"Sharifah Nor Jasmin Syed Omar Al-Shahabudin (Unit Latihan)" <[EMAIL
PROTECTED]> wrote:
Dari Bulletin Friendster
From: SYaRiFaH Rokiah al Khirid - Trganu
Date: Tuesday, 11 September, 2007 1:13 PM
Subject: ~*~ KATA_KATA HIKMAH ~*~
1) Lidah yang panjangnya tiga inci
boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
2) Agama tidak pernah mengecewakan
manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
3) Nafsu mengatakan perempuan itu
cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas
dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar akhlaknya.
4) Keikhlasan itu umpama seekor semut
hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud
tapi amat sukar dilihat.
5) Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
6) Seseorang yang bijak melahirkan
kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong
7) Harta akan habis digunakan tanpa
ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
8) Kekayaan bukanlah satu dosa dan
kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-
duanya janganlah anda lupa pada Yang
Maha
Berkuasa.
9) Sahabat yang tidak jujur ibarat
dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah
pasti akan terkena asapnya.
10) Mengapa manusia gemar mencetuskan
pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah
kemesraan.
~~~~~~~~******~~~~~~~~~~
bila cinta berbisik.. suaranya memuji Tuhan, pabila rindu mengusik..
Rasulnya jadi pilihan. ..jika aku terlalu gembira, ingatkanlah aku dgn
amaran-amaran Pencipta dan jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dgn
kehebatan syurga..
~~~~~~~~******~~~~~~~~~~
YA ALLAH, andainya rezekiku ada di langit turunkanlah, dan andainya ia
berada di bumi keluarkanlah, andainya ia berada didalam laut naikkanlah, dan
andainya ia jauh maka perdekatkan akan dia dan kalau sedia dekat,
permudahkanlah, dan sekiranya sedikit, perbanyakkanlah, dan kalau sedia
banyak, maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan
kepadanya, dan berilah rezeki akan daku seperti yang ku jangka dan tidak ku
jangka, rezeki yang halal, yang baik, limpah mewah lagi diberkati padanya
sehinggakan tidak ada seseorang daripada kalangan hamba MU ku perlukan
daripadanya, dan jadikanlah kedua tangan ku berada diatas dengan pemberian, dan
jangan jadikan kedua tangan ku berada di bawah dengan meminta-minta,
sesungguhnya ENGKAU Amat Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
~~~~~
---------------------------------
Bergabunglah dengan orang-orang yang berwawasan, di bidang Anda di Yahoo!
Answers
[Non-text portions of this message have been removed]