Assalamu'alaikum Wr' Wb'

Dear All,
Mungkin ada yang sudah mengetahui dengan berita ini atau sudah pernah 
diposting disalah satu milist, benar tidaknya saya kurang tahu. Mohon 
informasi kalau ada yang mau menambah informasi ini.

Note: "Maaf berita ini saya dapat dari temen kantor yang juga tidak tahu 
awal pembawa beritanya"

Wassalamu'alaikum Wr' Wb'


Just to share with u all........



Marilah kita renung dan fikir2kan akan kejadian ini, dimana saya perolehi 
e-mail ini dari seorang sahabat.... fikir2kanlahh. .. 

Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya... ..... salah satu tanda hari 
akhirat. 
Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam, 
antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang 
berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar , Perak. 



Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan 
seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas 
ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa 
pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang 
dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia 
menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya 
mengaji. 



Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah 
apabila al-Quran diangkat ke langit. Penduduk kampung mengaitkan kejadian 
aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih 
menjadi tanda tanya . 
Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan 
naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka 
ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya. 


Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas 
sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya 
telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada. Menurutnya yang telah 
khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat 
adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh 
tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di 
muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak 
terkena air atau bahan kimia. 
Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah 
Ibrahim dan surah al-Hijr. 
Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh 
Acheh , Penang , tidak lagi dijual.   Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang 
melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam 
atau kemungkinan helaiannya ditukar. Walau apa pun yang berlaku hanya 
Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu. 

"Cukuplah ALLah bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia,hanya kepadaNya aku 
bertawakkal dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..." 


================================================================
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
   dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran
   dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
================================================================







[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke