*SIAPAKAH KITA ...???*
*Siapakah **orang **yang paling sibuk?* Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu sholatnya seolah-olah ia mempunyai tugas yang lebih penting dan harus diselesaikan terlebih dahulu selain dari urusan dengan Allah... Padahal apabila matinya mereka nanti perkara yang paling pertama sekali akan dihisab adalah amalan sholatnya... *Siapakah orang yang paling manis senyumannya? * Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun. Ya Rabbi, aku ridho dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman. *Siapakah orang yang kaya? * Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lalai dengan kenikmatan dunia. *Siapakah orang yang miskin? * Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan senantiasa menumpukkan harta. Seolah2 hartanya itu boleh dibawa mati bersama... *Siapakah orang yang rugi? * Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan, namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan. Mereka ini masih melengah2kan waktu sholatnya dan masih berkata dalam hatinya,"Esok tua aku taubatlah!" Sedang ajal dan maut mereka belum tentu akan sampai pada hari tua. Entah esok ataupun lusa malaikat Izrail akan datang untuk menjemput kita. *Siapakah orang yang paling cantik? * Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Tidak mencaci cela dan memaki mengikut hati dan perasaan hawa nafsu marahnya saja. Sebaliknya menyelesaikan segala masalah dengan tawakal beserta hati yang tenang dan terbuka. *Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? * Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas sejauh mata memandang. * **Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?* Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan, lalu kuburnya menghimpitnya. *Siapakah orang yang mempunyai akal?* Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal dan fikiran warasnya sewaktu di dunia dulu untuk menghindari siksa api neraka. *Siapakah org yg PELIT? * Orang yg pelit ialah org yg membiarkan atau membuang email ini begitu saja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain. Pesanan Nabi Muhammad S.A.W "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat" * **Salawat dan salam atas nabi Muhammad Sallahualihiwassalam*
