Re: H-Net* Lembaga Peperiksaan - satu persoalan!

2000-12-06 Terurut Topik Pemuda Cawangan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum

Satu hal lagi yang nak saya tambah adalah dari segi elaun
untuk guru-guru yang menjaga peperiksaan. Kita ambil SPM
sebagai contoh.

Selama lebih 2 minggu setiap guru yang menjaga peperiksaan
dibayar sebanyak RM 150.00 lump sum. Mileage cuma boleh
claim dari sekolah tempat mengajar ke pusat peperiksaan,
ataupun dari rumah iaitu ambil yang terdekat. Biasanya
jarak dari sekolah ke pusat peperiksaan dalam 3,4 km sahaja
dan boleh claim 1 km 50 sen, so kalau 4 km cuma dapat RM
4.00 pergi balik. Tambang teksi kalau 4 km berapa RM? 

kita ambil average 15 hari dapat RM 150. so sehari suntuk
dari pagi sampai petang setiap guru cuma dapat RM 10.00.
Ada kalanya cuma seorang calun sahaja yang ambil exam
berbanding yang menjaganya 3,4 orang satu kelas. atau 10-15
orang satu dewan !

Kita kena faham, menjaga exam ni, satu dah lah boring sbb
cuma boleh tengok student, kalau pen student jatuh pun kena
tolong ambilkan, student masuk toilet pun kena ascort kan.
Tak boleh duduk kena round sokmo. Kena pulak paper 3 jam.
Kena round 3 jam. Macam nak tercabut pala lutut. Kalau
bulan tak puasa, masa menjaga tu tak boleh makan minum, tak
boleh duduk baca paper. Even kalau bergilir. Kena
distribute paper, kena collect paper, kena bagi booklet
tambahan kalau student banyak idea nak tulis dan tak cukup
paper, responsibility cukup banyak. End of the day cuma
dapat RM 10.

Lagi pulak bulan posa ni letih oii jaga exam. Sampai
cikgu-cikgu bertolak-tolak tak nak kena jaga exam.
Kementerian tak perihatin ker, dah lah masa mula masuk keje
cikgu ni gaji kena hold 6 bulan, kalau zaman bayar gaji
manual tu kira logik gak tapi sekarang ni kan ke zaman IT
dan MSC boleh. Patutnya cepat proses. 

Cikgu ni kalau tercakap lebih sikit pasal politik maka ada
chan lah kena transfer. Kena student nakal terlebih, habih
lah kereta cikgu kena calar, tayar cikgu kena pancit.
Result murid terok cikgulah jugak kena belasah. Kesian
cikgu ni. Bila bab kena jaga exam pun RM yang dapat
betul-betul tak berbaloi. 

Kementerian Pendidikan pulak jenis merapu dengan Aziz
Shamsuddin dengan Professor Mangkuk yang jadi Setiausaha.
Makin teraniaya lah cikgu diperkudakan oleh mereka ini. 

Lepas jaga exam, ada lagi cikgu yang kena tanda kertas,
dapatlah RM 1.50-2.00 satu keping jawapan student. Pah tu
bertimbun sakan, date line macam saja nak dera cikgu,
punyalah tak logik dek akal. So cikgu pun check selamba
ajer lah. Lagi kalau paper berbentuk essei. Korang ingat
pemeriksa tu baca ke every sentance yang korang tulis dulu?
tak sempat punya-lah. 

Dah siap check paper bagi kat kementerian, masa tu mulalah
kroni-kroni check result anak-anak masing-masing.
Tengok-tengok fail pulak budak tu. So lobby pulak nak bagi
passing mark turun so anak depa lulus. Itu yang sampai
passing mark cuma 40%. ADA PULAK GUNA POWER NAK UBAH
RESULT. Dari dapat C6 boleh tukar jadi dapat 1. Pah tu
cerita kat paper keputusan exam tahun tu bertambah baik. 

Bila terlalu ramai yang lulus baik, problemnya nak masuk U.
Terlalulah ramai sampai jem kat UPU. Tempat kat U sikit. So
kroni-kroni yang terkenal kaya raya pun lobby utk anak
masing-masing masuk IPTA, anak orang kampung yang kerja
toreh getah depa suruh masuk IPTS, yang depa pakat-pakat
buat sendiri dan suruh kementrian pendidikan approved dan
juga yang terkenal cekik darah. 

Gile punya kerajaan laa ni. Itu pun orang pangkah lagi.
Ikh... tak faham betul aku.

wassalam



--- Imam B [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
 

*~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net   
  }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]   
  }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]   
  }
 

*~*
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 Assalamualaikum,
 
 Media-media tempatan dan orang awam cuma memperkatakan
 mengenai kelemahan Lembaga
 Peperiksaan dari sudut kesilapan

__
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Lembaga Peperiksaan - satu persoalan!

2000-12-03 Terurut Topik Imam B


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum,

Media-media tempatan dan orang awam cuma memperkatakan mengenai kelemahan Lembaga
Peperiksaan dari sudut kesilapan kertas
soalan.

Bagaimana pula dengan kesilapan pemeriksaan
kertas jawapan oleh para pemeriksanya?

Jika sekiranya anak anda atau pun adik anda
mendapat gred B dalam mana-mana subject; adakah
anda berpuas hati dengan keputusannya dan
menerima keputusan tersebut seadanya?

Sekarang ini adalah musim para Pemeriksa
(iaitu guru2 yg ditugaskan oleh Lembaga
Peperiksaan) untuk memeriksa kertas soalan
anak2 dan adik2 tuan-tuan. Jika sekiranya
tuan2 atau pun puan2 ada kenal mana2 pemeriksa
berkenaan; tuan2 dan puan2 tentu tahu tentang
betapa tightnya dateline yg diberikan kepada mereka..hinggakan majoritinya 
terpaksa menyekang mata hingga ke pukul 3 empat pagi untuk memeriksa kertas2 jawapan 
yg bertimbun-timbun itu!!

Memeriksa kertas-kertas jawapan di dinihari2 berkenaan bolehkah menjamin kualiti untuk 
anak2 kita?

Dari satu sudut yg lain pula, kasihan guru2 yg menjadi para pemeriksa ini.di 
bulan-bulan puasa yg pernah barakah ini, mereka tak boleh nak turun berterawih seperti 
kita!!!

insan perihatin



WIBAWA LEMBAGA PEPERIKSAAN  MESTI DIPULIHKAN

Kita mendapati Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2000 menempuh pelbagai 
masalah sama ada yang berbentuk di dalam atau di luar kawalan.

Masalah dalam kawalan melibatkan kecuaian dan
ketidakcekapan manusia, sementara masalah banjir - atau mungkin sekali sekala berlaku 
jerebu atau tanah runtuh - merupakan kekangan-kekangan di luar kawalan.

  Dalam kes terbaru melibatkan kertas soalan
  peperiksaan SPM 2000, segala kekalutan diakui
  sendiri oleh Kementerian Pendidikan sebagai berpunca
  daripada kesalahan manusia. Kementerian Pendidikan
  melalui Setiausaha Parlimennya, Datuk Dr. Mahadzir
  Mohd. Khir telahpun meminta maaf secara terbuka.
  Kita hargai pengakuan kementerian dan berharap akan
  ada kebaikan daripada kesedaran itu. Kita ingat betapa
  kesemuanya bermula apabila berlaku adanya kertas
  soalan SPM yang kosong di beberapa buah sekolah.
  Akibatnya, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Gunung
  Rapat, Ipoh, dilarang keluar dari dewan peperiksaan
  kerana empat muka surat pada kertas soalan Kimia II
  kosong.

  Pada 14 Oktober lalu, di Sekolah Menengah Alam
  Shah dan Sekolah Menengah Megah, Shah Alam,
  beberapa muka surat pada kertas soalan Bahasa
  Inggeris pula didapati tidak mencukupi.

  Kejadian yang sama berlaku pada 16 Oktober di 15
  pusat peperiksaan di Perak dan 17 pusat peperiksaan
  di Pahang bagi mata pelajaran Matematik. Sebelum lagi
  peperiksaan bermula, telah timbul isu apabila berlaku
  pertindihan jadual waktu peperiksaan SPM sehingga
  calon terpaksa memilih salah satu dan mengambilnya
  semula tahun depan. Jika kita meneliti masalah-masalah
  berkenaan, ia sebenarnya berkait rapat dengan
  soal-soal amanah, kejujuran, kecekapan, ketelitian
  serta kepekaan setiap kakitangan yang terlibat dalam
  segenap lapis kerja penyediaan kertas soalan SPM.

  Kecekapan kita menyusun strategi, logistik dan
  menyediakan langkah-langkah kontigensi secukupnya
  juga penting untuk mengelakkan berlaku masalah baru,
  atau mencegah kesilapan silam.

  Kita tahu konsep pencegahan merupakan tonggak
  dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

  Tidak timbul soal di mana sepatutnya kertas itu dicetak.
  Cetaklah kertas-kertas soalan di dalam bilik kebal besi
  sekalipun, ia akan bocor kalau guru atau pembuat
  kertas peperiksaan sendiri yang menjual soalan.

  Begitu juga dengan cadangan mencetak di dalam
  negara. Sekiranya cuai melabel kertas peperiksaan
  pada kotak, tentu akan berulang kes kesilapan kertas
  lagi Sekolah Menengah Felda Lasah, Sungai Siput,
  Perak.

  Kementerian Pendidikan perlulah mencegah