*K* <http://wahabamri.blogspot.com>ita <http://wahabamri.blogspot.com> umat
Islam seluruh dunia sudah salah berfikir.Kita sudah tidak pandai menilai
baik buruknya didalam kehidupan..Kita tidak kenal gejala masyarakat yang
merosakkan kehidupan yang sebenarnya.Ada yang menganggap gejala ada yang
anggap bukan gejala. Kita tidak kenal mana padi mana lalang.Mana pokok yang
sebenarnya, mana pokok yang menumpang (dedalu namanya).Akibatnya padi
dibuang, lalang disuburkan.Dedalu dibiarkan pokok sebenarnya
ditebang.Yanguntung di musnahkan, yang merugikan
dibiarkan.Racun tikus di makan, ubat sebenarnya di buang.



Akhirnya semenjak merdeka Negara Negara Islam tidak habis habis
bermasaalah.Bahkan semakin banyak masaalah saperti perpecahan, kemunduran,
kemiskinan, kekotoran, kezaliman dan penindasan.Ertinya masyarakat Islam
sedunia tidak kenal mana baik, mana buruk,mana memberi faedah, mana yang
mendatangkan padah dan parah.Kerana kayu pengukur hanya AKAL dan NAFSU.
Bukan Al Quran dan Sunnah.



Tidak hairanlah masyarakat Umat Islam sedunia punah ranah dan
musnah.Kalauada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi
isu
pula.Bukan sahaja tidak di terima , bahkan dianggap musuh Umat dan Negara
,ditangkap, di pinggir atau di ISA.Tapi orang yang menjadi racun kepada
masyarakat dihormati dan dibelai.Selagi krisis nilai masih berlaku
dikalangan dunia dan masyarakat Islam, masaalah masyarakat Islam tidak akan
selesai.



Krisis nilai tidak akan selesai selagi Umat Islam merujuk pada AKAL dan
NAFSU.Tempat rujuk yang sebenarnya bagi Umat islam adalah Al Quran dan As
Sunnah.Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan.



Olih Cikgu Ku


-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke