[islah-net] Satu Hari Satu Soalan... (31)

2005-07-25 Terurut Topik Azzif Anuwar

Bukti Sejarah Bahwa Tidak Ada Paksaan Masuk Islam
Publikasi: 25/07/2005 10:43 WIB
SOALAN:
Assalaamu'alaikum wr. wb.
Ustadz,Ada satu pertanyaan yang sampai saat ini masih saya cari jawabannya. Kita tahu, Islam itu agama damai. Hingga tak ada paksaan dalam memeluk Islam. Yang ingin saya tanyakan, bagaimana dengan peperangan demi peperangan yang terjadi selama kepemimpinan Islam selama beberapa abad lalu? Bagaimana sebenarnya fakta historis tentang ke-Islaman orang-orang yang di negeri yang ditaklukkan umat Islam saat itu? Saya sendiri yakin, tapi tak bisa menjelaskan, lebih-lebih fakta historisnya. Jawaban Ustadz sangat saya tunggu. Jazakallah.
Wassalam,Imam
JAWAPAN:
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuhAl-hamdulillah, wash-shalatu wassalamu 'ala rasulillah, wa ba'du
Tidak ada paksaan dalam memeluk agama Islam itu bukan hanya teori, melainkan sejarah menjadi saksi. Dan pemandangan sejarah itu menjadi sangat kontras bila kita bandingkan dengan pemaksaan untuk masuk ke dalam agama di luar Islam, baik kepada pemeluk Islam ataupun sesama pemeluk agama selain Islam. Intimidasi, ancaman, pemaksaan serta pemboikotan karena ingin memaksa pemeluk agama lain masuk ke dalam agamanya, telah menjadi peristiwa lazim dalam sejarah agama manapun, kecuali Islam.
Dr. Said Hawwa dalam kitab fenomenal beliau Al-Islam, telah menuturkan beberap fakta sejarah yang dengan jujur menceritakan betapa umat Islam tidak pernah memaksakan agama kepada pemeluk agama lain. Kalau pun ada gelombang masuk Islam, penyebabnya hanya satu, yaitu hidayah dari Allah SWT. 
Dalam sejarah kaum Islam, tidak pernah terjadi pemaksaan untuk mengubah agama dan keyakinan. Lebih-lebih membunuh seseorang atau menghancurkan rumah ibadah. Lihatlah Mesir dan Syam, sampai sekarang orang Kristen tetap hidup aman damai dan tenang. Padahal kedua negeri itu menjadi pusat peradaban Islam. Juga lihat India yang juga pernah menjadi pusat peradaban Islam besar. Kalau mau, bisa saja kaum muslimin menghabisi semua keyakinan selain Islam. Bukankah India dikenal dengan Taj Mahal yang menjadi bukti besarnya peradaban Islam di negeri Hindustan itu? Tetapi, tidak pernah terjadi pemaksaan mengubah agama seseorang. Karena itu hingga hari ini, penduduk India non-muslim jumlahnya masih tetap melebihi kaum Muslimin. 
Sekarang coba bandingkan dengan Spanyol (Andalusia). Dahulu di sana ada berjuta-juta kaum muslimin dengan imperium Bani Ummayah 2 selama 500-an tahun. Lalu mereka dijajah oleh penguasa Katolik. Apa yang terjadi? Mereka hanya diberi tiga pilihan, masuk Kristen, diusir pergi dari negeri itu atau dibunuh. Sampai tidak ada seorang Muslim pun tersisa di sana. 
Pemaksaaan agama bukan hanya terhadap umat Islam tetapi juga antara sesama aliran dalam sebuah agama. 
Di Inggris, jika di antara rakyat ada yang berbeda aliran mazhabnya walaupun sesama pemeluk kristen, akan ditangkap dan diadili. Bila dalam pengadilan dia bertaubat dan pindah aliran, akan diberikan ampunan berupa membunuhnya dengan pedang. Bila tidak bertaubat, maka dia dibakar hidup-hidup. 
Patrik Yoshua (656 H) berkata, "Orang Arab (Islam) yang menancapkan kekuasaannya di dunia telah memperlakukan kami dengan adil." Makarios, seorang Patnik Anthokia juga mengatakan, "Semoga Tuhan melestarikan pemerintahan Turki. Mereka hanya mengambil pembayaran pajak. Tetapi tidak mengusik-usik persoalan agama. Malah mereka memelihara orang-orang Nashrani, Yahudi dan Samirah dengan adil." 
Dewasa ini, yang disebut sebagai era kebebasan beragama, kita mendapatkan sebaliknya. Kebebasan agama terampas secara keji. Sehingga para pemeluk agama sendiri merasa tidak aman dalam memelihara agama mereka. Apalagi memelihara agama orang lain. 
Negara-negara sosialis memaksakan ajaran Marxisme yang atheistik dan melarang penyebaran agama. Sebaliknya di negara-negara kapitalis, pemerkosaan dan pemberangusan kebebasan beragama ini dilakukan kadang dengan terang-terangan dan kadang dengan sembunyi-sembunyi. Operasi pembantaian kaum Muslimin Eriteria dan pembunuhan Malcolm X sebagai bukti kejahatan mereka yang menghantui ke dalam ingatan kita. 
Tegasnya, orang tidak akan dapat memelihara agamanya kecuali Islam hadir di tengah-tengahnya. Tanpa Islam tidak akan ada kebebasan beragama. 
Wallahu a'lam bish-shawab, Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuhAhmad Sarwat, Lc.
		Does your mail provider give you access to messages sent to other POP email accounts, like your work account? Get Yahoo! 
Mail

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
 [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke 
 [EMAIL PROTECTED]

  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group 

[islah-net] Isu AP sudah lari daripada tajuk

2005-07-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Isu AP yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini dan
juga dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu sebenarnya
sudah lari daripada tajuk asal mengapa isu AP ini
dibangkitkan.

Isu AP ini dibangkitkan ialah kerana Penasihat Proton
Tun Dr Mahathir dan CEO Proton Tengku Mahalel
menyatakan bahawa Proton tidak dapat bersaing sekarang
ini kerana begitu banyak AP diberikan kepada syarikat
pengeluar kereta daripada luar negara.

Isu AP ini bukan asalnya dibangkitkan mengapa begitu
banyak AP diberi kepada syarikat tertentu atau mengapa
ada syarikat yang menerima AP ini mengisytiharkan
harga kereta yang diimpot terlalu rendah untuk
mengelakkan cukai yang tinggi kepada kerajaan justeru
berkurangnya pendapatan kerajaan.

Sekarang isu AP hangat diperkatakan di mana-mana, di
kedai kopi, di akhbar-akhbar dan sebagainya. Namun
tajuk asal perkara ini tidak diselesaikan. Iaitu
masalah utama sekarang ialah apa akan jadi kepada
Proton, apa akan jadi kepada pekerja-pekerja kilang
Proton yang rata-ratanya orang Melayu apabila Proton
tidak dapat melariskan produk mereka ? Apa akan jadi
pada kilang terbaru dan tercanggih Proton di Tanjung
Malim ? Apa akan jadi pada kehidupan sosio ekonomi
penduduk Tanjung Malim ? Mengapa hanya Proton yang
membangkitkan isu ini ? Mengapa Perodua masih boleh
bersaing dengan syarikat pengeluar kereta luar negara
dengan kenderaan terbarunya MyVi ?

Tengok sahaja kepada model kereta Proton yang tidak
mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia sebelum
isu AP ini timbul, Proton Tiara, Proton Juara, Gen 2,
Proton Arena dan terbaru Proton Savvy. 

Oleh itu pihak yang pada mulanya membangkit isu ini
haruslah mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan
industri kereta nasional iaitu Proton serta membuat
perbandingan dengan Perodua yang juga sebuah syarikat
kereta nasional yang setakat ini masih boleh bersaing
dengan industri kereta luar negara.

Isu mengenai pengagihan AP, pentaksiran harga kereta
impot yang rendah haruslah diserahkan kepada pihak
Badan Pencegah Rasuah untuk mereka melakukan siasatan.

 Layari  http://rozmal.blogspot.com

__
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Fw: Islamic website - need verification

2005-07-25 Terurut Topik Hizamri Johari
Assalamu'alaikum wbrth

Can anybody help my friend?

Jazakumullahukhairankathiran.

Hizamri

- Original Message - 
From: [EMAIL PROTECTED]
To: Hizamri Johari [EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, July 20, 2005 9:36 AM
Subject: Islamic website
==

Hizamri,

Do you have the list of so called islamic website but
develop by 
yahudi/christian. I just need to find out whether this
website is fake or
not.

http://www.arab2.com/quran/

Thank you

__
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Di Sini Kita Bermula.. 27

2005-07-25 Terurut Topik Dr Omar Yaakob
Di Sini Kita Bermula..
Dr. Omar bin Yaakob

27. Falsafah Kumpulan Modenis 

Golongan anti-hadis yang dibincangkan dalam sebelum
ini hanyalah sebahagian daripada aliran yang lebih
besar yakni trend modenis yang sering melaungkan
perlunya Islam disesuaikan dengan kehendak zaman;
perlunya Islam bersifat modenis, moderat, liberal dan
'progresif'. 

Walaupun istilah 'progresif' tersebut nampaknya
seolah-olah bebas-nilai (value-free)  tetapi
sebenarnya ia membawa nilainya yang tersendiri. 
Istilah 'progresif' digunakan di barat bukan sekadar
ukuran perkembangan tamadun material tetapi juga
perkembangan idea, nilai dan prinsip.  

Dari sudut nilai dan idea, progresif dikaitkan dengan
pergerakan kebangkitan (renaissance) dan perubahan
daripada sikap, perhubungan, mentaliti
orthodox-feudal-medieval kepada sesuatu yang lebih
liberal, demokratik dan permissive.  

Progresif adalah anti-tesis kepada sikap dan pandangan
 tradisional yang dianggap orthodox, kolot dan jumud. 
Sekiranya sesuatu tidak berubah, maka itu tidak
progresif.  Maka sekiranya kita menyeru untuk kembali
kepada sesuatu idealisme yang diajar oleh Nabi s.a.w.
1500 tahun yang silam, maka kita dianggap kolot, jumud
dan tidak progresif. 

Falsafah progresif yang dipegang oleh golongan ini
sebenarnya mempunyai unsur falsafah evolusi Darwinisme
di mana dinisbahkan bahawa makhluk, masyarakat  dan
idea pegangan manusia seperti juga manusia dan makhluk
lain sentiasa berubah dari keadaan yang tidak baik
kepada keadaan yang lebih baik, lebih moden, lebih
bermutu, lebih maju.  

Keadaan masyarakat manusia hari ini kononnya lebih
baik dari sepuluh, seratus, seribu tahun yang lalu. 
Kehidupan bermula daripada keadaan yang primitif dan
sentiasa bergerak ke arah yang lebih baik, lebih
sempurna daripada keadaan yang sebelumnya, daripada
tamaddun primitif seperti yang dijalani oleh
orang-orang asli benua Afrika kepada kebudayaan yang
kompleks dan maju yang dikepalai oleh tamaddun Eropah.

Dengan itu mereka mencanangkan perlunya melihat faktor
sejarah dalam segenap hal.  Apa juga yang berkait
dengan masyarakat manusia dari sudut pakaian, muzik,
moral, perundangan, cara hidup, budaya semuanya telah
berubah dan orang yang mengamalkan amalan sepuluh,
seratus, seribu tahun dahulu adalah ketinggalan zaman.
 
Oleh itu, agama (termasuk Islam) juga dilihat sebagai
satu yang bersifat harus evolusioner, yang harus
bertukar mengikut peredaran zaman;  apa yang tidak
sesuai dengan zaman masakini boleh, malah perlu,
ditinggalkan. Oleh kerana cara hidup Islam sudah
diatasi (superseeded) oleh ideal-ideal barat, maka
mereka mencadangkan jalan paling selamat bagi Islam
ialah menyesuaikan pentafsirannya dengan tamaddun
barat. 

Maka timbullah pandangan bahawa berpegang kepada
pegangan asli Islam sebagai kolot, orthodoks dan
ketinggalan zaman!

Bersambung.. inshaAllah…

Start your day with Yahoo! - make it your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs 
 
/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] MEDITASI ADA DALAM ISLAM?

2005-07-25 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

Assalamualaika Dr.,Mengikut ilmu kesihatan, 
meditasi adalah salah satu cara untuk mengurangkan stress. Namun begitu, saya 
sendiri tidak mengetahui bagaimanakah cara sebenar mereka melakukannya. Soalan 
saya, wujudkah konsep meditasi dalam Islam?

JAWAPAN DR DANIAL:
Salah satu cara meditasi yang popular di barat 
ialah, mencari tempat yang sunyi, kemudian duduk dan relaks. Selepas itu 
menyebut kalimat seperti "Ham Sah," suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang 
bermaksud "Aku Ialah Itu." Yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari 
pernafasan dan ketika menarik nafas disuruh keluarkan kalimat "hammm" dan ketika 
mengeluarkan nafas keluarkan kalimat "saah.” Mereka memejam mata dan 
mengulang-ulangi proses itu hingga beberapa minit

Baca perinciannya di http://formulacemerlang.com/modules/articles/

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
 [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke 
 [EMAIL PROTECTED]

  YAHOO! GROUPS LINKS

  Visit your group "islah-net" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

[islah-net] Qanun Jinayah Syar`iyah - Bah 1 - Bab 3 - Qisas - Fasal 3 - Per 117(7) - 118(2)

2005-07-25 Terurut Topik Abu_Nidhal

Qanun Jinayah Syar`iyah
Bahagian 1
Bab 3 
Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.

Perkara 117 : Sebab-sebab menggugurkan hukuman qisas.
7) Dalam kes pembunuhan, jika si pembunuh itu telah berdamai dengan ahli waris orang yang dibunuh untuk membayar diyat, dan ahli waris orang yang dibunuh itu telah bersetuju untuk menerima diyat, maka gugurlah hukuman qisas yang telah dijatuhkan ke atas si pembunuh tadi.

[ Manakala dalam undang-undang sekular yang diamalkan dalam negara kita hari ini, khususnya yang berkaitan dengan penal code terutamanya dalam section 302 yang membabitkan kes-kes pembunuhan, tidak ada cara penyelesaian seperti yang disebut dalam perenggan di atas. Memang dalam Kanun Keseksaan, ada kesalahan-kesalahan tertentu boleh dikompaunkan, tetapi ia hanya membabitkan kesalahan-kesalahan yang ringan sahaja. Adapun dalam kesalahan-kesalahan serious seperti section 302 atau 304, ia tidak boleh dikompaunkan. Menurut ust Jailani, ada juga beberapa masalah berlaku apabila orang yang dituduh cuba menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan meminta supaya mangsa atau keluarga mangsa menarik balik kes dengan memberi bayaran-bayaran tertentu. Masalah yang akan timbul ialah
 walaupun telah diberi bayaran-bayaran tertentu supaya mangsa atau keluarga mangsa menarik balik laporan polis, tetapi ia tidak secara automatik berlaku penarikan balik kes sebab kuasa untuk menarik balik kes berada di bawah bidang kuasa “Deputy Public Prosecutor” (Timbalan Pendakwaraya). Kat Penang ni, pejabat dia kat bangunan Bank Negara. DPP inilah yang akan mengemukakan cadangan bagi menarik balik sesuatu kes kepada mahkamah yang terbabit. Bukannya apa; ana bagitau macam ni sebab dah pernah berlaku si tertuduh telah memberi bayaran tertentu kepada pihak keluarga mangsa, dan pihak keluarga mangsa bersetuju untuk menarik balik kes, tetapi masalah timbul apabila tidak mendapat persetujuan daripada pejabat DPP. 
Nampak tak tuan-tuan perbezaan antara undang-undang Islam dan sekular dalam membabitkan compoundable offences. Dalam Islam, walaupun kes pembunuhan dilihat sebagai kes besar, tetapi ia boleh diselesaikan melalui bayaran. Ya memang kes bunuh adalah kes besar tapi ia bukan di bawah hudud, sebaliknya ia di bawah qisas. Bila sebut qisas, maknanya kuasa mutlak untuk melaksanakan hukuman itu diberi oleh hukum syara` kepada keluarga mangsa, bukannya pemerintah. Inilah perbezaan yang ketara antara undang-undang Islam dan undang-undang sekular. ] 

Perkara 118 : Sebab-sebab yang membebaskan dari hukuman qisas.
Seseorang yang melakukan pembunuhan boleh dibebaskan dari hukuman qisas disebabkan perkara-perkara yang berikut:
1) Orang yang dibunuh adalah anak dari orang yang membunuh hingga ke bawah (cucu).

[ Ini berdasarkan hadith yang pernah kita baca dulu. Di mana Nabi saw sebut, “Kamu dan harta kamu, milik ayah kamu.”…Tetapi bukan bermakna, si ayah/ibu boleh sewenang-wenangnya pi bunuh anak-pinak dia. Tak boleh. Seperti juga hudud, walaupun qisas juga tertolak dalam masalah macam ni, tapi ia tetap berdosa besar. Hukuman ta`zir boleh dikenakan. Bagaimana bentuk hukuman yang hendak dikenakan?…Ia terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. ] 

2) Orang yang dibunuh tidak sedarjat dengan si pembunuh dalam perkara agama dan kemerdekaan. 

[ Ini juga adalah ulangan apa yang kita dah mengaji dulu. Kalau orang Islam bunuh orang kafir, itu tidak dikira sebagai satu darjat. Cumanya kita kena tau beza antara kafir zimmi dan kafir harbi. Begitulah juga kalau berlaku kes orang yang merdeka pi bunuh orang yang berstatus hamba. Ini juga tidak dikira sebagai satu darjat, maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Walaupun begitu, orang Islam sama sekali tidak dibenarkan membunuh orang bukan Islam atau hamba dengan sewenang-wenangnya sebab hukumnya adalah haram dan berdosa besar.
Sebab itu, apa yang berlaku di London, kita tak bersetuju. Dan kita juga tidak bersetuju dengan kenyataan Tony Blair yang berada di Scotland ketika kejadian itu berlaku, secara sembrono terus menuduh orang Islam yang melakukannya. Sehingga ke hari ini, beliau bersama barat masih tidak dapat lagi menyelesaikan isu-isu yang boleh meyakinkan masyarakat antarabangsa bahwa tuduhan terus dilemparkan kepada orang-orang Islam adalah tepat. Ini yang kata hipokrat tu tuan-tuan. Apa sahaja yang berlaku di dunia barat, semuanya terus dikaitkan dengan golongan yang disebut sebagai “pelampau Islam”. Tetapi yang menghairankan kita, apabila orang-orang yahudi membunuh orang-orang Islam, tidak pula disebut sebagai “pelampau yahudi”. Sepertimana yang berlaku di khemah pelarian Sabra-Shatilla pada tahun 1982,
 kita masih ingat bagaimana golongan Phalangist kristian bersama-sama tentera Israel telah menyembelih ribuan orang Islam Palestin; kenapa tidak digunakan istilah “pelampau kristian” kepada golongan phalangist tersebut?…Apabila golongan yahudi atau kristian membunuh, kenapa tidak dikaitkan dengan agama mereka?…Sedangkan kalau golongan Islam, terus dikekalkan istilah “pelampau Islam”. Ini yang kata 

[islah-net] Diabetes: Komplikasi bahaya! ( Bhgn 1/4 )

2005-07-25 Terurut Topik mdjohari
Diabetes: Komplikasi bahaya! ( Bhgn 1/4 )
Oleh: TAJAIYAH IHSAN

Minyak Kelapa Dara (VCO) : http://www.maynetwork.net/biovco/

ENTAH mengapa sejak kebelakangan ini, Aminah berasa kurang selesa.
Selain kerap ke bilik air, pandangannya juga semakin kabur.

Seorang teman memberitahu, ia adalah sesuatu yang normal bagi wanita
yang berusia lewat 40-an. Justeru Aminah bercadang untuk berjumpa
optometris sahaja.

Tekaknya juga sentiasa dahaga, pagi-pagi lagi sudah mencari minuman
berais. Namun dahaganya menjadi-jadi sehingga ke malam. Aminah
semakin tidak selesa.

Kebetulan terjumpa sahabat baiknya Azizah yang mengesyorkannya untuk
ke hospital kerana kemungkinan dia diserang diabetes.

Walaupun terkedu dengan cadangan rakannya itu, Aminah berhasrat ke
hospital untuk menjalani pemeriksaan pada hujung minggu.

Sementara menanti hujung minggu, badannya semakin lesu, tidurnya
terganggu, berjalan pula bagaikan tidak memijak bumi.

Rakan-rakan sekerja dan ahli keluarganya memaksa Aminah jangan
berlengah lagi dan itulah yang Aminah lakukan kerana dia tidak
berdaya lagi.

Dia terkejut mendengar keputusan pemeriksaan darah yang mencatatkan
bacaan paras gula dalam darahnya 34.5mmol.

``Awak bernasib baik kerana Allah memberi peluang untuk hidup.
Amalkan cara hidup sihat. Komplikasi diabetes banyak sekali. Ia
boleh membuat hidup anda derita,'' kata doktor.

Aminah merenung hari-hari yang mendung.

Dia sudah terbayang wajah-wajah suram adiknya yang juga penghidap
diabetes, arwah bapanya meninggal dalam usia muda dan datuk
saudaranya yang terpaksa dipotong kaki juga akibat gangren yang
berpunca daripada diabetes.

Pagi dan petang Aminah disuntik insulin. Dia menjaga pantang, bila
gula sudah menurun ke tahap stabil, Aminah sudah tidak memerlukan
insulin tetapi cukup dengan ubat-ubatan.

Hari ini Aminah bersyukur kerana tidak mengalami komplikasi yang
teruk.

Tetapi, dia tidak boleh lalai kerana diabetes biarpun dianggap
`biasa' namun kesannya cukup luar biasa dan tragis kerana ia
pembunuh senyap.

Bersambung di bahagian 2

~
TESTIMONI :

Saya akan pergi mengerjakan ibadat Haji pada bulan Disember 2003
ini. Setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan, didapati tahap
kencing manis saya terlalu tinggi iaitu 21. Ini menyebabkan pihak
Tabung Haji menahan saya dari pergi mengerjakan ibadat Haji atas
sebab kesihatan.

Anak saya telah memperkenalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) tetapi agak
keberatan untuk memakannya kerana saya sukar untuk mempercayainya.
Walaubagaimanapun saya amat terdesak untuk menunaikan ibadat Haji.
Setelah memakan hanya dua botol Minyak Kelapa Dara (VCO), segalanya
berubah. Tahap kencing manis saya telah turun dengan mendadak dari
21 kepada 11. Kini tahap sakit saya menjadi 5 sahaja dan kembali
normal. Saya telah di sahkan oleh Tabung Haji dapat pergi menunaikan
ibadat Haji pada tahun tersebut. Saya amat bersyukur dan gembira
tidak terhingga kerana telah ditemukan dengan Minyak Kelapa Dara
(VCO).

Puan Fatimah bt Safran, 52 Tahun
FELDA Sungai Tengi, Hulu Selangor

Maklumat lanjut mengenai Minyak Kelapa Dara (VCO) dan lain-lain 
testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/

Nota: Testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh
individu di atas. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang
dengan seorang pengguna yang lain.
~

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Re: Motifkan diriMU #6 : Fadhilat senyum 4.0

2005-07-25 Terurut Topik albaniasghar
Jika anda sedang sakit dan tergolek di atas katil beralaskan cadar
putih, TERSENYUMLAH. Sakit membasuh dosa-dosa anda, ubat bagi hati
anda dan memotivasikan anda kembali kepada Tuhan-mu.

 *petikan [Dr Aaidh Abdullah alQarni, pakar Motivasi Timur Tengah dari
 KSA, Haakadza haddatsana alZaman ]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Re: Muawiyah Yazid Hasan

2005-07-25 Terurut Topik bravopro67
ASM

Siapa yang karut??? Siapa yang kona??? 

Allah swt. memerintah manusia untuk meninggal wasiat apabila 
menghampiri kematian.

Puak AlBani mengatakan nabi s.a.w.a tidak meninggalkan sebarang 
wasiat!

Kami mengatakan: mustahil nabi sawa tidak meninggalkan wasiat 
sekurang-kurangnya berkenaan harta untuk warisnya yang ada. Apatah 
lagi atas urusan kemaslahatan ummat sepeninggalannya sampai akhir 
zaman.

Adalah menjadi sunnah para nabi seperti Ibrahim, Ishaq, ya'kub, yusuf 
ahs. dll, untuk berwasiat kepada waris mereka ketika maut menghampiri 
mereka. Perkara ini banyak kali dirakamkan dalam Al Quran.

Beriktiqad nabi s.a.w.a tidak meninggalkan wasiat sama ertinya 
mempercayai nabi s.a.w.a adalah orang yang pertama bertindak 
melanggar perintah allah swt tentang wasiat seperti ayat al quran 
2:180.

WSM

--- In islah-net@yahoogroups.com, albaniasghar [EMAIL PROTECTED] 
wrote:
 --- In islah-net@yahoogroups.com, bravopro67 [EMAIL PROTECTED] 
wrote:
  
  ASM
  
  Albani kecik,
  
  ASWJ ke!, HT ke!, Syi'ah ke!, kalau mereka menolak ayat al quran 
  walaupun sehuruf, atau menolak perintah nabi s.a.w.a yang nyata. 
  semua mereka itu wajib ditolak setakat yang bertentangan dengan 
Allah 
  dan rasulnya.
 
 ~~~Reply
 
 he he he BP dah kona baring dah...
 ASWJ sebenarnya menolak wasiat karut syi'ah tu...
 
 BP kona cerita, kata ASWJ tolak AQ!!
 
 dahsyat jarum mainan MAB ni..
 
 aa
  
  Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih 
di 
  dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan 
  itu.Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya 
  telah sesat dengan kesesatan yang nyata (Al-Ahzab(33):35
  
  WSM 
  
  - In islah-net@yahoogroups.com, albaniasghar 
[EMAIL PROTECTED] 
  wrote:
   Bravo (X) pro,
   
   Mislis Islahnet ni adalah milis ASWJ.
   tiada perbahasan sunni-syi'iy.
   
   Adapun akidah anda bahawa Nabi mewasiatkan agar didirikan 
Dinasti
   ahlil bayt adalah tertolak. Kalau tak caya tanya Hizb Tahriir yg
   memperjuangkan khilafah ala minhaj. minhaj khilafah bukan wasiat
   nubuwwah..betul tak ahmus?
   
   period.
   
   aa
   
   --- In islah-net@yahoogroups.com, bravopro67 
[EMAIL PROTECTED] 
  wrote:
ASM

Saudara kita ada menyebut bahawa nabi s.a.w.a dan Ali bin Abi 
  Tolib 
tidak meninggal wasiat dan meninggalkan pengganti seperti 
cerita 
  di 
bawah:
   
SANGGAHAN:

Firman Allah swt:

[2.180] Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir 
mati, 
jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat 
  untuk 
ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut 
  peraturan 
ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang 
bertaqwa.

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Re: Pembelaan terhadap Muawiyah

2005-07-25 Terurut Topik bravopro67
ASM

Ketika peristiwa Fathul Makkah, nabi s.a.w.a bersabda kepada golongan 
Quraish yang ditawan termasuk Abu Sufian dan anaknya Muawiyah:

.kamu ini semua adalah orang2 yang dibebaskan 
(Thulaqa')

Jadi, Muawiyah adalah orang yang dibebaskan dan anak kepada orang 
yang dibebaskan : Thulaqa' ibnu Thulaqa'

J: 1. Ali, Hasan dan Hussein adalah orang yang dikehendaki suci dan 
disucikan oleh allah swt. sendiri : (Surah al-Ahzab (33): 
33):Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa 
dari kamu ('an-kum) wahai Ahlul-Bait, dan membersihkan kamu sebersih-
bersihnya.  

Mereka bertiga adalah antara orang yang wajib dicintai oleh ummat 
sebagaimana firman ALlah swt: 

Surah al-Syu'ara (42): 23):Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu 
sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan 
(al-qurba). Dan siapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanah) akan 
Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya 
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. 

Soalan itu sepatutnya berbunyi berdosakah Muwaiyah dan bukan 
berbunyi : berdosakah 3 orang itu.

Sejarah mencatatkan bahawa Muawiyah lah dahulu orang yang mengangkat 
senjata kepada pemerintah yang sah pada ketika itu tanpa haq. 

2. Salah tetap salah, haq tetap haq dari dulu sampai sekarang. 
Ertinya, kalau dulu batil, sampai sekarang pun tetap batil juga 
walaupun masa sudah berlanjut ribuan tahun. Kalau kebatilan tidak 
dapat dikenali, bagaimana kita hendak menghindarinya? Bagaimana 
henkan kita mencari kebenaran kalau kebatilan itu tidak dikenali?  

* Mencari kebenaran ini adalah perintah dari Allah swt:

Firman Allah dlm surah AL Fatiha : Ihdinas sirotol mustaqim, sirotol 
lazi na'an'am ta'alaihim..

Ummat Islam tidak kira mazhab diminta untuk mencari jalan yang lurus 
yakni jalan orang2 yang diberi nikmat oleh Allah swt...

Soalnya, siapakah orang2 yang diberi nikmat oleh Allah swt.?

SURAT AL – FATIHAH : 6, Jalan Yang Lurus

Tunjuki kami ke jalan yang lurus, jalannya orang-orang yang telah 
Kau beri nikmat.

Yang dimaksud Jalan yang lurus dalam ayat ini adalah Muhammad SAW 
dan Ahlul Baitnya, yakni: Ali, Fatimah, Hasan dan Husein (a.s). 

Silahkan rujuk:
1.  Syawahidut Tanzil, Al-Hakim Al-Haskani, jilid 1, halaman 57, 
hadis ke: 86, 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 101, 102, 103, 104, 
dan 105.
2.  Al-Ittihaf Bihubbil Asyraf, Asy-Syabrawi, halaman 76.
3.  Kifayah Ath-Thalib, al-Kanji Asy-Syafi'i, halaman 162, cet.   
Al Haidariyah; halaman 76, cet. Al-Ghira.
4.  Ihqaqul Haqq, At-Tastari, jilid 3, halaman 534.

WSM
--- In islah-net@yahoogroups.com, Hizamri Johari [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
#65258;#65176;#65166;#65244;#65198;#65170;#65262;#65010;#6516
5;#65172;#65252;#65188;#65197;#65262;#65250;#65276;#65204;#65
248;#65165;#65249;#65244;#65268;#65248;#65227;#65262;
 
 Bab ni dah lama habis. Kenapa di ungkit dan di korek balik?
  
 Soalan : 
  
 1) Berdosakah Ali ra, Hassan ra, Hussein ra dan para sahabat yang 
lain ra yang memerangi Muawiyah ra ketika mana mereka berperang dan 
membunuh satu sama lain disebabkan dua hadith ini?
  
 2) Berdosakah kita memperbincangkan kesalahan dan kesilapan yang 
dibuat oleh orang2 dahulu ( sesiapa sahaja ) supaya dijadikan iktibar 
agar tidak berulang?
  
 65 ribu atau 70 ribu korban ( angka sebenar Allah SWT yang tahu ) 
perang saudara seIslam adalah amat memilukan. Dan pada kadar kita 
mencela sesama sendiri sekarang ni, rasanya memang lah perang saudara 
tidak dapat dielak lagi.
  
 Lainlah kalau puak Salafi/Wahabi/MAB/Sufi/Syiah/Hadhari/HT dan 
lain2 ( 73 golongan semuanya ) kata mereka sajelah yang Islam, orang 
lain semuanya kafir, mereka sajalah yang betul, orang lain semuanya 
bathil, darah puak/kumpulan yang lain semuanya halal.
  
 Maka tunggulah kita semua sehingga Allah SWT menghakimi dan 
mengadili tentang apa jua yang kita perselisihkan. Tidak ada bezanya 
kita dengan Bani Israil yang diceritakan dibawah ini.
  
 Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
 Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
  
 [2.85] Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan 
sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari 
kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk 
menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal 
kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus 
mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. 
Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari 
isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka 
tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara 
kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari 
kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan 
(ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. 
  
 [2.86] Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) 
kehidupan dunia (dan 

[islah-net] Buku Baru: Syiah Para sahabat

2005-07-25 Terurut Topik bravopro67
ASM

SURAT ALI-IMRAN: 61, Ayat Mubahalah

Maka katakanlah (kepadanya): 'Marilah kita memanggil anak-anak kami 
dan anak-anak kamu, wanita kami dan wanita kamu, diri kami dan diri 
kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta 
supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta '.  

Surat An-Nisa': 54 

[4.54] Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat ) 
yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? 
Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: 
Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi 
kepada mereka kerajaan yang besar. 

Kmai menyaksikan bahawa Muhammad Wa Alihi adalah merupakan juga 
sebahagian dari keluarga Ibrahim seperti yang dijanjikan.

WSM
_

--- In islah-net@yahoogroups.com, Hafiz Firdaus [EMAIL PROTECTED] 
wrote:
 Assalamualaikum waRahmatullah,
 
 Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan sebuah
 buku baru:
 
 Judul: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi`ah al-Rafidhah
 Berkenaan Keutamaan Dan Sejarah Para Sahabat.
 
 Pengarang: Abd Allah Abd al-Qadir al-Taliri
 
 Penterjemah: Muhammad Amin Yaacob
 
 Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah 
 
 Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.
 
 Saiz buku: 7 x 7, 343 mukasurat
 
 Harga: RM26.00
 
 Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama
 terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di
 07-235 1602.
 
 Ulasan ringkas:
 
 Jika dirujuk kepada mana-mana sumber Syiah, akan
 ditemui bahawa sahabat yang memiliki keutamaan
 hanyalah 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Pada waktu
 yang sama, akan ditemui bahawa sahabat-sahabat yang
 lain memiliki sifat-sifat yang tercela dan buruk.
 
 Ini berlaku kerana mereka (Syiah) hanya menghimpunkan
 ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah yang
 menerangkan keutamaan 'Ali, Fathimah, Hasan dan
 Husain. Adapun ayat dan hadis berkenaan keutamaan para
 sahabat yang lain, mereka diamkan sahaja. Pada waktu
 yang sama, mereka mengemukakan kisah-kisah sejarah
 yang kononnya menerangkan kecelaan dan keburukan para
 sahabat tersebut.
 
 Orang ramai yang tidak mengenal secara keseluruhan
 ayat-ayat dan hadis-hadis dalam bab ini akan mudah
 terpengaruh dengan strategi Syiah ini.
 
 Alhamdulillah melalui buku ini, orang ramai akan dapat
 mengenali bahawa semua sahabat memiliki keutamaan yang
 dipersaksikan oleh al-Qur'an dan al-Hadis yang sahih.
 Pada waktu yang sama, buku ini juga menjawab
 kisah-kisah sejarah yang digunakan oleh Syiah bagi
 mencela dan memburukkan para sahabat. Antara
 kisah-kisah tersebut adalah:
 
 1.Tindakan ekspedisi Usamah bin Zaid yang kembali ke
 Madinah apabila mendengar Rasulullah shallallahu
 'alaihi wasallam menjadi gering kerana ingin menahan
 jawatan khalifah daripada jatuh ke tangan `Ali.
 
 2.Tindakan para sahabat yang tergesa-gesa berjumpa di
 dewan Bani Sa`idah dengan meninggalkan `Ali untuk
 melantik Abu Bakar.
 
 3.Suasana hiruk pikuk yang berlaku di dewan Bani
 Sa`idah.
 
 4.Abu Bakar merampas Tanah Fadak daripada Fathimah.
 Ini menimbulkan kemarahan kepada Fathimah sehingga
 apabila beliau meninggal dunia, beliau dikebumikan
 senyap-senyap pada malam hari.
 
 5.Tindakan `Ali yang tidak membai`ah Abu Bakar
 kecuali setelah beberapa bulan.
 
 6.Tindakan `Umar al-Khaththab yang melarang hajat
 Rasulullah untuk menulis wasiat perlantikan `Ali di
 akhir hayat baginda.
 
 7.Hadis yang menerangkan para sahabat akan dihalang
 daripada Telaga Haudh pada Hari Akhirat nanti.
 
 __
 Do You Yahoo!?
 Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
 http://mail.yahoo.com

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Di Thailand Sami bantah firma arak jual saham, di Malaysia ?

2005-07-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Sedih saya mendengar berita dalam akhbar perdana
baru-baru ini dikala orang Melayu berhimpun
memperjuangkan nasib bangsa, rakyat negara jiran kita
Thailand pula berhimpun membantah penyeneraian
syarikat arak Thai Beverage PCL, pengeluar Bir Chang
di Bursa Saham Thailand. Seramai 10,000 warga Thailand
yang prihatin yang diketuai beribu-ribu sami Buddha
telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman tanpa
kekasaran dari kedua-dua belah pihak mahupun penunjuk
perasaan apatah lagi polis pencegah rusuhan di sana.

Apa yang menarik perhatian ialah agama bukan Islam pun
mengakui bahawa arak adalah ibu segala maksiat apabila
mereka melaungkan arak adalah kejahatan yang
memusnahkan golongan muda. Sepanduk yang mereka bawa
pula tertulis “Bursa saham Thailand akan jadi pasaran
dosa”.

Bagaimana pula dengan kita di Malaysia, sehingga
akhbar melaporkan diadakan pesta arak yang dikunjungi
oleh ribuan golongan muda mudi yang majoritinya belia
Melayu. 

Baru-baru ini saya pergi ke tapak perkhemahan Gunung
Datuk, Rembau. Berjumpa dengan salah seorang JKKK di
sana, beliau mengeluh kerana minggu sudah beberapa
kumpulan remaja dalam keadaan mabuk telah datang ke
tempat  berkenaan pada waktu malam dan merosakkan
kemudahan serta peralatan di tapak perkhemahan
berkenaan.

Kalau kita pergi di mana-mana kedai di Malaysia ini,
arak begitu mudah didapati, tanpa sebarang kawalan
penjualan kepada orang Islam atau pun bukan Islam yang
dibawah umur. Jarang sekali kedengaran orang Islam
ditangkap membeli arak, yang selalu kita dengar ialah
warung dan rumah setinggan Melayu dirobohkan kerana
tiada permit.

Malaysia sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara
Islam OIC yang mempromosikan konsep Islam Hadhari
haruslah mengawal penjualan, pengiklanan, pembuatan
arak ini. Jangan pula negara jiran kita Thailand yang
tidak kenal erti Islam Hadhari lebih memahami bahaya
arak kepada generasi muda harapan bangsa.

Berita Harian Khamis 21 Julai 2005 mukasurat 20

BANGKOK : Berpuluh ribu sami Buddha dan pejuang anti
alkohol semalam sekali lagi memprotes rancangan
menyenaraikan syarikat arak terbesar Thailand di bursa
saham hingga menyebabkan jalan raya penuh sesak di
Bangkok.
Dianggarkan sehingga 10,000 penunjuk perasaan anti
arak berarak di pinggir bandar, kata polis. Mereka
mendesak Bursa Saham menolak penyeneraian Thai
Beverage PCL, pengeluar Bir Chang.
Peserta protes anjuran aktivis agama dan politik
Chamlong Srimuang, berarak ke bangunan Suruhanjaya
Sekuriti dan Bursa Saham Thailand sambil melaungkan
arak adalah kejahatan yang memusnahkan golongan muda.
“Bursa saham Thailand akan jadi pasaran dosa”, menurut
sepanduk yang dibawa oleh sami - Reuters

 Layari  http://rozmal.blogspot.com

Start your day with Yahoo! - make it your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs 
 
/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Re: Muawiyah Yazid Hasan

2005-07-25 Terurut Topik albaniasghar
--- In islah-net@yahoogroups.com, bravopro67 [EMAIL PROTECTED] wrote:
 ASM
 
 Siapa yang karut??? Siapa yang kona??? 
 
 Allah swt. memerintah manusia untuk meninggal wasiat apabila 
 menghampiri kematian.
 
 Puak AlBani mengatakan nabi s.a.w.a tidak meninggalkan sebarang 
 wasiat!

~Reply

wahai syi'ah,

cuba baca balik statement kita baik-baik...

kami menolak dakwaan puak syi'ah bahawa Nabi saw meninggalkan wasiat
POLITIK, bahawa Nabi mewasiatkan dinasti Fatimiyah dibangunkan selepas
kewafatan baginda..

ini yg KARUT dan inilah yg KONAnya...

syi'ah kona kepada wasiat mana?
bukankah syi'ah ini adalah dinasti ali-fatimah?

aa

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Re: Pembelaan terhadap Muawiyah

2005-07-25 Terurut Topik albaniasghar
--- In islah-net@yahoogroups.com, bravopro67 [EMAIL PROTECTED] wrote:

 Jadi, Muawiyah adalah orang yang dibebaskan dan anak kepada orang 
 yang dibebaskan : Thulaqa' ibnu Thulaqa'

~~Reply

Syi'ah rafidhah mengutuk dan mencela asal usul Mu'awiyah bin Abi
Sufyan sebagai keturunan Thulaqa (macam celaka lah)...

 J: 1. Ali, Hasan dan Hussein adalah orang yang dikehendaki suci dan 
 disucikan oleh allah swt. sendiri : (Surah al-Ahzab (33): 
 33):Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa 
 dari kamu ('an-kum) wahai Ahlul-Bait, dan membersihkan kamu sebersih-
 bersihnya.  
 
 Mereka bertiga adalah antara orang yang wajib dicintai oleh ummat 
 sebagaimana firman ALlah swt: 

~~Reply

Keimanan sesat syi'ah, dalam generasi sahabat ni hanya tiga orang aje
yg suci. Tahap kesucian ali-hasan-husin di sisi syi'ah ialah suci
macam Malaikat.

 Sejarah mencatatkan bahawa Muawiyah lah dahulu orang yang mengangkat 
 senjata kepada pemerintah yang sah pada ketika itu tanpa haq. 

~~~Reply

bagaimana dgn khawarij dan pasukan Aisyah di perang Jamal?

 2. Salah tetap salah, haq tetap haq dari dulu sampai sekarang. 

 Yang dimaksud Jalan yang lurus dalam ayat ini adalah Muhammad SAW 
 dan Ahlul Baitnya, yakni: Ali, Fatimah, Hasan dan Husein (a.s). 

Reply

Satu lagi ajaran ayahpin (sesat) syi'ah..
mereka mentakwil jalan yg lurus ialah jalan ahlil bayt shj. mereka
mengkufuri jalan abu bakar, umar, uthman, umar abdul aziz dan jalan
para salaf yg lain...hubaya hubaya..

Penutup:

orang yg sudah dibius oleh syi'ah, tidak ada ada lagi jalan keluar.

aa

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian online di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] Re: Buku Baru: Syiah Para sahabat

2005-07-25 Terurut Topik albaniasghar
--- In islah-net@yahoogroups.com, bravopro67 [EMAIL PROTECTED] wrote:
 ASM
 
 SURAT ALI-IMRAN: 61, Ayat Mubahalah
 
 Maka katakanlah (kepadanya): 'Marilah kita memanggil anak-anak kami 
 dan anak-anak kamu, wanita kami dan wanita kamu, diri kami dan diri 
 kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta 
 supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta '.  

~Reply

ayat mubahalah (minta bala' dan laknat diturunkan kepada pihak yg
dusta) di atas ialah antara Nabi SAW dgn Kristian Najran. Syi'ah
mentakwiil mubahalah itu antara sunni dan syi'iy

Amat buruk sekali takwiilan mereka.

aa
 
 Surat An-Nisa': 54 
 
 [4.54] Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat ) 
 yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? 
 Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: 
 Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi 
 kepada mereka kerajaan yang besar. 
 
 Kmai menyaksikan bahawa Muhammad Wa Alihi adalah merupakan juga 
 sebahagian dari keluarga Ibrahim seperti yang dijanjikan.
 
 WSM
 _
 
 --- In islah-net@yahoogroups.com, Hafiz Firdaus [EMAIL PROTECTED] 
 wrote:
  Assalamualaikum waRahmatullah,
  
  Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan sebuah
  buku baru:
  
  Judul: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi`ah al-Rafidhah
  Berkenaan Keutamaan Dan Sejarah Para Sahabat.
  
  Pengarang: Abd Allah Abd al-Qadir al-Taliri
  
  Penterjemah: Muhammad Amin Yaacob
  
  Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah 
  
  Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.
  
  Saiz buku: 7 x 7, 343 mukasurat
  
  Harga: RM26.00
  
  Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama
  terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di
  07-235 1602.
  
  Ulasan ringkas:
  
  Jika dirujuk kepada mana-mana sumber Syiah, akan
  ditemui bahawa sahabat yang memiliki keutamaan
  hanyalah 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Pada waktu
  yang sama, akan ditemui bahawa sahabat-sahabat yang
  lain memiliki sifat-sifat yang tercela dan buruk.
  
  Ini berlaku kerana mereka (Syiah) hanya menghimpunkan
  ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah yang
  menerangkan keutamaan 'Ali, Fathimah, Hasan dan
  Husain. Adapun ayat dan hadis berkenaan keutamaan para
  sahabat yang lain, mereka diamkan sahaja. Pada waktu
  yang sama, mereka mengemukakan kisah-kisah sejarah
  yang kononnya menerangkan kecelaan dan keburukan para
  sahabat tersebut.
  
  Orang ramai yang tidak mengenal secara keseluruhan
  ayat-ayat dan hadis-hadis dalam bab ini akan mudah
  terpengaruh dengan strategi Syiah ini.
  
  Alhamdulillah melalui buku ini, orang ramai akan dapat
  mengenali bahawa semua sahabat memiliki keutamaan yang
  dipersaksikan oleh al-Qur'an dan al-Hadis yang sahih.
  Pada waktu yang sama, buku ini juga menjawab
  kisah-kisah sejarah yang digunakan oleh Syiah bagi
  mencela dan memburukkan para sahabat. Antara
  kisah-kisah tersebut adalah:
  
  1.  Tindakan ekspedisi Usamah bin Zaid yang kembali ke
  Madinah apabila mendengar Rasulullah shallallahu
  'alaihi wasallam menjadi gering kerana ingin menahan
  jawatan khalifah daripada jatuh ke tangan `Ali.
  
  2.  Tindakan para sahabat yang tergesa-gesa berjumpa di
  dewan Bani Sa`idah dengan meninggalkan `Ali untuk
  melantik Abu Bakar.
  
  3.  Suasana hiruk pikuk yang berlaku di dewan Bani
  Sa`idah.
  
  4.  Abu Bakar merampas Tanah Fadak daripada Fathimah.
  Ini menimbulkan kemarahan kepada Fathimah sehingga
  apabila beliau meninggal dunia, beliau dikebumikan
  senyap-senyap pada malam hari.
  
  5.  Tindakan `Ali yang tidak membai`ah Abu Bakar
  kecuali setelah beberapa bulan.
  
  6.  Tindakan `Umar al-Khaththab yang melarang hajat
  Rasulullah untuk menulis wasiat perlantikan `Ali di
  akhir hayat baginda.
  
  7.  Hadis yang menerangkan para sahabat akan dihalang