Bismillaahirrohmaanirroohiim,

Sekedar masukan, bukankah keislaman seseorang adalah hidayah Alloh swt.? Bahwa 
ada organisasi/ustadz/ustadzah hanya berfungsi sebagai penganjur. Untuk itu, 
pilihan kata ............................................ 

Beliau telah diislamkan oleh Ustaz
> Kamaruzzan bin Ujang, disaksikan oleh Ustaz Abdul Rahim
> Mohammed. ................................................

tidakkah lebih baik  IKRAR SYAHADAT KEISLAMAN BELIAU TELAH DITUNTUNKAN  OLEH 
USTADZ KAMARUZZAN BIN UJANG DAN DISAKSIKAN OLEH.....?

wallohu a'lam bishowab.


salam,


faisol m


--- On Mon, 8/11/08, Umniyah Hanin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> From: Umniyah Hanin <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: [syiar-islam] India beragama Buddha memeluk Islam di Majlis Makan 
> Amal Global Ikhwan
> To: [EMAIL PROTECTED], "SIM" <[EMAIL PROTECTED]>, "syiar islam" 
> <[email protected]>, [EMAIL PROTECTED]
> Date: Monday, August 11, 2008, 2:56 AM
> Baitul Mahabbah, Rasah Kemayan, Seremban
> 
>  
>  
> Rabu, 30 Julai 2008, bersamaan 27 Rejab 1429H, Baitul
> Mahabbah dengan kerjasama Yayasan Kebajikan &
> Perkhidmatan Perubatan Malaysia telah menganjurkan satu
> Majlis Makan Amal sempena Israk Mikraj. Bertemakan
> Sembahyang Mikraj Kepada Kemenangan, majlis yang diadakan di
> Dewan MPS Seremban telah bermula pada pukul 11.45 pagi dan
> berakhir pada 1.45 Petang. Majlis itu telah dirasmikan oleh
> Pn. Hasnah Abu Samah, isteri kepada Pegawai Daerah merangkap
> Pengerusi PUSPANITA Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
> 
> Tujuan Majlis itu diadakan adalah untuk memperkenalkan
> Baitul Mahabbah yang beroperasi di alamat No.9, Jalan RK 5/1
> Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan kepada masyarakat
> untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan Baitul Mahabbah
> sebagai asrama, pusat kebajikan dan pusat pendidikan. 
> 
> 
>  
> 
> 
> Sambutan memberangsangkan :
> 
> Kehadiran masyarakat luar boleh dianggarkan 80%,
> kebanyakkan yang hadir terdiri daripada pelbagai golongan
> iaitu Ahli Korporat, Ahli Perniagaan, Kontraktor, Persatuan,
> Universiti, golongan professional, kakitangan kerajaan
> hinggalah ke golongan kanak-kanak. Terdapat juga mereka yang
> berbangsa Cina dan India turut hadir pada majlis tersebut.
> Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan dan sambutan
> mereka amat baik sekali. Terutama mereka kagum dengan
> persembahan kumpulan nasyid mawaddah @ Al-Haura’ yang
> sangat berbakat dan professional.
> 
> Selain daripada itu promosi produk-produk halal dari penaja
> majlis utama iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd telah memberikan
> lagi keyakinan pada mereka dengan adanya syarikat bumiputera
> Islam yang memperjuangkan makanan halal dan mengikut
> syariat. Sekaligus mengingatkan kembali mereka kepada
> Al-Arqam dan juga ABUYA.
>  
> 
> 
> 
>  ustaz Kamaruzzaman dan saudara baru kita, En Umar Al-Faruq
> 
>  
> India memeluk Islam:
> 
> Di majlis itu juga satu peristiwa yang dianggap besar lagi
> bersejarah telah berlaku, kerana dengan Karomah Abuya
> Ashaari Muhammad dan dengan keizinan Tuhan-Nya, seorang
> tetamu beragama Hindu yang hadir pada majlis tersebut telah
> memeluk Islam. En. Maniam a/l Doraysami, 55 berasal dari
> Sungai Petani Kedah (beberapa minit sebelum majlis makan
> amal bermula,). Beliau telah diislamkan oleh Ustaz
> Kamaruzzan bin Ujang, disaksikan oleh Ustaz Abdul Rahim
> Mohammed. Nama Islamnya ialah Mohd Umar Al-Faruq bin
> Abdullah, telah diberi oleh Syeikh Nasrullah Ibnu Ashaari
> Muhammad At-Tamimi.
> 
> 
> 
> Bekas ahli perniagaan yang mengusahakan Syarikat MK
> Transport Logistic yang mempunyai 4 buah cawangan sekitar
> Selangor termasuk satu di Seremban 2 yang mempunyai
> pendapatan mencecah RM500 – RM700 ribu sebulan telah
> berpisah dengan bekas isterinya pada tahun 2006 kerana
> masalah kerugian dalam perniagaan. Kini beliau menetap
> sendirian di Seremban 2 untuk meneruskan saki-baki hidupnya.
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> Mimpi didatangi lelaki berjubah dan berserban :
> 
> Mengimbas kembali detik pengislamannya, sudah 30 tahun
> beliau memasang niat untuk memeluk Islam, namun pada majlis
> ini baru Tuhan izinkan. Menurut beliau lagi, pada tahun 2003
> dan 2004 beliau telah bermimpi sebanyak 4 kali didatangi
> oleh seorang lelaki yang berjubah putih, berserban,
> mengajaknya menaiki sebuah kereta mewah. Apabila kami tunjuk
> sekeping gambar, adakah ini orang yang hadir dalam mimpi
> beliau? Beliau mengesahkan inilah orangnya. Maha suci Tuhan,
> orang yang dikatakan itu adalah Abuya Ashaari Muhammad
> At-Tamimi! Beliau memasang hasrat ingin bertemu dengan
> Abuya. 
>  
> Rumah berbau wangi :
> 
> Sambungnya lagi, selepas pengislamannya di dalam majlis itu
> beliau pulang ke rumah. Di rumah beliau telah dua kali
> mencium bauan yang sangat wangi yang mana beliau tidak
> pernah bau sebelum ini. Maha Suci Tuhan, hanya Allah sahaja
> yang mengetahui apa yang tersirat disebaliknya.
> 
> Menurutnya lagi, sewaktu membuat pendaftaran namanya di
> Jabatan Agama Islam di Kuala Lumpur, dengan nama MOHD UMAR
> AL-FARUQ BIN ABDULLAH, beliau merasa pelik dan aneh kerana
> proses tersebut amat mudah, dan tidak sedikit pun lamanya
> dimasukkan ke dalam pendaftaran. 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> Respon masyarakat luar :
> 
> Hasil daripada majlis itu, berbagai respon masyarakat
> diterima amatlah positif. Selain daripada itu, Baitul
> Mahabbah tidak putus-putus dikunjungi oleh masyarakat sama
> ada untuk dilawati atau memberi sumbangan. Baitul Mahabbah
> juga telah menerima “sebuah water filter” yang berharga
> ribuan ringgit daripada seseorang yang dirinya tidak mahu
> dikenali. Selain daripada itu, anak-anak juga menerima
> bantuan 15 padang cermin mata percuma daripada Optometry,
> untuk anak-anak yang mempunyai masalah penglihatan.
> 
> Selain daripada itu, Baitul Mahabbah dianggap oleh penduduk
> sekitar Rasah Kemayan, Seremban sebagai pusat pendidikan
> untuk anak-anak mereka dihujung minggu bagi mendapatkan
> bantuan pendidikan terutama mengenai agama. Seorang ibu
> tunggal memohon supaya dapat membantunya dan anak-anak dalam
> pendidikan dan kebajikan kerana ada dikalangan mereka telah
> menghantar anak ke asrama anak yatim yang lain, akhirnya
> diambil semula kerana pendidikan dan penekanan agama yang
> kurang dan terabai, secara tidak langsung, Baitul Mahabbah
> dianggap satu alternative kepada mereka.
> 
> Semoga usaha murni Baitul Mahabbah mendapat keredhaan Allah
> dan semoga segala sumbangan akan menjadi saham diakhirat
> nanti dan semoga hasil campur tangan Shuib bin Soleh
> Al-Fatta At-Tamimi Al-Hasyimi, moga-moga mesej dan matlamat
> majlis ini sampai (untuk mengenalkan manusia kepada Tuhan
> dan berkasih sayang sesama manusia) khususnya kepada
> tetamu-tetamu yang hadir dan masyarakat amnya. 
> 
> http://umniyah-dehearty.blogspot.com
> 
> 
>       
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
> 
> 
> ------------------------------------
> 
> ===
> Paket Umrah Mulai Rp 15,4 juta
> Informasi lengkap di:
> http://www.media-islam.or.id
> http://www.syiarislam.wordpress.comYahoo! Groups Links
> 
> 
> 

      

Kirim email ke