H-Net* Website Soalan2 Peperiksaan Lama

2000-01-14 Terurut Topik ismail ahmad


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum,

Saya nak tanya sikit...ada sesiapa netters yang tahu
mana nak dapatkan soalan lama untuk peperiksaan UPSR,
PMR  SPM untuk saya bagi tution pada anak2 saya
dirumahsila e-mailkan kepada saya. Sekian, terima
kasih, wassallam.
__
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: ismail ahmad [EMAIL PROTECTED]



RE: H-Net* Antara Harakah, Marina, Karpal, Ezam,Arqam dan Qadiani

2000-01-14 Terurut Topik azizul mohd shariff


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Saya amat bersetuju dgn saranan sdra Haslim supaya tv3
atau geng-geng dia yg lain membuat liputan mengenai
kumpulan Qadiani ini. TV3 kan memang specialise dlm
benda-benda macam ini. Mungkin mereka boleh sambungkan
rancangan Jejak Rasul dgn tajuk yg baru,
apakata...Jejak Qadiani. Saya rasa dgn terbitnya
rancangan Jejak Qadiani ini mungkin boleh menaikkan
kembali populariti TV3 yg dah makin tidak popular itu.


Jadi, saya cadangkan supaya originator kpd isu ini to
start the ball rolling dgn mengusulkan cadangan ini
kpd TV3. Siapa lagi kalau tidak Sdra Zainol. Apamacam
sdra? Agak-agak boleh ke utk mulakan bola
berguling...?

  
--- "Haslim, Hassan" [EMAIL PROTECTED]
wrote:
 
 

*~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
   }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke
 [EMAIL PROTECTED] }
 

*~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 Depa ni tak di ganggu sebab kedudukan mereka setakat
 ni tidak
 mengganggu-gugat kedudukan politik BN/Umno atau
 pemimpin depa.
 
 Cuba lihat kalau lah pemimpin Qadiani ada buat
 statement yang mengecam
 Mahathir ke atau statement yang boleh menggugat
 kedudukan atau membimbangkan
 beliau, alamat tak lama nanti kena serbu dek polis,
 tentera, pihak media,
 dan segala macam jentera ...
 maka pihak kerajaan BN akan bertindak dengan penuh
 berkesan dan segera...
 macam apa yang berlaku pada Arqam dulu...
 
 Tampaknya puak-puak BN ni meletakkan kepentingan
 kedudukan politik lebih
 penting daripada masalah pokok iaitu aqidah dan
 iman...
 
 Apakata kalau kita sarankan pada sahabat-sahabat
 kita di TV3, atau BH, atau
 UM buat liputan mengenai kumpulan Qadiani ni??
 
 
 -Original Message-
 From: MD. Idris (OI) [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
 Sent: Friday, 14 January, 2000 9:32 AM
 To: [EMAIL PROTECTED]; 'Zainol Zainuddin'
 Subject: RE: H-Net* Antara Harakah, Marina, Karpal,
 Ezam,Arqam dan
 Qadiani
 
 
 
 

*~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
   }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke
 [EMAIL PROTECTED] }
 

*~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 Salams all,
   Masjid Qadiani nih dah lama bertapak di Kg. Nakhoda
 since I was
 at Tmn Selayang (near there) for 26 years tapi takde
 siapa yang ambil
 tindakan, malahan azan mereka dibenarkan
 berkumandang.  
 
  --
  From:   Zainol Zainuddin[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
  Sent:   Friday, January 14, 2000 8:55 AM
  To: [EMAIL PROTECTED]
  Subject:H-Net* Antara Harakah, Marina, Karpal,
 Ezam,Arqam dan
  Qadiani
  
  
  

*~*
   {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
 http://www.hizbi.net }
   {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
 }
   {Iklan barangan? Hantarkan ke
 [EMAIL PROTECTED] }
  

*~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
 ADIL
  

~~~
  Assalamu'alaikum,
  Penangkapan editor Harakah, Marina, Karpal,dan
 Ezam baru aja
  dilakukan. 
  under sedition act and OSA.  Arqam dah lama di
 haramkan dan di nyahkan
  dari 
  bumi Malaysia.
  Tapi yang peliknya, masjid Qadiani yang
 terang-terang bertambah besar
  di 
  Kampung Nakhoda, tak ada pulak tindakan. Setiap
 hari Jumaat, banyak 
  kereta-kereta mewah ada kat sini.  Hari raya dulu
 pun ramai orang
  orang 
  Qadiani ni berkumpul kat situ.(berpakaian baju
 melayu, muka pun
  melayu. 
  macamana saya tahu..., sebab Mak Ngah saya orang
 Kg. Nakhoda, so saya
  ziarah 
  dia masa Raya pertama,) Qadiani ni adalah
 salah-satu ajaran sesat yang
  
  mengaku Mirza Gulam Ahmad sebagai nabi terakhir
 dia orang ( Masuk
  dalam 
  "list" ajaran-ajaran sesat di Malaysia yang
 dikeluarkan oleh JAKIM,)
  Yang paling tak best, Pengerusi Qadiani ni, adalah
 penasihat pada
  tabung 
  haji, ( Professor U.A).
  So, JAIS, JAKIM, KDN, Polis silalah ambik
 tindakan. Nak tahu lebih
  lanjut 
  macammana nak pergi kesini,.. Belok kanan ke
 Kampung Nakhoda, sampai
  simpang 
  tiga, belok kanan 

Re: H-Net* Website Soalan2 Peperiksaan Lama

2000-01-14 Terurut Topik Jiwa Merdeka http://beras.tripod.com


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
--- ismail ahmad [EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamualaikum,

Saya nak tanya sikit...ada sesiapa netters yang tahu
mana nak dapatkan soalan lama untuk peperiksaan UPSR,
PMR  SPM untuk saya bagi tution pada anak2 saya
dirumahsila e-mailkan kepada saya. Sekian, terima
kasih, wassallam.

Assalamualaikum,

I was plan to make that stuff available on the net a
long time ago. but fist i check the copyright of it.
Saya harap ianya freely distributable. tapi malangnya,
bila saya check di soalan peperiksaan, ianya 'copyrighted ' :(

kalau nak ianya available on the net , kementerian
 pendidikan must allow somebody can take the copyright.
And i dont think it's cheap  maybe kroni shj yg boleh
 dpt

Simple way , vote for change if current gov tak mahu
jadikan ianya freely distributable.

sekian

OpenContent Activist


http://beras.tripod.com
---
Dapatkan Free Email di http://warkah.ikhlas.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Jiwa Merdeka http://beras.tripod.com" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Jangan Mempolitikkan IT !

2000-01-14 Terurut Topik mangga


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Kalau IT itu ada dalam Islam mengapa pula POLITIK tiada dalam Islam ? Politik 
lain,Islam lain. 

Tak ada pula pusat islam ka jakim ka beri amaran "Jangan Mempolitikkan IT !"

--

Petikan utusan 13.01.00 bersamaan 06.10.20

IT mengikut perspektif Islam

SOALAN (S): Kenapa kita TIDAK boleh melihat Islam itu sebagai terpisah dari IT?

JAWAPAN (J): Al-Quran itu merupakan pangkalan data ilmu yang paling tinggi. IT pula 
berasal dari budaya ilmu, suatu budaya yang telah wujud sejak surah pertama, Surah 
Al-Iqra' diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Surah Al-Iqra' mengajak manusia supaya 
berilmu dan berbudaya dengannya. Pena yang disebut waktu itu, kini boleh ditafsirkan 
sebagai media ilmu, komputer.

Jadi, IT bukanlah satu perkara baru dalam Islam walaupun penulis, Alvin Tofler dan 
John Naisbitt telah meramalkan manusia akan mengalami perubahan maklumat 
besar-besaran. Sabda Nabi Muhammad s.a.w: ''Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi orang 
Islam lelaki dan perempuan'' menguatkan lagi kenyataan itu. Al-Quran juga bersifat 
tepat, lengkap dan sempurna, relevan serta terkini. Ia juga mempamerkan sifat 
telitinya kerana membincangkan sesuatu perkara secara mendalam. Contohnya, Surah 
Al-Mukminin ayat 14 bermaksud: ''Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu 
darah itu Kami jadikan tulang lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian dia 
Kami ciptakan makhluk yang lain (manusia yang sempurna). Maka maha suci Allah yang 
sebaik-baiknya menciptakan''. Isi kandungannya juga menyeluruh kerana berurusan dengan 
segala aspek ilmu pengetahuan termasuk biologi, sosiologi, astronomi dan sebagainya.

Al-Quran juga menyediakan kita dengan maklumat yang tidak pernah ketinggalan zaman 
sekalipun diturunkan setelah beribu-ribu tahun yang lampau.

Pelbagai perkara termasuk yang baru berlaku pada masa kini dan akan berterusan dari 
semasa ke semasa boleh dirujuk di dalam al-Quran.

Ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran juga saling kait mengait dan melengkapi 
tanpa ada yang terasing di antara satu sama lain.

Sehubungan itu, umat Islam sepatutnya menjadi jurutera bagi memandu kerumitan IT 
kerana merekalah yang memiliki al-Quran yang terkandung di dalamnya pengetahuan mutlak 
dan kebenaran.

S : Bagaimana pula kita boleh mengaitkan Islam dengan konsep IT. Apakah persamaan yang 
ada di antara keduanya?

J : Ada banyak persamaan. Kita ambil beberapa contoh. Antaranya ialah pemberian buku 
rekod amalan manusia di dunia yang akan diterimanya sama ada melalui tangan kanan 
(baik) atau kiri (jahat). Ini bermakna, segala amalan sepanjang hidup tercatat di 
dalam hanya sebuah buku. Kita lihat pula kemampuan sekeping disket yang mampu 
memuatkan sebanyak 41,440,000 huruf. Sesungguhnya, teknologi Allah adalah di luar 
jangkauan akal kita. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 109 bermaksud: 
''Katakanlah: Kalau sekiranya (air) lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) perkataan 
Tuhanku, nescaya keringlah air lautan itu, sebelum habis perkataan Tuhan, sekalipun 
Kami datangkan tinta sebanyak itu lagi sebagai tambahan''.

Komputer, pada mulanya hanyalah sebuah mesin yang tidak berfungsi apa-apa. Ia hanya 
berperanan sebagai sebuah sistem yang hebat setelah maklumat dimasukkan dan 
diprogramkan ke dalamnya. Sama halnya seperti manusia yang dijadikan daripada tanah. 
Ia hanya akan menjadi makhluk yang berilmu pengetahuan dan berguna setelah digilap 
melalui usaha penerokaan ilmu.

Konsep komputer GIGO (garbage in, garbage out) bermaksud input yang tidak lengkap akan 
menghasilkan keputusan (output) yang kurang baik kesannya. Islam dalam masa yang sama, 
mengajar manusia bahawa apa yang mereka lihat, dengar dan makanan yang mereka ambil 
akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Jika baik dan halal, maka baiklah 
hasilnya. Begitu juga sebaliknya.

Islam juga sejak sekian lama dahulu mengajar umatnya tentang konsep perhubungan 
(connectivity) dalam IT yakni sumber ilmu pengetahuan itu hendaklah dikongsi bersama. 
Sabda nabi lagi: ''Sampaikanlah dariku (tentang Islam) walau satu ayat''. Komputer 
tidak mampu digerakkan tanpa Unit Pemprosesan Berpusat (CPU) yang menjadi nadi alat 
tersebut berfungsi. Pada masa sama, CPU itu sendiri masih memerlukan sokongan 
perkakasan lain seperti papan kekunci dan monitor.

Daripada perhubungan dan perkongsian itu pula melahirkan satu konsep kerjasama di mana 
IT boleh diibaratkan neuron di dalam kepala manusia. Kalau rosak salah satu, maka otak 
gagal berfungsi sebaik sama seperti komputer yang gagal mendatangkan manfaat apa-apa 
kepada manusia.


H-Net* Daily Al-Qur'an - Saturday 08 Syawal 1420 A.H.

2000-01-14 Terurut Topik Muslims On-Line


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Sura 4. An-Nisaa Section 19 (Y. Ali Translation)

127.They ask thy instruction concerning the women.  Say: Allah doth
instruct you about them: and (remember) what hath been rehearsed unto you
in the Book concerning the orphans of women to whom ye give not the
portions prescribed and yet whom ye desire to marry as also concerning the
children who are weak and oppressed: that ye stand firm for justice to
orphans.  There is not a good deed which ye do but Allah is well-acquainted
therewith.
128.If a wife fears cruelty or desertion on her husband's part there is no
blame on them if they arrange an amicable settlement between themselves;
and such settlement is best; even though men's souls are swayed by greed.
But if ye do good and practice self-restraint Allah is well-acquainted with
all that ye do.
129.Ye are never able to be fair and just as between women even if it is
your ardent desire: but turn not away (from a woman) altogether so as to
leave her (as it were) hanging (in the air).  If ye come to a friendly
understanding and practice self-restraint Allah is Oft-Forgiving Most
Merciful.
130.But if they disagree (and must part) Allah will provide abundance for
all from His all-reaching bounty: for Allah is He that careth for all and
is Wise.
131.To Allah belong all things in the heavens and on earth.  Verily We
have directed the people of the Book before you and you (O Muslims) to fear
Allah.  But if ye deny Him lo! unto Allah belong all things in the heavens
and on earth and Allah is free of all wants worthy of all praise.
132.Yea unto Allah belong all things in the heavens and on earth and
enough is Allah to carry through all affairs.
133.If it were His will He could destroy you O mankind and create another
race: for He hath power this to do.
134.If anyone desires a reward in this life in Allah's (gift) is the
reward (both) of this life and of the Hereafter: for Allah is He that
heareth and seeth (all things).

---
Sura 4. An-Nisaa Section 19 (Y. Ali Commentary)
---
127:c. 636. Again and again is it impressed on the community of Islam to
be just in their dealings with women, orphans, children, and all whose
weakness requires special consideration. The law about widows and orphans,
inheritance, dower, and marriage had already been declared in iv. 2-35 and
further instructions are now given on a further reference. It was not right
that anyone should take advantage of their helpless position to deprive
them of dower or of their portion in inheritance.
c. 637. Cf. iv. 75. n. 592. Both widows and orphans are to be helped
because they are ordinarily weak, ill-treated, and oppressed. In
communities which base their civil rights on brute strength, the weaker go
to the wall, and public opinion expects nothing else. In Nietzsche's
philosophy of the Superman that doctrine is stressed strongly, and some of
the militarist nations in our own time seem inclined to support this
reversion to our primitive instincts. Even in modern democracies of the
saner sort, we are often told that it is the fate of minorities to suffer;
strength of numbers here becomes the passport to power and privilege.
Islam, while upholding sane manly views in general, enjoins the most
solicitous care for the weak and oppressed in every way-in rights of
property, in social rights, and in the right to opportunities of
development. Spiritual strength or weakness does not necessarily go with
physical or numerical strength.
128:c. 638. To protect the woman's economic interests, various rules are
prescribed for dower in marriage. But the sanctity of marriage itself is
greater than any economic interests. Divorce is, of all things permitted,
most hateful to Allah. Therefore if a breach between husband and wife can
be prevented by some economic consideration, it is better to make that
concession than to imperil the future of the wife, the children, and
probably the husband also. Such concessions are permissible, in view of the
love of wealth ingrained in unregenerate man, but a recommendation is made
that we should practise self-restraint, and do what we can to come to an
amicable settlement without any economic sacrifice on the part of the woman.
129:c. 639. In this material world there are two principle causes of
division between man and wife, money and "the other woman" or "the other
man". Money was dealt 

H-Net* Daily Hadith - Saturday 08 Syawal 1420 A.H.

2000-01-14 Terurut Topik Muslims On-Line


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
-
Hadith 1.186 (Al-Bukhari)
-
Narrated 'Amr:
My father saw 'Amr bin Abi Hasan asking 'Abdullah bin Zaid about the
ablution of the Prophet. 'Abdullah bin Zaid asked for earthenware pot
containing water and in front of them performed ablution like that of the
Prophet. He poured water from the pot over his hand and washed his hands
thrice and then he put his hands in the pot and rinsed his mouth and washed
his nose by putting water in it and then blowing it out with three handfuls
of water. Again he put his hand in the water and washed his face thrice and
washed his forearms up to the elbows twice; and then put his hands in the
water and then passed them over his head by bringing them to the front and
then to the rear of the head once, and then he washed his feet up to the
ankles.



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Muslims On-Line [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Buah import disembur kimia sebabkan barah

2000-01-14 Terurut Topik Concorde




Buah import disembur kimia sebabkan barah
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Banyak buah-buahan import yang dijual di Malaysia 
telah disembur dengan racun perosak yang boleh menyebabkan barah, menurut 
Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP). 
Ia mengenal pasti epal, oren, anggur, ceri, pisang dan limau sebagai antara 
buah-buahan import yang melalui beberapa peringkat semburan bahan kimia untuk 
membuat mereka nampak baik, segar dan mengurangkan kerugian kepada pengeksport. 
Akhbar CAP, Utusan Konsumer dalam edisi terbarunya memuatkan tiga muka 
surat laporan tentang bahan kimia toksik yang digunakan selepas penuaian yang 
dijumpai dalam buah-buahan import. 
Ia turut menyertakan gambar-gambar yang dikatanya dipetik dari kaset video 
yang diambil secara sulit di beberapa rumah pembungkusan buah-buahan di Amerika 
Syarikat. 
Menurut laporan itu, di Amerika, yang merupakan pengeksport terbesar epal 
dunia, proses pembungkusan yang biasa mengkehendaki buah-buahan itu dibasuh 
dengan toksik yang dipanggil thiabendazole. 
Ujian ke atas tikus bunting menggunakan bahan kimia ini di Makmal Kesihatan 
Metropolitan Tokyo mendapati kecacatan pada kaki dan tulang rusuk fetus. 
Epal yang dirawat boleh disimpan sehingga lapan bulan. 
Selepas dipindahkan dari simpanan, epal itu diproses lagi menggunakan racun 
perosak sebelum menjalani proses lain, termasuk melilinkannya untuk mengelak 
buah-buahan itu kering dan berkerut-kerut semasa perjalanan yang jauh dari 
ladang kepada pengguna. 
Import makanan Malaysia berjumlah RM9 bilion setiap tahun, termasuk RM769 
juta import sayur-sayuran dan RM500 juta buah-buahan iklim sederhana. 
"Amnya, rakyat Malaysia banyak berbelanja ke atas buah-buahan import dan 
sayur-sayuran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kecenderungan ini bukan 
sahaja tidak baik bagi ekonomi, ia juga tidak baik kepada kesihatan, 
memandangkan jumlah bahan kimia yang disembur ke atas buah-buahan import,'' kata 
Utusan Konsumer. 
Katanya, ceri disembur dengan racun perosak sehingga tujuh kali sebelum 
dieksport manakala limau disembur dengan 2,4-D - komponen utama Agent Orange, 
iaitu toksin berbahaya yang digunakan untuk meranggas hutan semasa Perang 
Vietnam. 
''Bahan-bahan kimia ini tidak berbau, tidak berwarna dan tiada rasa tetapi ia 
racun yang boleh menyebabkan kematian,'' kata akhbar itu. 
Dengan memberi satu lagi contoh, CAP menyatakan bahawa di sebuah rumah 
pembungkusan di California, oren biasanya disembur sekurang-kurangnya tiga kali 
dengan methyl bromide. 
Jika terhidu bahan kimia ini, ia dikenal pasti boleh menyebabkan kerosakan 
teruk pada paru-paru, buah pinggang dan hati. Dilaporkan kadar kematian yang 
berkaitannya lebih tinggi berbanding racun perosak lain di California. 
Sisa bahan kimia tidak hanya terdapat pada oren tetapi seluruh oren dimakan, 
termasuk sebagai jem atau jus di kulit dan buah diproses sekali. 
CAP meminta pihak berkuasa menubuhkan Agensi Pelepasan Makanan Pusat untuk 
menganalisis semua produk makanan, terutamanya keselamatan makanan yang diimport 
sebelum ia boleh dijual. - Bernama


H-Net* BEKAS HAKIM WAN SULAIMAN MENINGGAL DUNIA

2000-01-14 Terurut Topik Concorde





  
  

  BEKAS HAKIM WAN 
  SULAIMAN MENINGGAL DUNIA 
  
 
  

  
  KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bekas Hakim 
  Mahkamah Agung Tan Sri Wan Sulaiman Pawan Teh, yang terlibat dalam 
  kontroversi membabitkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas pada 
  tahun 80an, meninggal dunia di Medan, Indonesia hari ini. Allahyarham 
  berusia 73 tahun. Adiknya, Datuk Wan Mahmood Pawanteh 
  berkata Allahyarham Wan Sulaiman dipercayai diserang sakit jatung dan 
  meninggal dunia pukul 5 petang. Beliau berada di Medan untuk 
  menyambut hari raya bersama keluarga isterinya Norhayati, kata Wan Mahmood 
  kepada Bernama, malam ini. Jenazah Wan Sulaiman akan diterbangkan 
  ke Kuala Lumpur tengahari esok sebelum dibawa ke rumahnya di Jalan Ara, 
  Bangsar dan dikebumikan pada hari yang sama. Beliau dilantik 
  sebagai hakim Mahkamah Agung pada 1 Jan 1985. Wan Sulaiman 
  digantung bersama empat lagi hakim Mahkamah Agung pada 6 Julai 1988 
  berikutan persidangan khas mahkamah yang menghalang sebuah tribunal 
  daripada mengemukakan cadangan mengenai kedudukan Tun Salleh, yang ketika 
  itu dalam penggantungan, kepada Yang di-Pertuan Agong. Pada 7 Okt 
  1988, Allahyarham telah dilucutkan jawatannya. Wan Sulaiman, 
  dilahirkan di Teluk Intan pada Mac 1926, menerima pendidikan awal di 
  Raffles College, Singapura sebelum meneruskan pengajian undang-undang di 
  Lincoln Inn dan dipanggil ke English Bar pada 8 Feb 1955. Beliau 
  menyertai Perkhidmatan Perundangan sebaik pulang dan dilantik sebagai 
  magistret pada 22 April 1955. Selepas itu, beliau telah berkhidmat 
  dalam berbagai jawatan termasuk Presiden Mahkamah Sesyen, Timbalan 
  Pendakwa Raya, Pemangku Pegawai Undang-undang Pahang, Johor dan Selangor, 
  Peguam Kanan Persekutan, dan pemangku Penggubal Undang-undang Parlimen. 
  Beliau juga pernah menjadi Peguamcara Negara pada tahun 1965 
  sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada Mei 1966. Wan 
  Sulaiman dua kali terlepas jawatan Ketua Hakim Negara -- kali pertama pada 
  tahun 1983 apabila Tun Salleh dilantik ke jawatan itu dan sekali lagi pada 
  tahun 1984 berikutan pelantikan Tun Abdul Hamid Omar. -- 
  BERNAMA


H-Net* EZAM MENGAKU TIDAK BERSALAH, MINTA DIBICARA

2000-01-14 Terurut Topik Concorde





  
  

  EZAM MENGAKU 
  TIDAK BERSALAH, MINTA DIBICARA 
  

   Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar yang juga Ketua Pemuda 
  Parti Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor dibebaskan selepas diikat jamin 
  RM7,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu hari perbicaraan 
  bermula 5 Jun depan. Dia dituduh mengikut Akta Rahsia Rasmi di Mahkamah 
  Majistret di sini hari ini. 
  

  
  PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Ketua 
  Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Mohamad Ezam Mohd Noor hari ini 
  mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi di 
  Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim 
  menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 5 Jun ini. Ezam 
  kemudian dibebaskan selepas diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. 
  Beliau didakwa mengikut Seksyen 8(1) (i) Akta Rahsia Rasmi 1972 
  (Akta 88) yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 
  daripada satu tahun atau tidak melebihi tujuh tahun. Beliau 
  didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Nov tahun lalu pada kira-kira pukul 
  12.45 petang di ibupejabat parti itu di No 101 dan 201 blok A Pusat 
  Dagangan Phileo Damansara II, di sini. Ezam dituduh memiliki dan 
  memaklumkan kepada media dalam satu persidangan akhbar mengenai maklumat 
  rahsia rasmi iaitu laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap Menteri 
  Perdaganan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz dan bekas 
  ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Cik. Ezam, 33, 
  diwakili empat peguambela, Sivarasa Rasiah, Hasnal Rezua, Asraf Abdul 
  Razak dan Hamidzun Khairuddin. Ahli keluarga dan penyokong beliau 
  turut hadir dan memenuhi bilik mahkamah sejak awal pagi. Para penyokong 
  beliau juga kelihatan berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah. 
  Timbalan Pendakwa Raya Shamsul Sulaiman sebelum itu meminta 
  mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 ke atas Ezam tetapi pihak pembela 
  merayu agar dikurangkan atas alasan Ezam seorang ahli politik terkenal 
  yang telah memberi kerjasama kepada polis dengan menghadirkan diri dalam 
  semua siasatan polis serta hadir di mahkamah hari ini. Ezam 
  dijamin oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Keadilan, Hanafiah Man. 
  Beliau ditahan selepas membuat satu aduan polis berhubung laporan 
  sebuah akhbar harian di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini petang 
  semalam. -- 
BERNAMA
 be1401_1.jpg


H-Net* ABDULLAH ZIARAHI MAYAT MENDIANG BAPA TSU KOON

2000-01-14 Terurut Topik Concorde





  
  

   ABDULLAH ZIARAHI MAYAT 
  MENDIANG BAPA TSU KOON 
  

   
  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad 
  Badawi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Datuk Koh Pen Ting, 
  bapa Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di kediaman mendiang bapanya di 
  Persiaran Midlands, Jalan Burmah di sini hari ini. 

  

  
  PULAU PINANG, 14 Jan (Bernama) -- Timbalan 
  Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi petang ini 
  menziarahi mayat mendiang bapa Ketua Menteri, Datuk Koh Pen Ting di 
  kediamannya di Persiaran Midlands di sini. Ketibaan 
  beliau disambut Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan isteri, Puan Sri Chui Kah Peng 
  serta beberapa anggota keluarga. Abdullah menghabiskan masa 
  kira-kira 15 minit di situ sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. 
  Menurut Koh, Abdullah juga menyampaikan ucapan takziah daripada 
  Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan isteri, yang kini 
  berada di luar negara. Selain Abdullah, Menteri Pendidikan, Tan 
  Sri Musa Mohamad dan bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Ibrahim Saad 
  turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Mayat mendiang 
  Koh akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, di sini pada 
  pukul 11 pagi esok. -- 
BERNAMA
 blue.gif
 be1401_21.jpg


H-Net* Ganjaran di sebalik hijab

2000-01-14 Terurut Topik Concorde




Ganjaran di sebalik hijab
HIKMAH di sebalik pensyariatan batas-batas hijab yang dinyatakan dalam 
tulisan di atas ialah: 

Memelihara kehormatan wanita dari pencerobohan. 

Memelihara wanita dari segala bentuk eksploitasi. 

Membolehkan wanita dinilai dari sudut intelek, ilmu, kemahiran dan 
keperibadian -- bukan dari sudut kecantikan dan tubuh badan. 

Memelihara lelaki dari terjerumus ke dalam dorongan nafsunya. 

Memelihara manusia dari terjebak dalam maksiat seperti tingkah laku lucah, 
pornografi, rogol, cabul, perzinaan dan seks bebas. 
Zina adalah maksiat yang besar yang dicegah oleh Islam. Allah taala berfirman 
yang bermaksud: 
Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah satu kejahatan dan 
seburuk-buruk jalan. (Surah Al-Israq: 32) 
Keburukan zina diakui oleh semua bangsa dan agama. Sebab itulah, Islam 
memberatkan hukuman bagi penzina dan mengetatkan batas-batas hijab bagi menutup 
pintu zina. 
Matlamat tertinggi dari segala batas ini ialah mewujudkan satu kehidupan 
sosial yang stabil dan sejahtera. Kehidupan yang membezakan antara manusia 
dengan haiwan. 
Dengan mengamalkan hijab seperti yang dianjurkan, tidak menjamin 
kesejahteraan masyarakat 100 peratus dari maksiat yang hendak dicegahnya. Ini 
adalah satu perkara yang mustahil. Hatta di zaman Rasulullah saw sendiri zina 
dan maksiat lain tetap berlaku. 
Apa yang Islam hendak pastikan ialah meminimumkan maksiat sehingga ia tidak 
berleluasa seperti hari ini dan kewujudannya tidak mempengaruhi kesejahteraan 
sosial masyarakat. Berbanding dengan kehidupan hari ini, maksiat yang ada begitu 
berleluasa sehingga anak kecil tidak terselamat dari terdedah kepadanya melalui 
media massa dan kehidupan seharian. 
Hijab seorang wanita ialah dengan menjaga penampilan zahirnya dari sudut 
pakaian dan perhiasan serta tingkah laku dan gaya tubuh badan bagi mengelakkan 
tarikan lelaki terhadapnya dan dorongan nafsunya terhadap lelaki. 
Ada di antara perkara ini yang telah tetap, tidak berubah. Ada yang 
pelaksanaannya merujuk pada persekitaran dan adat dan ada pula yang wujud khilaf 
ulama di dalamnya. 
Dalam rangka seseorang mempunyai pilihan antara pelbagai pandangan ulama, ia 
mempunyai pilihan untuk memilih di antara pandangan-pandangan itu selama ia 
memahami dalil dan hujah di sebaliknya. 
Memang penting untuk diingatkan, agar kita tidak memilih di antara 
pandangan-pandangan ulama semata-mata kerana mencari kemudahan, meringan-ringan 
dalam beramal, kerana malu atau segan, kerana ikut-ikutan atau apa jua sebab 
keduniaan. 
Wanita hanya tidak berkewajipan untuk berhijab 100 peratus hanya kepada 
seorang lelaki yang merupakan suaminya. 

Nota: Penulis adalah Pengurus Sekretariat Perdaus. 



H-Net* Konsep 'Tassabut dan Tabayyun' dalam Islam

2000-01-14 Terurut Topik Concorde




Konsep 'Tassabut dan Tabayyun' dalam Islam 
Oleh Ustaz Ismail Haron 

ISU persekolahan wajib hangat dibincangkan sekarang. Ada segelintir anggota 
masyarakat Melayu/Islam berasa khuatir implikasinya terhadap peranan dan masa 
depan madrasah di Singapura. 
Ada juga membuat andaian yang terlalu jauh seolah-olah madrasah setempat 
akhirnya akan menerima nasib yang sama seperti sekolah-sekolah Melayu. 
Kekhuatiran yang diutarakan dapat difahami tetapi seperti isu-isu sebelum 
ini, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal emosi. Terlalu 
emosional dan melenting tanpa syura sesama kita dan para ahlinya adalah 
perbuatan sia-sia. 
Memang tidak salah menjadi vokal, hero atau pembela umat tetapi mesti di 
platform dan masa yang sesuai. Retorik tanpa perbincangan dan tindakan bermakna 
akan hanya merumitkan keadaan. Lebih buruk lagi, ia memberi isyarat yang salah 
kepada pihak-pihak tertentu. Kalau silap langkah, diri sendiri dan masyarakat 
yang akan rugi. 
Dari itu, kita perlu mengamalkan sikap 'Tassabut dan Tabayyun' semasa 
berhadapan dengan sesuatu masalah. Ia penting bagi mengelakkan salah faham dan 
tuduhan tergesa-gesa yang kelak akan merugikan kita semua. 
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 'Tassabut dan Tabayyun' di dalam Islam? 

Tassabut ertinya menetapkan sesuatu hal berlandaskan dalil yang kukuh secara 
teliti dengan tidak tergesa-gesa. Ayat-ayat Quran ingatkan umat amalkan 
Tassabut dan Tabayyun 
Tabayyun pula bererti mencari ketetapan dari suatu hakikat yang dapat menjadi 
jelas dan terang keadaannya. Pengertian Tabayyun hampir sama dengan pengertian 
Tassabut. 
Kekata Tassabut dan Tabayyun terkandung dalam Al-Quran seperti firman Allah 
taala: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang di jalan 
Allah, maka telitilah... (Surah An-Nisaa: 94). 
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu 
berita maka periksalah dengan teliti... (Surah Al-Hujurat: 6). 
Dalam surah An-Nisaa, kekata Tassabut digunakan untuk teliti dan di dalam 
surah Al-Hujurat, lafaz Tabayyun pula digunakan untuk teliti. 
Menurut Ibnu Jarir, kedua-duanya bererti mencari kepastian dan kejelasan 
dengan berdasarkan dalil dan bukti yang teliti. Dapat juga diertikan tidak 
tergesa-gesa dalam menghadapi sesuatu perkara, tanpa gelabah dan gegabah. 
Ada banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang mengingatkan umat Islam supaya 
mengamalkan sikap Tassabut dan Tabayyun. Sila rujuk surah An-Nisaa ayat 83, 
surah Al-Isra ayat 36, surah An-Nur ayat 15 dan ayat-ayat lainnya. 
Islam amat menggalakkan kita mengumpul dan menganalisis suatu perkara dari 
pelbagai perspektif, lebih-lebih lagi terhadap perkara-perkara yang masih 
tertutup, samar-samar atau tidak jelas. Kesan negatif menimpa jika tiada 
konsep tersebut 
Rasulullah saw telah menasihatkan Saidina Ali bin Abi Talib ketika beliau 
hendak diutus kepada penduduk Yaman, dengan sabda baginda: "Sesungguhnya Allah 
akan memberikan hidayah ke dalam hatimu dan memantapkan lidahmu. Maka apabila 
dua orang bermasalah telah berada di hadapanmu, jangan sekali-kali engkau 
memutuskan perkara sehingga engkau mendengar pengaduan dari yang lainnya 
sebagaimana engkau mendengarkan pengaduan dari orang pertama. Sebab, yang 
demikian itu lebih baik bagimu saat engkau menjatuhkan keputusan yang jelas." 
(Hadis riwayat Abu Daud). 
Dari itu, tiadanya sikap Tassabut dan Tabayyun boleh mengakibatkan 
kesan-kesan negatif dalam dakwah Islamiyah, umpamanya: 

Cenderung bersikap ekstrim. 

Timbul rasa cemas, pertumpahan darah dan akhirnya penyesalan. 

Renggangnya saf (barisan) umat. 

Timbul prasangka negatif sesama kita. 

Mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. 
Kesimpulannya, bersikap Tassabut dan Tabayyun adalah termasuk akhlak Islami. 
Ia banyak memberi manfaat dalam kita berdakwah secara kolektif. Masyarakat 
intelek yang bersikap kritis pemikiran dan pertimbangan dengan sendirinya akan 
terbentuk. 
Seterusnya, segala kelemahan dan kepincangan semasa bertindak dapat diatasi 
dan dakwah Islamiyah dapat diteruskan dengan jayanya. Nota: Penulis 
adalah seorang lulusan universiti Madinah dan kini pendakwah. 



H-Net* ABDUL RAHMAN BIN AUF

2000-01-14 Terurut Topik Concorde




ABDUL RAHMAN BIN AUF

Hartawan, dermawan dan pejuang

KISAH SEJARAH -- Sulaiman Jeem (Penulis Khas)
ANTARA sahabat unggul ialah Abdul Rahman bin Auf. 
Beliau seorang hartawan, dermawan dan pejuang. 
Kekayaannya melimpah ruah. Namun beliau terus menganggap dirinya sebagai 
pengamanah harta Allah swt. 
Beliau hidup secara sederhana sehinggalah pada akhir hayatnya. 
Abdul Rahman mempunyai beribu-ribu binatang ternakan. Seratus ekor kudanya 
boleh digunakan untuk berperang. Jumlah untanya pula 100 ekor, sementara jumlah 
kambingnya sebanyak 10,000 ekor. Hartanya tidak terkira banyaknya. 
Bagaimanapun, ketika beliau meninggal dunia, seperempat daripada jumlah 
kekayaannya menyamai 84,000 dinar ketika itu. 
Abdul Rahman pernah dianggap hartawan terkaya di Makkah dan kemudian di 
Madinah. Namun beliau juga paling banyak memerdekakan hamba sehingga 
mengakibatkan banyak kerugian kepada para pemiliknya. 
Selain amat pemurah, beliau warak sehingga disebut oleh Rasulullah sebagai 
salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Zuhud yang 
senang membanding jasa daripada harta 
Sebagai seorang yang zuhud, beliau hidup berpada saja. Bahkan lebih senang 
membanding jasa daripada harta. 
Suatu hari hartawan Abdul Rahman menangis begitu pilu. 
Apabila ditanya mengapa beliau begitu bersedih, beliau menjawab: 
"Sahabatku Mas'ab, sesungguhnya, lebih baik daripadaku!" 
"Mengapa?" tanya seorang sahabat. 
"Dia meninggal dunia pada zaman Rasulullah tanpa mempunyai sehelai kain yang 
boleh dijadikan pembalut jenazahnya." 
Abdul Rahman juga menyatakan bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul 
Mutalib, merupakan manusia lebih utama daripadanya. 
Hamzah terkorban dalam Perang Uhud. Oleh keadaan miskin ketika, mayat Hamzah 
kekurangan kain kafan. 
Abdul Rahman amat takut dileka oleh kekayaannya. 
Beliau dilahirkan 10 tahun setelah Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad 
saw. 
Beliau dibesarkan di kota Makkah yang penuh dengan pelbagai kejahatan 
masyarakat jahiliah ketika itu, termasuk penyembahan pelbagai berhala. 
Namun beliau terhindar dari segala kejahatan tadi. Sebaliknya, sebelum Islam, 
beliau telah beranggapan minuman arak adalah terlarang. Sifat terpuji ini 
berterusan ketika kebangkitan dan perkembangan Islam di kota Makkah dan 
selanjutnya di Madinah. 
Sebelum Rasulullah memasuki Darul Arqam, markas penyampai dakwah Islam secara 
sembunyi, Abdul Rahman telah menganut Islam. 
Namanya sebelum memeluk agama Islam ialah Abdul Kaabah. Namun Rasulullah 
memberikannya nama Abdul Rahman sebaik-baik sahaja beliau mengucap dua kalimah 
syahadah. 
Dalam beberapa peperangan membela Islam, beliau ikut berjuang, antaranya 
Perang Badar dan Perang Uhud. 
Beliau pernah menderita ditusuk 21 liang tikaman di seluruh tubuhnya dan 
parah kakinya. 
Demi menegakkan syiar Islamiah beliau tidak sahaja rela menawarkan nyawanya, 
malah harta kekayaannya. 
Beliau sering menjadi pembiaya angkatan perang Muslim dengan membelikan 
pelbagai senjata dan keperluan jihad menentang musuh. 
Ketika umat Islam tertindas di Makkah pada peringkat awal, Abdul Rahman 
menuruti suruhan Nabi agar berhijrah ke Habsyah. 
Sebagai pedagang dan hartawan Quraisy yang berkedudukan tinggi di kalangan 
sukunya, beliau menolak ajakan kaumnya menentang ajaran Muhammad. Malah 
sebaliknya beliau berusaha mengembangkan agama Allah itu tanpa takut dan gentar. 

Akibatnya pelbagai tekanan kaumnya kepada dirinya dan anak isterinya tidak 
dipedulikan. Tidak lama setelah itu beliau kembali semula ke Makkah hinggalah 
saat Allah memerintahkan Rasulullah melakukan hijrah ke Madinah. 
Abdul Rahman dipersaudarakan dengan anggota kaum Ansar, Saad bin Rabi'. Cara 
ini dilakukan oleh Rasulullah demi meneguhkan semangat ukhuwah Islam. 
Menurut riwayat, Rasulullah pernah bersolat di belakang Abdul Rahman satu 
rakaat di salah satu daripada perjalanan baginda. Diserahkan tugas lindungi 
Ummahatul Mukminin 
Rasulullah pernah menyerahkan tugas melindungi Ummahatul Mukminin iaitu para 
isteri Rasulullah, kepada Abdul Rahman. Setelah kewafatan Rasulullah, Ummahatul 
Mukminin menunaikan ibadat haji di bawah perlindungan Abdul Rahman. 
Ketika Umar Al-Khattab menyandang jawatan khalifah, Abdul Rahman ditugaskan 
sebagai ketua rombongan haji pada tahun pertama pemerintahannya. 
Pengorbanannya amat dihargai oleh Rasulullah dan para sahabat, termasuk 
khalifah Abu Bakar Assidiq, Umar Al-Khattab dan Usman bin Affan. 
Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah, pada usia 74 tahun. 
Jenazahnya disembahyangkan oleh ramai sahabat termasuk khalifah Usman bin Affan, 
Zubair Ibnul Awwam dan tokoh-tokoh sahabat ternama yang lain. 



H-Net* MARINA DIDAKWA DI MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH

2000-01-14 Terurut Topik Concorde





  
  

   MARINA DIDAKWA DI MAHKAMAH 
  SESYEN BUTTERWORTH 
  

  Naib Presiden Parti Keadilan Nasional, Marina Yusoff, yang diiringi 
  penyokong-penyokongnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 
  tuduhan menghasut pada tahun lalu. Ia mengaku tidak bersalah terhadap 
  tuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang 
  penjamin sementara menunggu perbicaraannya selama lima hari mulai 17 April 
  ini. 
  

  
  BUTTERWORTH, 14 Jan (Bernama) -- Naib 
  Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Marina Yusoff hari ini 
  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menghasut pada tahun 
  lalu. Marina, 58, mengaku tidak bersalah terhadap 
  tuduhan dibacakan dan Hakim Zanol Rashid Hussain menetapkan perbicaraan 
  selama lima hari mulai 17 April ini. Hakim Mahkamah Sesyen 1, Siti 
  Maria Ahmad yang akan memulakan tugas di mahkamah itu minggu depan akan 
  mendengar kes terbabit. Zanol membenarkan Marina diikat jamin 
  sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan. 
  Marina dituduh menyebut kata-kata menghasut iaitu: "Saya nak 
  ingatkan orang Melayu, orang Cina, orang India, punca 13 Mei. Puncanya 
  ialah Umno, Umno yang mula membunuh orang Cina kerana Umno di Selangor 
  sudah kalah. Pembunuhan orang Cina dimulakan oleh Umno, masa itu 
  dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Selangor diketuai oleh Datuk Harun." 
  Marina dituduh menyebut kata-kata menghasut itu di Moral Uplifting 
  Society Hall di Jalan Tanah Liat antara pukul 9.41 malam dan 10.08 malam 
  pada 29 Sept, 1999. Dia didakwa melakukan kesalahan itu menurut 
  Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum menurut 
  Seksyen 4(1) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum 
  denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 
  Peguam Marina, Mohideen Abdul Kader juga memohon kepada mahkamah 
  untuk membenarkan Marina, seorang peguam, mewakili dirinya pada 
  perbicaraan kelak tetapi Timbalan Pendakwa Raya, K.Muniandy berhujah 
  supaya permohonan itu dikemukakan kepada hakim yang akan mendengar 
  perbicaraan itu kelak. Selain Muniandy, pendakwaan turut diwakili 
  Noorbahri Baharuddin. Marina yang berbaju kurung putih dan hitam serta 
  berkot hitam dan bertudung putih, tiba di perkarangan bangunan Mahkamah 
  Sesyen pada kira-kira pukul 9.05 pagi. Laporan akhbar sebelum ini 
  menyebut bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam 
  tetapi katanya beliau dimaklumkan oleh pihak polis bahawa prosiding itu 
  akan dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini. Lebih 50 penyokong dan 
  pemimpin parti pembangkang termasuk Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow, 
  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Law Heng Kiang (DAP) 
  dan ADUN Penanti, Abdul Rahman Kadir (Keadilan) serta beberapa penyokong 
  turut berada di perkarangan mahkamah menunggu ketibaan Marina. 
  Sebaik sahaja urusan ikat jamin oleh rakan beliau, Mustapha Kamal 
  Yusof selesai pada kira-kira pukul 10.50 pagi, beberapa penyokongnya 
  melaungkan reformasi dan bertakbir sebaik Marina turun dari mahkamah yang 
  terletak di tingkat tiga. Beliau kemudiannya menjadikan 
  perkarangan mahkamah sebagai pentas untuk berucap kepada 
  penyokong-penyokongnya. Antara lain Marina menyebut bahawa 
  perjuangannya adalah untuk rakyat dan tidak berasa gentar dengan tindakan 
  undang-undang itu kerana yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan. 
  -- BERNAMA
 blue.gif
 be1401_9.jpg


H-Net* KARPAL MINTA KESNYA DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI

2000-01-14 Terurut Topik Concorde





  
  

  KARPAL MINTA 
  KESNYA DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI 
  
 
  

  
  KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Timbalan 
  Pengerusi DAP Karpal Singh, yang didakwa hari ini mengikut Akta Hasutan, 
  berkata beliau mahu kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di 
  Mahkamah Sesyen. Katanya, ini kerana mungkin inilah kali 
  pertama di negara-negara Komanwel seorang peguam didakwa atas apa yang 
  disebutnya di mahkamah. "Memandangkan kepentingan kes ini, ia akan 
  memberi kesan ke atas keseluruhan profesion undang-undang di negara ini," 
  katanya. Di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Christopher 
  Fernando, salah seorang peguam yang membantu Karpal Singh dalam kesnya, 
  berkata, Karpal Singh akan membuat permohonan berhubung ketahanan 
  pertuduhan ke atasnya. Hakim Abdul Karim Abdul Jalil kemudian 
  menetapkan 26 Feb untuk mendengar kes selepas Karpal memberitahunya bahawa 
  beliau akan memohon untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi. 
  Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya, Mohd Zaki Md Yassin 
  memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menerima arahan untuk memindah 
  kes Karpal ke Mahkamah Tinggi. Karpal didakwa menuduh "orang di 
  peringkat atasan" mencuba meracun bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk 
  Seri Anwar Ibrahim semasa mewakili Anwar di perbicaraan liwatnya pada 10 
  Sept tahun lalu. Karpal mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan 
  itu di Mahkamah Tinggi di sini pada kira-kira 9.10 pagi pada 10 Sept tahun 
  lepas. Beliau didakwa telah menyebut kata-kata menghasut semasa 
  berhujah mengenai isu keracunan arsenik membabitkan Anwar, iaitu: "Mungkin 
  ada seseorang yang mahu menghapuskannya...malah sehingga ke tahap 
  membunuh", dan "Saya mengesyaki bahawa beberapa orang di peringkat atasan 
  bertanggungjawab bagi perkara itu." Karpal berkata beliau mahu 
  kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana dari situ, ia boleh dibawa 
  sehingga ke mahkamah tertinggi di negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan. 
  "Saya fikir, Mahkamah Persekutuan mesti membuat pendirian untuk 
  membuat keputusan tetap sama ada seorang peguam yang sedang menjalankan 
  tugasnya di mahkamah undang-undang boleh didakwa atas apa sahaja yang 
  disebutnya di mahkamah," tambah beliau. "Dibawah Seksyen 418A Kod 
  Prosedur Jenayah, Peguam Negara boleh minta memindahkan kes sebegini ke 
  Mahkamah Tinggi melalui sijil," tambahnya. -- 
  BERNAMA


H-Net* Hijab: Aurat meliputi gaya suara dan jalan wanita

2000-01-14 Terurut Topik Concorde




BAHAGIAN KEDUA  
TERAKHIR

Hijab: Aurat meliputi gaya suara dan jalan wanita

HUKUM SYARIAH -- Muhd Haniff Hassan 
TERMASUK dalam erti hijab bagi wanita ialah menjaga gaya tutur kata dan 
pertuturannya. 
Ia hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik 
perhatian lelaki secara sengaja atau tidak sengaja, seperti gaya pertuturan yang 
atau dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang memberahikan. Firman Allah 
taala yang bermaksud: 
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap 
dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang 
yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan 
berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah Al-Ahzab: 32) 
Sebahagian ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa suara wanita adalah 
aurat juga. Namun semua bersetuju, walaupun di kalangan pihak yang berpendapat 
suara bukan aurat bagi wanita, bahawa wanita tidak boleh bertutur dengan gaya 
yang boleh menimbulkan tarikan lelaki terhadapnya. Gaya jalan 
Termasuk dalam hijab ialah gaya jalan seorang wanita. Ini berdasarkan pada 
firman Allah taala yang bermaksud: 
... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang 
tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah An-Nur: 31) 
Ayat ini mengharamkan wanita memakai pergelangan kaki yang berloceng sehingga 
apabila ia berjalan loceng itu berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki 
kerana ayat ini diturunkan merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang 
sedemikian. Berdasarkan ayat ini juga, wanita dilarang memakai pergelangan 
tangan yang mengeluarkan bunyi loceng yang menarik perhatian dan larangan wanita 
dari melenggok-lenggokkan tubuh badannya sehingga menarik perhatian lelaki. 
Lantaran kurang kefahaman, amalan memakai alat perhiasan berloceng ini 
didapati juga di kalangan wanita yang memakai hijab pakaian. Berkhalwat 
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang terasing dengan lelaki yang 
bukan mahram. Larangan ini wujud dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud: 
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah 
berkhalwat dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari 
mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad) Bersentuh kulit 
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek ini kerana hadis berikut yang 
bermaksud: 
"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu 
lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat 
At-Tabrani  Al-Baihaqi) 
Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang menjadi pegangan majoriti ulama 
kecuali mazhab Maliki. 
Ini juga aspek hijab yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita. Tunduk 
pandangan 
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga memerintahkan wanita menundukkan 
pandangannya dari melihat lelaki. Ini berdasarkan firman Allah taala yang 
bermaksud: 
Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah agar mereka menundukkan 
pandangan mereka. (Surah An-Nur: 31) 
Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas orang lelaki dari melihat 
wanita. Walaupun seorang lelaki berpakaian menutup aurat, namun ia tidak 
bermakna boleh seorang wanita melihatnya tanpa tujuan yang dibenarkan begitu 
juga lelaki. Bersolek dan menghias diri 
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Ini berdasarkan firman 
Allah taala yang bermaksud: 
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang 
Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33) 
Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan 
solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami. 
Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi 
tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian 
lelaki. 
Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas wanita yang melampaui aspek 
pakaian dan tudung semata-mata. Seharusnyalah wanita-wanita Islam memahaminya 
dan berusaha untuk melaksanakannya. Batas-batas ini bukanlah satu kongkongan 
tetapi ia mengandungi hikmah dan kebaikan yang ditetapkan oleh Allah taala Yang 
Maha Bijaksana. 



H-Net* CUEPACS JUMPA JPA BINCANG PEMANSUHAN SISTEM MATRIK FEB INI

2000-01-14 Terurut Topik Concorde





  
  

  CUEPACS JUMPA 
  JPA BINCANG PEMANSUHAN SISTEM MATRIK FEB INI 
  
 
  

  
  KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama)-- Cuepacs akan 
  mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) awal bulan 
  depan bagi menjelaskan kepada jabatan itu kenapa pelaksanaan sistem 
  matrik, iaitu kenaikan gaji secara melintang dan menegak di bawah Sistem 
  Saraan Baru (SSB), perlu dimansuhkan. Presiden Cuepacs, 
  N. Siva Subramaniam berkata semasa pertemuan dengan Ketua Pengarah JPA Tan 
  Sri Samsudin Osman itu pihaknya akan memaklumkan mengenai 
  rungutan-rungutan yang diterima Cuepacs berhubung wujudnya penyelewengan 
  dalam pelaksanaan sistem matrik. "Cadangan pemansuhan ini hanya 
  membabitkan sistem matrik sahaja dan bukannya SSB secara keseluruhan," 
  katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan 
  peralatan sekolah untuk 70 anak-anak anggota kesatuan, di sini, hari ini. 
  Beliau berkata Cuepacs juga sudah menghantar sepucuk surat kepada 
  Samsudin bagi memaklumkan wujudnya penyelewengan dalam pelaksanaan sistem 
  matrik di Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah. "Dalam surat tersebut 
  yang salinannya dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul 
  Halim Ali, pihak kami telah memaklumkan bahawa 65 hingga 70 peratus 
  kakitangan di Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah yang mendapat kenaikan 
  gaji melintang dan menegak baru-baru ini adalah dibuat secara tidak sah," 
  katanya. Siva Subramaniam berkata pihaknya meminta JPA, 
  Kementerian Pendidikan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat perkara 
  tersebut bagi memastikan penyelewengan itu tidak berterusan. Abdul 
  Halim dalam satu kenyataan semalam berkata beliau memberi jaminan akan 
  meneliti pandangan semua pihak mengenai kemungkinan mengubahsuai 
  pelaksanaan SSB sedia ada. Ditanya mengenai cadangan Menteri 
  Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn semalam supaya diwujudkan sebuah 
  jawatankuasa khas yang berperanan mengawasi pihak penilai bagi memastikan 
  tidak berlaku penyelewengan dalam penilaian prestasi pekerja, Siva 
  Subramaniam berkata Cuepacs tidak bersetuju dengan cadangan Dr Fong itu. 
  "Cuepacs berpendapat adalah lebih wajar penilaian berasaskan 
  sistem matrik sekarang dihapuskan keseluruhannya," katanya. -- 
  BERNAMA


H-Net* RAFIDAH TIDAK BERTANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO

2000-01-14 Terurut Topik Concorde





  
  

   RAFIDAH TIDAK BERTANDING 
  JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO 
  
 
  

  
  KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Menteri 
  Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini 
  mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan naib presiden UMNO 
  pada pemilihan parti Mei ini tetapi membayangkan kemungkinan bertanding 
  untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita. "Saya tidak 
  beria-ria untuk membuat sesuatu yang lebih...bertanding jawatan naib 
  presiden. Lupakan itu. Jika saya mahu bertanding jawatan naib presiden, 
  saya pasti telah melakukannya lama dulu." "Biarlah lelaki sahaja 
  yang berlawan untuk naib presiden. Saya tidak perlu menyertainya," kata 
  beliau ketika diminta menyatakan pendiriannya mengenai permintaan agar 
  beliau bertanding jawatan itu. Rafidah, yang memimpin Pergerakan 
  Wanita selama 12 tahun sebelum tewas kepada Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman 
  pada 1996, berkata, beliau akan melihat maklum balas ahli-ahli dan 
  "kemungkinan membuat keputusan akhirnya jawatan mana yang hendak 
  ditandinginya". Rafidah berkata demikian kepada pemberita selepas 
  menemui delegasi daripada Dewan Perniagaan dan Industri Jepun, Bangkok di 
  sini. Menurut beliau, kebanyakan anggota Wanita yang ditemuinya 
  turut melahirkan perasaan yang sama agar beliau tidak bertanding jawatan 
  naib presiden. Ditanya mengenai cadangan agar beliau bertanding 
  jawatan naib presiden dan bukannya Ketua Pergerakan Wanita, Rafidah 
  berkata beliau percaya orang yang sama tidak mahu beliau bertanding 
  jawatan Wanita itu bagi "melindungi kedudukan mereka." "Mungkin 
  sesetengah orang tidak mahu saya bertanding Ketua Pergerakan Wanita bagi 
  menyelamatkan kedudukan mereka sendiri...saya tidak tahulah," katanya. 
  Anggota Exco Wanita, Datuk Maznah Abdul Hamid baru-baru ini 
  menyeru Rafidah tidak bertanding bagi kepimpinan pergerakan itu dan 
  sebaliknya perlu bersaing bagi jawatan naib presiden. Maznah 
  dilaporkan sebagai berkata bahawa Rafidah "terlebih layak" bagi jawan 
  Ketua Pergerakan Wanita. Menjawab satu soalan, Rafidah menyelar 
  sesetengah pihak yang menyatakan perlunya menjaga perpaduan dalam Wanita 
  UMNO terutamanya menjelang pemilihan UMNO ini. "Apabila ada orang 
  mahu melawan saya dulu, tidak ada orang bercakap tentang perpaduan, 
  apabila ada yang membuat keputusan melawan saya, mereka berhenti bercakap 
  tentang perpaduan, mereka kata ini demokratik. "Orang mempunyai 
  alasan mereka sendiri untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan pemikiran 
  mereka ketika itu. Kenapa mereka tidak memikirkan tentang ini apabila 
  mereka membuat keputusan bertanding jawatan Wanita tiga tahun lepas," 
  katanya. "Perpaduan perlu dikekalkan setiap masa tetapi mereka 
  mempunyai anggapan berbeza dulu, untuk menyesuaikan dengan kepentingan 
  sendiri, matlamat sendiri. Itulah yang saya dapat lihat," katanya. 
  Pada masa yang sama, Rafidah mengucapkan penghargaan kepada semua 
  pihak yang memuji beliau dan mencadangkan agar beliau bertanding jawatan 
  lebih tinggi dalam parti. Beliau juga mengingatkan pemimpin parti 
  agar tidak melebihi batas dalam kempen mereka atau mengubah pemilihan 
  parti menjadi medan perang yang mungkin memecahkan parti itu. "Apa 
  gunanya menjadi pemimpin jika parti itu tinggal untuk menjadi lemah. Apa 
  gunanya menjadi pemimpin jika parti kita kalah dalam pilihanraya di tempat 
  yang tidak sepatutnya kita kalah? Tidak ada gunanya menjadi pemimpin pada 
  nama sahaja. "Kita hanya gembira jika kita menjadi pemimpin sebuah 
  parti yang kuat yang mendapat keyakinan semua pihak. Jika kita berlawan 
  sesama sendiri, pemimpin hanya ada untuk memegang jawatan," katanya. -- 
  BERNAMA
 blue.gif


Re: H-Net* Issue Wahabi....

2000-01-14 Terurut Topik AS SALAFU ASLAM


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



 Salam buat sedara,

 Sudahlah tu tak sudah-sudah pertikaikan soal
 Wahabi ni. Banyak persoalan yang lebih besar dan lebih
 penting yang patut sedara tumpukan.

 Cubalah berfikir dengan lebih rasional dan jangan
 sibuk mengikut nafsu saja

Betul tu saudara,

Saya meminta saudara2 seperti JALALUDIN RUMI, Sani Norku dsbnya (
SUFI ENTHUSIAST) supaya BERHENTI MENAIKKAN isu Wahabbi.

Saya respon sebab saya tak izinkan FITNAH kepada sesama Islam lebih2
lagi kepada Ulama besar seperti Muhammad bin Abdul Wahab yang banyak
berjasa kepada dunia Islam dibenarkan.

lebih2 lagi fitnah tersebut di jalankan di atas nama AlQuran dan
Sunnah.


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: AS SALAFU ASLAM [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Jihad,satu pengorbanan mulia,bah5

2000-01-14 Terurut Topik Ali Zulfakar


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Oleh itu JIHAD menjadi satu perkataan yang terlalu mengerunkan bagi 
musuh-musuh Islam ini .Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan JIHAD ? Adakah 
ianya HOLLY WAR seperti yang diterjemahkan oleh sebahagian penulis Barat 
ataupun segerombolan lelaki berkuda , berjambang , berserban dan dengan 
pedang di terhunus di tangan mereka menggempur musuh ? Atau adakah ianya 
hanya terhasil dengan mengikat bom di seluruh badan kemudian mencamapakan 
diri ke arah musuh seperti yang dilakukan oleh pejuang-pejuang berani mati 
Palestine demi mempertahankan Al-Aqsa yang tercinta . Jadi di sini , saya 
akan cuba menghuraikan maksud jihad berdasarkan ilmu saya yang cetek ini .5
__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Ali Zulfakar" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Kuliyyah Maghrib.......3

2000-01-14 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan Maaf zahir batin.
Sambungan

Raja Najasyi pun rasa bangga,lalu baginda tanya
lagi,"Ada hangpa bawa apa2 message drpd
Rasulullah?"...Lalu jawab Ja`afar,"Ada,iaitu kami bawa
Surah Mariam."
[ Pasai apa Saiyyidina Ja`afar bawa Surah
Mariam?..Kena pd tempatnyalah krn Raja Najasyi
berugama Kristian ketika itu. ]
Apabila dengar saja cerita ttg Mariam yg suci yg
melahirkan Isa,termenunglah Najasyi sambil berlinangan
airmata,termasuklah tok2 paderi disekelilingnya sekali
turut menangis.Apabila melihat keadaan
sedemikian,wakil Quraisy,Amr bin `As (sebelum Islam)
pun menabur fitnah dgn mengatakan ,"Wahai
Najasyi,puak2 inilah juga yg kutuk Nabi Isa." Apabila
mendengar fitnah itu,tersentak juga Raja Najasyi,lalu
meminta penjelasan drpd Ja`afar.Maka jelas
Ja`afar,"Wahai Raja,kami katakan bahwa Nabi Isa itu
adalah hamba ALLAH; roh ALLAH; kalimat ALLAH yg
dicampakkan kpd Mariam yg suci lagi dara." Apabila
habis mendengar penjelasan Ja`afar,maka Najasyi pun
bersependapat dgn Ja`afar.Lalu Najasyi pun bagitau kat
wakil Quraisy,"Kalau hangpa bawa mai emas sebesar
gunung pun,aku tak akan bagi depa ni kat hangpa,krn
aku nak jaga depa."
[ Sebab drpd penerimaan Najasyi ke atas org2 Islam
inilah,maka ada sebahagian riwayat menyebut bahwa
antara solat ghaib yg pertama dilakukan oleh Nabi
s.a.w. ialah Nabi buat kpd Raja Najasyi yg telah
memeluk Islam. ]
Inilah diantara cara Islam yg datang di dlm satu
masyarakat,dan Islam yg telah berjaya diterangkan oleh
para sahabah r.a.,yg kita sendiri pun tak mampu nak
terangkan kpd org bukan Islam.

Kemudian ustaz Asri bagi satu lagi cnth,macamana
cara Rasulullah s.a.w. communicate dgn org bukan Islam
supaya menerima Islam.Caranya,ialah apabila baginda
Rasulullah menulis surat kpd Maharaja2 yg bukan Islam
(eg,Maharaja Rom),baginda akan menyelitkan bbrp ayat
dari Al-Quran,"Wahai ahli kitab,marilah kpd satu
kalimat antara kami dgn kamu.Kalau kamu tak mau ikut
aku dgn berpegang dgn ugama kamu pun takpa,tapi sama2
kita berpegang dgn satu kalimat iaitu jangan kita
abdikan diri melainkan kpd ALLAH."
[ Dgn memegang satu kalimah itu,maka mau tak mau,depa
kena terima Islam juga.Lalu selepas drpd itu,maka satu
persatu wilayah pun dapat menerima Islam. ]

Satu lagi cnth macamana kita nak terangkan ttg
Islam kpd bukan Islam ialah sepertimana firman ALLAH
dlm Al-Quran yg bermaksud,"Tuhan tidak melarang kamu
utk melakukan kebaikan kpd org2 yg tak memerangi kamu
dlm agama kamu,dan tak mengeluarkan kamu drpd kampung
halaman kamu.Dan apabila kamu buat baik dan adil kpd
mrk,sesungguhnya ALLAH suka kpd org2 yg adil."
[ Ayat macam nilah yg kita mau non-muslim dengaq.Kita
kena bagitau dekat depa ttg ayat2 Al-Quran dari masa
ke semasa,krn kebanyakkan depa ni bukan pernah tahu
akan maksud ayat2 Al-Quran.Tapi yg jadi masalahnya la
ni,ialah ada pula sesetengah org2 Melayu yg paham
bahwa Quran tak boleh bagi dekat org bukan Islam.Org
Melayu nanti kata,"Hang tak boleh ambil Quran,pasai
hang takdak ayaq sembahyang."...Laaa,nak ambik ayaq
sembahyang macamana,pasai dia tu bukan Islam...apa raa
punya Melayu. ]   

Ini,ada satu lagi cerita yg org bukan Islam perlu
tahu.Kisahnya berkisar semasa Baghdad diserang
tentera2 Tartar.Ust kata bahwa org2 Tartar ni dapat
tawan Baghdad krn atas kecuaian ummat Islam  itu
sendiri terhadap agama (yg mana sebelum itu,Baghdad
adalah satu tamaddun Islam yg unggul).
[ Inilah yg selalu terjadi; iaitu sapa2 yg cuai pd
agama,maka tunggulah hari kejatuhannya.Begitulah juga
dgn hal negara kita la ni,iaitu akan sampai pd tahap
itu (i.e. jatuh),sekiranya kita biarkan org2 yg tak
mau kpd agama memegang kuasa.Lihatlah saja semasa
kempen pilihanraya yg lalu.Media pro-BN attack
habis2an dgn menfitnah Islam; eg, kalau pilih
Islam,semua org tak boleh nak bekerja; pasai tangan
dah kena potongAwat,semua org Islam mencuri
ka?...Utk makluman tuan2,dlm sejarah Islam,drpd zaman
Nabi s.a.w. hinggalah sekarang,tak sampai 50 org pun
yg kena potong tangan krn mencuri..Awat,ingat
senang ka Islam nak potong tangan org,buta2 macam tu
saja?...Kita mau kpd Islam ialah krn ROH keadilan
Islam tu (diantaranya,seperti tidak memilih kasih) ]
Oleh krn kelalaian org2 Islam Baghdad inilah,maka
org2 Tartar menjadikan Baghdad sbg 'kolam
darah'.Semasa penduduk Baghdad ditawan (termasuklah
Kristian/yahudi),Sheikhul Islam Ibni Taimiyyah (seorg
ulama/panglima perang Islam),pun pergilah berunding
dgn org2 Tartar utk membebaskan tawanan perang.Lalu
org2 Tartar memberitahu bahwa mrk akan 

H-Net* IKLAN HARI INI

2000-01-14 Terurut Topik IKLAN


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wrh wbt..

Iklan untuk kali ini;

Iklan kali ini..

@IKLAN RUMAH@

From:  HALIMATUN HASHIM [EMAIL PROTECTED]
Subject:  Rumah untuk dijual/sewa  
  
Assalamualaikum 

LOKASI: Desa Serdang Kajang Selangor, bersebelahan Bukit Bayu.5min ke UPM,
15 min kePutra Jaya

RUMAH: Corner lot,dua tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air

Hubungi: Abdul Rahim tel # 016-2093411

Wasallam


From:  "syahrin zakaria" [EMAIL PROTECTED]
Subject:  Mencari Rumah Sewa  

Assalamualaikum
Saya ingin mencari rumah sewa di sekitar Shah Alam  Subang Jaya  USJ atau 
Puchong. Kalau boleh Apartment dengan kadar sewa sekitar 600 hingga 650. 
Kalau boleh ingin terus berurusan dengan tuan rumah.
sekian.


@IKLAN TANAH@

From:  Azahari Musa [EMAIL PROTECTED]
Subject:  Tanah Untuk Dijual  
 
Assalamualaikum,
Saya ingin mengiklankan tanah untuk dijual bagi pihak teman saya.
Butir-butirnya
adalah seperti berikut:
MUKIM: Keratong
Daerah: Rompin
Negeri: Pahang
Kelusaan Tanah : Lot A (581 ha), Lot B(931 ha) Lot C(1,575 ha)  Lot D(800
ha)
Juamlah keluasan kesemuanya : 9,605 ekar
Pajakan : 99 tahun
Harga: RM 48,000,000-00

Kepada sesiapa yang berminat , sila telefon Ayah Aji di 09-868-3545 atau
hubungi saya di 018-827-9934.

Sekian terima kasih

Selamat menyambut Aidil Fitri.

azahari haji musa

@IKLAN KENDERAAN@

From:  "ROSDI SULAIMAN, FINANCE" [EMAIL PROTECTED]  
Subject:  IKLAN MOTORSIKAL UTK DIJUAL  
 

ASSALAMMUALAIKUM...

SELAMAT BERPUASA...
MAAF MENGANGGU DISINI SAYA ADA SEBUAH MOTOSIKAL UNTUK DIJUAL,

JENIS : HONDA NSR RR 150 RACING
TAHUN : DEC 1997 ( BFH 657 )
HARGA : RM4500+++ SAMBUNG RM 1500 BOLEH DIRUNDING.. 
WARNA : HITAM PUTIH ( STANDARD )
BULANAN : RM241.00 ( FLAT PROTON )

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI,
ZALI : 03-5716220 ( R )
03-5152315 ( O ) 


From:  "Suzie Wong Abdullah" [EMAIL PROTECTED]  
Subject:  Proton Satria 1.3 (1998)  
 
  
Urgent sale. Proton Satria 1.3 tahun 1998. Selalu servis dan dalam keadaan 
yang tip-top. Tak rugi beli. Berminat sila tel.:

03 - 571 8630
019 - 329 5659

Hanita.

@IKLAN KOMPUTER@

From:  [EMAIL PROTECTED]
Subject:  Beli PC Hanya Dari RM75.00 sebulan?  
  
Assalamu'alaikum...

Perhatikan Iklan di kawasan anda :
PEMBIAYAAN KOMPUTER SECARA ISLAM HANYA DARI RM87.00 SEBULAN.

Pembiayaan Komputer Secara Islam melalui Bank Islam (M) Sdn Bhd.Pembayaran
melalui potongan gaji dibuka kepada pekerja tetap khasnya di daerah Kuala
Langat.

Dokumen :
1. Borang permohoanan
2. Salinan Slip gaji (3-bulan)
3. Salinan Borang J/EA
4. Salinan K/P
5. Surat pengesahan Majikan
6. Sebutharga komputer (Dari Kami)

** PERLUKAN SEORANG PENJAMIN **

Prosedur :-
1. Dapatkan sebutharga komputer dari kami.
2. Isikan borang yang disediakan
3. Sediakan dokumen yang diperlukan
4. Serahkan kepada Bank Islam.
5. Jangkamasa penghantaran adalah 2 minggu dari tarikh permohonan yang
lengkap.

Milikilah komputer peribadi yang lengkap dengan multimedia dengan 'internet'
atau, pilihlah dari pakej kami bersama printer atau komputer yang berkuasa
tinggi dengan sekim pembiayaan 100% secara islam.

BULANAN YANG RENDAH DARI HANYA RM75.00 ( 3 Tahun )**

TIADA BAYARAN PENDAHULUAN
TIADA CENGKERAM
TIADA CAGARAN
KELULUSAN SEGERA
PENGHANTARAN PERCUMA (Kuala Langat, Sepang, Klang dan Shah Alam)
JAMINAN SELAMA SETAHUN UNTUK PERKAKASAN

Pakej Cyrix MII 333Mhz hanya dari RM 75.00 sebulan.*
Pakej Celeron 400Mhz hanya dari RM 87.00 sebulan.**
Pakej PII 400Mhz hanya dari RM 95.00 sebulan.**
Pakej PIII 450Mhz hanya dari RM115.00 sebulan. **
Maksimun Loan adalah sehingga RM150.00 / sebulan atau RM5,000.00

*Multimedia,'Internet-ready' dan printer (Y2K)
**Multimedia dan 'Internet-ready' (Y2K)

Pilihan yang lebih berkuasa tinggi dan tahan lasak :-
Spesifikasi :
Motherboard ( PC100 atau AOpen atau AsusTek sahaja )
AMD atau Celeron atau Pentium II/III Processor
32MB SDRAM PC100Mhz ke atas
Sound  Graphics ( on Board atau Individual card )
4.3GB Hard Disk
50X CDROM
380Watt Speaker dan ke atas
Windows 98 Keyboard
Genius Mouse dan pad
Pencetak Canon / HP / Epson color
Modem Internal / External 56kbps
PERCUMA Meja, Screen Filter, Dust Cover dan diskette 1 Box

Promoter, Agen Jualan secara sambilan dialukan.
Promoter = RM50.00 / PC ( Komisen )
Agen Jualan = RM110.00 / PC (Komisen, Elaun minyak dan makan )
Rakan Kongsi = Profit margin mengikut kehendak anda.

Hubungi kami segera di :
AMN MAJU ENTERPRISE
( Naungan Excel Prestige (M) Sdn Bhd )
No 19,Jalan Pandan Off Jalan Telok Mengkuang
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat, Selangor DE