Baitul Mahabbah, Rasah Kemayan, Seremban Rabu, 30 Julai 2008, bersamaan 27 Rejab 1429H, Baitul Mahabbah dengan kerjasama Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia telah menganjurkan satu Majlis Makan Amal sempena Israk Mikraj. Bertemakan Sembahyang Mikraj Kepada Kemenangan, majlis yang diadakan di Dewan MPS Seremban telah bermula pada pukul 11.45 pagi dan berakhir pada 1.45 Petang. Majlis itu telah dirasmikan oleh Pn. Hasnah Abu Samah, isteri kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi PUSPANITA Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Tujuan Majlis itu diadakan adalah untuk memperkenalkan Baitul Mahabbah yang beroperasi di alamat No.9, Jalan RK 5/1 Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan kepada masyarakat untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan Baitul Mahabbah sebagai asrama, pusat kebajikan dan pusat pendidikan. Sambutan memberangsangkan : Kehadiran masyarakat luar boleh dianggarkan 80%, kebanyakkan yang hadir terdiri daripada pelbagai golongan iaitu Ahli Korporat, Ahli Perniagaan, Kontraktor, Persatuan, Universiti, golongan professional, kakitangan kerajaan hinggalah ke golongan kanak-kanak. Terdapat juga mereka yang berbangsa Cina dan India turut hadir pada majlis tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan dan sambutan mereka amat baik sekali. Terutama mereka kagum dengan persembahan kumpulan nasyid mawaddah @ Al-Haura yang sangat berbakat dan professional. Selain daripada itu promosi produk-produk halal dari penaja majlis utama iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd telah memberikan lagi keyakinan pada mereka dengan adanya syarikat bumiputera Islam yang memperjuangkan makanan halal dan mengikut syariat. Sekaligus mengingatkan kembali mereka kepada Al-Arqam dan juga ABUYA. ustaz Kamaruzzaman dan saudara baru kita, En Umar Al-Faruq India memeluk Islam: Di majlis itu juga satu peristiwa yang dianggap besar lagi bersejarah telah berlaku, kerana dengan Karomah Abuya Ashaari Muhammad dan dengan keizinan Tuhan-Nya, seorang tetamu beragama Hindu yang hadir pada majlis tersebut telah memeluk Islam. En. Maniam a/l Doraysami, 55 berasal dari Sungai Petani Kedah (beberapa minit sebelum majlis makan amal bermula,). Beliau telah diislamkan oleh Ustaz Kamaruzzan bin Ujang, disaksikan oleh Ustaz Abdul Rahim Mohammed. Nama Islamnya ialah Mohd Umar Al-Faruq bin Abdullah, telah diberi oleh Syeikh Nasrullah Ibnu Ashaari Muhammad At-Tamimi. Bekas ahli perniagaan yang mengusahakan Syarikat MK Transport Logistic yang mempunyai 4 buah cawangan sekitar Selangor termasuk satu di Seremban 2 yang mempunyai pendapatan mencecah RM500 RM700 ribu sebulan telah berpisah dengan bekas isterinya pada tahun 2006 kerana masalah kerugian dalam perniagaan. Kini beliau menetap sendirian di Seremban 2 untuk meneruskan saki-baki hidupnya. Mimpi didatangi lelaki berjubah dan berserban : Mengimbas kembali detik pengislamannya, sudah 30 tahun beliau memasang niat untuk memeluk Islam, namun pada majlis ini baru Tuhan izinkan. Menurut beliau lagi, pada tahun 2003 dan 2004 beliau telah bermimpi sebanyak 4 kali didatangi oleh seorang lelaki yang berjubah putih, berserban, mengajaknya menaiki sebuah kereta mewah. Apabila kami tunjuk sekeping gambar, adakah ini orang yang hadir dalam mimpi beliau? Beliau mengesahkan inilah orangnya. Maha suci Tuhan, orang yang dikatakan itu adalah Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi! Beliau memasang hasrat ingin bertemu dengan Abuya. Rumah berbau wangi : Sambungnya lagi, selepas pengislamannya di dalam majlis itu beliau pulang ke rumah. Di rumah beliau telah dua kali mencium bauan yang sangat wangi yang mana beliau tidak pernah bau sebelum ini. Maha Suci Tuhan, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat disebaliknya. Menurutnya lagi, sewaktu membuat pendaftaran namanya di Jabatan Agama Islam di Kuala Lumpur, dengan nama MOHD UMAR AL-FARUQ BIN ABDULLAH, beliau merasa pelik dan aneh kerana proses tersebut amat mudah, dan tidak sedikit pun lamanya dimasukkan ke dalam pendaftaran. Respon masyarakat luar : Hasil daripada majlis itu, berbagai respon masyarakat diterima amatlah positif. Selain daripada itu, Baitul Mahabbah tidak putus-putus dikunjungi oleh masyarakat sama ada untuk dilawati atau memberi sumbangan. Baitul Mahabbah juga telah menerima sebuah water filter yang berharga ribuan ringgit daripada seseorang yang dirinya tidak mahu dikenali. Selain daripada itu, anak-anak juga menerima bantuan 15 padang cermin mata percuma daripada Optometry, untuk anak-anak yang mempunyai masalah penglihatan. Selain daripada itu, Baitul Mahabbah dianggap oleh penduduk sekitar Rasah Kemayan, Seremban sebagai pusat pendidikan untuk anak-anak mereka dihujung minggu bagi mendapatkan bantuan pendidikan terutama mengenai agama. Seorang ibu tunggal memohon supaya dapat membantunya dan anak-anak dalam pendidikan dan kebajikan kerana ada dikalangan mereka telah menghantar anak ke asrama anak yatim yang lain, akhirnya diambil semula kerana pendidikan dan penekanan agama yang kurang dan terabai, secara tidak langsung, Baitul Mahabbah dianggap satu alternative kepada mereka. Semoga usaha murni Baitul Mahabbah mendapat keredhaan Allah dan semoga segala sumbangan akan menjadi saham diakhirat nanti dan semoga hasil campur tangan Shuib bin Soleh Al-Fatta At-Tamimi Al-Hasyimi, moga-moga mesej dan matlamat majlis ini sampai (untuk mengenalkan manusia kepada Tuhan dan berkasih sayang sesama manusia) khususnya kepada tetamu-tetamu yang hadir dan masyarakat amnya. http://umniyah-dehearty.blogspot.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ === Paket Umrah Mulai Rp 15,4 juta Informasi lengkap di: http://www.media-islam.or.id http://www.syiarislam.wordpress.comYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

