-betul menghinakan. 


Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan 
saya. Mereka memberi perangsang dan selalu  membantu, apa yang saya tidak tahu. 


Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu
dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau
penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang
dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan. 
"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya
tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus
cukup makan sahaja.. 


Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang
masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta
sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk
menuntut ilmu. 


"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga 
dan selamatkan anak mak. 
"Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan.
Percayalah..." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil
memetik bait-bait ayat kalimah tuhan. 


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan 
doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)
 
Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah 
di hujung sejadah. 
Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya
dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka
buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law,
Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali! 


Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri
berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan
bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.Saya kemudian
beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.' 


"Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya 
berjaya," getus hati cuba menceriakan hari. 
Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha)
adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau
'stereotype'. Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'. Selepas
doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan
begitu mudah. 


Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah 
"While people sleep, we work. While people work, we work ahead,"
kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul
adakalanya. 


Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru
saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum
lain membuatkan mereka berjaya. 


Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih 
lebih baik dari semua otak-otak. 
"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut
keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa
yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)
 
Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan 
merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." 

 
Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan tuhan. Usaha gigih dapat
balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh
juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak. 


Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang
'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya
menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh,
mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa,
untuk melihat bukti kuasa Tuhan. (Kisah ini pernah diterbitkan di
Harakah tiga tahun lalu, sebe

Help Palestine [hidayahnet] Bakar al-Quran di masjid

2009-07-10 Terurut Topik Zailina Mahmud
petikan harian metro



KOTA SARANG SEMUT: Belum sampai 24 jam dibebaskan dari penjara,
seorang lelaki yang juga penagih dadah dipercayai membakar 30 naskhah
al-Quran yang disimpan dalam sebuah masjid di Kampung Tualang, Selasa
lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, bekas banduan
berusia 30-an yang baru dibebaskan dari penjara pada pagi sebelumnya
itu memasuki masjid berkenaan sebelum mengambil 30 al-Quran itu yang
diletakkan di atas rak dan membakarnya di ruang solat.

Kejadian itu hanya disedari jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh beberapa 
jam selepas itu.

Siak masjid berkenaan, Abdul Hamid Shafie, 70, berkata dia terkejut
apabila penduduk kampung memaklumkan mengenai kejadian itu sebaik dia
tiba untuk menunaikan solat Subuh.


“Sebaik tiba, saya nampak ramai penduduk berkumpul di pekarangan
masjid sementara asap memenuhi ruang solat. Saya sangkakan masjid
terbakar, bagaimanapun dimaklumkan ada individu menceroboh masjid dan
membakar al-Quran,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan,
semalam.

Katanya, sepanjang usianya dia tidak pernah mendengar ada pihak sanggup 
membakar al-Quran dalam masjid.

“Mujur api tidak marak kerana al-Quran itu dibakar di atas simen, jika
tidak pasti masjid ini rentung. Perbuatan ini bukan saja mencemarkan
rumah Allah, tetapi menunjukkan sikap keji lelaki terbabit,” katanya.

Abdul Hamid berkata, masjid itu tidak berkunci kerana ia bertujuan
memudahkan penduduk atau orang luar menunaikan solat pada bila-bila
masa.

Menurutnya, lelaki itu yang juga penduduk kampung itu
pernah melakukan tindakan hampir sama tiga bulan lalu apabila dia
mencampakkan beberapa naskhah al-Quran dalam kolah masjid.

Tindakannya itu menyebabkan penduduk  mengutip al-Quran itu sebelum menjemurnya 
sehingga kering.

“Dia kerap keluar dan masuk penjara. Apabila melihat al-Quran itu
terbakar, kami tahu ia perbuatannya kerana dia baru saja dibebaskan
dari penjara atas kesalahan mencuri.

“Saya tidak faham mengapa
lelaki itu sanggup bertindak demikian. Mungkin dia hilang pertimbangan
dan tidak dapat mengawal diri,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan masjid berkenaan kini hanya memiliki senaskhah 
al-Quran yang tidak sempat dibakar lelaki itu.

Abdul Hamid berharap ada pihak tertentu untuk menyumbangkan al-Quran untuk 
kemudahan jemaah di masjid itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu,
ketika dihubungi, berkata polis sudah menahan lelaki terbabit Selasa
lalu dan direman sehingga hari ini.

 http://zailina88.blogspot.com



  

Help Palestine [hidayahnet] Teknik Mendengar

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
 Teknik Mendengar  Sumber:Aspirasidiri


Berikut senarai beberapa teknik mendengar dengan berkesan semasa pembelajaran:


1. Bersedia
Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa
Menanam minat terhadap mata pelajaran
Menanam minat terhadap guru yang mengajar
Tidak penat
Tidak mengantuk

2. Peralatan yang mencukupi
Alat tulis / buku nota
Buku ruukkan / teks
Kertas nota

3. Duduk dekat dengan guru
Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan)
Senang bertanya

4. Ulang kaji tajuk awal
Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam)
Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting

5. Aktif dan diam
Ambil bahagian dalam perbincangan
Jika tidak faham bertanyalah segera
Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman)

6. Elak gangguan
Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal
Alih perhatian / prasangka

7. Catat nota
Ringkas dan padat ( kg : kampung)
Tulis cepat dan jelas
Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih )
 


Help Palestine [hidayahnet] Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU [1 Attachment]

2009-07-10 Terurut Topik Zailina Mahmud
Subject: Fw: Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU
 
Kepada mereka yg sewaktu dgnnya, sila baca dan fahamkan isi kandungan warkah 
ini. 
  
Sampaikan kepada rakan-rakan agar hidup kita akan lebih aman dah 
sejahtera.(Jika mampu..) 
  
 Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU 
  
Hanya
ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami
 keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh
besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah 
sekiranya dia menyakiti hati
dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati
suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali)
begitu juga anak2 terhadap ibunya 
  
Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati 
suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan 
sekiranya dia hamil, anak tersebut akan
dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut
akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu
lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak
elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa
bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya 
kita untuk mendapat kebahagiaan? 
  
Kalau
anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya
oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling
ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta
ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak
tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala,
hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat
berbagai balasan dari Allah dibumi lagi. 
  
Cerita
- Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua
orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang
seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu
terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA
DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke
dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi
mengampunkan anak2nya. 
  
Ustaz
kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya
itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti
tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN
ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan  begitu juga
dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri
meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU
kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana
berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan
kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta
ampun.  
  
Seorang
suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah
dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana
suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu
masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah
lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam. 
  
Ingatlah
seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI
(lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu
yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri 
(anak perempuan)
dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri.
Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA
MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan 
dengan bijak. 
 http://zailina88.blogspot.com


  

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Membaca 1000 Ayat Di Tengah Malam

2009-07-10 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya 
beliau bersabda, "Sesiapa yang solat dengan membaca sepuluh ayat, maka ia tidak 
akan dicatat dalam golongan orang-orang yang lalai. Dan sesiapa yang solat 
dengan membaca seratus ayat, maka dia akan dicatat dalam golongan orang-orang 
yang taat. Dan sesiapa yang (membaca) seribu ayat, maka dicatat dalam golongan 
orang-orang mendapat satu qinthar"

(Riwayat Abu Daud, Baihaqi, Ibn Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Penjelasan "Satu qinthar" :
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu 
Qinthar dalah 12,000 uqiyah. Tiap-tiap satu uqiyah adalah lebih baik dari 
segala yang ada antara langit dan bumi."

(Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya. Menurut keterangan Maulana Muhammad 
Yussof Al-Kandhalawi, isnad hadith ini hassan.)


Help Palestine [hidayahnet] Russia pun tak nak JUDI.Malaysia bila nak tutup judi ? sumber - Washington Post

2009-07-10 Terurut Topik idlan Mohamed
Russia Shuts Down Thousands of Casinos
New Rules Banish Gambling Parlors to Four Far-Flung Areas, but Construction Lags






`Workers carry out the dismantled decorations from a closed casino in downtown 
Moscow, late Tuesday, June 30, 2009. The government has ordered the closure of 
all casinos and gambling halls Wednesday, consigning gambling to four special 
zones in far-flung regions in Russia, some of them several thousands of miles 
and half-a-dozen time zones away from Moscow. (AP Photo/Alexander 
Zemlianichenko) (Alexander Zemlianichenko - AP)


Passers-by are reflected in the closed doors of a casino in downtown Moscow, 
late Tuesday, June 30, 2009. The door plates read: 'Round-the-clock', top, 
'Casino is closed', bottom. The government has ordered the closure of all 
casinos and gambling halls Wednesday, consigning gambling to four special zones 
in far-flung regions in Russia, some of them several thousands of miles and 
half-a-dozen time zones away from Moscow. (AP Photo/Alexander Zemlianichenko) 
(Alexander Zemlianichenko - AP)

A security guard seen behind the closed doors of a casino in downtown Moscow, 
late Tuesday, June 30, 2009. The door plates read, 'Casino is closed'. The 
government has ordered the closure of all casinos and gambling halls Wednesday, 
consigning gambling to four special zones in far-flung regions in Russia, some 
of them several thousands of miles and half-a-dozen time zones away from 
Moscow. (AP Photo/Alexander Zemlianichenko) (Alexander Zemlianichenko - AP)


A man guards a set of doors in Moscow where a sign reads "Casino closed." The 
industry warned that the ban would eliminate as many as 400,000 jobs. (By Misha 
Japaridze -- Associated Press)
 By Philip P. PanWashington Post Foreign Service
Thursday, July 2, 2009
MOSCOW, July 1 -- Thousands of casinos and slot-machine parlors across Russia 
were outlawed Wednesday as new restrictions on gambling took effect, shutting 
down an industry that had come to embody the seedier side of capitalism in the 
post-Soviet era.
The law, approved three years ago at the request of then-President Vladimir 
Putin, banishes casinos to four special zones in far-flung corners of the 
country. But none of the planned resorts have been developed, and the 
prohibition could put hundreds of thousands out of work during an economic 
crisis that has caused a sharp rise in unemployment.
When Putin first proposed the sweeping ban, burnishing his populist image as a 
tough leader battling corruption and vice, many wondered whether he could 
follow through on his campaign against a business he portrayed as a breeding 
ground for money laundering, organized crime and destructive addiction.
The industry resisted, offering to accept tighter regulations and highlighting 
the $1 billion it paid in annual taxes. When the economy soured, the industry 
pushed for a delay, saying the ban would eliminate as many as 400,000 jobs, far 
more than the official estimate of 60,000.
But Putin's successor, Dmitry Medvedev, declared in early May that there would 
be no reprieve. "The rules will not be revised, and there will be no 
backsliding, despite the lobbying efforts of various businesses," he said.
And as Wednesday's deadline approached, the blinking neon lights of Moscow's 
most famous -- and infamous -- gambling halls began going dark. Police were 
conducting surprise inspections to make sure that the few establishments that 
were staying open to the end closed their doors on time.
The Soviet Union prohibited all gambling, but casinos took off after its 
collapse, especially in the past decade as licensing rules were relaxed and the 
economy boomed. Moscow became home to more casinos than any other city outside 
Las Vegas and Miami, and slot machines appeared across the capital -- in 
stores, subway stations, even near schools and churches.
Now they are all supposed to move to remote, impoverished zones in the 
mountainous Altai region of Siberia, the Primorsky region on the Pacific coast, 
the Baltic exclave of Kaliningrad or a southern stretch of land on the Azov 
Sea. But officials acknowledge that the plan has been a bust, with construction 
underway at only one of the sites.
"Are we going to move? Of course not," Konstantin Kopylov, owner of the 
Kristall casino, told the state news agency RIA-Novosti. "You cannot run a 
business on someone's wish. Business is run in the areas where a profit can be 
made."
Some casinos have shifted their operations to post-Soviet countries where 
gambling has thrived. Other industry executives say the ban will only force 
Russian gambling underground, strengthening the influence of organized crime 
and fueling police corruption.
A few casinos have announced plans to retool their businesses as "sports clubs" 
where poker is permitted, or parlors for gambling on the Internet. The law also 
permits lotteries and bookmakers to operate.
The public, however, seems in favor of the ban, with 60 to 70 percent 
expres