*A <http://wahabamri.blogspot.com>pabila terjadi krisis maka terjadilah
hasil hasil atau kesan darinya.Kalau yang berkrisis itu pembesar pembesar,
pemimpin pemimpin, ulama ulama dan cerdik pandai dan melibatkan parti
politik dan negara maka huru hara lah masyarakat, kedamaian punah, perpaduan
hancur, pentadbiran negara, atau parti tergugat.

Mengapa media suka mendedah kan krisis kepada umum? Jika tidak di dedah
tidak lah teruk sangat kesan nya. tetapi oleh kerana sudah menjadi tradisi
manusia lebih lebih lagi orang media suka mengheboh hebohkan yang mungkar
dan maksiat hingga ruang ahkbar, tv, majalah dan internet penuh dengan
cerita cerita tersebut maka terjadilah apa yang patut terjadi.
****
Antara kesan kesan buruk berkrisis ialah:

Menebalkan sikap menyangka nyaka dan buruk sangka di kalangan orang yang
berkrisis dan rakyat yang mengikuti perkembangan nya.Ini akan membawa kepada
persengketaan yang kian parah dan tuduh menuduh yang bukan bukan dan ada
kala tuduh menuduh yang tidak masuk akal. Sebab itu Allah berpesan, yang
maksudnya: "Wahai orang orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangka
buruk, sesungguhnya sebahagian dari sangka buruk itu adalah berdosa....."
(Al Hujuraat: 12)
Apabila berkrisis tentulah saling kata mengata. Habis kekurangan dan
kelemahan lawan didedahkan dan ini akan menyebabkan pengikut atau penyokong
hilang kepercayaan pada pemimpin yang kena tuduh. Maka bermulalah detik
detik kejatuhan dan kegagalan bagi pemimpin itu.
Kalau pemimpin berkrisis penyokong atau pengikut pun apa lagi.Lebih lebih
lagi penyokong fanatik dan yang pak turut.Krisis menghilangkan rasa kasih
sayang, persaudaraan dan perpaduan. Apa yang kita lihat masing masing
memikirkan bagaimana untuk jatuhkan lawan hingga akhirnya rakyat jadi kacau
bilau dan pecah belah.Kesan daripadanya para pelabur asing tidak akan
melabur lagi di negara ini. Ini kalau berlaku akan mengancam pembangunan dan
ekonomi negara.
Bila terjadi krisis dalam satu parti atau negara maka bersoraklah mereka
mereka yang memusuhi parti atau negara itu. Usaha mereka untuk menjatuhkan
parti atau negara itu rasa terbantu.Musuh selalunya akan gunakan salah satu
puak yang yang berkrisis untuk jatuhkan puak satu lagi. Demikian lah krisis
memberi kesempatan yang besar untuk menjahanamkan seseorang
pemimpin,sesebuah parti atau negara itu di tangan musuh.
Nasib pemimpin pemimpin yang kalah dalam krisis selalunya malang.Mereka akan
terpencil dari rakyat dan tidak akan di pilih dalam pilihanraya nanti.

Berkrisis atau bermujadalah walaupun kecil apalagi taraf antarabangsa tidak
pernah membawa kebaikan.Pihak yang menang akan sombong, ujub dan bertindak
kejam terhadap lawan. Sebaliknya yang kalah rasa kecewa dan selalunya cari
jalan untuk membalas dendam dengan cara di luar perikemanusiaan. Kes bunuh
dan lain lain jenayah yang banyak berlaku kini sebahagian besar adalah hasil
dari kekalahan dalam pergelutan merebut kuasa dan kepentingan duniawi.

**Tiada orang berkata krisis adalah baik kecuali orang itu sendiri berhajat
sangat untuk cari sesuatu kepentingan dari krisis itu**
**
**
**
*Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke