H-Net* Fwd: Kembalinya seorang mujahid Patani
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Dipetik daripada laman web PULO: Pengemuman! ..Dari Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali.. Dengan kehendak dan iradah Allah SWT, dengan dukacitanya kami mengumumkan bahawa Sdr/ ABDULHADI HJ GHAZALI Ketua Majlis Pelaksanaan Pusat PULO telah meninggal dunia di tempat buangannya di London, UK, pada 12hb Januari 2001. Kami pengurus Laman ini, mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Almarhum dan kepada seluruh umat Melayu Patani diatas kehilangan seorang MUJAHID lagi PEJUANG yang teragong ini. Semuga Allah menempatkan rohnya bersama para Anbia dan Syuhada.. Amin. Dan kepada seluruh anggota PULO, jadikanlah pengorbanan yang Almarhum curahkan sebagai satu inspirasi untuk kita terus berjuang demi kemerdekaan bumi Patani.. Alfatihah.. ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: "Ku Qadir Al-Fatani" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ --- In [EMAIL PROTECTED], "Ku Qadir Al-Fatani" wrote: Assalamu'alaikum. Berikut saya melampirkan email saudara Radi Usil yang dipetik daripada newsgroup lain, untuk bacaan warga Patani. Sudah banyak bukti pengkhianatan rejim Mahathir ke atas bumi dan rakyat Patani. Sekarang kita bukan sahaja berhadapan dengan penjajah kuffar Siam tetapi juga berhadapan dengan ancaman pengkhianat dari Malaysia yang terkenal ini. Wahai warga dan rakyat Patani, Sedarlah, bersatulah dan bangkitlah untuk membantah dan menentang perompakan rejim Mahathir ke atas bumi dan rakyat Patani. Allahu Akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Ku Qadir Al-Fatani Kuala Lumpur __ From: Radi Usil <[EMAIL PROTECTED]> Date: Mon Oct 23, 2000 8:52am Subject: Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla Beribu-ribu penduduk wilayah Songkhla, selatan Thailand, Sabtu 21 Oktober lalu mengadakan tunjuk perasaan untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pembinaan lasuran gas Petronas melalui wilayah yang bersempadan dengan negeri-negeri di utara Malaysia itu. Pelaksanaan projek yang akan menelan biaya USD 1 billion itu dianggap sebagai keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira kepentingan alam sekitar, kehidupan para nelayan dan petani.Pada hari itu pihak kerajaan mengadakan 'Pracha Ficharn' atau perbincangan massa di lapangan terbuka berhubung dengan pembinaan saluran gas tersebut. Perbincangan itu sekadar basa-basi atau sandiwara belaka, sebab projek yang menguntungkan Malaysia itu sudah disetujui dan ditandatangani oleh kedua belah pihak. Penduduk yang tidak puas hati mendatangi tempat perhimpunan itu dengan maksud untuk menghentikan perbincangan yang merugikan penduduk dan alam sekitar. Maka terjadilah pertempuran yang menyebabkan lebih tiga puluh orang dari kedua belah pihak mengalami kecederaan. Sebahagian besar yang melakukan protes adalah umat Islam, yang umumnya tinggal di kawasan pesisir bahagian selatan Thailand itu. Dengan kejadian itu maka terbongkarlah rahasia kejahatan Mahathir dan kerajaan Barisan Nasional, yang berusaha mengeluarkan gas di lepas pantai Kelantan dengan membina saluran paip melalui Songkhla berpuluh- puluh kilometer untuk dibawa masuk ke negeri Kedah. Kerajaan BN berbuat demikian untuk mengelak daripada kewajipan membayar royalti kepada negeri Kelantan, sekiranya saluran gas itu disambung ke Kelantan. Gara-gara untuk mengelak pembayaran royalti kepada bangsanya sendiri, Mahathir tidak mengambil kira keselamatan saluran gas tersebut seandainya terjadi peperangan atau krisis politik di antara Malaysia dengan Thailand. Itulah perut busuk Mahathir. Jadi kita tidak hairan sekiranya mereka sanggup memotong royalti minyak untuk negeri Terengganu, kerana puak- puak penjahat dalam kerajaan BN sedikit pun tidak berniat untuk membela nasib bangsanya sendiri. Mereka lebih rela menyambung saluran gas berpuluh-puluh kilometer melalui Songkhla, semata-mata untuk mengelak membayar royalti kepada Kelantan. Inilah tindakan bodoh. Dalam keadaan ekonomi negara kita sedang tenat seperti sekarang ini, bagaimana sekiranya rakyat di Songkhla tetap membantah dan rancangan pembinaan saluran gas tidak dapat diteruskan. Bukankah itu suatu pembaziran? Saya tidak tahu apakah projek itu diluluskan dengan mudah oleh kerajaan Chuan Leekpai semata-mata sebagai pertukaran dengan penangkapan dan pengusiran para pejuang Patani di Malaysia oleh kerajaan Mahathir beberapa waktu lalu. Bagi Mahathir dan BN nampak jelas di sini bahawa tujuan menghalalkan semua cara. Untuk melaksanakan projek saluran gas itu, mereka sanggup membunuh, menangkap dan mengusir sesama Islam yang berasal dari Patani. Untuk menutupi kejahatan itu, Mahathir berpura-pura mahu berbaik-baik dengan umat Islam di Patani dengan cara mengundang mereka ke Kuala Lumpur sempena Maulidur Rasul baru-baru ini. Hamid Othman pula disuruh ke Narathiwat untuk meninjau rancangan bantuan untuk membela kompleks belia di negeri jiran itu. Malaysia sanggup untuk menderma 22 juta ringgit kepada Majlis Agama Islam Narathiwat bagi melaksanakan projek tersebut. Itu semua tidak lebih daripada untuk menipu dengan maksud untuk merampas kekayaan bumi Patani. Sekarang ini kejahatan itu sudah terbongkar. Wahai saudaraku di Malaysia dan di Patani, marilah sama-sama kita berusaha supaya projek saluran gas melalui Songkhla ke Kedah tersebut gagal dilaksanakan. Mengingat sumber gas itu berada dekat dengan Kelantan, kenapakah saluran g
H-Net* Siapakah dia watak Amin?
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Siapakah dia watak Amin? Banyak andaian-andaian telah dibuat berkaitan peristiwa Sauk. Benar atau tidak andaian-andaian itu masih menunggu pengesahan atau bukti. Baru-baru ini saya telah diberitahu oleh seorang pegawai Polis Tentera tentang tanda-tanya siapakah Amin yang sebenarnya? Tentera sendiri pun musykil terhadap jalan cerita peristiwa Sauk ini. Terlalu banyak perkara yang tidak kena, berlaku di sepanjang peristiwa yang mengemparkan ini. Kumpulan perompak yang dikatakan berjambang, menjadi tanda-tanya macam mana mereka boleh melepasi pagar kem tentera tersebut? Sepertimana sedia maklum, tentera tidak dibenarkan berjambang. Oleh itu, amatlah pelik sekiranya pegawai yang menjaga pagar kem tersebut tidak merasa curiga dengan keterampilan kumpulan perompak tersebut, sekiranya benar ada laporan yang mengatakan perompak kem tentera tersebut sememangnya berjambang. Atau pun, mungkin memang benar andaian yang mengatakan perompakan ke atas kem tersebut dilakukan oleh kumpulan lain, yang mereka itu tidak berjambang? Dengan muka bersih barulah mudah untuk memperdaya kem tersebut sebagai pegawai tentera. Ada desas-desus yang mengatakan bahawa asal Mohd Amin sebenarnya adalah pegawai berpangkat dalam perisikan. Antara andaian dalam penyiasatan tentera adalah dia kemungkinan segaja keluar daripada tentera dan kemudiannya menyertai semula ke dalam pasukan tentara sebagai anggota tentera dari peringkat terbawah. Dia melakukan ini dengan tujuan untuk menembusi pasukan tentera peringkat bawahan dengan satu missi sebagai 'undercover'. Apa objektif dan motif sebenar Mohd Amin melakukan sedemikian masih tidak diketahui. Adakah tindak-tanduk Mohd Amin merupakan sebahagian komplot sekumpulan pegawai tentera untuk tujuan tertentu, atau adakah ia melibatkan suatu komplot politik di kalangan pemimpin negara? Semakin hari semakin banyak petunjuk muncul yang meragukan peristiwa Sauk tersebut. Adakah kita masih percaya peristiwa Sauk ini benar-benar berlaku dan bukannya sandiwara? Walau pun sekiranya ia bukan sandiwara, yang semakin jelas dan pasti dalam peristiwa ini adalah terdapatnya motif jahat di sebalik kejadian ini. Makin jelas pula bahawa ia adalah satu komplot yang dirancang oleh pihak tertentu. Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at: http://MailAndNews.com Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or POP3 mailbox from anywhere with just a web browser. ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) ~~~~ Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* MILF mengisytiharkan Jihad
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ --- In [EMAIL PROTECTED], "Ku Qadir Al-Fatani" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Assalamu'alaikum & salam sejahtera. Berikut dilampirkan e-mel berita mutakhir mengenai perkembangan di kepulauan Mindanao. Kubu utama MILF (Moro Islamic Liberation Organisation), Kem Abu Bakar baru ditawan oleh tentera kuffar Filipina di bawah pimpinan Estrada. Kem MILF ini bukanlah penempatan tentera semata-mata tetapi suatu penempatan orang Islam termasuk institusi pendidikan. Dengan jatuhnya Kem Abu Bakar ke tangan kuffar Filipina, maka Islam di Mindanao menghadapi ancaman penghapusan yang runcing. Turut dibantai oleh tentera kuffar Filipina adalah orang awam dan masjid. Namun, pejuang-pejuang Moro bertekad untuk terus berjuang mempertahankan Islam daripada dihapuskan oleh kerajaan Filipina. MILF adalah satu-satunya harapan Islam kekal di kepulauan ini. Di dalam keadaan runcing ini mereka memerlukan segala bantuan daripada kita untuk terus bertahan di tanahair mereka sendiri. Ini adalah untuk Islam dan umat Islam dapat terus bertapak di Mindanao. Anda boleh kunjung ke 2 laman web ini untuk maklumat lanjut: http://216.147.111.186/ ... laman rasmi morojihad.com http://amalnet.tripod.com/moro/ ... laman Tabung Kemanusiaan Mindanao Dengan segala harapan saya mohon saudara-saudari turut menyumbangkan sedikit daripada rezeki kurnian Allah kepada saudara kita Bangsa Moro di Mindanao. Sekian, wassalam. Ku Qadir Al-Fatani Pejuang Kemerdekaan Patani - Original Message - From: Abu Az-Zuhri To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; ...[deleted] Sent: Wednesday, July 12, 2000 12:34 PM Subject: H-Net* MILF mengisytiharkan Jihad Assalamualaikum warahmatullah, Sebentar tadi, kami menerima panggilan dari Filipina. Bantuan kewangan diperlukan segera. Amir Mujahiddin-MILF telah mengisytiharkan jihad-serang (offensive) ke atas tentera estrada di mana sebelum ini, Mujahiddin MILF hanya jihad mempertahankan diri dan tanahair mereka (defensive). Semua penduduk muslim Mindanao menyokong penuh pengisytiharan Jihad oleh Amir Mujahiddin MILF. Semalam dilaporkan, selepas penawanan kem Abu Bakr; Estrada meraikan kemenangan di kem Abu Bakr dengan minuman bir dan makanan khinzir. Amir Mujahiddin MILF, Syeikh Salamat Hashim berkata: "Janganlah kita bersedih dengan penawanan musuh terhadap Kem Abu Bakr. InsyaAllah, kita akan bangkit semula. Tentera Filipina sebenarnya masih belum menang dalam peperangan ini walaupun mereka (tentera filipina) menawan Kem Abu Bakr tetapi tidak hati dan semangat Mujahiddin MILF. Penawanan paling berbahaya ialah menawan hati dan semangat tentera Mujahiddin." Syeikh Salamat Hashim tidak akan memerangi orang awam. Dan kali ini, tektik gerila akan digunakan. Dan sudah tentunya, tektik gerila ini menelan belanja yang banyak. Oleh itu, kami menyeru umat Islam agar dapat menyumbang bantuan kewangan dan doa. Anda boleh menyumbang secara online terus ke akaun berikut: Bank : Maybank (Cawangan Tmn Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor) Nama : Tabung Kemanusiaan Mindanao No Akaun : 512147009549 Team Tabung Kemanusiaan Mindanao S/U Kerja --- End forwarded message --- ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) ~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Ku Qadir Al-Fatani" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* [Patani] Re: Kecurian senjata bermotif polotik Malaysia
-- ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* Mencari sahabat Patani
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Assalamu'alaikum. Saya mohon sahabat-sahabat dari kalangan keturunan Patani di dalam Hizbi-net ini untuk membalas email saya ini secara terus seberapa segera. Harap jangan balas email ini kepada @hizbi.net Ini adalah untuk memudahkan bagi saya menyusun perbincangan seterusnya. Sekian, saya menyudahi dengan ucapan terima kasih. Qadir Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at: http://MailAndNews.com Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or POP3 mailbox from anywhere with just a web browser. ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* Perjuangan di rantau Nusantara
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Assalamu'alaikum warga Hizbi-net. Baru-baru ini muncul kisah-kisah perjuangan di rantau Nusantara dalam Hizbi-net. Daripada maklumbalas segelintir netters menunjukkan bahawa ada di kalangan netters berbangsa Melayu tidak mengetahui langsung tentang perjuangan mereka itu. Malang sekali walau pun beribu nyawa telah menjadi korban tetapi bangsa Melayu di negara ini seumpama tidak pernah mendengar kisah perjuangan mereka. Buat makluman netters yang belum mengetahui, terdapat 3 perjuangan utama dalam usaha memerdekakan negara Islam di rantau Nusantara ini. Mereka itu ialah Aceh, Patani dan Moro. Ketiga-tiga perjuangan ini adalah untuk memerdekakan negara Melayu Islam yang suatu ketika dulu sangat terkenal kegemilangan mereka. Ketiga-tiga mereka mempunyai ciri-ciri hampir serupa, iaitu di antaranya adalah merupakan negara kesultanan Islam dan pernah menjadi pusat ilmu Islam berkembang. Sehingga kini mereka masih berjuangan. Perjuangan mereka boleh dikatakan hampir bersendirian. Oleh itu, wajarlah saudara sebangsa dan seagama di rantau ini seperti di Malaysia, Brunei dan Singapura turut memberi sokongan kepada mereka. Sedih sekali sekiranya ada yang tidak tahu langsung mengenai kewujudan mereka. Wassalam. Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at: http://MailAndNews.com Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or POP3 mailbox from anywhere with just a web browser. ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* Testing... please delete
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Testing ajer ... dari kota metropolitan. Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at: http://MailAndNews.com Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or POP3 mailbox from anywhere with just a web browser. ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: Ku Qadir Al-Fatani <[EMAIL PROTECTED]>