Re: H-Net* ULASAN SELARI: bila wisel berbunyi...

2003-03-27 Terurut Topik radzi

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
Camane kalau kite gi tengok kat sana? Baru real.

- Original Message - 
From: Temingat Di Belantara [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, March 26, 2003 5:29 PM
Subject: H-Net* ULASAN SELARI: bila wisel berbunyi...


 
  *~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
  {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
  {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
  *~*
  UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
  ~~~
 Tengok berita perang Amerika-Iraq nie, kadang-kadang
 naik bosan juga sebab TV dok ulang berita yg sama
 berulang-ulang.
 




 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: radzi [EMAIL PROTECTED]


H-Net* ULASAN SELARI: bila wisel berbunyi...

2003-03-26 Terurut Topik Temingat Di Belantara

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
Tengok berita perang Amerika-Iraq nie, kadang-kadang
naik bosan juga sebab TV dok ulang berita yg sama
berulang-ulang.

Hari tu saya tengok ulasan sorang bekas Panglima
Perang Amerika pasal strategi Amerika; mula-mula tak
berapa minat, lama-lama bila dia dok lukis anak panah
dan sketch, sat ke kiri sat ke kanan atas screen tu
menunjukkan arah serangan dan strategi tentera
Amerika, saya jadi berminat.

Bila lihat cara beliau dok sketch atas screen tu,
secara tiba-tiba saya teringat kenangan masa saya dok
mengaji di negeri depa dulu.

Dulu, masa di sana, saya cukup minat dengan Sukan no
satu (ada yg kata no 2) di Amerika, iaitu American
Football. Alah, macam main ragbi tapi pakai topi
keledar, baju bahu tebal dan microfon di mulut tu.

Saya dulu kiranya die-hard fan Team 49ers (sebut
Fourty Niners). Antara lupa, saya masih ingat lagi
Quaterback dia yg jadi one of the legend, Joe Montana.

Cara bekas Panglima perang tu sketch anak panah
menunjukkan arah serangan dan tektik tentera Amerika
tu sebijik macam pengulas sukan Amerikan Footbal tu
selalu buat bila depa ulas perlawanan antara mana-mana
pasukan di sana.

Sekejap-sekejap depa sketch anak panah mai dari rusuk
kiri terus ke tengah, sat-sat dari arah kanan terus ke
atas, sat-sat depa buat bulatan menandakan simbol team
lawan dah terkepung.

Dalam American Footbal nie, matlamat dia satu saja,
iaitu untuk membawa bola terus ke kawasan yg dipanggil
sebagai Zon Touch Down. Dari tengah depa bergerak
setiap 10 ela sekali bergerak; sampai setiap 10 ela,
restart balik sampai beberapa kali try. Kalau tak dpt
complete, kena pass turn kat pasukan lawan.

Saya dok tengok, dalam perang Iraq nie, inilah
mentaliti Angkatan Perang Amerika nie; depa tak peduli
apa nak jadi along the way nak sampai Baghdad (Zon
Touch Down) tu.yang penting depa kena sampai
jugak.

Macam jugak dgn American Footbal; kalau Quaterback
membuat larian ke Zon Touch Down, pemain2 lain tugas
depa ialah membentuk laluan dan menghalang pemain
lawan bagi memudahkan Quaterback sampai ke sana.

Dan biasanya, depa cukup rush untuk sampai ke Zone
Touch Down...sebab masa yg diberikan terhad dlm waktu
permainan yg telah ditetapkan.

Sebab tu bila saya dengar sidang media Panglima
tentera Amerika malam tadi yg menyatakan bahawa
tentera2 mereka sedang mara ke Baghdad dan akan sampai
ke sana dalam waktu yg ditetapkan, saya terus
teringat game American Footbal ini - kena complete
within the time frame.

Dan, cara media Amerika melaporkan perang ini juga
nadanya sebijik macam cara pengulas sukan depa
melaporkan game American Football.

Masalahnya, dalam American Football, team A lawan team
B dan mereka-mereka dalam stadium cuma menjadi
penonton sahaja; tapi dalam peperangan ini Team A
lawan Team B, dan dlm masa yg sama penonton-penonton
di Iraq turut sama turun bermain

Mungkin sebab tu kot malam tadi, Panglima Perang
Amerika tu bagi warning:

All Civilians Please Stay In House

(Orang2 awam diminta dok dlm rumah)

Bila tengok muka depan s/khabar hari ini gambaq kanak2
cedera/mati kena bom dalam rumah sendiri, saya
terfikir:

Ish, kalaulah depa ikut nasihat Panglima Amerika ini,
mau lagi ramai yg akan kenyang makan peluru bom
Amerika!

Depa peduli apa aih, after all Perang nie macam main
American Footbal saja; selagi masa tak tamat dan
selagi referee tak tiup wisel, selagi tulah depa akan
terus bermain.

Persoalannya, ada ka referee yg berani tiup wisel?

Sekejap tadi, saya baca berita internet kata Mufti
Al-Azhar dah mengisytiharkan JIHAD dan menjadi fardu
ain kpd setiap muslim untuk turun membantu orang-orang
Islam di sana.

Apakah ini boleh dikatakan sebagai 'wisel penamat' or
sebagai 'wisel mula' kpd suatu permainan yang lebih
berpanjangan.

Wallahu taala aklam,

-Temingat Di Belantara-









 


__
Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!
http://platinum.yahoo.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Temingat Di Belantara [EMAIL PROTECTED]